Pencarum KWSP perlu habiskan pengeluaran maksimum i Lestari Akaun 2 terlebih dahulu. Ketua Setiausaha Perbendaharaan dedahkan syarat layak memohon program i Sinar

Berita

Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu menghabiskan jumlah pengeluaran maksimum inisiatif i-Lestari daripada Akaun 2 terlebih dahulu sebelum boleh membuat pengeluaran daripada Akaun 1 menerusi inisiatif i-Sinar.Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Asri Hamidon, berkata itu adalah antara beberapa syarat yang diputuskan kepada pencarum yang layak memohon program i-Sinar.

“Untuk bantuan kepada pencarum KWSP, sebelum ini dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), kerajaan sudah membenarkan pengeluaran Akaun 2 di bawah i-Lestari sebanyak RM500 sebulan selama 12 bulan, dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM6,000.

“Dalam Belanjawan 2021 pula, kerajaan benarkan pengeluaran Akaun 1 oleh pencarum KWSP dengan beberapa syarat, antaranya ia disasarkan kepada golongan yang terjejas.”Selain itu, pencarum (yang layak) perlu menghabiskan Akaun 2 di bawah jumlah maksimum i-Lestari terlebih dahulu, baru boleh dikeluarkan Akaun 1,” katanya dalam program Selamat Pagi Malaysia yang disiarkan secara langsung di TV1, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kaedah untuk membolehkan inisiatif pengeluaran simpanan Akaun 1 KWSP turut dinikmati pencarum yang terkesan dalam tempoh pandemik COVID-19, selain mereka yang kehilangan pekerjaan.

Mengulas lanjut, Asri berkata, kerajaan sedang berbincang dengan KWSP mengenai beberapa kriteria lain untuk membantu lebih banyak pencarum yang terkesan menerusi pengeluaran simpanan Akaun 1.”Kerajaan meminta KWSP supaya memperhalusi dan mempertimbangkan penambahbaikan kriteria pengeluaran.”Kerajaan akan meneliti semua aspek tentang apa yang boleh dilakukan untuk menjamin kesejahteraan rakyat dan ekonomi negara,” katanya.

Isu Moratorium Dan KWSP. Ini Keterangan Dari Annuar Musa Terhadap Moratorium Dan Pengeluaran Wang Dari Akaun Satu KWSP Dan Harap Semua Maklum

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa yakin pihak kerajaan akan memberi perhatian serius terhadap syor berkaitan moratorium dan pengeluaran wang daripada akaun satu dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Annuar dalam satu ciapan di Twitter hari ini berkata, beliau yakin Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan memberikan respon positif setelah Menteri Kewangan itu berunding dengan pihak KWSP dan pihak bank.“Tengku Zafrul merupakan seorang yang sangat profesional dan cermat orangnya,” ciapnya.

Terdahulu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan supaya usul beliau berkenaan pengeluaran akaun satu KWSP sebanyak RM10,000 dan lanjutan moratorium dalam Belanjawan 2021.Menurut Najib, sokongan terhadap Belanjawan 2021 akan diberikan sekiranya kerajaan sedia meluluskan gesaan pelaksanaan moratorium secara pukal dan pengeluaran one-off RM10,000 daripada akaun satu KWSP.

Kemudahan Akses Ke Akaun Satu Ahli KWSP Yang Dikenali Sebagai I Sinar. KWSP Dedahkan Lebih Lanjut Tentang I Sinar Dan Tarikh Untuk Mohon I Sinar

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengumumkan perincian bagi kemudahan akses ke akaun satu ahli KWSP yang dikenali sebagai i-Sinar, pada 18 November ini.KWSP dalam satu kenyataan berkata, i-Sinar yang kini sedang dimuktamadkan perinciannya, diwujudkan hasil konsultasi yang mendalam bersama-sama dengan pihak berkepentingan.

