Pelik sebelum kahwin isteri bertudung labuh tapi belum sampai 7 bulan kahwin isteri dah bersalin. Mengejutkan lepas 3 hari kahwin tiba tiba isteri tanggalkan tudung. Rupa rupanya ini punca buat suami terkedu.

Kisah Rumah Tangga

Bila orang tengok isteri aku ini baik, bertudung labuh seperti ustazah tetapi, belum sampai 7 bulan berkahwin, dah beranak. Senang cakap, aku ini menjadi pak sanggup. Aku tinggalkan dia selama 3 hari untuk beri ruang diri aku berfikir. Tudung besar dia hanya untuk berlakon sahaja. Demi ibunya, aku terima dia seadanya. Aku tak nak tahu kisah dia sebelum kahwin.

Walaupun bayi itu bukan dari benih aku, tetapi aku anggap macam anak aku sendiri. Aku jaga dan besarkan dia sebab dia tidak bersalah. Dan aku tak pernah sesekali bertanya pada isteri, siapa lelaki itu dan mengapa dia memilih aku menjadi pak sanqqup.

Selepas isteri bersalin, kami berpindah. Bermulalah kucar kacir kehidupan aku. Dia surirumah, tetapi: Rumah macam tongkang pecah. Kalau tidur depan TV, tilam itu kalau aku tak angkat, memang di situlah selama seminggu.

Satu bilik penuh dengan baju yang tak berlipat.Tak nak memasak.Kuat cemburu. Aku pergi kerja pun dia tak bagi guna perfume dan tak bagi aku sterika baju. Maka terpaksalah pergi keja dengan baju comot.Tak nak sembahyang. Keluar rumah tak nak tutup aurat.

Apa yang paling buat aku malu ialah bilamana jiran-jiran menegur suruh aku menasihatkan isteri sebab mereka malu tengok. Sudah puas aku berikan nasihat tetapi tak jalan. Selepas dua tahun, rezeki aku lebih. Sebelum pergi kerja, aku kemas rumah, basuh baju, sidai baju. 100% rumah aku kemas. Makan, hari-hari beli di luar. Settle satu masalah.

Hari-hari kami brbalah sebab sikap cemburunya. Dia tak izinkan aku pergi ke rumah mak sebab cemburu dengan bekas kekasih aku. Padahal, aku bercakap dengan bekas kekasih pun tidak sebab dia dah kahwin dan menetap di negeri lain. Terpaksa pergi rumah mak secara diam-diam sebab tak nak brbalah dengan isteri.

Dah slowtalk baik-baik suruh ubah pakaian, tutup aurat, tak jalan juga. Dah marah pun sama juga.Opss..sebelum terlupa aku buat bisnes dapat sub kontrak. Bulan tu aku dapat keuntungan lebih Aku bagi isteri RM3,000, suka hatilah dia nak beli apa. Aku tak kisah. Aku belikan mak aku gelang emas harga RM2,000. Masa nak beri pada mak, isteri ada temankan sekali. Mak bukan main gembira suka tengok hadiah itu.

“Kau belikan mak gelang, untuk isteri ada beli sekali tak?” tanya mak. Belum sempat aku jawab, isteri dah buka mulut. “Isteri dia tak penting, mak lagi penting. Kalau dia dah beli mak gelang, habislah duit. Bila habis duit, saya tak dapatlah beli barang kemas,” katanya menyebabkan wajah mak terus berubah.

Mak letak balik gelang itu ditangan aku dan suruh berikan pada isteri. “Mak dah tua, untuk apa mak pakai emas? Tak ada sesiapa pun nak pandang mak,” kata mak sambil senyum tetapi air mata mak dah bertakung. Tak cukup ke RM3,000 yang aku beri? Gelang RM2,000 saja. Sedih hati aku bila tengok wajah mak.

Rumah pun aku tak kemas lagi. Aku dah mampu upah orang. 4 kali seminggu datang kemas. Selepas setahun berlalu, isteri kantoi ada jantan lain. Isteri beri alasan yang mereka hanya berkawan saja, tidak lebih dari itu. Kawan dia boleh makan suap-suap tangan. Jantan itu sebenarnya adalah bekas teman lelaki yang membuatkan dia bunting dulu.

4 bulan lepas, kami brbalah dan dia keluar dari rumah, duduk dengan teman lelaki dia. Anak-anak dia tak nak jaga, semuanya diserahkan kepada aku termasuklah anak aku yang sulung itu. Kini kami dalam proses berpish . Aku tak tahu dimana silapnya aku sebagai suami. Semua kemahuan dia aku dah turutkan.

