Pelik bila terjaga dari tidur tengok ibu tiada dekat sebelah. Bila pegi tandas tengok tandas berkunci. Terkedu rupanya ibu dengan lelaki lain dalam tu. Akhirnya ini yang gadis ni buat sampai ibu keluar dari tandas.

Kisah Rumah Tangga

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Thanks admin sebab sudi baca dan published cerita aku. Macam biasa tolong hide detail aku. Aku cuma nak minta pandangan. Nak kata aku buntu macam ada masalah besar tu, tak ada lah buntu sangat. Cuma kadang2 aku jadi fed up dengan keadaan sekeliling aku.

Aku berusia 33 tahun. Aku ada 5 adik beradik dan kesemuanya sudah berumah tangga dan mempunyai anak masing2. Hanya aku seorang yang belum berumah tangga. Aku mempunyai seorang tunang 5 tahun lebih tua daripada aku. Dia duda anak 2. We dating almost for 11 years dan kami sudah mengikat tali pertunangan selama lebih 3 tahun.

For me, seriously aku dengan tunang aku tak ada masalah sebenarnya. Memang betul tunang aku banyak kali cakap pasal kahwin tapi so far alhamdulillah dia faham yang aku masih belum bersedia. Kami masing2 ada kerja tetap dan kami berdua bukan jenis main2 dengan kerja. Setiap hari dia akan ambil aku pergi dan balik kerja.

Kami sudah beli rumah guna nama bersama (Jangan tanya aku kenapa boleh lepas beli rumah nama bersama, padahal tak kahwin lagi. Itu rezeki kami.) pada tahun lepas untuk perserdiaan sebelum berkahwin dan aku sendiri ada buat pinjaman peribadi khas untuk majlis perkahwinan yang aku impikan dan untuk kegunaan hidup selepas kahwin nanti.

Family aku memang ok dan sangat selesa dengan dia. Everytime family gathering or family vacation, dia sentiasa ada. Dia sangat2 rapat dengan adik lelaki dan adik2 ipar aku yang lain. Anak2 dia pun ok dengan aku. Dorang selalu tanya aku “bila mummy nak kahwin dengan papa?” sebab mama dorang pun dah kahwin baru. Aku pun ok dengan anak2 dia, semua dah besar dan pandai bawak diri masing2. Bab family memang tak ada masalah.

Ramai orang fikir, hidup dah stabil kenapa tak kahwin? Mana2 aku pergi, orang akan tanya benda yang sama. Kenapa kau tak kahwin2?? Bila nak kahwin?? Kenapa tak nak kahwin?? Kenapa takut nak kahwin?? Sebelum bertunang aku ambik masa hampir setahun untuk bersetuju dengan pertunangan tersebut. Itu pun sebab desakan family dia dan family aku.

Tipulah aku cakap aku tak teringin nak berumah tangga. Aku nak kahwin, aku nak sangat ada anak sendiri, lagi2 aku dah nak masuk middle 30s, perasaan nak ada anak sendiri membuak2. Tapi time aku fikir jelah aku nak semua tu. Bila kembali di dunia yang nyata, aku just geleng kepala jelah. Aku memang selalu set dalam kepala,

“Kalau aku nak selamat, aku tak boleh kahwin” dan aku paksa diri aku supaya tak fikir benda ni sangat. KENAPA AKU TAK NAK KAHWIN?? KENAPA AKU TAKUT SANGAT NAK KAHWIN?? Sebab aku nampak keselingkuhan ibu aku dengan mata aku sendiri. Nothing break a child’s heart more than finding out one of his/her parent selingkuh on their partner. Especially when you are too young dan you found out about it by yourself. The impact/effect kekal sampai bila bila. Macam aku selalu cakap “permanent scratches mark”.