“i-Sinar diwujudkan agar ahli yang terkesan dapat mengharungi cabaran semasa dan pada masa sama memastikan kesejahteraan masa depan persaraan mereka.“KWSP yakin bahawa amaun yang boleh diakses daripada i-Sinar berserta amaun maksimum RM500 sebulan daripada akaun dua melalui kemudahan i-Lestari (dilancarkan pada April 2020), dapat membantu ahli yang terkesan menampung keperluan mereka dalam jangka masa pendek,” katanya di sini hari ini.

i-Sinar merupakan lanjutan daripada pengeluaran i-Lestari yang kini dijangka mencecah amaun pengeluaran sebanyak RM30 bilion dan akan berakhir pada Mac 2021.Permohonan i-Sinar boleh dibuat bermula Disember 2020 dan amaun yang diakses akan dikreditkan ke akaun bank pemohon bermula Januari 2021. – K! ONLINE

Lepas Bahaskan Pasal Kwsp Kali Ni Najib Minta Moratorium Disambung. Sekali Gabenor Bank Negara Tampil Bersuara Bagi Tahu Sesuatu Tentang Cadangan Najib.

KUALA LUMPUR: Sambungan moratorium menyeluruh yang dicadangkan beberapa pihak hanya akan merncatkan ekonomi untuk jangka panjang, kata Gabenor Bank Negara Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus. “Moratorium menyeluruh tidak baik untuk ekonomi. Meskipun ia memberikan wang kepada orang ramai untuk jangka pendek, ia akan merencatkan ekonomi dan mempunyai kesan negatlf.

“Ia akan mengekang pemberian pinjaman baharu kepada isi rumah dan perniagaan memandangkan bank berdepan kekurangan penampan kewangan dan menimbulkan risiko. “Ia akan meningkatkan paras hutang. Sesiapa yang mampu membayar hutang, perlu membayar.

“Ini (moratorium menyeluruh) akan mengekangg pertumbuhan dan menjjaskan ekonomi untuk jangka panjang kerana akan lebih ramai peminjam berdepan hutang tinggi. “Pertumbuhan yang dijana melalui hutang adalah tidak mapan. Hutang isi rumah kini berbanding KDNK adalah 90 peratus. Tertinggi sepanjang masa buat Malaysia,” katanya ketika membentangkan prestasi ekonomi suku ketiga hari ini.

Selain itu Shamsiah berkata moratorium menyeluruh akan menjejaskan kepentingan berjuta pendeposit serta pemegang taruh yang melabur dalam dana seperti Amanaj Saham Bumiputera (ASB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tabung Haji, dan KWAP.

Malah Shamsiah berkata tahap keyakinan dan kepercayaan kepada institusi perbankan akan terjejas teruk selain kestabilan sektor itu akan rapuh untuk jangka panjang. Sebelum ini najib razak berkata oleh kerana bajet 2021 hanyalah 8 billi0n lebih tinggi berbanding perbelanjaan kerajaan tahun 2019, maka timbulnya persoalan keberkesanan bajet tahun 2021 untuk menyelamatkan negara dan rakyat.

Ini disebabkan perbelanjaan pada tahun 2019 hampir menyamai bajet 2021, namun ekonomi kita tetap terjejas pada tahun itu walaupun tiada krlsis Covid. Kadar pertumbuhan negara mencatat kadar paling rendah sejak 10 tahun lalu dengan dividen-dividen tabung amanah rakyat.

Pertimbangan ini adalah antara salah satu faktor yang mendorong saya membuat saranan untuk melanjutkan moratorium pinjaman secara pukal dan membenarkan pengeluaran one-off sehingga 10,000 dari akaun 1 KWSP sebab dana ini tidak termasuk dalam perbelanjaan kerajaan atau pengiraan defisit negara. Inilah yang saya maksudkan sebagai langkah yang berani dan luar biasa yakni bold and unconventional method dalam keadaan yang luar biasa.

Reaksi Orang Ramai

Bila banyak kereta kena tarik, banyak rumah kena tarik, banyak SME jatuh bankrpt dan bank2 melaporkan NPL yang amat tinggi .apa akan jadi pada ekonomi negara….bank pegang asset yang banyak tanpa liqiidity…..amacam.