Tetapi aku gagal mendidik dia menjadi isteri yang solehah. Ternyata aku ini hanya tempat persinggahan dia sewaktu dia dalam keadaan sesak. Mungkin dia akan lebih bahagia bersama teman lelakinya yang juga merupakan suami orang. Aku tanya, apa silap aku, kekurangan aku sebagai suami?

Duduk rumah cuma jaga anak sahaja. Yang lain semua aku upah orang buatkan. Duit belanja kereta dia pun aku bagi. Kalau bab batin, seminggu 3 kali aku bagi. Dia nak kebebasan, nak lepak sampai tengah malam dengan kawan-kawan. Dia bosan duduk rumah sebab aku suruh solat, suruh tutup aurat.

Aku dah buat sehabis baik, aku dah jalankan tanggungjawab sebagai suami. Jika kebebasan yang dia mahukan, daripada aku terus menambah dosa, lebih baik kami berpisah. Bekas kekasih aku kini berstatus ibu tunggal. pemergian suami. Mak suruh aku kahwin dengan dia tetapi aku tolak sebab serik dan tak nak perkara lama berulang. Sekarang aku fikir nak besarkan tiga orang anak aku.

Aku jarang online, banyak krbankan masa dengan kawan-kawan semata-mata untuk dia. Balik kerja jam 5 terus duduk di rumah tak keluar. Aku terima ketentuan Allah. Aku bukan nak mengaibkan bekas isteri sebab korang pun tak kenal aku. Aku nak luahkan perasaan, nak legakan hati. Kepada yang nak kata ini cerita rekaan, terpulanglah.

Tiada Isteri Tolak Untuk Dididik, Memang Dalam Hati Setiap Isteri Mahu Suami ‘Menympah’ Dia…”

Melayan isteri dengan baik bukanlah bermaksud tak boleh langsung untuk mendidik dan menegur isteri. Ya, sebagai seorang wanita, isteri suka dimanjakan. Salah satu cara untuk memanjakannya adalah dengan memberi gelaran yang baik-baik buat si isteri.

Bukan ke Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam pun memanggil Siti ‘Aisyah dengan panggilan manja “Ya Humaira” (wahai si merah jambu)? Percayalah dari hati yang ‘cantik’ itulah keluar kata-kata, perilaku, dan sikap yang baik-baik.

Panggilan Baik Buat Isteri. Seorang sahabat FB saya ketika menceritakan detik-detik pemergian isteri beliau yang menghidap sakit, berkali-kali menyebut isterinya sebagai calon syurga. Tak semena-mena air mata saya menitis. Subhanallah..pastinya terlalu istimewa seorang wanita apabila perginya dengan redha suami. Serta dalam hati suami kuat ‘merasakan’ bahawa dialah calon syurga. Maka inshaAllah syurgalah tempatnya.

Sewaktu fenomena drama Nur, Ramadan yang lalu, saya tertarik dengan babak pasangan Ustaz Hamadi dan Ecah. Berkali-kali suaminya mengugut, “Awak tinggi suara dengan saya? Drhaka namanya. Nrakalah tempat awak”. Dan berkali-kali jugak Ustaz Hamadi menerakakan isterinya bila ada yang tak kena di matanya. Sampai satu masa, bila Ecah dah tak tahan sangat, dia membalas,

“ISTERI MANA YANG TAK KE NRAKA KALAU DAPAT SUAMI MACAM AWAK!. Insaf saya dengan watak, dialog dan babak mereka. Ya..ini memang benar berlaku dalam masyarakat kita. Suami menggunakan kuasanya untuk membta tuli menjatuhkan hukuman. Berdosa, drhka, nrka.

Cara Terbaik Didik Isteri

Sahabat-sahabat, Isteri adalah amanah yang dijodohkan oleh Allah pada kita untuk dididik dan ditarbiah. Elok kita, eloklah dia. Sempurna kita inshaAllah sempurnalah dia. Tiada isteri yang menolak untuk dididik. Malah banyak yang ternanti-nanti suami mengajak ke jalan yang baik. Mahu solat bersama, mahu mengaji dan baca taklim bersama, mahu ke kuliah pun bersama.

Benar..banyak suami yang culas. Jawapannya, kadang-kala mengecewakan hati si isteri. Malas, tak ada masa, bacalah dulu, lain kalilah, dan sebagainya. Sesungguhnya impian lelaki dan wanita beriman itu sama. Ibarat mendayung sebuah sampan. Jika seorang mudik ke hulu, seorang mudik ke hilir, dah pastilah sampan tak akan sampai ke destinasi yang sama. Sebaliknya jika sama-sama mendayung ke arah yang sama inshaAllah sampailah kita ke destinasi tujuan.