Aku hanya berusia 14 tahun pada masa itu. Terus terang cakap rasa macam patah hati sangat2 bila dapat tahu ibu buat macam tu kat papa. papa sangat penyayang. Dia tegas tapi dia open minded dengan anak2. Masalahnya papa sangat2 murah hati. Dia sanggup susahkan diri dia untuk tolong orang lain dimana aku faham kenapa ibu aku fed up.

Hidup kami sendiri pun kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang tapi dia tetap akan tolong orang sebab papa jenis tak sampai hati. Papa rajin kerja, bila ingat balik hal lama2 macam ni, automatically air mata aku jatuh.

Ibu pulak suri rumah tangga sepenuh masa. Kami pindah KL sehelai sepinggang. Sebagai anak sulung, masa kecil aku, aku puas melihat kesusahan ibu dengan papa. I saw my papa exhausted physically dan my ibu exhausted mentally/em0tionally.

Suatu malam aku terjaga dari tidur sebab aku terdengar orang berbual. Rupanya ibu tengah berborak dengan “kawan” dalam phone. Waktu tu papa out station, biasanya bila papa out station, kami 5 beradik akan tidur dengan ibu. Aku tak boleh tidur dan aku dengar segala perbualan mereka.

Di situlah aku dapat tahu yang ibu telah menduakan papa dan bermulalah episode benci yang mendalam terhadap ibu aku. Aku jadi degil dan melawan cakap ibu tapi bila papa cakap, aku dengar. Masa tu bila tengok muka papa, rasa sedih sangat2.

Actually “kawan” tu bukan orang luar tapi salah seorang daripada family sebelah papa jugak. So sebab tu “kawan” tu selalu ada dirumah kami. Setiap kali “kawan” tu datang, aku akan buat muka, memang aku sengaja tunjuk yang aku tak suka dia.

So satu hari tu papa kena out station. Aku memang tak sedap hati. Malam tu aku cuba tidur macam biasa, entah macam mana aku terjaga tengah malam. Aku tengok adik2 aku je yang ada. Ibu aku tiada dalam bilik. Hati aku berdebar2 sangat. Aku keluar bilik, pergi ke ruang tamu, tak ada orang tapi bantal dengan tilam ada. Selalunya “kawan” tu tidur kat ruang tamu sebab rumah ada 2 bilik je.

Aku pergi ke bilik kami adik beradik, tak boleh buka dan tertutup rapat. Aku dah mula menangis, aku harap sangat ibu tak buat apa yang aku tengah fikir. Aku buka semua lampu dalam rumah termasuk bilik air dan dapur. Aku pergi ruang tamu, aku pasang TV kuat2 (Aku 14 tahun, what do you expect? itu jelah cara budak2 memberontak.. hahaha).

Masa aku duduk kat ruang tamu sambil tengok TV. Tiba2 keluar bilik, dia tanya kenapa aku tak tidur?, aku cuma cakap aku tunggu dia balik sebab aku ingat dia keluar. Ibu senyum kat aku dan ibu cuma cakap dia kat dalam bilik air. Rumah tu ada 1 je bilik air, aku siap buka lampu bilik air.

TAPI KENAPA AKU TRAUMATIZE DENGAN PERKATAAN KAHWIN??

Sebab aku nampak papa menangis. Sebab aku nampak papa very frustrated. Sebab aku nampak papa yang aku ingat kuat tiba2 jadi sangat lemah. Sampai hati ibu buat airmata papa jatuh. 1 malam papa menangis, tanpa aku sedar, aku pun turut menangis.

Aku ada kakak sepupu yang tahu segala rahsia ibu, itupun sebab ibu selalu minta tolong dia. For example tolong belikan hadiah birthday untuk “kawan” tu dan that time ibu selalu suruh kakak sepupu aku beli card phone (seingat aku kalau nak call guna phone rumah, kena guna card tu untuk dapat harga lagi murah, so ibu selalu sangat beli card tu). so everything related “kawan” tu, ibu akan minta tolong kakak sepupu aku.

