Pelik bila tengok gadis ni setiap kali datang bulan dia bentang kain batik kat tengah tengah sambil geleng kepala. Mengejutkan bila tanya selamba je dia senyum.

Kehidupan

GAMBAR SEKADAR HIASAN

Allah S.W.T kalau nak bagi hidayah ni macam-macam cara. Tak kira masa, tempat dan waktu. Jika masanya tiba dan berserah diri kepada Allah, maka cepat lah kita untuk menuju ke arah kebaikan. Macam kisah yang kami ingin kongsikan kali ni, seorang perempuan telah menceritakan hubungan persahabatan dengan rakannya yang berpurdah.

Segalanya bermula di sini..Masa mula-mula saya masuk UITM dulu,Saya tak pernah tahu pun pasal tarbiyah.Tudung saya atas dada,jalan pun akan mendada sikit.Ikhtilat tak berapa nak jaga.Perasaan cinta pada Allah dan Islam tu kurang ada. Bila masuk UITM, saya terduduk sebelah perempuan yang tinggi.

Tudungnya labuh sekali.Dia biasa-2 saja tapi saya senang melihat dia.Masa orientasi, saya perhatikan cara dia sahaja.Memang dia bertudung labuh macam orang lain yang saya nampak. Tapi saya dapat rasa dia sangat lain. Selalunya orang bertuduh labuh akan berdakwah, beri nasihat..Jujurnya apa yang saya nampak, selama ni orang yang bertudung labuh akan berdakwah dengan percakapan, berdakwah dengan nasihat, dan …. Macam biasa, saya dah kalis dengan semua tu.

Tapi bila lihat dia ni, tanpa sebut apa apa pun saya dah tertarik dengan dia. Masa taklimat, kalau ada lelaki yang berceramah, dia tak akan tengok lelaki tu. Dia akan pandang dinding, pandang bawah, pandang tepi. Tapi dia dengar. Lepas tu, kalau dalam orientasi , masa bersenam, dia bersenam sekali. Bila tiba part tonggek-2, dia akan berdiri tegak tak ikut sekali. Dia tak pilih kasih. Dia kawan je dengan semua orang. Orang freehair pun senang dengan dia. Dah seminggu saya perhatikan dia, tibalah waktu kelas.

Ditakdirkan saya dapat duduk belakang dia. Saya tanya dia, ..‘Nama siapa?..’Dia menjawab..‘Syaza’..Saya tanya lagi sebab muka dia nampak matang dan memang tinggi. ‘Umur?’…’20 tahun’. Masa tu saya 18 tahun. Sebelum ni dia belajar kat Sunway College. Tapi tak boleh bawa. Dia berhenti dan masuk UITM. Sebab tu dia tua sikit. Sejak dari tu saya panggil dia Kak Syaza.

Dia sangat humble masa dah start P&P. Takde pun nampak pandai ke apa. Tapi Ya Allah, setiap kali lepas habis belajar, mesti dia akan jumpa lecturer dan tanya soalan yang tak terlintas di fikiran saya.Dari cara dia memang dah dapat agak, cara dia fikir tak sama macam cara kebanyakan orang fikir.

Lepas tu, buatlah quiz , test, and everything. Dia selalu score 100%. Paling rendah markah yang dia pernah dapat 96%. Tak pernah lagi rendah dari yang itu.Sampai saya jeles lah dengan dia.Saya tanya housemate dia, apa yang dia buat sampai boleh jadi begitu pandai? Housemate dia cakap, dia biasa je. Cuma solat tak pernah tinggal. Lepas subuh dia tak akan tidur.

Dan paling menarik masa dia tak boleh solat, dia akan bentang kain batik ikut arah kiblat dan berzikir seolah-olah dia boleh solat. Saya tanya, ‘ Hah! Kenapa pelik sangat?’Housemate dia cakap dia memang macam tu. Hati tu saya ada tanya dia sendiri kenapa buat camtu. Dia cakap, supaya nanti dah kahwin dan ada anak, anak dia akan tengok yang hubungan dengan Allah takkan putus walaupun Tak Boleh Solat.

