Pelajar ni minta kelonggaran untuk jawab ujian gara gara rumah banjir. Tapi selamba je pensyarah ni jawab macam ni buat pelajar ni kecewa.

Viral

Tidak dinafikan rata-rata pelajar di Malaysia kini, berhadapan dengan pelbagai masalah berikutan pengenalan sistem Open Distance Learning (ODL) yang diadaptasi menggantikan sistem pembelajaran sebelum ini. Perkara tersebut berpunca apabila sesetengah pelajar hilang tempat tinggal yang ‘kondusif’ kerana tinggal di rumah masing-masing berbanding tinggal di kolej kediaman yang menyediakan capaian internet yang bagus.

Seperti perkongsian seorang pengguna dikenali sebagai Cik Bunga Merah, menceritakan pengalamannya ‘diperli’ oleh seorang pensyarah. Sempat ‘perli’ pelajar. Mendapat lebih 21.1k retweet, pelajar tersebut pada mulanya memaklumkan kepada pensyarah bahawa dia menghadapi masalah untuk menjawab

peperiksaan berikutan faktor cuaca dan keadaan banjir yang membataskannya untuk mendapat capaian internet yang lebih baik. Namun, respon pensyarah yang seakan tiada simpati terhadap keadaan pelajar yang ditimpa musibah mengundang amarah warganet.

2 minggu lepas saya dah maklumkan ada ujian. Rasanya sempat buat bangsal atau rumah atas pokok untuk dapat signal yang lebih baik. Pengalaman pelajar lain. Menerusi ruangan balas, terdapat juga pelajar yang lain berkongsi pengalaman mereka bersama pensyarah masing-masing. Terdapat juga pensyarah yang ‘sesuka-hati’ melabelkan pelajarnya dengan satu panggilan yang tidak sopan.

Namun, terdapat juga pensyarah yang faham akan masalah yang dihadapi oleh pelajarnya dan boleh bertolak ansur demi kemaslahatan bersama. Buat laporan. Rata-rata warganet berpendapat pensyarah tersebut sepatutnya dilaporkan kepada pihak pengurusan supaya tindakan yang wajar boleh diambil.

Tidak berakhir di situ, warganet berpendapat seseorang pensyarah itu, sepatutnya bersikap profesional dan faham akan masalah yang dihadapi oleh pelajarnya sendiri. Jika kita permudahkan urusan orang..pasti Allah memudahkan urusan kita..

jgnlah kita dikategorikan orang yg sombong dan bongkak dgn pangkat dan darjat kita…..ingat balasn itu pasti ada…bila kena kelurga kita barulah kita hendak membuka mata…inagat..ingatlah wahai orang yg dberikan Amanah…buatlah sebetul. betulnya.

Sumber: Cik Bunga Merah

Cabaran pensyarah

Profesion pensyarah universiti sebagai satu kerjaya profesional kini semakin mencabar apabila pelbagai tuntutan dipertanggungjawabkan ke atas golongan itu. Bukan lagi sekadar tanggungjawab mengajar sebagai tugas hakiki semata-mata malah, turut dikehendaki melaksanakan tuntutan lain seperti disyaratkan institusi termasuk penulisan jurnal, penyelidikan, pencarian dana kerjasama industri.

Kepelbagaian tanggungjawab ini dilihat seperti memberi tekanan dan bebanan kepada golongan berkenaan, sekali gus turut menimbulkan kebimbangan mampukah golongan ini menyelia pelajar dengan baik? Adakah benar tugasan pensyarah pada hari ini membebankan?

Presiden Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dr Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah berkata, setiap pekerjaan dalam perkhidmatan awam mempunyai skop kerja khusus dan jelas sebagaimana ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Awam.

Menurutnya, skop kerja itu berdasarkan falsafah bidang masing-masing dengan keperluan bersifat khusus. “Semua pekerjaan dalam perkhidmatan awam mempunyai kepentingan tertentu untuk saling melengkapi satu sama lain.

“Kepentingan ini perlu dilaksanakan dengan penuh tumpuan dan tanggungjawab tanpa mengira apa jua bidang pekerjaan. “Setiap bidang kerja ada cabaran masing-masing, sama ada perkhidmatan sokongan atau profesional termasuk pensyarah yang dilihat pada hari ini perlu memikul banyak tanggungjawab di institusi,” katanya.

