Pelancong Di Indonesia Diwajibkan Untuk Memakai Topeng Muka Semasa Berselfie.

Kehidupan

Sektor pelancongan di Indonesia dilihat semakin rancak apabila aktiviti pelancongan di negara itu telah mula dibuka semula buat pelancong domestic dan dari luar negara.

Namun begitu, langkah penjagaan yang rapi telah dijalankan bagi mengelak daripada jangkitan wabak berkenaan kembali mengganas dan antaranya adalah peraturan ketika berselfie.

Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Sandiaga Uno mendesak semua orang untuk sentiasa memakai topeng pelitup muka mereka termasuklah ketika sedang mengambil gambar ataupun berselfie. 

Menurut Sandiaga, pembukaan semula20 lokasi pelancongan di wilayah yang dikategorikan di bawah Tahap 3 dan 2 telah menunjukkan beberapa kesan positif, hasil daripada pelaksanaan standard CHSE (Kebersihan, Kesihatan, Keselamatan, dan Kelestarian Alam Sekitar) dan penggunaan aplikasi PeduliLindungi.

Meskipun begitu, Sandiaga menyuarakan bahawa pelancong masih berdegil untuk melanggar beberapa protokol kesihatan, terutama yang berkaitan dengan selfie. 

“Terutamanya ketika mengambil foto ataupun berselfie, pelancong cenderung menanggalkan topeng muka mereka, bahkan kami telah melarangnya untuk berbuat demikian,” katanya.

Beliau meminta orang ramai untuk tetap memakai topeng muka mereka, walaupun sedang berada di destinasi terbuka. 

Difahamkan, sebaik sahaja aktiviti pelancongan dibenarkan, catatan menteri mendapati bahawa masyarakat dilihat seperti membalas dendam dengan jumlah kemasukan pelancong yang sangat tinggi namun penjarakan sosial semakin berkurang.

Tak puas la kalau nak muat naik gambar selfie di media sosial, tapi kena pakai topeng muka kan?

Tetapi apakan daya, kesihatan perlu lebih diutamakan dan diharap ianya mampu dituruti oleh semua pelancong di Indonesia.

Buat anda yang ingin melancong ke Indonesia selepas pintu sempadan dibuka nanti, sama-sama la kita berselfie dengan outfit bertopeng muka ye!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.