Pelik bila jam 6 pagi je nasi lemak yang ayah niaga mesti dah tak elok. Tiba tiba ayah buat kejutan masa hari nak kahwin dia buat mak jatuh terduduk. Tergamak ayah buat kejutan smpai macam tu sekali.

Kisah Rumah Tangga

Assalamualaikum dan hai to all the readers. Rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat hari raya buat semua. Aku dah gain 3 kg sejak sambut syawal ni. Hahaha. Ok back to the story, nanti melalut pulak mukadimah aku. Aku Dalila (bukan nama sebenar), berumur 26 tahun dan sudah berkahwin dan beranak dua. Hari ni bukanlah tujuan aku nak ceritakan tentang hal rumah tangga aku, peribadi aku, perihal hari raya,atau apa-apa sajalah. tetapi aku ingin meluahkan pada kalian tentang abah. Ya Abah. Tentang kerinduanku pada insan yang bergelar abah.

Abah aku seorang askar, abah kuat, abah gagah perkasa. Selalu waktu kecik, abah selalu bercerita pada kami pengalaman dia masa rekrut, pengalaman dia masuk hutan, pengalaman dia jaga sempadan, pengalaman dia semua best-best la bagi aku dan adik-adik aku ni.

Sampaikan kami 4 beradik berebut-rebut nak jadi askar macam abah bila kami besar nanti. Aku ingat lagi dulu, kami tak ada kereta, abah beli kereta corona secondhand buruk sebab katanya nanti senang aku dengan mak nak balik kampung, tak payah susah-susah naik bas lagi.

Masa aku 4 tahun, mak beranakkan adik aku, Dina. Masa tu ekonomi gawat, abah tak cukup duit, makanya terpaksa abah jual kereta kami demi menampung kelangsungan hidup. Dina pulak dilahirkan tak cukup bulan, Dina sakit kulit, merata-rata abah dengan mak bawak Dina berubat. Syukur Alhamdulillah sekarang Dina dh pulih dari sakit kulit dia dan dah membesar jadi anak dara yang cantik.

Selang dua tahun, mak beranak lagi. Kali ni adik aku kembar dua orang lelaki. Adam dan addin. Adam dengan addin rapat betul dengan abah. Tidur nak dengan abah, tengok tv nak dengan abah. Pendek kata semua benda nak kena ada abah. Abah pun memang pandai melayan anak-anak.

Tiap-tiap hari sabtu, abah pinjam kereta jiran, bawak kami pergi pasar malam, beli ayam goreng, popcorn. Nanti balik rumah, mak dah siap tanak nasik, abah akan suap nasik panas-panas dengan ayam goreng dan kicap kat semua anak-anak termasuk mak sekali. Abah suap nasik sedap sangat. Menambah-nambah kami semua makan.

Lepas makan nasik, masing2 akan ambik mangkuk sorang satu, nanti abah bahagikan sama rata popcorn yang beli kat pasar malam tadi. sebungkus seringgit harga popcornnya. Abah bahagi 4 bahagian pada anak-anak sama rata. Abah dengan mak kongsi makan berdua sebungkus. Alasan abah, budak-budak tak boleh makan popcorn banyak-banyak. Nanti sakit gigi. Betapa segala memori itu mengigit segenap hati..

Selepas Adam dan Addin 4 tahun, abah berhenti jadi askar, katanya nak balik kampung, nak cuba nasib berniaga kat kampung. Kami sekeluarga pindah, ke rumah yg tak siap wiring, tak ada lampu, tak ada kipas. Tapi adanya abah pada masa tu, kami rasa selamat.

Abah buat wiring sendiri, lama2 rumah yg kami diami semakin cantik. Abah rajin bertukang. Pagi-pagi abah berjual nasik lemak yang mak masak, jualan semakin hari semakin laris, menu pun semakin bertambah. Tiba-tiba, ada orang tak puas hati pada abah, seminggu berturut-turut nasi lemak jualan abah basi pada pukul 6.30 pagi, orang tak nampak abah bukak gerai. Abah takut ambil risiko, dia ambil keputusan nak berhenti berniaga, abah cuba nasib minta kerja masuk kerajaan semula. Alhamdulillah, abah berjaya dapat jawatan kerani kat sebuah universiti awam.