Tegak bulu roma saya bila dengar.Sumpah, tak pernah saya lihat orang luar biasa macam ni. Biasa tapi luar biasa. Sampai lah satu hari saya terbuka hati nak bertanya lagi. ‘Akak, kenapa akak pakai tudung labuh?’Dia pandang saya dan tersenyum. Dia tanya saya balik, ‘Awak rasa kenapa?’ Dari cara dia tanya, saya tahu. Dia bukan menyindir. Biasanya kalau saya tanya orang bertudung labuh yang lain, mesti diorang bagi dalil panjang berjela kalah lori treler. Tapi dia tak. ‘Err. Sebab akak alim?’

‘Bagi awak, alim tu macamana?’ Dia sedikit ketawa. Lucu tengok saya.Bila dia soal saya balik, huhu . Mana lah saya tau! Tergaru garu kepala nak cari jawapan ntah kat mana. ‘Err. Alim tu macam akak lah. Pakai tudung labuh. Kuat ingat Allah.’Lepas tu, dia ketawa sambil geleng. ‘Akak tak alim. Akak masih jahl. Akak pakai macam ni sebab akak orang Islam macam awak.’ Automatik saya rasa malu dan pegang tudung sendiri.

Dia sambung lagi, ‘Kita sembah Tuhan Yang Sama kan?’ Saya angguk…‘Awak tanya lah hati.’..Saya terfikir apa yang dia kata. Malangnya saya Tak boleh fikir. Argghhh !..Senang cerita, dia memang role model lah. Bijak, suka cari peluang, mudah didekati sesiapa saja. Cara dia yang serba boleh itulah buat saya sentiasa berbual dengan dia dan berdamping dengan dia. Alhamdulillah, masuk sem 2, saya serumah dengan dia. Cara hidup dia saya nampak depan mata. Hahahahahaha. Memang ! Dia biasa jaaa.

Paling lawak, dia suka mengigau. Tapi apa yang dia mengigau tu lucu dan mengkagumkan.‘Jazakillah ukhti.. Ok-2. Esok Syaza datang.’..‘Ya Allah, aku futur!’..‘Asbahna Muqminan haqqan!’..Ni lah ayat power masa dia mengigau. Fuh. Ini lah yang buat saya kagum. Masa tidur pun terus ‘Islamik’.

Yelah, katil double decker. Katil saya bawah dia. Dengar jelas sangat apa yang dia igaukan. Selalu saya tengok dia solat tepat pada waktu, selalu baca quran, zikir atas kain batik masa tak boleh solat dan…Tak ada sesuatu yang luar biasa dari itu melainkan Allah takdirkan saya terbaca diari dia.

Ada sekali tu aku terbaca diari milik dia. Diari tu..penuh keluh kesah yang dia tak pernah cerita.Saya menangis baca. Insan gagah macam dia rupannya lagi banyak problem dari saya. Tak ada satu catatan pun yang dia TAK akhiri dengan ‘Sungguh Allah itu maha memudahkan kesulitan’. Aku berserah.’

Di tengah diari tu saya terbaca jugak ‘1000 impian sebelum masaku tiba’.Tercatatlah kat situ segala amalan yang dia nak buat. Termasuk tak tinggal zikir waktu tak boleh solat. Yang simple pun dia tulis. Contoh macam Tak mungkir janji.Satu Hari 100 Alhamdulillah.Husnuzhon meskipun pada seorang Cikaro. Macam-2! Rupa rupanya kekuatan dia.

Sudah masanya untuk masuk dunia tarbiyah.Saya dengan rela hati cakap, nak masuk dunia tarbiyah. Dia terus belikan saya tudung bidang 48 dan sepasang Handsock. Saya pakai dan saya suka. Alhamdulillah. Usrah dia memang best. Ada game sirah, ada part Tajwid, tazkirah yang sangat ohsem. Hati saya terpaut dengan usrah dan tak mau tinggal dah !
Alhamdulillah, pointer saya makin tinggi biarpun sibuk dengan usrah.

Akhirnya.. Masa nak final exam hari tu. Saya nampak mata dia bengkak. Dia tak tidur malam sampai lah hari nak exam. Bila ditanya, dia tak jawab.Dia masuk dewan macam biasa tup tup keluar awal.Paper seterusnya pun macam tu.