Dah jadi kerajaan mmg le kena korban apa juga kesusahan rakyat walaupun kerajaan rugi ke pe.. lg pun covid ni sape yg nak..so sape yg nak tlg rakyat kalau bukan kerajaan.. tadah je lah kejap konon kerncatan ekonomi lah bagai tu, bukan lama pun 6 bulan je..kalau rakyat x undi ko org, x de nya ko org boleh jadi kerajaan.

Sumber : AstroAwani

Lepas Je Najib Bahaskan Tentang Pengeluaran Duit Kwsp Akaun 1 Sekali Tiba Tiba Ketua Pegawai Kwsp Tampil Dedahkan Keadaan Sebenar. Rupa Rupanya Ini Yang Terjadi.

Lepas je Najib bahaskan tentang pengeluaran duit kwsp akaun 1 sekali tiba tiba Ketua Pegawai Kwsp tampil dedahkan keadaan sebenar. Rupa rupanya ini yang terjadi.

KUALA LUMPUR: “Ini duit anda, tapi buatlah keputusan yang tepat.” Itu kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerjaan (KWSP), Tunku Alizakri Raja Muhammad Alias (gambar) mengulas isv melibatkan pengeluaran

Akaun 1 yang menjadi hangat apabila ramai pihak mahu kerajaan membenarkan pengeluaran sehingga 10,000 bagi membantu rak­yat yang terjejass dengan krisis C0vid 19. “Ya, ini wang anda (ahli), tetapi buat keputusan yang betul dan jangan terburu-buru jika kita tidak membuat keputusan yang baik hari ini ia akan jejaskan masa depan.

“Bukan saya kata jangan (keluarkan Akaun 1), tetapi kita hendak pastikan ahli buat keputusan rasional dan baik yang mengimbangi semua aspek termasuk untuk hari ini dan akan datang iaitu keluarkan untuk keperluan saja.

“Dalam keadaan genting ini, pastikan ahli merancang dan tahu berapa perbelanjaan keperluan dan keutamaan dalam masa terdekat ini sebelum memutuskan membuat pengeluaran,” katanya. Walaupun berdepan pelbagai tekanan termasuk ahli politik yang sebulat suara menyokong pengeluaran 10,000 dari Akaun 1 itu,

namun beliau berkata, cabaran itu tidak akan mematahkan semangat pasukannya dalam membuat keputusan terbaik demi jaminan masa depan ahli selari dengan peranan penubuhan dana persaraan itu. “Saya faham ramai orang marahh, bimbang, rungsing kerana kesan pandemik ini yang tidak pernah berlaku kesan sebesar ini.

“Mungkin, saya menjadi orang paling dibenci di Malaysia sekarang kerana membuat keputusan yang tidak popular, biarlah orang kritik saya tetapi akan jalankan tugas saya untuk melindungi masa depan ahli. “Ya, kita mendengar semua pandangan,

tetapi kita tetap berpegang teguh dalam membuat satu keputusan yang tidak akan menggadaikan masa depan ahli kerana keutamaan kita hanya berkhidmat untuk ahli tidak berkait rapat perkara lain termasuk tekanann politik sekalipun,” katanya.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjelaskan sebanyak 43 peratus atau 5.38 juta ahli di bawah umur 55 tahun mempunyai simpanan kurang daripada 10,000 dalam akaun satu. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tunku Alizakri Alias berkata, ini bermakna mereka akan menjalani kehidupan persaraan dengan pendapatan kurang daripada 41 sebulan sepanjang tempoh 20 tahun sekiranya simpanan mereka tidak bertambah.

“Umum mengetahui purata jangka hayat rakyat Malaysia kini menjangkau usia 75 tahun, namun KWSP terus mengekalkan pengeluaran bagi akaun satu pada usia 55 tahun. Jadi ada tempoh selama 20 tahun lagi selepas persaraan.