Dalam masa yang sama, abah tekad sambung belajar. Masa ni keluarga kami susah, abah sibuk belajar, abah selalu pesan pada mak dan anak-anak, jangan risau, abah buat semua ni untuk masa depan kita, untuk kesenangan kita nanti.

Walaupun hidup kami kais pagi makan pagi kais petang makan petang, kami bahagia. Sungguh bahagia. Petang-petang abah bawak kami sekeluarga beriadah di taman, hujung minggu abah kerap bawa kami mandi sungai. Bahagiakan kita waktu itu abah, walaupun tanpa wang ringgit..

Pada awal tahun 2013, aku dapat tawaran sambung degree, sekampus dengan abah, yang masa itu abah sedang dalam final year nak habiskan master. Aku bangga dengan abah, anak orang kampung yang repeat spm tah berapa kali, berjaya sampai ke tahap ini. Abah waktu ini pun dah bukan lagi kerani, abah dah jadi pensyarah part time di salah sebuah universiti awam jugak.

Long story short, kehidupan kami sekeluarga dah jadi sangat banyak berubah. Abah dah jadi orang berduit, entah kenapa aku rasa abah semakin menjauh dengan kami sekeluarga. Tahun 2014 aku kahwin, abah bawa kejutan di hari bahagia aku yang akan aku kenang sampai bila-bila. Abah bawa isteri muda dia. Yang muncul entah dari mana-mana. Yang kami tak pernah tahu akan kewujudannya. Yang umurnya 3 tahun muda dari abah.

Mak hampir rebah, tapi mak gagahkan diri sebab malu pada semua orang. Malu pada tetamu yang datang, malu pada semua. Aku dah rasa macam taknak kawin masa tu. Terkejut sedih marah, semua ada. Adik aku yang kembar baru umur 15 tahun masa kejadian.

Tiba-tiba kami semua berfikir.. Patutlah abah dah tak nak suap kami macam dulu-dulu lagi.. Patutlah abah selalu suruh aku dan Dina ambil lesen kereta cepat-cepat dengan alasan senang nak bergerak kemana-mana kalau dia outstation.. Patutlah abah selalu balik lewat.. Dan macam-macam lagi alasan yang menyiat-nyiat hati dan sanubari kami sekeluarga.

Mak kemurungan, hampir 3 bulan mak cuba nak lawan kemurungan mak, end up mak mengalah. Kalau betul dah itu jodoh abah, mak terima. Tapi mak cuma mintak abah adil. Mak tau abah mampu dari segi kewangan, sebab tu mak relakan. Kuat dan tabahnya mak.

Mak tiri aku cantik. Aku tak nafikan. Dia orang bekerjaya, berpangkat, Jauh berbeza dengan mak, seorang suri rumah yang bekorban masa dan tenaga jaga anak-anak. Tapi bagi aku dia tak patut. Tak patut hadir di saat ini. Umpama dia hadir di waktu dan masa yang salah. Dia juga ada tuduh aku guna-gunakan abah, sumpah anak dalam kandungan aku tak sempurna. Tapi tak apa lah, tu cerita lain kali, aku dah malas nak cerita pasal dia.

Sejak tahun lepas, abah makin berubah. Abah dah jarang balik rumah mak. Kadang-kadang aku drive jauh dari rumah aku ke rumah mak, harapan aku nak spent time dengan mak dan abah. Tapi selalunya aku hampa, hanya mak sorang sambut aku dengan senyuman di muka pintu. Aku sahut senyuman mak, dalam masa yang sama, hati aku cari abah.

Sekarang hampir 8 bulan aku tak jumpa abah. Facebook abah pun dah lama aku tak nampak. Aku whatapp pun dah tak berbalas, aku call pun dah tak berangkat. Raya ni pun aku cuba nak call abah tapi hampa. Hingga malam raya ke 3, aku bukak akaun fb fake, cuba search nama abah. Tuptup, ada! Ya Allah.. Rindunya aku pada abah.