Itulah kali terakhir saya bercakap dengan dia..Dah habis semua exam, saya tanya dia sebab nampak dia tergesa-gesa. ‘Akak nak pergi mana? Kenapa mata bengkak sangat ni?’..‘Ayah akak pergi menghadap illahi dua hari lepas. Akak kena balik. Doakan akak tau.’..Dia peluk saya lama.

Itulah kali terakhir saya bercakap dengan dia. Saya sebak sangat sebab masa ayah dia pergi tu, exam kami berderet. Memang padat. Tapi tetap gagah. Dia tak balik. Dia stay kat kolej. Dah habis exam, semua pun kemas barang balik kampung masing-2. Itulah kali terakhir jumpa. Lost contact. No dia dah tukar. FB tak guna dah. Saya benar benar lost contact dengan dia!

Nasihat Kak Syaza takkan dilupakan sampai bila-bila. Sedih. Saya ingat lagi pesanan dia bila saya tanya dia, ‘Akak, macamana nak lekat dengan ilmu? Saya baca banyak kali nota saya. Tiap kali lepas kelas kot. Tapi tetap tak masuk. Saya tengok akak relax je tapi markah tetap high high sehigh awan nano!’

Dia cakap,’Ilmu tu cahaya. Cahaya tak akan pergi pada benda yang kotor. Gelap. Cuba awak fikir balik, ada tak apa yang awak dah buat sampai ilmu tak mahu lekat dengan awak?’ Saya fikir. Banyak banyak banyak kali.Ya.. Memang ada.Saya suka berjimba dengan kawan.Saya masih ada crush.Saya suka mengumpat, gosip.Saya menyampah dengan doktor bila bila dia masuk kelas lambat.

Terus sejak tu saya muhasabah. Saya jaga hati dari buat benda tak elok. Jaga diri dari buat dosa. Walaupun yang kecil kecil. Alhamdulillah, sampai sekarang takyah struggle sangat dalam study, mudah je ilmu tu masuk dan lekat. Mudah sangat nak faham pelajaran. Last but not least, ayat Kak Syaza yang sangat saya tak boleh lupa,..‘ Apa-2 yang disandarkan pada Allah, urusan lainnya juga pasti akan Allah mudahkan sama tanpa perlu awak work hard. Ingat tau. Allah.

Hampir 18 Tahun Kahwin Duduk Dengan Mertua. Mak Kat Kampung Susah Nak Jenguk. Mengejutkan Bila Tiba Tiba Dapat Ws Dari Mak Buat Wanita Ini Terkedu.

Assalamualaikum semua. Maaf kalau kisah yang saya nak cerita ini akan menyinggungkan mana-mana pihak. Kisah ini terjadi dalam keluarga saya sendiri, terjadi pada kakak sulung. Kakak saya telah berkahwin selama 18 tahun.

Dia kini tinggal di rumah keluarga mertuanya sejak dia berkahwin. Sehingga sekarang, dia tidak pernah beraya bersama kami sama ada raya puasa mahupun raya haji. Mak dan ayah sudah terlalu lama memendam rasa. Sebelum ini mak masih mampu bersabar sekian lama.

Katanya tidak mahu bising sebab tidak mahu kakak dan suaminya bertengkar. Tetapi Allah sedang menduga mak kali ini. Setelah 18 tahun memendam rasa kecewa dan kesabaran sudah tiba di penghujungnya, mak luahkan segala kekecewaan pada kakak melalui WhatsApp.

Kakak hanya membaca mesej tersebut tetapi tidak memberikan sebarang jawapan balas. Saya tahu mak tidak mampu lagi menahan kekecewaan dan mak sudah kehabisan kata-kata apabila soalan yang sama sering diaju pada mak setiap kali tibanya hari raya.

Orang di sekeliling akan bertanya, kenapa dan mengapa begitu, kenapa kakak tak balik, ada selisih faham ke? Kalau orang tidak tahu, merka akan menganggap mak yang buat masalah sehingga membuatkan kakak enggan balik beraya. Hakikatnya tidak.

Setiap kali kakak bersalin, mak akan pergi melawatnya. Kakak kata nak buat perniagaan, saya dan mak belikan barang permulaan perniagaan untuk dia. Semua kami lakukan sebab kami sayang pada kakak. Kakak memang tinggal bersama mertuanya.

