Peminat sangkakan Nora Danish hamil gara gara muat naik gambar pegang perut. Rupa rupanya ini cerita sebenar disebalik gambar tu.

Artis

Kjadian salah faham memang sering berlaku dan tak dinafikan ia akan menjadi besar sekiranya tidak dijelaskan kepada mana-mana pihak yang berkenaan. Tetapi macam mana pula kalau ada yang salah faham ingatkan seseorang wanita itu sedang hamil?

Itu la yang terjadi kepada pelakon cantik manis, Nora Danish apabila video baharu yang dimuat naik olehnya itu disalah ertikan oleh sesetengah peminatnya yang menyangka pelakon berusia 39 tahun itu sedang hamil. Video yang dimuat naik itu menyaksikan Nora sedang menunjukkan bentuk badannya di hadapan

cermin sambil memegang perutnya buat beberapa saat, disebabkan itu ada peminat yang menganggap ibu kepada dua cahaya mata itu sedang berbadan dua.Dalam masa yang sama, komen yang ditinggalkan oleh sesetengah peminat turut menyangka kononnya Ney Ney iaitu anak kedua Nora bakal mendapat adik.

Namun, seperti biasa Nora tidak membalas mana-mana komen yang ditinggalkan dan perkara tersebut turus menjadi buah mulut peminatnya. Untuk makluman, Nora telah dikurniakan dua cahaya mata hasil perkahwinannya pertama kali bersama dengan bekas suami iaitu Rizal Ashram Ramli dan suami terkini, Nedim Nazri.

Apa pun, kita doakan yang baik-baik sahaja untuk Nora sekeluarga ya!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: HOTFM

Dikritik Teruk Lepas Muat Naik Foto Pergi Bercuti Di Laman Ig. Mengejutkan Rupa Rupanya Warganet Ternampak Sesuatu Dengan Gambar Nora Danish Sampai Ada Yang Suruh Taubat.

Di saat ini kita dapat melihat ramai orang yang sudah mula melancong ke serata negeri di dalam Malaysia walaupun kini kita masih lagi di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri. Namun itu tidak menghalang untuk orang ramai menghabiskan sisa 2020 dengan berkunjung ke beberapa tempat yang menarik, tetapi masih tetap mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan.

Nampaknya foto pelakon cantik Nora Danish ketika menyambut hari lahir sahabat baiknya di Pulau Langkawi telah dikritik hebat oleh warganet. Foto tersebut menunjukkan Nora sedang memakai gaun berwarna hot pink paras lulut dan mendedahkan kulitnya yang putih melepak itu.

Di ruangan komen foto tersebut telah dibanjiri dengan kritikan dan teguran daripada warganet yang kurang senang melihat ibu kepada dua cahaya mata itu berpakaian sebegini. Dalam masa yang sama, ada juga yang mengaitkan pakaian Nora dengan videonya yang dimuat naik pada Mei lalu.

Video yang dimaksudkan menunjukkan Nora menitiskan air mata selepas selesai khatam membaca Al-Quran pada 10 malam terakhir Ramadan tahun lalu. Namun sebagai seorang selebriti yang profesional dan tidak mahu meros4kkan mood bercutinya, Nora langsung tidak membalas sebarang komen negatif dan meneruskan percutiannya seperti biasa.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : HOT.FM

Nora Danish Muat Naik Gambar Suami Tengah Masak. Sekali Warganet Perasan Sesuatu Kat Belakang Tu Sampai Jadi Buah Mulut Ramai.

Jika anda pengikut setia pelakon Nora Danish di Instagram, pasti anda tahu beliau gemar memuat naik setiap menu yang dimasak oleh suaminya, Nedim Nazri. Tidak dinafikan, Nedim memang berbakat dalam bidang masakan.

Disebabkan kerajinan suaminya yang menyediakan makanan yang berbagai dan lazat, Nora akui berat badannya sudah meningkat. Dia adalah chef terbaik! Nedim memang gemar memasak dan sejak kami kahwin dia nampaknya lebih selesa berada di dapur.

Pelbagai masakan dimasaknya sehingga berat badan saya naik hampir tiga kilogram dan ada ingat saya sedang hamil kerana wajah nampak tembam! Tetapi saya tidak merungut kerana ia rezeki tetapi saya sendiri kadang-kadang malas hendak bersenam dan selepas ini memang kena kerap ke gim.