Beliau berkata, sistem pendidikan negara ini dibangunkan berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang mempunyai empat elemen penting saling berhubung kait iaitu proses, matlamat, dasar dan hasil. “Elemen proses dalam FPK merujuk kepada suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu.

“Tugas pensyarah yang utama adalah mengajar atau memberi kuliah kepada pelajar. Ini persepsi masyarakat umum dari dulu hingga sekarang. “Berdasarkan petunjuk prestasi utama (KPI) pensyarah yang terkini, persepsi masyarakat berkenaan tugas pensyarah masih tidak berubah.

“Selain mengajar, pensyarah perlu menulis artikel untuk jurnal dan buku dalam bidang kepakarannya, menyediakan proposal untuk mendapatkan geran penyelidikan, menjadi perunding selia pelajar (ijazah pertama, sarjana muda dan doktor falsafah).

Pada masa sama memantau kejayaan pelajar bermula semester satu hingga tamat pengajian,” katanya yang menekankan kerjaya antara guru dan pensyarah tidak boleh dibuat perbandingan. “Realitinya kerjaya guru lebih dekat di hati masyarakat berbanding pensyarah disebabkan kebanyakan lokasi sekolah secara tradisinya dibina di kawasan penempatan masyarakat dan berada di serata Malaysia.

“Bilangan guru yang besar dan taburannya agak menyeluruh juga sudah cukup menunjukkan mereka lebih hampir dengan masyarakat, justeru tidak hairanlah segala kegiatan, aktiviti dan keluhan sentiasa didengari serta diberi perhatian,” katanya.

Pensyarah pula, katanya, berkhidmat di universiti atau kolej yang digambarkan sebagai tempat eksklusif. “Sebarang perkembangan pensyarah dan universiti juga sukar disebar secara terbuka menyebabkan keluhan serta masalah mereka tidak banyak diperbahaskan di khalayak ramai.

“Padahal kami juga berdepan masalah tertentu seperti beban tugas berlebihan kepada sesetengah pensyarah dan isu kenaikan pangkat,” katanya. Ditanya apakah bebanan atau cabaran utama pensyarah ketika ini, beliau berkata, ada dua perkara iaitu skop kerjaya dan KPI.

Menurutnya, skop kerjaya adalah kerja hakiki yang dimaklumi setiap pensyarah meliputi pengajaran, penyeliaan, penulisan, penerbitan dan perundingan. Sementara KPI adalah pencapaian harus dicapai dalam setahun.

“Kedua-dua perkara ini saling berkaitan dengan penetapan KPI pensyarah biasanya berdasarkan penetapan KPI universiti yang diselaraskan dengan penetapan KPI Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). “Pada asasnya hala tuju universiti mesti selaras dan rujukan utama penyediaan hala tuju ini adalah Pelan Pendidikan Malaysia 2015-2025.

“Pensyarah dapat menerima dan memahami desakan perubahan ini namun perubahan yang drastik tanpa kompromi serta mengetepikan unsur kemanusiaan sangat dikesali. Ini antara faktor yang menjejaskan kredibiliti pensyarah ketika menjalankan tanggungjawab,” katanya. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Agong Pandu Kereta Sendiri Turun Padang Untuk Melihat Rakyat Yang Terlibat Dengan Banjir. Sekali Rupanya Ada Dua Orang Sedang Berdiri Di Belakang Kereta Agong Dan Rupanya Ini Puncanya.

Musim Monsun Timur Laut yang kini sedang negara kita menyebabkan enam negeri dilanda banjir iaitu Johor, Pahang, Terengganu, Selangor, Kelantan dan Perak. Dengan sifat yang sentiasa prihatin terhadap rakyat, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini memandu sendiri meredah banjlr di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT).

Menyeru pihak berkuasa untuk terus hulurkan bantuan

Menurut perkongsian yang dimuatnaik oleh Facebook rasmi Istana Negara, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Bagina Raja Permaisuri Agong bekenan mengadakan lawatan yang mengejut ke kawasan banjir iaitu daerah Maran, Pahang bagi mengurniakan sumbangan kepada mngsa-mngsa banjir di pusat pemindahan sementara sekitar Maran. Turut berangkat bersama merupakan YAM Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah.

Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan harapan agar semua sasaran banjlr tabah mengharungi dvgaan dan muslbah yang menlmpa mereka serta menyeru pihak berkuasa supaya terus menghulurkan bantuan kepada mngsa banjlr di negeri yang terjej4s, khususnya pihak Agensi Pengurusan Benc4na Negara (NADMA).