Adik beradik suaminya memang kerap balik ke kampung. Seminggu sekali mereka akan balik ke kampung mereka. Tetapi apabila kakak balik ke Kuala Lumpur, dia akan terus ke rumah ipar-iparnya walaupun mereka selalu berjumpa.

Kakak hanya akan datang ke rumah mak pada sebelah malam dan balik pada awal pagi atau tengah hari. Bila hari raya, kakak akan pulang pada tengah raya atau hujung raya. Itu pun hanya semalam sahaja. Datang dalam jam 10 malam, siang jam 10 pagi atau 2 petang dah balik.

“Kakak balik tengok mak, seperti orang makan kenduri atau melawat kawan saja. Tiap kali nak balik rumah mak, kakak akan bagi alasan duit tak ada, suami sibuk. Tetapi bila ke rumah ipar-iparnya, tak ada masalah pula,” luah mak. Bukannya kami tak tahu kakak selalu ke rumah ipar-iparnya.

Tetapi kakak tidak pernah singgah rumah mak walaupun jarak rumah ipar-ipar ke rumah mak sangatlah dekat. Mak tahu semuanya tetapi mak pendamkan rasa kecewanya sebab tak nak kakak bertengkar dengan suaminya. Teringat peristiwa tahun lalu bila kakak sms mak kata nak datang ke rumah.

Allah, semangat terus mak start enjin kereta beli barang masak. Mak masak banyak lauk pauk, gembiranya seorang ibu bila anaknya mahu balik. Tetapi tiba-tiba kakak beritahu yang dia tak jadi datang. Mak menangis dan tak bercakap dua hari. Sedih sangat-sangat tengok mak pada masa itu.

Tetapi mak masih bersabar. Tetapi raya kali ini, mak mungkin tewas dengan kesabarannya sendiri. Mak kecewa bila mendapat tahu kakak balik ke sini tetapi terus ke rumah ipar-iparnya. Itu pun saya yang ternampak di Instagram iparnya yang kakak ada di sini.

Bila saya tanya kakak sama ada dia ada di sini atau sebaliknya, baru dia kata dia ada di sini. Saya rasa, kalau tak ditanya, mungkin kakak akan terus balik ke rumah dia seperti kebiasaannya. Masa ini Allah menguji mak. Mak sudah terusik sangat-sangat lalu menghantar mesej melalui WhatsApp pada kakak.

Mak luahkan kekecewaannya pada kakak. Namun kakak tetap tidak membalasnya. Keesokannya kakak mesej kata nak jumpa mak tetapi mak tak balas dan terus padamkan telefon bimbit. Kemudian mak call saya dan minta saya sampaikan pada kakak.

“Beritahu kakak, anggap saja mak sudah tiada, tak perlu datang tengok mak kalau hanya sekadar datang makan kenduri,” katanya sambil menangis sebelum menamatkan panggilan. Saya menangis, saya tahu mak kecewa kerana sudah 18 tahun lamanya dia memendam.

Saya tahu mak mampu bersabar lagi tetapi tekanan dari orang sekeliling yang selalu bertanya tentang kakak. Kini saya sedang cuba mendamaikan mak dengan kakak tetapi saya tidak tahu nak mulakan dari mana. Saya akan cuba juga.

Tetapi di satu sudut lain, mak mungkin berjaya mendidik kakak menjadi seorang isteri yang taat pada suami walaupun saya tahu jauh di hati kakak, dia pun kecewa dengan keadaan yang berlaku tetapi dia tidak mampu bersuara. Saya harap, kisah kakak saya ini dapat dijadikan sebagai pengajaran untuk semua anak dan menantu.

Kepada para suami, jika kamu benar-benar menganggap mertua itu seperti ibu kamu, kamu tidak akan sanggup membuat mertua kamu seperti ini. Jangan jadikan alasan syurga isteri di kaki kamu sehingga sanggup memperlakukan isteri seperti itu.

Jangan jadi suami yang hanya mementingkan diri. Anggaplah mertua itu seperti ibumu, nescaya kamu tidak akan sanggup berbuat seperti itu kepada mertuamu. Cuba letakkan diri kita di tempat mertua, apa yang kita akan rasa jika anak-anak kita pula buat perkara yang sama pada kita bila mereka sudah berkahwin kelak?