Entah macam mana satu hari tu, ibu bergaduh besar dengan kakak sepupu aku. Depan papa, kakak sepupu bagitahu yang ibu ada laki lain. Allah je tahu macam mana terkejut dan takutnya aku masa tu. Papa tanya cara baik, ibu mengaku.

Malam tu, papa tak boleh tidur. Dia duduk dalam bilik kami main komputer. Dia menangis, bila tengok dia menangis, aku pun automatically menangis juga. Raut wajah dia sangat2 kecewa. Masa tu aku harap sangat ibu dengan papa berpisah. Andai kata mereka berpisah, sudah tentu aku akan ikut papa.

Keesokan paginya, papa hantar aku dengan adik2 pergi sekolah macam biasa. For one whole day, aku tak focus dengan kawan2, aku cuma nak balik tengok papa. Balik sekolah papa ambik macam biasa. Aku tengok ibu dengan papa berkelakuan seperti biasa.

Akhirnya aku dapat tahu yang papa tak nak fikir panjang. Dia ambil keputusan untuk lupakan apa yang berlaku. Dia maafkan ibu dan ibu janji tak buat lagi. Papa kata demi anak2 sebab kesian anak2 masih kecik katanya. Terus terang cakap aku tak setuju keputusan papa (sampai hari ni, aku benci bila perempuan yg diselingkuhi masih bersama suami atas alasan anak masih kecil). Dengan apa yang terjadi, kami meneruskan hidup seperti biasa kembali. “Kawan” tu pun dah lama tak nampak.

Papa pergi buat selamanya semasa aku berusia 18 tahun. Selepas papa pergi buat selamanya, ibu semakin berani menunjuk yang dia sedang hangat bercinta dengan “kawan” tu. Satu hari ibu bertanya kepada kami 5 beradik,

“Boleh tak kalau ibu nak kahwin baru?”. Surprisingly, semua adik2 aku setuju kecuali aku. Aku cuma bagi kata, “Ibu boleh kahwin baru tapi dengan 1 syarat, kakak akan keluar rumah selama2 nya.” Ibu batalkan niat dia dan sampai hari ni dia tak pernah sebut perkataan “kahwin baru” depan aku. Dia tahu aku tak suka dia.

Sehingga hari ini aku tak pernah cari dia, selalu dia je yang contact aku dan bertanya khabar. Aku sentiasa lebihkan adik beradik aku. Semua harta, EPF, Insurans aku letak ke semua nama adik2 aku dan tak ada satu pun harta aku atas nama ibu aku. Aku boleh beli emas untuk anak2 buah aku tapi aku tak pernah beli seketul emas pun untuk ibu aku.

Aku tahu aku berd0sa sebab buat ibu yang mengandungkan aku 9 bulan macam tu tapi perasaan benci aku sudah tersemat dihati. Satu je cara aku berbakti kepada ibu, setiap kali dia admit hospital, aku akan ambil cuti seminggu dua hanya untuk menjaganya. Aku tak izinkan adik2 aku menjaga nya kerana aku tahu ini sahaja peluang yang aku ada.

“Kawan” tu hidup lagi. Dah terlalu lama aku tak jumpa dia. Sehingga hari ini aku tak jejak kaki kerumah nenek di kampung. Aku benci keluarga papa aku. Sehingga sekarang aku tak bertegur sapa dengan sesiapa yang ada related dengan family papa.

Semenjak papa pergi buat selamanya, dari umur aku 21 tahun hingga sekarang 33 tahun, setiap tahun aku akan pulang ke kampung untuk menziarahi tanah prsemadian papa. Setiap kali pergi, aku akan menangis mengenangkan nasib papa.