Raya pertama abah tukar gambar profile, dengan isteri kedua dia, dan anak-tiri dia, 4 orang juga sama macam adik beradik aku ; 2 perempuan dan 2 orang lelaki. Rupanya selama ini abah block fb aku. Aku tak tau nak rasa sedih ke, marah ke, kecewa ke. Yang aku rasa sekarang hanyalah kosong.

Mungkin abah rasa abah dah jumpa pengganti mak dan semua anak-anaknya. Mungkin abah dah tak sayang kami, mungkin abah anggap kami merimaskan abah dan keluarga baru abah. Tetapi percayalah abah, kami merindui abah. Sangat-sangat rindu.

Abah ada bank in 2500 pada mak setiap bulan untuk segala perbelanjaan mak dan adik-adik, tapi mak cakap dah 7 bulan abah tak balik. Kenapa abah sanggup buat kami macam ni. Kadang aku rasa macam tak percaya. Benarlah orang kata, kebenaran itu menyakitkan.

Semoga suatu hari nanti, Allah satukan keluarga kita semula, dan kita bahagia macam dulu-dulu. Aku rindu abah suap nasik, rindu menyanyi ramai-ramai dalam kereta, rindu mandi sungai ramai-ramai. Benarlah, kadangkala kehidupan berduit itu yang merupakan ujian buat kita. Abah, raya masih bersisa. Abah baliklah, ila rindu nak cium tangan abah, nak peluk abah.

PS : admin EM berpendapat wanita diuji bila lelaki tidak punyai apa2 , manakala lelaki diuji bila ada segalanya. Sayang kenangan semasa susah dahulu dihapuskan oleh isteri muda yg tidak berhati perut. Inshaallah satu hari nanti abah anda akan kembali ke pangkuan keluarga

Gadesssss Ni Lagi Beberapa Hari Je Nk Kahwen Tapi Ayah Dia Pergi Menghadapppppp Illahi. Abg Yg Jadi Wali. Tergamam Bile Abg Dia Naikkan Duet Hantarannnnnn Sampai Mcm Tu Sekali. Hingga Gades Ni Rasa Mcm Nk Batalkan Majlis Pernikahan Tu. Akhirnya Ini Yg Berlaku.

Nama aku ivy,story aku ni real zaman yg pernah aku lalui sebelum ni,harap siapa yg baca dapat bertenang sehingga habis.Semoga ia dapat dijadikan pengajaran buat semua.Aku berasal dari selatan tanah air,Batu pahat,Johor. Zaman aku kahwin dulu… iyalah… 12 tahun yang lepas.. keluarga aku tidak berapa terdedah pada majlis kahwin yang simple untuk bakal pengantin berstatus anak dara ni… Maybe tempat lain buat tapi kat kampung aku ni… kenalah jemput satu kampung tau. Nak kahwin kena dalam keadaan betul-betul mampu.

Ini yang keluarga aku selalu tekankan. Bila sebut nak kahwin je, terus terfikir kos sewa khemah, daging, ayam, barang hantaran itu ini. Sebab aku ni dari keluarga yang berpendapatan sederhana tapi punyai adik beradik yang ramai. Aku anak bongsu. Masa aku besar dalam umur yang sesuai nak kahwin, mak ayah pun dah berusia.

Mak aku ada banyak barang kemas. Banyak sangat gelang. Dulu sebelum ayah bersara, dapat duit lebih sikit belikan emas untuk emak. Sampai orang luar tengok boleh pelik. Emak aku surirumah. Ayah kerja buruh tapi barang kemas boleh tahan banyak.

Dulu-dulu emas kan murah je. Lepas tu bila seorang demi seorang anak mak aku kahwin….emas kat tangan dan simpanan makin berkurang. Tiap kali anak kahwin,mesti ada gadaikan gelang. Ambil duit simpanan dalam bank untuk bayar kos kenduri kahwin. Abang dan kakak bukan tak kumpul duit tapi macam aku cakap, bukan macam sekarang orang dah berfikiran terbuka.