Namun apa yang menjadi perhatian warganet adalah gambar ketika Nedim menyediakn makanan, apabila mata warganet tertumpu kepada alat penymbur wangian di atas rak dapur “Aku benci penyembur atas tu. 20 kali dia prett 20 kali aku terkejut” komen warganet

Komen tersebut berjaya meraih  perhatian ramai sehingga mendapat reaksi 1.4k tanda suka dan 182 komen. Umum mengetahui ada sesetengah di kalangan warganet yang kelihatan b0san apabila berita-berita di sosial media di penuhi dengan kisah-kisah artis yang di anggap sebagai remeh

Sebelum berkahwin lagi Nedim memang handal bab-bab memasak ni dan bukan sahaja boleh masak hidangan Melayu tetapi juga barat. Pernah sekali dia masak ayam tandori yang dipelajari menerusi internet dan ia sangat sedap mengalahkan yang dijual di kedai.

Sekarang saya dan anak-anak pun kalau makan di luar akan merungut kerana masakannya jauh lebih sedap. JIKA anda sentiasa mengikuti perkembangan Nora Danish di Instagram, anda pasti tahu Nora suka kongsikan video atau gambar suaminya, Nedim Nazri Aziz memasak.

Walaupun sekadar berkongsi rasa gembira mempunyai suami yang rajin memasak, namun lain pula yang difikirkan warganet: “Nora tu tak reti masak ke?” soal mereka di dalam ruangan komen. Menjawab persoalan tersebut, ini jawapan Nora, “Saya tidak gemar memasak tetapi Nedim lebih gemar berada di dapur. Saya lebih suka mengemas kerana bagi saya ianya terapi untuk menghilangkan tekanan setelah seharian penat bekerja.

Katanya, sejak berkahwin dia selalu makan sedap-sedap hasil masakan suaminya sehingga badannya naik sedikit dan membuatkan ramai yang bertanya adakah Nora sedang hamil. Kata Nora lagi, kepakaran Nedim dalam memasak membuatkan mereka jarang makan di luar dan lebih senang menikmati hidangan yang dimasak di rumah sahaja.

“Tambah menarik lagi, suami saya memang pakar dalam soal memasak. Jujur saya katakan, dia lebih banyak memasak di rumah berbanding saya dan masakannya boleh membuatkan saya tidak mahu makan di luar langsung,” jelasnya kepada sebuah akhbar harian mengenai perkara tersebut.

Baguslah Nora dapat suami yang pandai melayan tekak isteri. Bukan senang nak dapat lelaki yang boleh sediakan makanan untuk isteri dan keluarga kan zaman sekarang ni, jadi kita perlu happy lah juga lihat Nora bahagia. Kan? Wah, bertuah sungguh Nora dapat suami yang pandai masak dan sering ingin memberikan makanan yang terbaik buat isteri serta anak-anak. Ini baru suami mithali ye dak?

artikal by: http://trendingsangat.pw/

Menakjubkan anak Nora Danish dan Nedim dipuji orang ramai termasuk dari kalangan selebriti juga beri komen tentang anaknya itu. Ini punca Neqayl meraih perhatian masyarakat.

Ibu dan ayah mana yang tidak gembira apabila melihat anak mereka sudah menunjukkan ciri-ciri seorang anak yang pintar, apatah lagi pada usia yang masih muda. Perasaan itulah yang dapat digambarkan oleh Nedim Nazri dan Nora Danish apabila anak mereka Mohamed Neqayl sudah boleh menghafal sifir melalui perkongsian video di Instagram masing-masing.

“Syukur Alhamdulillah Ya Allah for blessing NeNo with this little Neqayl,” tulis Nedim atau lebih mesra dipanggil Boss Ned. “Kenapa pandai sangat anak mommy & daddy ni,” tulis Nora Danish di Instagram miliknya. Rata-rata teman selebriti dan peminat memuji kebijaksanaan Neqayl, apatah lagi usianya belum lagi menginjak ke tiga tahun. Dulu, suami Nora Danish, Nedim Nazri, menegaskan Instagram rasmi yang dibuka untuk bayi mereka, Mohamed Neyqal Nedim, adalah akaun peribadi, bukannya untuk diikuti ramai.

Katanya, beliau tidak teragak-agak bertindak menyekat sesiapa yang ingin menjadi pengikut @neqaylnedim kerana dirinya adalah penjaga amanah akaun terbabit. “Ya, memang itu dia punya (akaun). Tetapi ia (akaun) peribadi untuk Ney Ney nanti. Apabila sudah besar, saya akan bagi pada dia, bukan untuk umum. Saya cuma simpankan untuk dia, jadi tak perlu ikut akaun ini. “Ney Ney tidak akan ada akaun yang akan dibuka kepada umum. Sesiapa yang cuba ikut saya sekat. Harap faham,” tulisnya membalas komen yang bertanyakan mengenai kesahihan akaun berkenaan.