Mulut aku tak lekang menyebut “sampai hati ibu buat papa macam ni”. Demi Allah aku sayang papa lebih dari nyawaku sendiri. Buat cinta hati aku papa, terima kasih sebab banyak berkorban untuk kakak dengan adik2. Maaf papa tak sempat rasa duit kakak, kakak tak sempat balas budi papa. Tapi percayalah setiap kali solat, nama papa lah yang kakak doakan dulu. Let meet up in jannah one fine day. Aminn..

Kepada adik2 kesayangan kakak, kakak doakan rumah tangga korang kekal sampai bila2. Cuma kakak nak tanya, kenapa korang cepat move on dengan apa yang dah berlaku? Korang tak rasa marah ke dengan apa dah berlaku?? Buat tunang tersayang, terima kasih sebab bagi masa 11 tahun untuk aku. Aku cuma minta masa setahun je lagi. Aku janji ini kali terakhir aku tangguh perkahwinan kita. Aku akan cuba kuakan diri untuk meneruskan perancangan kahwin kita. (ada sesiapa tahu kat mana nak cari pakar kaunseling tak).

Kepada ibu, jangan sesekali mempersoalkan kenapa kakak takut nak kahwin. Sebab kakak takut kakak akan jadi macam ibu. Lebih teruk lagi, kakak takut kakak kena betrayed macam papa. Mum, i really cant handle betrayal. Thank you,

Reaksi warganet

Sue Aya –Maaf itu eksklusif. Tak boleh dipaksa dan dibuat2. Semua orang boleh cakap apa saja, hakikatnya hati sendiri yang menanggung trauma. Cuma jangan terhukum sekali orang yang tak terlibat dengan keselingkuhan ibu. Awak dan tunang deserved to be happy.

Nur Amira –Sebab tu sangat tak suka alasan cliche “demi anak-anak”. Toreh ni je dalam hati kte, kalau pasangan kite tu sayang anak2. Dia tak akan memandai cari mak/bapak lain untuk anak2 kte. Hidup dalam broken family is a last thing that a child wish for.

Ariana Arissa Ali –Berdendam bukanlah satu perasaan yang baik sis. Belajar lah memaafkan. Cuba baca komen2 murni di sini. Mungkin sukar untuk sis, tetapi itulah ujian sis. Allah hadirkan ujian itu, untuk didik hati sis, belajar memaafkan kesilapan orang dan menyayangi mereka dengan kasih sayang yang sewajarnya. Bersihkan hati sis, ingatlah, dunia ni sementara sahaja, usahlah dibiarkan setiap detik dimamah perasaan dendam itu. Percayalah, nanti awak akak menyesal seandainya awak tak ubati perasaan itu.

Utin Mardiana –DENDAM yang merosakkan diri sendiri. Kau fikir hati kau je kan sakit hati tak nak maafkan keselingkuhan perhubungan ibu bapa. Tak kesian kat tunang tu. Terpulanglah nak terus berdendam atau nak bahagia dengan orang yang sedia ada baik.

Kesian juga kat ibu tu. Mungkin dulu dia hampir buat benda bukan bukan malam tu. Kemudian dia betul2 bertaubat tak nak selingkuh dan ayah pun dah memaafkan keselingkuhan tu. Dia dah tua kesunyian nak berpasangan pun dihalang oleh anak sulung yang memberontak keras hati tak boleh bagi kemaafan. 😢

Sumber – Gametophia Lady (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Apa pula kata anda. Yang baik kita jadikan tauladan. Yang buruk dijadikan sempadan.

Kakak Nekad Intai Adk Dalam Stor. Malam Tu Jugak Kakak Tarik Ibu Masuk Dalam Stor. Sama Sama Terkejut Dan Tergamam Tengok Apa Yang Adk Buat Dalam Stor Tuu.

Foto sekadar hiasan. Tahun 2019 baru sahaja melabuhkan tirainya dan diikuti dengan kedatangan tahun baru 2020. Seperti biasa, tiap kali tahun baru tiba gelagat semasa di permulaan sesi persekolahan pasti menjadi tumpuan ramai, ibu bapa, guru dan pelajar khususnya.