Ingat kifarah dari Allah.Kepada para isteri pula, jika kalian melalui situasi yang sama, saya harap kalian bersuaralah. Memang syurga pada suamimu dan harus taat padanya. Tetapi ingatlah jasa seorang ibu. Tidak salah kamu beranikan diri meluahkan apa yang kamu rasa pada suami.

Bukan dengan niat nak menentang suami tetapi dengan niat mahu suami tahu apa yang kita rasa. Jika kamu hanya berdiam diri, suami akan menganggup kamu bersetuju dengan apa yang berlaku. Meluahkan bukan bermakna kita mahu bersikap kurang ajar.

Luahkan isi hati kita dengan cara yang paling lembut pada suami. Sentiasa berdoa pada Allah agar suami kita memahami perasaan kita. Jikalau kamu sudah puas meluahkan, tetapi suami masih bersikap begitu, jangan berhenti berdoa pada Allah,

solat tahajud dan solat hajat pada Allah agar melembutkan hati suami kita Kepada para mertua yang mengalami nasib yang sama, saya doakan agar acik semua bersabarlah dengan dugaan Allah ini. Saya yakin, seorang anak tidak akan pernah melupakan ibunya.

Cuma mungkin merekaj juga tersepit dengan keadaan. Sentiasa doakan mereka,Walaupun anak kita sudah tua, seorang ibu tetap meliaht anak itu seperti kanak-kanak. Saya tahu naluri seorang ibu yang sangat rindukan anak dan cucunya.

Kalau boleh, seorang ibu mahu meluangkan sepenuh masanya bersama anak dan cucu. Berdoalah kerana doa seorang ibu tiada hijabnya.Doakan saya berjaya menyatukan kembali mak dan kakak. Rajuk seorang ibu tidak akan lama. InshaAllah.

Bini Hamil Tapi Bukan Dari Benih Suami. Suami Nak Taknak Terpaksa Terima Sebab Mak Mertua Bagi Dia Sesuatu Yang Tak Dapat Dia Nak Tolak. Akhirnya Ini Yang Berlaku.

Baca perlahan-lahan dan ambillah Pengajaran apa yg pernah berlaku kepada saya ini. Jadikan ini sebagai panduan. Hi assalamualaikum. Bila orang tengok isteri aku ini baik, bertudung labuh seperti ustazah tetapi, belum sampai 7 bulan berkahwin, dah beranak. Senang cakap, aku ini menjadi pak sanggup.

Aku tinggalkan dia selama 3 hari untuk beri ruang diri aku berfikir. Tudung besar dia hanya untuk berlakon sahaja. Demi ibunya, aku terima dia seadanya. Ibunya juga merayu rayu utk terima anaknya bg ttup aib dan mulut jiran setempat. Kata2 ibu dia buat aku lemah,xdpt tolak dan rela jd pak sanggup.

Aku tak nak tahu kisah dia sebelum kahwin. Walaupun bayi tu bukan dr benih aku, tetapi aku anggap mcm anak aku sendiri. Aku jaga dan besarkan dia sebab dia tidak bersalah. Dan aku xpernah sesekali bertanya pada isteri siapa lelaki tu, dan mengapa pilih aku jd pak sanggup. Selepas isteri bersalin, kami berpindah.

Bermulalah kucar kacir kehidupan aku. Dia surirumah, tetapi: Rumah macam tongkang pecah. Kalau tidur depan TV, tilam itu kalau aku tak angkat, memang di situlah selama seminggu. Satu bilik penuh dengan baju yang tak berlipat.Tak nak memasak.

Kuat cemburu. Aku pergi kerja pun dia tak bagi guna perfume dan tak bagi aku sterika baju. Maka terpaksalah pergi keja dengan baju comot.Tak nak sembahyang.Keluar rumah tak nak tutup aurat. Apa yang paling buat aku malu ialah bilamana jiran-jiran menegur suruh aku menasihatkan isteri sebab mereka malu tengok.

Sudah puas aku berikan nasihat tetapi tak jalan. Selepas dua tahun, rezeki aku lebih. Sebelum pergi kerja, aku kemas rumah, basuh baju, sidai baju. 100% rumah aku kemas. Makan, hari-hari beli di luar. Settle satu masalah. Hari-hari kami brbalah sebab sikap cemburunya.