“Katanya, pada masa ini pihaknya sedang memperhalusi dan memperincikan kemudahan bagi tujuan pengeluaran daripada akaun satu seperti diumumkan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Belanjawan 2021 Jumaat lalu dan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Tunku Alizakri meminta pencarum menjadikan pengeluaran caruman KWSP akaun satu sebagai langkah terakhir sekiranya terdapat kaedah lain bagi membantu kekangann kwangan yang dihadapi ketika ini. “Pertama buat anggaran perbelanjaan ketika ini dengan tidak meletakkan keperluan semasa terlebih dahulu berbanding kehendak. Lihat juga kepada bantvan-bantvan yang diberikan oleh kerajaan dan sekiranya ia tidak mencukupi barulah melihat kepada slmpanan hari persaraan sebagai pilihan terakhir. “Selain itu ahli juga boleh mendapatkan nasihat kewangan daripada Bank Negara Malaysia, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredlt dan Pertubuhan Keselamatan S0sial (Perkeso),” ujarnya.

Sumber : HMetro/Sinar

Setelah Dengar Keluhan Rakyat Terkini Tengku Zafrul Minta Sesuatu Pada Pihak Kwsp Tentang Pengeluaran Akaun 1. Mengejutkan Rupa Rupanya Ini Yang Tengku Zafrul Minta.

Setelah dengar keluhan rakyat terkini Tengku Zafrul minta sesuatu pada pihak kwsp tentang pengeluaran akaun 1. Mengejutkan rupa rupanya ini yang Tengku Zafrul minta.

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengumumkan perincian syarat dan kaedah pengeluaran Akaun 1 esok. Perkara itu diberitahu Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, menerusi wawancara khas yang disiarkan TV3 malam ini.

“KWSP akan umumkan esok. Sama ada perluaskan (pencarum yang dibenarkan keluar caruman Akaun 1) biar mereka umumkan. “Saya sudah minta mereka perhalusi cadangan (pengeluaran Akaun 1) selepas mendengar keluhan dan rintihan rakyat Malaysia selepas kita umumkan dalam Belanjawan 2021dan kita akan berusaha sebaik mungkin,” katanya.

Tengku Zafrul juga berkata, peminjam khususnya golongan B40 yang juga penerima Bantuan Prlhatin Rakyat (BPR) serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta mikro perlu memberitahu bank bagi mendapatkan moratorium bersasar.

Beliau berkata, kerajaan dalam Belanjawan 2021 melanjutkan bantvan moratorium bersasar sama ada untuk menangguhkan ansuran bulanan selama tiga bulan atau mengurangkan ansuran bulanan sebanyak 50 peratus selama enam bulan.

“Mereka perlu berhubung dengan bank dan pilih daripada dua kategori itu. Bukan hanya untuk peminjam individu tetapi juga untuk PKS mikro. “Berdasarkan data, sebanyak 8.1 juta peminjam mempunyai jumlah pinjaman kurang daripada RM150,000,” katanya.

Reaksi Orang Ramai

Bagi lah semua orang keluarkan macam acc 2 .. Apa ingat yang kena buang kerja ke terjejas? Yang kerja ni makan basic , kena p0tong gaji bagai , semua orang terjjas sekarang ni. Semoga dipermudahkan. Musim2 mcm ni, memang nak pakai duit sgt

Kenapa la tak seragam jer semua sekali, leceh nak ke bank dan sain macam-macam, lg satu KWSP bagi jer la 10,000 apa masalah nya, duit pencarum, bukan duit kerajaan, lntak la masa tua tak ads duit, yang penting skrg, dh tua nanti kerja la jaga ke?apa ke boleh je.

Sumber : BHOnline/TV3

Ramai Yang Tak Puas Hati Pasal Isu Keluar Akaun 1 Kwsp. Sekali Muhyiddin Yassin Tampil Bersuara Lantang Jelaskan Sesuatu Pada Rakyat.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menegaskan pengeluaran dari Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerjan (KWSP), akan disasarkan untuk mereka yang dalam kesulitan sahaja. Muhyiddin tidak menggariskan syarat-syarat untuk memenuhi syarat pengeluaran RM500 sebulan, tetapi memberi gambaran melalui kemungkinan satu senario.

“Mungkin kedua-dua suami isteri dah tiada kerja. Walaupun ada simpanan, simpanan dah habis untuk anak-anak. “Jadi dalam kes sebegini lah kita benarkan,” katanya pada wawancara di Astro Awani malam ini. Sementara itu perdana menteri juga menolak kritikan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim bahawa Belanjawan 2021 tidak memiliki langkah-langkah untuk merangsang ekonomi.