Dengan penul4ran pandemlk C0vld-19 dan kenaikan k3s posltif yang menddak di negara ini, Seri Paduka Baginda menitahkan supaya norma baharu dan prosedur operasi standard (SOP) dapat diterapkan walaupun dalam operasi menyelamat mngsa banjlr.

Yang di-Pertuan Agong, katanya turut berkenan meluangkan masa bersama mngsa banjlr dan mengurniakan sumbangan kepada mereka bagi meringankan beban serta menyeru seluruh rkyat bersama baginda mendoakan agar benc4na banjlr tidak akan berpanjangan. Dalam pada itu, Tuanku Azizah melahirkan penghargaan kepada pihak Polis yang sentiasa menjaga keselamatan baginda berdua.

“Sewaktu memandu, rupanya ada p0lis di atas Hilux …… tabik kpd p0lis yg sentiasa menjaga kami berdua!” tulis Tuanku Azizah di akaun ig rasmi milik baginda Dalam pada itu menurut seorang warganet, tindakan p0lis bergayut di atas Hilux membuatkan kenderaan menjadi lebih berat dan mengurangkan penolakan air

Sempat ‘singgah’ kurniakan sumbangan kepada pemandu lori

Dalam perkongsian itu juga ada menyatakan Seri Paduka Bagina Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, dalam perjalanan menuju ke Maran, berkesempatan berhenti menuruni kenderaan rasmi baginda untuk kurniakan sumbangan kepada pemandu-pemandu lori. Pemandu-pemandu lori itu terkndas aklbat kenaikan banjlr di Plaza Tol Karak, Lebuhraya Pantai Timur. Daulat Tuanku

Ruangan komen turut dib4njlri dengan pujian oleh rkyat kerana sangat prihatin akan nasib rkyat dan sanggup turun padang mered4h banjlr untuk menlnjau serta kurniakan bantuan kepada rkyat yang dilnda benc4na banjlr.

“Bangunan Kelas Saya Belajar Hanya Nampak…” – Siti Nurhaliza Sayv Tengok Keadaan Banjlr Di Pahang

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa sedlh apabila melihat keadaan bnjlr burvk yang berlaku di negeri kelahirannya, Pahang. Lebih mervntun hati, kata beliau apabila sekolah yang pernah menjadi tempatnya menlmba ilmu turut ditengg4lami banjlr.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Siti turut berkongsi beberapa keping foto memaparkan keadaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford, Lipis, Pahang yang hanya menmpakkan bahagian atap sahaja.

“Kala ini, dengan keadaan saya sekarang, mungkin saya tidak dapat turun padang seperti lazimnya untuk melihat sendiri keadaan banjlr, namun saya titipkan doa dan membantu apa yang termampu kerana memahami keadaan sukar buat semua mngsa banjlr. Bangunan kelas saya belajar hanya nampak sayup sahaja bumbungnya, Allah!” luahnya.
Pada masa sama, katanya, dia turut menyeru mana-mana pihak yang sudi untuk sama-sama menghulurkan bantuan bagi merlngan beb4n mereka yang terkes4n akibat banjir bruk. Semoga usaha ini akan diberkati dan saya juga mengajak follower, rakan-rakan, alumni sekolah serta sesiapa sahaja yang mahu menyumbang bagi membantu meringankan beban sekolah aklbat benc4na banjlr,” katanya yang turut berkongsi semula hantaran Instagram daripada pengurusnya, Rozi Abdul Razak. Rozi yang juga merupakan Naib Yang DiPertua, alumni Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Clifford (LOCA) turut menzahirkan rasa sedlh dengan apa yang berlaku.

“Melihat keadaan SMK Clifford, Lipis, pagi ini membuatkan saya sebak. Sekolah yang sudah berusia lebih 100 tahun, mempunyai khaz4nah-khaz4nah tahun bertahun, sejarah yang tak mungkin ada gal4ng ganti, hampir tenggel4m sepenuhnya. Bangunan sekolah, asrama, surau, dewan, pejabat guru, galeri, padang dan kantin, sudah tidak kelihatan kecuali bumbung sahaja,” katanya.
Sehingga kini, jumlah mngsa bnjlr di Pahang meningkat kepada 17,104 orang yang ditempatkan di 242 pusat pemindahan sementara.