Kisah yang ingin kami kongsikan ini pasti membuatkan ramai pembaca tersentuh. Kisah yang asalnya disiarkan di laman IIUM pada tahun 2017, pasti tular tiapkali memasuki tahun baru persekolahan. Mungkin ada diantara anda yang masih ingat akan kisah Ijat ini. Jom throwback!

Kisah Ijat

Terima kasih admin kalau cerita aku ni berjaya disiarkan. Sebenarnya cerita yang aku nak kongsi ini, tak ada apa-apa pun. Biasa-biasa sahaja. Tetapi cukup terkesan bagi aku bila aku tengok dekat FB dan TV harini penuh bercerita pasal hantar anak ke sekolah. Aku pun ada kisah jugak pasal hantar orang ke sekolah,tapi bukan anak, tapi adik lelaki aku, Ijat. Maaf cerita ni agak panjang. Mohon bertabah.

Aku ada 7 adik beradik. Aku yang kedua (kakngah). Atas aku Abang Long, tua setahun dari aku, tapi takdir Allah Abang Long tak boleh menguruskan diri sendiri sejak dia kena demam panas ketika umur 7 tahun. Bawah aku ada lima orang lagi termasuk Ijat. Dalam banyak-banyak adik beradik, aku paling rapat dengan Ijat. Beza umur aku dengan Ijat dua tahun je. Jadinya, selain Abang Long, Ijat lah kawan sepermainan aku waktu kecik-kecik. Adik-adik yang lain jauh sikit jarak umur dengan kami.

Kehidupan keluarga kami pada awalnya tidaklah sesusah mana sekadar cukup-cukup sahaja. Yelah, ayah aku seorang je yang bekerja nak menyara lapan orang termasuk ibu. Dengan anak yang masih kecik-kecik, perit jugak lah ayah aku mengerah keringat beliau yang bekerja sebagai pembuat batu nisan.

Haaa, scary tak kerja bapak aku? Kalau kau datang rumah aku, penuh batu nisan beraneka bentuk tersusun di halaman rumah aku. Kau cakap je, nak batu sungai, batu tak sungai, semua ada. Tapi tulah, kalau aku fikir-fikir balik, berd0sa tak agak-agaknya aku doakan ramai orang pergi buat selamanya setiap hari, dengan harapan nanti banyak tempahan batu nisan ayah aku.

Tapi seriously, aku selalu doa macam tu waktu kecik-kecik. Sebab nanti kalau banyak tempahan, bolehlah kami makan sedap-sedap sikit. Tapi aku tak bagitahu pun aku doa macam tu kat orang lain sebab aku takut nanti orang marah pastu cakap aku jahat pulak. Hahaha

Back to the story, macam orang selalu cakap tu, langit tak selalu cerah dan blablabla. Hujung tahun 2003, waktu umur aku 14 tahun ayah tiba-tiba kena mild str0ke. Hampir separuh badan ayah lemah especially tangan. Kiranya sumber pendapatan kami terhenti secara tiba-tiba.

Dengan keadaan ayah yang perlukan rawatan yang agak mahal, duit saving ayah yang ayah kumpul untuk anak-anak terpaksa kami gunakan. Dengan ubat-ubatannya, hantar fisi0terapi, hantar berurut secara tradisional lagi. Makin lama, duit ayah makin surut, makin susah dan mencabar hidup kami waktu tu. Tapi, Alhamdulillah, walaupun adik aku kecik-kecik, tapi semuanya seakan faham keadaan kami yang tiba-tiba berubah.

Nak dijadikan cerita, hujung tahun tu jugak Ijat dapat keputusan UPSR yang sangat membanggakan. Mana tak bangga Ijat seorang je dapat 5 A dalam sekolah tu. Maka bersemangatlah para guru memohon sekolah SBP dan MRSM untuk Ijat. Kami sebenarnya memang nak Ijat masuk sekolah asrama penuh, tetapi dengan keadaan keluarga kami yang sedang dilanda ujian tu, kami buntu.