Kami dulu,anak nak kahwin…kena jemput ramai orang untuk raikan majlis. Jujurnya,aku anak bongsu ni tiada kelebihan ape pun. Tak ada dimanjakan. Cuma sedihlah.. tak naklah emak gadaikan gelang barang kemas lagi untuk aku nak kahwin.

So,aku kenal cinta hati masa umur 22 tahun. Macam cik Loli,aku baru kerja setahun juga. Gaji aku masa tu…rm550. Kerja kat kampung sebab nak dekat dengan parents. Aku ni dating for marriage. Aku tak ada nak sia-siakan time, effort untuk couple saja-saja. Imagine macam mana aku nak menyimpan duit nak kahwin.

Gaji cukup-cukup untuk diri sendiri dan hulur kat parents. Aku kerja dalam salah satu cabang bidang engineering. Bidang aku ni kalau duduk dalam office especially perempuan,tak masyuk sangat. But,bila ada job freelance memang mudah kumpul duit. Oleh sebab aku niat nak kahwin tanpa susahkan langsung parents,aku buang sikap malu aku dan try masuk dalam bidang freelance.

Allah bagi rezeki cuma nak kita berusaha. Siang malam aku kerja. Sekarang ni bila ingat aku pernah angkut PC sorang-sorang panjat tangga ofis client tingkat 3…kenangan berharga tak dapat nak lupa. Dari umur 22 aku kumpul duit sampai la aku selamat bertunang 3 tahun selepas tu. Majlis tunang aku, semuanya duit aku. Aku tempah pelamin dan set baju tunang yang cantik sangat. Family aku bagi sumbangan tenaga. Walau rm1, aku tetap tak bagi diorang keluarkan duit. Memang lega sangat. Tapi tu baru step 0.5.

Dugaaan bertunang tetap ada. Ayah aku pergi buat selamanya.. abang aku jadi wali. Aku tinggal berdua je dengan mak dalam rumah. Adik beradik semua tinggal negeri berlainan. Aku seorang diri buat persiapan nak kahwin. Lunch time waktu untuk survey pakej butik pengantin. Disamping nak balancekan antara kerja freelance pada malamnya dan kerja tetap di siang hari. Busy sangat. Misi aku cuma kumpul duit siang malam. Tunang aku pun sama.

Bercerita bab tunang aku, aku menilai dia semasa kami buat persiapan kahwin. Macam mana pengurusan kewangan dia. Macam mana dia saving. Macam mana dia layan aku. So far nampak la si tunang tak suka guna duit perempuan. Lega hati.

Seminggu sebelum akad nikah, wali aku suruh upkan nilai hantaran. Untuk pengetahuan,tunang aku anak sulung. Ayahnya berpangkat dalam jabatan kerajaan juga. Kiranya kalau nak sponsor majlis anak pun,tak ada masalah. Lagipun,itu majlis pertama untuk keluarga mereka. Adik beradik pun tak ramai.

Tapi tunang aku pun macam aku juga. Kalau boleh semua nak guna duitnya sendiri untuk majlis perkahwinan ini. Sebolehnya tak nak menyusahkan orang lain. Nilai mas kahwin dan wang hantaran ni kami berdua dah bincang awal. Tunang aku asalnya nak bagi wang hantaran yang lebih daripada kakak aku dapat dulu.

Tapi wali aku suruh upkan lagi beberapa ribu. Memang bajet lari terus di pihak dia. Sebelum tu,barang hantaran dan barang kemas dah beli.pakej pengantin semua dah tempah. Semua dah ready. Apa pun,aku tak akan salahkan abang aku. Dia nak lepaskan adik dia. Dia nak ambil alih tugas ayah aku. Sebelum aku jadi isteri, priority aku pada family dulu. Dia bagitau masa tu,kalau tunang betul-betul nakkan aku,dia akan follow.

Tertekan memang ada . Sebab semuanya aku buat sendiri. Adik beradik balik minggu last sebelum akad nikah. Tiba-tiba ada isu macam ni. Tunang aku baik sangat. Meninggi suara pun dia tak pandai. Aku call tunang. Aku cakap lembut. Kalau tak boleh, tak apalah. Kita cancel akad nikah. Lepas aku end call,aku baring atas katil. Esok aku nak call butik,kedai kek dan semua yang berkaitan untuk batalkan semua tempahan.