Menurut Nedim lagi, terpulang kepada anaknya sama ada mahu memilih menjadi ‘public figure’ atau sebaliknya apabila dewasa nanti. Sebelum itu, dalam perkongsian di aplikasi Insta Storynya, usahawan terbabit memaklumkan, bayinya tiada akaun laman sosial bagi merujuk kepada sebuah akaun Instagram yang dibuka seseorang sehari selepas kelahirannya pada 22 Februari lalu. Nedim ketika itu mendedahkan akaun palsu berkenaan bukan dibuka olehnya atau isteri, sebaliknya diwujudkan pihak tidak bertanggungjawab.

Sementara itu, menerusi muat naik status berlatarkan gambar si kecil yang dijemur matahari pagi tadi, ramai memberikan petua untuk mengurangkan kekuningan akibat demam kuning. Paling meraih perhatian tentu saja keterangan gambar yang lucu apabila Nedim menyatakan bayi comel yang dipanggil Ney Ney itu berjemur kerana sedang bersiap sedia untuk bercuti di Bali. Nora dan Nedim melangsungkan perkahwinan pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan anak lelaki, Mohamed Neqayl Nedim pada 21 Februari 2018. 

SUMBER: GEMPAK

“Kalau saya ada adik dah lama kahwinkan dengan awak” – Nora Danish doakan Zizan Razak jumpa jodoh paling sesuai

SEMPENA ulang tahun kelahiran Zizan Razak yang ke 36 tahun pada Rabu, pelakon Nora Danish memberi ucapan istimewa kepada pelawak itu yang sudah dianggap sebagai rakan baiknya. Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif turut meluahkan rasa syukur mempunyai seorang sahabat yang sentiasa menceriakanya dan gembirakan orang lain.

“Inilah dia kawan saya yang selalu menceriakan hidup saya setiap kali dia buka mulut! Banyak pahala dia ini sebab selalu gembirakan orang. “InsyaAllah, Alhamdulillah dan hari ini hari lahir awak pula Zizan Razak. Happy birthday my friend, semoga Allah murahkan lagi rezeki you berlipar ganda lagi.

“Semoga dipanjangkan umur, sihat sentiasa dan paling penting buat masa sekarang ini. Semoga jumpa jodoh yang paling sesuai dan serasi buat you. “Biarlah ia kekal hingga jannah. Siap dah wish awal-awal. Kalau saya ada adik dah lama kahwinkan dengan awak Zizan. Awak seorang yang baik,” katanya.

Pelakon drama Bahagia Bukan Bidaan itu memuat naik status tersebut dengan bersertakan video Zizan di laman Instagram miliknya pada Rabu. Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan ucapan selamat hari lahir dan terhibur dengan video pelawak terkenal itu.

Dalam pada itu, menerusi Instagram Zizan turut mendoakan dirinya menjadi insan yang lebih berjaya dan dipertemukan jodoh yang baik serta kekal hingga ke jannah. “Happy birthday Zizan Razak. Semoga menjadi insan yang lebih cemerlang dan berjaya. Semoga panjang umur dan murah rezeki. “Yang paling penting dipercepatkan jodoh yang baik dan kekal hingga ke Jannah. Amin,” tulis Zizan.

Janna Nick Muat Naik Video Mesra Dengan Dini. Tiba Tiba Zizan Selamba Je Komen Macam Ni Sampai Janna Nick Kena Balas Balik.

Percintaan pelakon, penyanyi dan pengacara Janna Nick dengan teman lelaki, Dini Azan Schatzmann bukanlah satu rahsia dalam industri hiburan tanah air. Mereka secara terbuka kerap berkongsi foto-foto dan video-video yang sweet untuk tatapan peminat.

Terbaharu, Janna telah memuat naik satu video pendek di Instagramnya yang memaparkan dia bersama dengan Dini di sebuah pusat per4nginan. Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian para peminat yang rata-rata mengharapkan hubungan mereka akan sampai ke alam perkahwinan. Tidak ketinggalan, pelawak terkenal tanah air iaitu Zizan Razak turut tinggalkan komen:-

Buat masa ini, Zizan tidak digosipkan dengan mana-mana wanita. Mungkin juga pelawak tersebut ada perancangan lain, atau juga ada buah hati yang masih dirahsiakan. Apa pun, soal jodoh adalah satu rahsia yang kita tidak dapat jangkakan.

Kami di Hot FM mendoakan semoga hubungan Janna Nick dan Dini akan berakhir dengan perkahwinan. Manakala untuk Zizan, kami doakan semoga urusan Zizan bertemu suri hati dipermudahkan! Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! 