Ijat pun faham dan tak berharap pun. Lagi pun dia tahu, kudrat dia sebagai anak lelaki amat diperlukan untuk bantu ayah. Tapi, bila ayah tahu Ijat nak sekolah dekat area rumah je, ayah terus marah. Ayah cakap takpe, jangan sebab ayah, Ijat tak dapat capai impian Ijat nak jadi doktor. Ijat diam.

Nak dekat bukak sekolah awal tahun 2004, Ijat berjaya ditawarkan masuk ke Tingkatan 1 di SBP dalam negeri Selangor. Cikgu sekolah Ijat yang bagitahu. Kami semua happy. Tapi Ijat tak. Ijat diam. Aku dengan ibu lah yang terlebih semangat.

Tunggu punya tunggu surat tawaran, maka sampailah surat tawaran ke rumah kami. Baru aku tahu, boleh tahan mahal ye yuran nak masuk sekolah budak pandai-pandai ni. Hahaha. Yuran makan, yuran asrama, yuran kelab persatuan semua telah disenaraikan secara detail. Ibu dengan aku dah termenung. Ijat diam. Aku tahu Ijat teringin sangat-sangat nak pergi SBP, tapi dia tak berani nak cakap.

Masa untuk mendaftar tak kurang dua minggu dari tarikh dapat surat tawaran. Ijat masih macam tu, senyap sepi. Ijat banyak habiskan masa bersendirian sampai kadang kadang aku pun tak tahu dia pergi mana. Tahu-tahu dah lesap. Nanti petang baru nampak muka. Lama-lama aku pelik, mana perginya budak Ijat ni. Jeng jeng jeng.

Satu hari aku pun nekad nak intip Ijat buat apa kalau dia tak ada kat rumah. Aku intip punya intip, sampailah membawa aku ke satu stor ayah kat belakang rumah. Dalam stor tu, aku nampak baldi dah retak sikit tak bertangkai, hanger tak sama warna dan size, kasut sukan tapak ternganga.

Awalnya, aku tak faham, tapi bila Ijat cakap, “Ijat tengah kumpul barang nak masuk asrama ni Kak Ngah. Ni semua Ijat kutip kat tempat sampah belakang lombong tu”. Allahuakbar, menitik-nitik air mata aku. “Kak Ngah jangan risau, tadi Ijat nampak ada orang buang beg troli yang ada roda besar tau (luggage), tapi ijat tak check lagi roda dia boleh pakai ke tak. Ijat malu sebab pakcik yang buang beg tu cam tengok-tengok Ijat. Esok Kak Ngah teman Ijat ye ambik beg roda tu”.

Waktu tu, aku macam nak meraung dah. Tapi tengok mata Ijat yang bersinar-sinar excited tunjuk hasil tangkapan dan persiapan dia nak ke SBP, aku tahan. Malam tu, aku tarik ibu ke stor tanpa pengetahuan Ijat. Kami menangis bersama-sama malam tu. Sedih yang tak tahu nak cakap.

Sampai sekarang, even saat aku tulis cerita ni, aku nangis, sedih woii. Esoknya, pagi-pagi lagi aku dengan Ijat dah menapak ke “shopping mall’ kitorang takut orang lain nampak kitorang sebat luggage tu. Check punya check, roda ok, penarik pun ok. Cuma koyak sikit kain luggage tu. Tapi masih boleh dibaiki. Aku jahit yang koyak-koyak tu, pastu aku cover dengan perca-perca bentuk bunga biar nampak berseni sikit.

Sebak aku tengok muka Ijat yang senyum melebar macam nak koyak mulut dia, punya happy ada beg roda. Hari untuk mendaftar pun tiba. Haritu, aku je yang teman Ijat pergi ke sekolah tu menaiki bas sebab ibu nak kena uruskan ayah dan adik beradik.