Sumber: trendingsangat Via rentasasia

Tular Kisah Seorang Penunggang Wanita Yang Kehilangan Motosikalnya. Terbaru Dikhabarkan Tengku Permaisuri Selangor Hadiahkan Motor Baru Kepada Akak Panda

Sebelum ini, kisah seorang penunggang wanita yang kehilangan motosikalnya ketika bekerja mendapat perhatian ramai. Motosikal miliknya dipercayai telah diambil oleh individu yang tidak bertanggungjawab di Giant Batu Caves dan paling menyedihkan apabila motosikal itu baru sahaja dibeli olehnya.

Terbaru, individu yang dikenali sebagai Nur Athirah, telah mendapat sebuah motosikal baharu menggantikan motosikalnya yang telah diambil orang itu.Menerusi posting di Facebook Selangor Royal Office, DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyampaikan sumbangan peribadi Baginda berupa sebuah motosikal kepada Athirah. Motosikal tersebut diberikan oleh Baginda menggantikan motosikalnya yang telah diambil orang ketika sedang melakukan kerja penghantaran makanan.

Baginda berasa amat sedih dan terharu apabila membaca berita yang tular mengenai nasib Athirah.Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Juruiring Polis (ADC) kepada DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Inspektor Noor Hidayu Aziz.Sama-sama mendoakan.Di waktu kita semua sedang diuji dengan pelbagai dugaan ketika ini. Baginda amat berharap agar masyarakat di luar sana lebih bersifat berperikemanusiaan dan bertimbang rasa di antara satu sama lain.

Tidak berakhir di situ, baginda turut mendoakan agar sekalian rakyat terus dimurahkan rezeki dan sentiasa di dalam perlindungan Allah S.W.T.Menerusi ruang komen, rata-rata warganet mengucapkan terima kasih atas sumbangan yang diberikan oleh Tengku Permaisuri Selangor dan berharap gadis tersebut menjaga motosikal tersebut dengan sebaik mungkin.Sumber: Selangor Royal Office

Reaksi Tunku Hajah Azizah Aminah Dan Anakandanya Meraih Perhatian Orang Ramai Selepas Melakukan Swab Test. Ini Reaksinya Sehingga Membuatkan Ramai Terhibur.

Pandemik Covid-19 di Malaysia kembali menunjukkan peningkatan sejak beberapa minggu lalu. Hal tersebut pasti membimbangkan semua pihak kerana hampir kesemua sektor sudah mula beroperasi. Oleh itu, ramai yang mulai menyedari kegawatan tersebut dengan mengambil inisiatif untuk melakukan swab test atau ujian saringan bagi memastikan diri bebas daripada wabak tersebut.

Lakukan ujian saringan Covid-19. Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut tidak ketinggalan melakukan swab test dan perkara itu dikongsikan baginda di laman Instagram miliknya. Selain Tunku Azizah, anakanda baginda iaitu Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah turut sama melakukan proses ujian saringan berkenaan. Namun begitu, kapsyen comel daripada Raja Permaisuri Agong telah berjaya meraih perhatian warganet kerana berseloroh dengan reaksi anakandanya semasa melakukan proses tersebut.

Comellah Tuanku & Tengku Ahmad. Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah tinggalkan pelbagai komen selepas menonton video tersebut. Rata-rata memuji kecomelan Tunku Azizah dan Tengku Ahmad Ismail selain mendoakan agar baginda dan keluarga dilindungi Allah SWT. Kita jaga kita. Semoga Tuanku & anakanda diberi kesihatan yang baik

‘Susah Kalau Orang Sakit Jiwa!’-Tuanku Permaisuri Agong Jawab Komen tak baik warganet Di Instagram

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sememangnya terkenal dengan sikap ramah beliau bersama rakyat jelata terutamanya di media sosial. Sering berkongsi resipi masakan dan aktiviti menyulam yang dilakukan di akaun Instagramnya, beliau bagaimanapun tidak terlepas daripada perangai tak elok sesetengah warganet. Perkara itu dikongsikan sendiri beliau baru-baru ini menerusi satu hantaran dengan berkongsikan kembali tangkap layar komen buruk dari warganet yang di hantaran sebelumnya. ‘Apa masalah anda dengan saya’ Komen tersebut bukan sahaja tak sopan dengan memberitahu individu yang mengalami cirit birit agar hanya membuang air besar namun turut mengandungi kata-kata kesat seperti ‘si*l’ di penghujungnya.