Membaca buku “Isteriku Bidadariku” tulisan Ustaz Ebit Lew banyak menemukan saya tentang satu formula penting untuk bahagia dalam rumahtangga. Setiap kali ada suami berjumpa ustaz untuk mengadu masalah rumah tangga, soalan yang ustaz tanya sama sahaja, Kata kuncinya jaga syariatullah dan sunnatullah.

Menegur Pun Ada Lenggoknya

Ingatlah, suami mithali juga pasti akan berlembut dan berbaik dengan isteri. Wanita yang akan menjadi teman sehidup dan smt itu pasti tidak akan dikasari secara fizikal mahupun emosi. Berikan didikan agama dan moral pada isteri. Sebelum menegur, berikan pengiktirafan kepada kebaikannya dengan kata pujian. Kemudian, berikan kata teguran secara lembut dan berhemah yang dapat menjadikan isteri anda insan solehah.

Semoga bermanfaat.

Bila Dah Jadi Suami Nanti, Kalau Nak Didik Isteri Jadi Solehah Kena Gunakan Kelembutan, Barula Isteri Mudah Lembut Hati.

Tidak semua wanita itu seorang yang mendengar kata, taat malah seorang yang begitu mudah untuk dilenturkan. Sekeras-keras mereka ini yang anda lihat dari luarannya tetapi ia masih lagi boleh dilembutkan. Dari luar kita tengok dia keras kepalanya, tetapi tidak tahu di dalamnya penuh dengan kelembutan yang tersembunyi. Selembut mana pun isteri itu, ada juga masa untuk dia menjadi keras kepala tapi sebagai seorang lelaki, jangan cepat mengalah malah cepat melenting.

Sabar. Cuba untuk bersabar. Tahan sabar. Itu yang kalian boleh lakukan dalam mendidik dan membentuk isteri yang taat dan solehah ini. Lelaki diciptakan memang sedikit kasar di dalam pergaulan, percakapan dan perbualan berbanding perempuan. Kuat, gagah, bertenaga itulah lelaki.

Tengok kulit pun dah berbeza. Lelaki kulit macam beg crocodile. Menggerutu semacam. Perempuan pula kulitnya selembut kain sutera. Macam kulit bayi. Bukan hanya kulit, hati dan perasaan, jiwa emosinya juga penuh terkandung kelembutan. Mudah tersentuh.

Segagah dan sekasar mana pun lelaki, Islam mengajar supaya bila berdepan isteri, didiklah dengan kelembutan, kasih sayang, dan pergaulan yang baik. Barulah harmoni. Tapi bukan maksudnya suruh jadi lelaki lembut atau pndan. Jika ada perselisihan faham suami isteri, suami cubalah selesaikan dengan menyentuh emosinya, bukan secara logik akal semata. InsyaAllah akan mudah kawal.

Bak kata Saidina Umar al-Khattab r.a: “A man should be a child with his wife, but if she needs him, he should act like a man.” Tahu tidak mudah, malah ia juga bukan perkara yang susah kalau dalam diri setiap suami-suami yang mahu ditemani isteri disyurga ini sentiasa sabar dalam membantuk dan membimbing isterinya.

Jangan didik mereka ini menggunakan kekerasan, tapi didik mereka gunakan kelembutan yang sama seperti kalian mendidik anak-anak kalian. Ini kerana, sudah sifat wanita manja dan inginkan perhatian seperti kanak-kanak. Nak jadi suami bukan? Kenala sentiasa sabar.

Bila Isteri Garang & Keras Kepala Suami Kena Terus Setia & Bersabar Sebab…

Lumrah perkahwinan ada dugaannya dan diuji dengan isteri yang degil mungkin sebahagian daripada dugaan seorang suami. Boleh jadi ia berpunca daripada sikap isteri itu sendiri yang kurang matang, terlalu manja, emosional tidak bertempat, terlalu cemburu, kerap merajuk, ego serta perkahwinan tidak sekufu.

Namun, ini cerita sebaliknya. Pandangan seorang suami yang berkongsi apa yang dirasai hampir enam tahun mendirikan rumah tangga. Baginya, kenapa mahu mengalah? Lelaki kan seorang pemimpin. Dipetik dari facebook Rafie Ramli:

Semalam viral posting isteri mengenai bagaimana saya tangani sikap garang dan keras kepala isteri. Hari ni saya nak buat posting mengenai apa yang suami rasa pula. Isteri keras kepala ni tak ramai, tapi banyak. Mereka tegas dengan keputusan. Tidak mudah mengikut hasutan orang lain.