Dia tak izinkan aku pergi ke rumah mak sebab cemburu dengan bekas kekasih aku. Padahal, aku bercakap dengan bekas kekasih pun tidak sebab dia dah kahwin dan menetap di negeri lain. Terpaksa pergi rumah mak secara diam-diam sebab tak nak brbalah dengan isteri.

Aku dah slowtalk baik-baik suruh ubah pakaian, tutup aurat, tak jalan juga. Dah marah pun sama juga.Opss..sebelum terlupa aku buat bisnes dapat sub kontrak. Bulan tu aku dapat keuntungan lebih Aku bagi isteri RM3,000, suka hatilah dia nak beli apa. Aku tak kisah. Aku belikan mak aku gelang emas harga RM2,000. Masa nak beri pada mak, isteri ada temankan sekali. Mak bukan main gembira suka tengok hadiah itu.

“Kau belikan mak gelang, untuk isteri ada beli sekali tak?” tanya mak. Belum sempat aku jawab, isteri dah buka mulut. “Isteri dia tak penting, mak lagi penting. Kalau dia dah beli mak gelang, habislah duit. Bila habis duit, saya tak dapatlah beli barang kemas,” katanya menyebabkan wajah mak terus berubah. Mak letak balik gelang itu ditangan aku dan suruh berikan pada isteri. “Mak dah tua, untuk apa mak pakai emas? Tak ada sesiapa pun nak pandang mak,” kata mak sambil senyum tetapi air mata mak dah bertakung.

Tak cukup ke RM3,000 yang aku beri? Gelang RM2,000 saja. Sedih hati aku bila tengok wajah mak. Rumah pun aku tak kemas lagi. Aku dah mampu upah orang. 4 kali seminggu datang kemas. Selepas setahun berlalu, isteri kantoi ada jantan lain.

Isteri beri alasan yang mereka hanya berkawan saja, tidak lebih dari itu. Kawan dia boleh makan suap-suap tangan. Jantan itu sebenarnya adalah bekas teman lelaki yang membuatkan dia bunting dulu. 4 bulan lepas, kami bergaduh dan dia keluar dari rumah, duduk dengan teman lelaki dia.

Anak-anak dia tak nak jaga, semuanya diserahkan kepada aku termasuklah anak aku yang sulung itu. Kini kami dalam proses berpisah. Aku tak tahu dimana silapnya aku sebagai suami. Semua kemahuan dia aku dah turutkan. Tetapi aku gagal mendidik dia menjadi isteri yang solehah.

Ternyata aku ini hanya tempat persinggahan dia sewaktu dia dalam keadaan sesak. Mungkin dia akan lebih bahagia bersama teman lelakinya yang juga merupakan suami orang. Aku tanya, apa silap aku, kekurangan aku sebagai suami? Duduk rumah cuma jaga anak sahaja.

Yang lain semua aku upah orang buatkan. Duit belanja kereta dia pun aku bagi. Kalau bab batin, seminggu 3 kali aku bagi. Dia nak kebebasan, nak lepak sampai tengah malam dengan kawan-kawan. Dia bosan duduk rumah sebab aku suruh solat, suruh tutup aurat. Aku dah buat sehabis baik, aku dah jalankan tanggungjawab sebagai suami. Jika kebebasan yang dia mahukan, daripada aku terus menambah dosa, lebih baik kami berpisah. Bekas kekasih aku kini berstatus ibu tunggal.

Pemergian suami. Mak suruh aku kahwin dengan dia tetapi aku tolak sebab serik dan tak nak perkara lama berulang. Sekarang aku fikir nak besarkan tiga orang anak aku. Aku jarang online, banyak k0rbankan masa dengan kawan-kawan semata-mata untuk dia. Balik kerja jam 5 terus duduk di rumah tak keluar. Aku terima ketentuan Allah. Aku bukan nak mengaibkan bekas isteri sebab korang pun tak kenal aku. Aku nak luahkan perasaan, nak legakan hati. Kepada yang nak kata ini cerita rekaan, terpulanglah. – dunia kini.

Jangan lupa like, follow dan share page Apampink gaisss! Semoga yang membaca ni dimurahkan rezeki selalu dan semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua 🙂

SUMBEr – penajalanan