Sumber: HOT FM

Bila Jumpa Je Suruh Buat Lawak Tapi Sebenarnya Taktahu Orang Tu Tengah Sedih. Tak Sangka Ozlynn Kongsikan Kisah Menyayat Hati Tentang Johan Dan Zizan Melalui Posting Instagramnya.

Kepada sesiapa yang mengikuti perkembangan Johan dan Zizan sejak dulu lagi, pasti mengetahui sikap mereka yang sentiasa menghiburkan hati orang ramai. Baru baru ini, Berkongsi dua keping gambar suami dan teman baik suaminya yang sedang tidur, pelakon Ozlynn Waty berkongsi serba sedikit tentang sebahagian kecil kehidupan sebagai pelawak. Dua keping gambar Johan dan Zizan yang sedang tidur itu nampak kelakar, tetapi di sebaliknya ada perkara yang sukar difahami oleh orang lain kecuali yang kenal dengan kehidupan mereka ini.

“Barai.. Kadang orang tak paham. Bila jumpa nak suruh buat kelakar. “Hidup dengan depa berdua ni kadang tengah teman dorang nangis tiba-tiba ada orang datang mintak bergambar. Terus senyum,” tulis Ozlynn sebagai kapsyen gambar tersebut.

Tambah Ozlynn, biar pun ketika mereka sedang melalui saat-saat sedih dan duka, tetapi demi menjaga hati peminat mereka tetap senyum dan menunjukkan jiwa kelakar mereka. “Walaupon jiwa dan hati tengah sedih tetapi dorang jaga hati kita. Sayang la kat depa dua ni. Bila tengok dorang tido haihhhhh cair rasa.

“Tapi bila bangun jek mula la aku nak naik antu!! Nakal!! Akai panjang!! Hope sampai ke tua la aku lalu nak layan dorang,” tulis Ozlynn menyampai rasa hati biarpun secara berseloroh. Sejak bersama menyertai Maharaja Lawak, Johan dan Zizan yang menamakan kumpulan duo mereka sebagai Jozan sentiasa menghiburkan peminat dengan lawak-lawak mereka. Ozlynn atau nama sebenarnya Rozlinawaty Ismail berkahwin dengan Johan atau nama sebenarnya Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz pada 25 Julai 2009. Pasangan ini dikurniakan dengan lima orang cahaya mata.-GEMPAK

“Jarang anak bujang menempel dekat bapak…” – Warganet suka ‘bonding’ Johan & anak sulung

Kepada sesiapa yang mengikuti keluarga pelawak Johan dan Ozlynn, pasti ramai yang tahu di media sosial pasangan selebriti tersebut memang suka berkongsi momen bersama anak-anak. Antara yang menjadi perhatian baru-baru ini, adalah foto Johan bersama anak bujangnya, Ariq, memaparkan keakraban hubungan ayah dan anak lelaki.

“Selalu jarang anak bujang menempel dengan ayah”. Meskipun sudah besar panjang dan dah jadi anak teruna, nampaknya Ariq masih tidak kekok dan tidal malu mahu bermanja dengan ayahnya. Menurut Ozlynn, boleh dikatakan kesemua anak-anaknya, baik yang lelaki atau pun perempuan memang sangat akrab dengan ayah mereka. “Anak-anak aku semua suka menempel, pelik betul…”

Menerusi laman sosial Instagram Ozlyn, di kapsyen berkata “lepas sahur awal sementara nak subuh.. lepak..Suka tgk bonding ni.. jarang anak bujang nak melepek kat bapak.. kalau anak perempuan selalu.. tapi betul la.. anak2 aku sume suka menempel.. pelik betul.. kdg geram.. sb bapak dorg ni seminggu sekali mesti hangkut anak2 tdo bilik aku.. bila aku ckp mane boleh mcm ni.. nnt jd kebiasaan.. dia akan pelok aku n trus ckp “ kena share la syg, tgk skrg ni pun mcm cptnya dorg dh besar.. nnt dorg dh kawin tinggal la kita berdua.. haaa masa tu u tgk i, i tgk u..

“bila fikir balik betul jugak kan.. sape sangka usia semuda ni kami ada anak bujang dan ada 5 org anak dah.. bersyukur sesgt..proses membesarkan anak2 memerlukan pengorbanan besar ibubapa.. setiap manusia diberi ujian yg berbeza.. ada org xde anak walaupun lama dh kawin, skrg ni kita perlu lihat dari pelbagai aspek n kena positif.. anak adalah rezeki.. tp bukan senang nak membesarkan anak2.. nak mendidik dan membimbing itu juga satu cabaran.. kami juga pernah melalui fasa yg sukar ..jadi sentiasa bersangka baik pada Allah.. yg penting usaha..