Itulah isteri saya yang dicintai. Cuma apa yang perlu suami lakukan bila isteri seorang garang dan keras kepala? Perkahwinan saya masih baru nak masuk 6 tahun. Di awal perkahwinan, isteri saya, seorang yang keras kepala. Degil dan tegas.

Saya juga cepat melenting bila tak kena gaya. Tapi bila brbalah kecil atau besar, saya akan mengambil peranan, turunkan ego, diam, dengar dan pendam. Untuk berdiam, saya selalu percaya, apa yang saya cakap atau balas pasti akan lebih mengeruhkan. Mengaku salah walaupun kita rasa kita betul adalah yang terbaik. Perempuan ni mesti nak menang! Fakta mereka berjela. Kita takkan menang lawan mereka.IKLAN

Layankan aja.. Suami kena ingat, kita bukan perempuan. Kita takkan memahami mereka, benda yang kita rasa kecil, tapi sentiasa besar di hati mereka. Mengikut ego dan membantah mereka ketika ini sangat tidak relevan.

Saya bersabar untuk beberapa ketika dan hasilnya sgt baik. Isteri saya berubah dan semakin berubah. Sekarang, kalau brbalah saya masih kena mengalah, tapi kami jarang brbalah besar. Sebab dah malas berprang. Tapi kalau berprang sekejap aja…

Sehingga beberapa jam selepas prang, biasanya Fel akan mula tenang. Yang saya selalu perasan, dia selalu solat bila marah. Dan yang buat saya kalah, bila mendengar dia merintih, menangis di dalam doa. Bila dalam keadaan tenang ini, wanita tegas pun akan mula menyalahkan diri sendiri dan meminta maaf kerana tidak menjadi isteri solehah. Tidak menjadi ibu mithali. Dia akan datang dan meminta maaf.

Waktu ini suami perlu turunkan lagi ego ke lantai, jangan pula kita mengiakan isteri atau menghentam kembali, teruskan juga meminta maaf . Alhamdulillah, its works every time. Dan besoknya, hadiahkan sesuatu. Apa sahaja yang kita rasa mampu. Mitos “perempuan merajuk sebab mahu dipujuk” itu sebenarnya wujud. Isteri saya kalau hadiah dia makanan pun dah seronok.

Beli ikut kemampuan. Tak ada egokah saya ini? Sebagai suami, saya selalu ingat segala pengorbanan yang Fel dah buat selama ini. Betapa dia berkorban sejak dari mula berkenalan, kami kahwin ketika masih muda remaja, dia seorang yang aggresive, popular, suka shopping, trendy, suka make up.

Tapi lepas berkahwin dia tinggalkan semua sehingga dia berubah menjadi apa yang dia dah jadi sekarang. Kadang-kadang saya rasa tak boleh jadi sekuat dia kalau saya berada di tempatnya. Bila mengenangkan dia sanggup berpindah ke Baling yang agak terpencil, takda kawan-kawan, bersedia menerima keluarga serta kawan-kawan dia seadanya dalam hidup dia, saya rasa tidak layak untuk saya kecewakan perasaan dia.

Sebab itu saya banyak mengalah sebab saya tahu jiwa dia memberontak tapi demi kasih kepada keluarga dia bertahan, jadi dia menjadi cepat marah dan tertekan. Lama-lama, bila dah biasa dengan hidup baru saya nampak dia lebih tenang .

Sekarang, Bila dia struggle dengan selera makan dan diet dia tapi dalam masa yang sama dia perlukan tenaga untuk menyusukan anak-anak pun saya dah cukup terkesan. Adakah boleh saya sesabar isteri dan sekuat dia?

Dengan pengorbanan mereka, rasanya tidak layak untuk para suami sakitkan hati isteri walaupun sikit. Allah Allah, alhamdulillah untuk tempoh perkahwinan ini. Ianya satu proses tarbiah yang baik untuk kami suami isteri.

Saya bukan suami yang baik, tapi saya mahu isteri yang baik. Maka saya berusaha menjadi baik. Rumah tangga itu dibina atas dasar mahu memberi yang terbaik. Pilih untuk terus setia dan bersabar. Kita pasti menang. Ihlas daripada suami yang acah acah sweet. Hahaha!

Bagi suami yang ingin membentuk sahsiah dan peribadi isteri yang bersikap sebegini, nasihatilah isteri dengan kebaikan. Gunakan kata-kata yang baik dan boleh melembutkan hatinya. Berikan pujian pada setiap kebaikan yang dilakukannya. Untuk mencapai matlamat itu, suami perlulah menggunakan kata-kata baik yang boleh melembutkan hati isteri. Wanita gemar jika dipuji, sebab itulah suami perlu memuji isteri pada setiap kebaikan yang dilakukan.