Hangus deposit pun tak apelah. Hati aku hangus juga tapi macam mana aku nak lawan family aku. Dari aku keluar dalam perut mak sampai umur 26 tahun,diorang jaga aku.Aku tak sanggup. Aku ni jenis walk the talk. Aku tak cakap. Kalau aku kata macam tu,memang aku buat macam itu. Tapi yang aku tahu duit untuk honeymoon burn juga sebab nak kahwin dengan aku sangat kan. Happy ke? Tak pun tapi win-win situation bagi tunang aku.

Rasa bersalah tu tetap ada dalam hati aku. Tapi suami aku tak pernah ungkit pun sampai sekarang. Baginya itu hadiah untuk aku. Tak ada dia persoal aku pandai masak ke,aku pandai menjahit ke…tak ada pun. Bila kenduri dapat banyak juga duit angpau, aku serahkan semua kat emak. Ambillah semua mak. Aku dah tercapai misi aku nak kahwin,tanpa susahkan emak langsung.

Semuanya dari makanan, pelamin.. everything guna duit aku. Begitu juga dengan suami. Kenduri belah dia pun semuanya guna duit dia sendiri. Duit yang di kumpul bukan dari loan ya. Lepas kahwin, akaun bank aku gemuk juga. Simpan wang hantaran yang banyak tu untuk beli rumah pula. Suami pula.. duit dah licin. Start balik menabung. Setahun lepas tu, kami beli rumah sendiri.

Aku keluarkan duit hantaran tu..semua barang elektrik dan barang lain aku beli cash. Tak hutang juga. Suami licin lagi duit termasuk kwsp sebab ambil untuk deposit rumah.. Loan rumah dan kereta aku semua atas nama dia. Bila umur kami 30,kami dah stop kumpul duit banyak2 macam dulu.

Cukuplah dah ada rumah sebiji,kereta. Masa sekarang kerja sambil besarkan anak. Anak dah besar, excited nak dating balik. Alah,dating breakfast berdua je lepas hantar anak ke sekolah. Aku dah jadi surirumah. Tapi sekarang Allah bagi bahagia lebih daripada masa bercinta semasa zaman bujang. Tiap hari masih i love you, i miss you.

Ada aku nampak hikmahnya aku tak nak susahkan mak ayah. Aku nak keluarga aku lepaskan aku masuk dalam alam perkahwinan dengan hati senang. Aku mudahkan kerja keluarga. Aku susah tak apa. Jangan aku yang menyusahkan orang lain. Aku bertuah dapat suami yang sekepala dengan aku.

Kalau ada masalah apa,kami tak merungut. Merungut tak selesaikan masalah. Just move on. Alhamdulillah Allah mudahkan semua urusan kami selepas kahwin. Now, aku suka tengok majlis perkahwinan yang simple. Tapi pengalamanku dulu, ujian hidup. Adik-adik..kahwin betul-betul mampu. Bukan mampu dari segi kewangan saja. Lepas kahwin priority kita perempuan pun berubah. Mampu ke nak ubah priority tu.? Itu pun perlu di pertimbangkan juga.

Lelaki..aku tak layak bagi nasihat. Tapi pendapat aku.. kalau bil makanan di restoren pun perlu kamu share dengan si cinta hati maknanya maybe kamu tak ready lagi kot nak kahwin. Lepas kahwin banyak bil kena bayar. Kahwin dengan ikhlas. Yang bujang aku nasihatkan jaga kata-kata. Jangan layan sangat gender war. Takut di uji dengan kata-kata sendiri. Cakap yang baik-baik, harapnya yang baik datang kat kita. Sekian…

Wanita Ni Letak Hantaran 700 Ringgit Je Sebab Gaji Bakal Suami Sikit. Tapi Dia Terkejut Dengar Mas Kahwin Yg Suami Dia Lafazkan Masa Tu. Terkedu Dia Dengar Jumlah Yang Disebutkan Suami.