Walaupun tidak dapat dipastikan daripada hantaran mana komen tersebut dibuat namun akaun @farisisbi**h merupakan akaun palsu berdasarkan nama dan gambar akaun yang digunakan warganet terbabit. Tidak mahu perkara tersebut terus berlaku, Tunku Azizah kemudiannya membalas kembali komen tersebut dengan bertanyakan ‘apa masalah anda dengan saya’ sebelum membuat hantaran berasingan dengan menyifatkan akaun tersebut mempunyai masalah sakit jiwa.

Rata-rata warganet kemudiannya yang melihat hantaran itu mengkritik perbuatan buruk itu dan mencadangkan agar beliau mengambil tindakan terhadap individu yang bertanggungjawab memberikan komen itu. Raja Permaisuri Agong sebelum ini juga aktif di Twitter sebelum menutup akaunnya. Baca penjelasan penutupan akaun seperti yang kami kongsikan sebelum ini di pautan di bawah. Sumber: TheVocket

Raja Permaisuri Agong Jawab Isu Tutup Akaun Twitter

Selepas hampir dua hari menutup akaun Twitter, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kembali menghidupkan akaun Twitter rasminya pagi tadi. Baginda turut menzahirkan rasa kecewa berhubung tindakan polis menahan beberapa individu yang didakwa berkata negatif Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong di media sosial. Menurut Tunku Azizah, walaupun sebelum ini baginda dan suami seringkali menerima kritikan namun tidak pernah membuat laporan polis. Baginda mengetahui isu penahanan individu tersebut daripada puterinya, Tengku Puteri Afzan Aminah Sultan Abdullah. Selain itu, Tunku Azizah berharap orang ramai bertenang dan sempat berseloroh dengan mengatakan ‘bertenang semua’ seperti yang selalu dipesan oleh puterinya setiap kali baginda bersedih.

Mendengar berita kembalinya Raja Permaisuri Agong di Twitter, rata-rata warganet berasa teruja dan gembira. Namun, akaun tersebut kembali ditutup selepas beberapa jam. Ini mungkin keputusan baginda untuk menutup akaun Twitter dan sebagai Rakyat, kita haruslah menghormati keputusan yang diambil oleh baginda. -TheVocket

Kerana warganet kurang sopan, Permaisuri Agong Tutup Akaun Twitter?

Sebagai rakyat biasa, adalah tidak mudah untuk kita dapat berinteraksi dengan keluarga DiRaja. Akan tetapi, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang aktif menggunakan Twitter rasmi miliknya @cheminahsayang membuatkan rakyat berasa mudah untuk berinteraksi. Raja Permaisuri Agong yang sering menggunakan medium tersebut untuk berinteraksi bersama rakyat dan berkongsi saat-saat indah baginda sebagai Permaisuri Agong selalu meraih perhatian warganet di Twitter.

“when i found out our Permaisuri Agong had deactivated her account, i am really devastated and i know all of us will miss her cute, cheerful tweets so here is some tweets that i ss-ed and haven’t deleted yet. just in case some of you want to reminisce the glory of @cheminahsayang ” Akan tetapi, semalam kecoh di media sosial Twitter apabila ada seorang pengguna Twitter yang telah berkongsi dengan bangganya telah block akaun Twitter Permaisuri Agong. Tidak cukup dengan itu, ada juga yang menyokong tindakan pengguna tersebut dan melemparkan kata-kata yang tidak sopan. Setelah itu, rata-rata warganet mengkritik tindakan yang dilakukan oleh pengguna Twitter tersebut. “Saya sudah memaklumkan perkara ini kepada JSJ Bukit Aman, semua punca komen dr awal, komen yg kurang enak sudah sy serahkan bukti serta account profile yg menulis.”

Kemudian, ada yang mencadangkan untuk block dan report akaun pengguna Twitter yang bersikap tidak sopan itu. Malah, ada juga yang telah membuat laporan polis untuk menangkap pengguna tersebut. Setelah kekecohan berlaku, warganet terkejut apabila akaun Twitter Permaisuri Agong tiada lagi kerana telah ditutup. Berikutan itu, warganet menzahirkan rasa sedih mereka dan berharap agar baginda akan membuka akaun Twitter semula.”Tuanku permaisuri agong is the one that cheered my twitter. She was like a caring mother who is trying to get closer to her children.”