Bagaimanapun, jelas Muhyiddin, pandangan Anwar itu bukan masalah kerana kerajaan terbuka mendengar sebarang maklum balas. Kerajaan semalam mengumumkan kemudahan pengeluaran simpanan KWSP daripada Akaun 1 secara bersasar sebanyak RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 untuk 12 bulan.

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, pengeluaran itu adalah bagi membantu mereka yang kehilangan pekerjaan dan meringankan beban kewangan kepada 600,000 ahli yang terjejas. Katanya, mengambil kira kedua-dua inisiatif i-Lestari serta kemudahan pengeluaran Akaun 1 ini, jumlah keseluruhan pengeluaran tunai adalah sehingga RM12,000.

“Diunjurkan keseluruhan bayaran bagi pengeluaran Akaun 1 akan melibatkan RM4 bilion ringgit. Ahli yang layak boleh memohon mulai Januari 2021,” katanya. Selain itu, Zafrul berkata, kadar caruman minimum KWSP pekerja dikurangkan daripada 11 kepada sembilan peratus mulai Januari tahun depan untuk tempoh 12 bulan.

“Ini bagi meningkatkan pendapatan boleh guna atau take-home pay. Ini akan memanfaatkan pencarum KWSP dengan nilai inisiatif sehingga RM9.3 bilion. “KWSP juga telah memperkenalkan kemudahan pengeluaran i-Lestari pada bulan April yang membenarkan ahli membuat pengeluaran sebanyak RM500 sebulan, selama 12 bulan dengan jumlah keseluruhan sehingga RM6,000.

“Skim ini telah memanfaatkan 4.7 juta ahli dengan nilai 11.6 bilion ringgit,” katanya. Dalam pada itu segelintir dari warganet masih tidak berpuas hati denga  pengeluaran akaun 1 KWSP hanya 500 sebulan “So go to one off withdrawal kwsp.. Kalo sebulan rm500, family tu boleh ke survive utk sebulan tok mudin? Bayar uma, keter, makan minum, blnja skolah? tulis seorang warganet

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : trending sgt

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Lepas Je Menteri Kewangan Umum Boleh Keluarkan Rm500 Dari Akaun 1 Kwsp Kali Ni Ketua Pegawai Kwsp Pula Tampil Bersuara Tampil Dedahkan Sesuatu Buat Warganet Terkedu.

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengumumkan perincian lebih lanjut mengenai kemudahan pengeluaran Akaun 1 KWSP secara bersasar pada 11 November. Ketua Pegawai KWSP Tunku Alizakri Alias berkata permohonan penambahan kemudahan pengeluaran bersasar itu akan bermula pada Januari 2021.

“Kemudahan pengeluaran tambahan ini adalah sangat khusus dan disasarkan kepada ahli yang benar-benar memerlukan bantuan wang tunai,” katanya dalam kenyataan semalam. Beliau berkata kemunculan gelombang baharu kess C0VID 19 telah mengakibatkan proses pemulihan ekonomi yang tidak menentu sehingga menyebabkan sebilangan ahli kembali berdepan dengan msalah kwangan.

Katanya pihaknya blimbang bantuan yang sedia ada mungkin tidak akan dapat bertahan lama terutamanya bagi mereka yang memerlukan lebih banyak aliran tunai untuk menyara diri dan keluarga. Sebelum ini, KWSP memperkenalkan kemudahan Pengelvaran i-Lestari untuk meredakan sedikit masalah aliran tunai ahli dan membenarkan mereka mengurangkan kadar caruman syer pekerja secara sukarela daripada 11 peratus kepada tujuh peratus untuk tempoh April 2020 hingga Disember 2020.

“Selain itu, kami juga menghulurkan bantuan kepada majikan yang terjejas dengan memperkenalkan Program Bantvan Majlkan C0VID 19 (e-CAP), yang membolehkan majlkan yang layak memohon untuk menangguh dan menstruktur semula caruman syer majlkan KWSP,” katanya.