Berbunga hati rasa. Memang wujud lelaki lelaki gentleman baik yang bekerja kuat. Selain confessor, salah seorangnya suami ku. Jangan risau ya sahabat sahabat ku yang masih bujang. Masa kalian, dengan orang yang tepat akan tiba. Sebelum berkahwin, memang terlalu banyak ujian. Sering jugak aku menangis, tetapi bukan kerana K. Tetapi kerana susahnya nak menghalalkan hubungan kami.

Kami berdua, belajar tinggi juga tapi berlatar belakangkan keluarga yang sederhana. Manakala K bukan dari keluarga yang senang. Sebelum aku bertunang dengan K dulu, aku sudah pernah bertunang. Dan ketika itu, ayah aku tetapkan hantaran RM10K. Entahla, tak ada jodoh.

Bila dengan K, aku risau sangat jika ayahku akan kembali menetapkan nilak hantaran begitu. Namun hati aku lega sangat, ketika bertunang dengan K ayahku awal awal lagi menyerahkan pada pihak lelaki berkenaan hantaran. Kenapa aku risau? Kerana aku tahu, ketika itu dalam simpanan K tidak pernah sampai seribu pun. Bayangkan, gaji 800, 300 diberi pada ibu ayah, kadang 200 diberi pada adik beradik.

Begitulah K yang tidak pernah berkira dengan keluarga. Aku memang cukup jatuh hati dengan perangai yang itu. Tapi tetap aku risau dengan persiapan kahwin kami. Walaupun begitu, aku tidak pernah mendesak K, aku tahu dia sedang cuba yang terbaik.

Selepas 3 bulan kami bertunang, K mendapat tawaran bekerja di tempat yang lebih baik. Alhamdulillahhhh aku bersyukur sangat. Kerana mengikut persetujuan, lagi 3 bulan kami akan berkahwin. Sepanjang bertunang, K beberapa kali bertanya berapa hantaran yang aku mahu.

Selalu aku minta dia tetapkan. Tapi tetap juga dia mahu aku sebutkan harga supaya senang untuk dia usahakan. 700 jawapanku. Kalau rasa ada rezeki lebih, cukupkan seribu. Supaya ibu ayahku tidak terkejut. Berkali dia tanya sepanjang pertunangan, jawapanku sama. Bila aku bagitahu pada ibuku, memang ibuku marah. Kata ibu, nanti aku jatuhkan maruah suamiku.

Tapi aku tetap dengan keputusan. Bukan kerana aku rendahkan kemampuan dia, tetapi aku tahu tanggungjawab dia terhadap aku selepas kahwin nanti memerlukan kewangan yang banyak. Aku tak mahu dia banyak berhabis untuk aku semata untuk kahwin. Aku tidak pernah sebut tentang hantaran pada sesiapa lagi selepas itu.

Hari perkahwinan kami tiba. Penuh sempurna. Namun aku sangat terkejut, pada saat akad nikah, mas kahwin yang terlafaz dari mulut dia bahkan bukan RM700, tapi RM10K. Lagi diberi seutas gelang emas yang entah berapa ribu nilainya.

Aku memang terharu. Terlalu terharu. Cerita ini, tidak pernah aku ceritakan pada sesiapa bahkan pada keluarga aku. K terus memberitahuku, semua hantaran itu adalah kejutan dan hadiah untuk aku. Dan katanya, aku mahal dari segalanya.

Alhamdulillah. Rupanya, memang semua itu adalah dari duit simpanan yang dia mulakan sejak bertunang dulu. Yang aku rasa agak mustahil, tapi Allah izinkan berlaku. Aku rasa, beberapa contoh dari suamiku yang boleh kita ikut. 1. Jangan berkira dengan keluarga sendiri. Lagi lagi ibubapa. Memberilah walau tiada. Mungkin berkat dari situ Allah limpah kurnia rezeki yang lebih banyak.

2. K memang suka hulur duit pada kanak kanak. Walau sedikit. Walau itu saja duit yang ada dalam poket, tetap dihulur. 3. Membantu kawan yang susah. Kadang, dia sendiri tiada apa, sanggup dikosongkan poket untuk kawan kerana risaukan kawan. Yang ini, sampai kami brbalah juga sedikit.