Dalam 2 jam perjalanan, sampailah kami ke stesen bas, lepastu naik prebet sapu untuk ke sekolah baru IJat. Dengan semangat penuh di dada, Ijat tarik luggage dia, aku tukang bawak baldi yang aku dah hias cantik-cantik area retak tu.

Dalam baldi, ada biskut kering dengan Milo aku tapau dari rumah untuk bekalan Ijat kalau lapar di asrama. Sabun mandi, shampoo pun bawak yang ada kat rumah je. Sampai je dewan sekolah, penuh budak-budak nak mendaftar dah ni. Semua kemas-kemas belaka, ahli kelaurga pun macam satu kampung datang nak menghantar. Aku dengan Ijat masih cool. Pendaftaran kami lancar je. Sebab kitorang bawak duit cukup la untuk bayar semua tu.

Tapi, sampai je koperasi, tetiba ada satu borang lagi nak kena isi dan bayar. Terbeliak mata aku, RM50 lagi koperasi mintak. Aku dah cuak, nak nego pun aku tak tahu. Lainlah kalau dah cakap awal-awal macam dalam surat tawaran tu. Duit aku pun cukup-cukup untuk naik bas balik rumah je ni. Ijat tarik aku ketepi,

“Kak Ngah, kita balik je la, Ijat macam rasa nak sekolah kat rumah je lah”. Aku senyap. Ijat diam. Yelah, umur aku pun 15 tahun time tu, mana pandai nak bincang-bincang dengan sesiapa kat situ. Aku ingat lepas hantar Ijat, balik la.

Aku pergi tandas, aku menangis. Aku tak tahu nak buat apa. Sampailah ada seorang makcik ni tegur aku kenapa. Aku pun cerita la. Lepas je cerita, terus dia bawak aku pergi jumpa pengetua sekolah, pengetua sekolah pulak bawak aku jumpa wartawan Utusan Malaysia yang kebetulan tengah ambik-ambik gambar pasal hari pendaftaran kat sekolah baru Ijat.

Tak memasal aku dengan Ijat kena interview dengan wartawan. Luggage dan baldi Ijat pun wartawan tu ambil gambar. Tak sampai setengah jam, pengetua pun datang pulang balik duit yuran yang kami dah bayar. Dia cakap, semua yuran Ijat ditanggung oleh zakat sekolah mulai hari itu sampai tamat sekolah. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Menangis la aku dengan Ijat berpeluk-pelukan depan ramai orang tu.

Esoknya, muka Ijat dengan aku terpampang dalam Utusan Malaysia. Kahkahkah. Seminggu jugaklah rumah aku didatangi tetamu yang datang dari merata tempat. Semuanya nak membantu. Terima kasih Allah. Alhamdulillah, dah 12 (15) tahun kisah ni terjadi. Ijat pun dah nak dekat final year medic kat Ireland. Semoga Ijat dapat habiskan pengajian dia dengan cemerlang dan menjadi doctor yang ikhlas membantu pesakit kerana Allah. Kak Ngah sayang sangat kat Ijat. Aku nak ambik kesempatan ni nak ucap terima kasih kepada sesiapa yang pernah membantu Ijat dan kami sekeluarga sehingga Ijat mampu dan hampir capai impian dia nak jadi doctor.

Sumber – Kakngah via IIUMC

Kisah Ijat penuh dengan pengajaran dan mendatangkan keinsafan kepada kita. Ternyata, anak seperti Ijat wajar dijadikan contoh buat kita semua. Apakah sambungan kisah Ijat? Dimanakah Ijat? Tidak dapat kami pastikan. Andai Ijat atau Kak Ngah membaca kisah ini, moga dapat mereka kongsikan lagi kisah kisah hidup mereka. Kongsikan, semoga bermanfaat khususnya huat generasi muda.