Tunku Alizakri berkata kebenaran untuk ahli mengakses simpanan persaraan KWSP mereka selain daripada yang diperuntukkan di bawah Akta KWSP 1991 adalah sesuatu yang belum pernah berlaku atau dilaksanakan sebelum ini.

Katanya simpanan dalam Akaun 1 (70 peratus daripada simpanan) telah ditetapkan untuk persaraan ahli manakala simpanan dalam Akaun 2 (30 peratus daripada simpanan) pula diperuntukkan bagi pengeluaran tertentu sahaja.

“Oleh yang demikian, keputusan ini bukanlah sesuatu yang mudah dan boleh dibuat dengan tergesa-gesa. Namun, kami telah menemui jalan tengah untuk membolehkan ahli mengakses slmpanan mereka tanpa menjjaskan persaraan mereka pada masa depan,” katanya.

KWSP juga sedang mempertimbangkan untuk membenarkan ahli membuat pengeluaran daripada Akaun 2 untuk mendapatkan produk insurans dan takaful yang merangkumi insurans nywa/keluarga dan penyakit kritikal daripada syarikat insurans dan takaful yang diluluskan.

Beliau berkata produk ini akan disediakan melalui i-Akaun, yang akan disesuaikan untuk ahli KWSP dengan harga premlum yang berpatutan dan dilengkapi dengan ciri-ciri tambahan. Katanya KWSP juga menyambut baik keputusan kerajaan berkenaan penurunan kadar carvman minimum syer pekerja kepada sembilan peratus, mulai Januari 2021 hingga Disember 2021, yang mengambil kira tkanan ek0nomi dan juga pengvrangan pendapatan ahli.

“KWSP ingin menekankan bahawa walaupun langkah-langkah ini adalah respon kepada kebimbangan masa kini ahli dan meliputi keperluan jangka pendek bagi menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi yang belum pernah terjadi sebelumnya, langkah-langkah untuk menangani isu-isu berkaitan sistem perlindungan sosial negara perlu dilaksanakan segera,” katanya.

Tunku Alizakri berkata memandangkan KWSP mewakili hampir 50 peratus populasi rakyat Malaysia dengan 14.6 jvta ahli, KWSP akan mengambil pendekatan proaktif dalam memberikan pandangan dan membantu kerajaan mewujudkan penyelesaian secara holistik untuk mencapai kesejahteraan sosial bagi ahli KWSP khususnya, dan rakyat Malaysia amnya.

“Kami akan terus memperjvangkan isu perlindvngan s0sial bersama-sama dengan agensi-agensi dan badan-badan yang lain melalui MySPC (Majlis Perlindvngan S0sial Malaysia) dan akan berusaha untuk meningkatkan slstem perlindvngan s0sial untuk masa depan rakyat Malaysia,” katanya.

Katanya KWSP juga akan meningkatkan pr0gram jangkauannya untuk mengupaya dan memperkasakan ahli dengan pengetahuan kewangan agar mereka bersedia menghadapi cbaran kwangan pada masa depan di samping membantu mereka dalam meningkatkan kemahiran diri.

Beliau turut menggesa ahli untuk membuat janji temu dengan Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP untuk membantu merancang kewangan mereka dengan lebih berkesan dan mendapatkan nasihat berkenaan penyelesalan yang sedia ada.

Sumber : AstroAwani/Bernama

Terkini Ds Tengku Zafrul Dedahkan Ahli Kwsp Boleh Keluarkan Rm500 Sebulan Dari Akaun 1 Dalam Tempoh Masa Ini.

Berita baik untuk ahli-ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja! Sebentar tadi Datuk Seri Tengku Zafrul bin Abdul Aziz mengatakan yang kerajaan telah membenarkan pengeluaran akaun 1 KWSP secara bersasar. Oleh itu, mulai Januari tahun hadapan, korang boleh mula keluarkan wang KWSP sebanyak RM500 sebulan selama 12 bulan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM6,000.

Keputusan ini dibuat untuk membantu ahli-ahli KWSP yang kehilangan kerja dan pendapatan yang terjejas ekoran dari pandemik Covid-19. Kerajaan menjangka, inisiatif ini dapat memanfaatkan seramai 600,000 ahli KWSP.