Kerana pada aku, kawannya tu sampai mengambil kesempatan. Sihat tubuh badan, tapi malas bekerja. Padahal K sampai kurus tak makan demi mencari rezeki. Setiap bulan, mesti meminta dari dia. Aku tak marah, tapi aku minta dia bagi peluang pada kawan dia untuk berdikari.

4. Bonus, untuk aku. Hehe. K tidak main game, tiada media social. Ahh, idola sangat. Moga satu hari nanti aku juga mampu melepaskan media social dan hidup sepenuhnya dengan dunia sebenar. Sekarang, tidaklah kami kaya. Tapi sangat cukup, dan lapangnya di hati. Doakan kami ya.

Reaksi warganet

Farin Ahmad – Dekat tempat aku, ada sorang. Kerja pangkat kecik je, tapi berkat kerajinan dia, mampu guna dan beli kenderaan mewah. Tapi sekarang dah tak jumpa dia lagi dah. Selepas SPRM masuk audit. Agaknya, dia kerja siang malam, tu yang aku, boss dia dan rakan sekerja dia pun, tak jumpa dia lagi dah. Terlalu kuat bekerja agaknya sampai tak jumpa jalan balik ofis.

Cempaka Biru – Harap lepas kahwin pun masih jatuh hati dengan sikap suami duk bagi duit pada mak ayah dan adik beradik. Jangan nanti pergi mengadu Kat KRT pulak, suami lebihkan keluarga, tak bagi nafkah Kat isteri. Moga bahagia ye.

Siti Rashimah – Kau hantaran 700? Aku dengan suami aku nikah tak ada hantaran pun. Cuma mas kahwin je. Tak ada majlis walimatulurus, cuma akad nikah sahaja. Sebab aku tahu suami aku bukan orang senang. Aslina Majid – Kadang kadang aku curious sebab asek terbaca cerita terkejut mase akad nikah baru tau mas kawen berapa… Memang borang nikah tetiap negeri tak sama eh?.

Jangan kritik sis, sis nak tahu je. Sebab sis masa submit borang nikah baru tau wali tuliskan nilai berapa. Ye la masa tunang bincang lain, mase nak nikah tulis lain. Kat Penang memang kene nyatakan nilai mas kahwin, hantaran dan pemberian lain (kalau ada) dalam borang.. Tipu la woi kalau main hantar je borang tak semak mende. Tatau la korang kalau wali rajin nak hantarkan. Btw kat Penang, pengantin yang kene hantarkan sendiri sebab sebelum hantar tu ustaz pejabat agama interview sikit.

Athirah Nor – Alhamdulillah. Tahniah bunga. Seronok dengar. Semoga dikurniakan sakinah mawadah dan rahmah. Macam abah saya. Dia pun tak kedekut duit dengan parents dan mak pak mertua. Gaji tak besar. Kami hidup pun sederhana je. Mama behenti kerja since abah ditukarkan negeri.

Jadi mama start niaga kecil kecil dari rumah. Dulu takda online. So anta kuih dan amik upah menjahit. Tu la yang besarkan kami adik beradik2. Tak mewah. Tapi kami cukup makan pakai. Mama kata dia tak pernah persoalkan berapa abah nak bagi kat parents dia dan parents mertua. Sebab dia kata tu hak abah. Yang penting abah tau cukup kena keperluan kami 1 keluarga. Alhamdulillah.

Nenek atok belah dua dua dah pergi menghadap illahi dah. Dan kami tak menyesal pun abah buat macam tu. Alhamdulillah syukur. Sebab dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Dan kalau mampu nak membantu. Keluarga. Adik beradik. Bru orang luar.

Dalam alQuran ada Allah pesan dah turutan nak bagi bantuan ni. Tapi kena beringat juga orang yang dibantu kena berpada pada. Bukan sikap meminta minta. Kalau berhutang tahu nk bayar semula on time. Jangan ambil kesempatan pula. Konsep taawun (kerjasama) gituu. Tahniah TT!

Sumber – Bunga (Bukan nama sebenar) via IIUMC