DIA maha mengetahui apa yg terbaik utk kita.. apapun kita sbg ibubapa kena sentiasa doakn yg terbaik utk anak2 kita.. selain jalankan tanggungjwp membesarkan.. pls pantau anak2 kita.. ambil tahu dgn sape dia berkwn.. bergaul.. kpd mak ayah yg bg anak2 hp di bwh umur 18 tahun.. plss pantau.. makesure apa saja boleh detect kt fon korg.. zaman canggih ni sgt menakutkan.. kalau tgk instagram yg dm aku byk bdk bwh umur.

Selagi terdaya aku cuba bantu dorg dr segi nasihat.. bg semangat.. rata2 yg dm sume bgtau kurang mendpt perhatian mak ayah.. aku tidak menyalahkan memane pihak.. tp cukup apa yg aku boleh katakan aku nasihat mereka seperti anak aku sendiri.. akan aku pastikan dorg jadi anak yg baik soleh dan solehah.. dan aku harap korg.. yg ada anak2 plsss rajin la berbual.. amik tau ttg apa yg anak2 “RASA”.. bukan ikut “MASA” yg korg ada.. moga yg baik2 saja utk keluarga kita semua aamiin-OhMyMedia

Johan suka habiskan masa dengan anak2

Tambah Ozlynn lagi, ada masanya Johan akan memberi peluang kepada semua anak-anak untuk tidur bersama-sama dengan mereka. Cepat jer anak2 besar katanya. Ini kerana, Ozlynn berkata Johan mahu menghabiskan masa sepuas-puasnya bersama anak-anak, sementara mereka masih lagi belum dewasa dan ada kehidupan sendiri.

“Bila aku cakap mane boleh macam ni, nanti jadi kebiasaan, dia akan peluk aku dan cakap ‘kena share la sayang, tengok sekarang ni pun macam cepatnya dorang dah besar nanti dorang dah kawin tinggal la kita berdua, haa masa tu You tengok I, I tengok You…”

Rata-rata warganet juga suka melihat hubungan antara Johan dan anak sulungnya, mereka menyifatkan keluarga Johan dan Ozlynn sebagai inspirasi. “Macam kawan baik”. “Seronok tengok bonding keluarga ni”.”Best la, dah besor pun nempel dengan papa lagi”

Sumber : Johan & Ozlyn

Nenek kepada Zizan Razak hembuskan nafas terakhir pagi tadi. Zizan Razak kongsi berita pemergian dan sakit yang dialami oleh neneknya dan berharap semua doakan agar neneknya ditempatkan dalam kalangan orang beriman

Zizan mendoakan agar roh neneknya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.Nenek kepada pelakon dan pelawak terkenal Zizan Razak iaitu Zainoon Abdullah hembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 11.57 pagi, Ahad di Dungun, Terengganu. Berita sedih itu dikongsikan Zizan atau nama sebenarnya Mohammad Razizan Abdul Razak, 36 di laman Instagram miliknya.

“Al-Fatihah buat Zainoon binti Abdullah yang baru sahaja menghembuskan nafas terakhir pukul 11.57 pagi tadi.”Semoga rohnya dicucuri rahmat dan bersama orang-orang yang beriman juga dipermudahkan segalanya,” katanya. Zizan sempat menziarahi neneknya sehari sebelum pergi buat selamanya .Pelakon filem Abang Long Fadil itu juga memberitahu dia sempat menziarahi neneknya di sebuah hospital pada Ahad sebelum pulang ke Kuala Lumpur.

Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan ucapan takziah daripada warganet yang juga mendoakan agar nenknya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.Menerusi laporan mStar pada 9 September lalu, Zizan memberitahu keadaan neneknya semakin sakit tua dan sedang didiagnos kerana disyaki hidap knser. Menurut Zizan, dia enggan memikirkan mengenai soal jodoh dan perkahwinan kerana keutamaannya kini adalah keluarga.

Zizan berkata sebagai anak, fokusnya kini lebih terarah kepada keluarga, lebih-lebih lagi keadaan kesihatan nenek yang kurang baik. “Nenek sedang didiagnos kerana disyaki hidap knser, jadi apabila sebut knser agak berat untuk kita sebab ianya bukan sakit biasa… sekarang dia sedang tunggu doktor mengesahkan tentang kesihatan dia. “Hal-hal lain saya okay sahaja tapi apabila membabitkan kesihatan keluarga saya rasa berat. Susah nak cerita mengenai perkara ini dekat orang lain… sebab orang selalu ingat kita pelawak nak bergurau saja kan?” katanya.-msta