Perangai kakak tak senonoh. Suka pakai seluaar ketatt sampai nampak bentuk dalam. Waktu nak nikah pun mak tknk amek tahu. Hingga satu hari ini yg terjadi pada kakak.

Kehidupan

Firstly I minta maaf sebab cerita ni agak panjang. Kisah nya bila nak kata parents tak didik, tapi bila dah besar panjang perangai berubah jadi teruk. Kakak I salah sorang manusia mcm ni. Dari kecik kami adik beradik semua diajar jadi pembersih, tolong buat kerja rumah, bila dah besar berbakti kpd parents, n macam2 lagi didikan yang basic serta nilai2 murni.

Tapi bila umur dia mencecah 30, perangai dia byk berubah. I setuju Pn Melati ckp yang org mcm adik dia ni “dibenci dlm diam”. Sebab I memang ada rasa benci yang amat sangat pada perangai my sister. Ada satu masa dulu sebelum dia kahwin, dia buat my mom mcm maid dia. Baju dia semua my mom yang kena uruskan. Dia reti campak je dalam laundry basket and my mom la yang basuh, gosok, lipat and simpan semua baju dia. Dia balik rumah lepas kerja terus tidur.

Weekend pun tak lekat kat rumah. Rambut yang berkumpul atas lantai bilik and bilik air nak kutip buang dalam tong sampah pun dia tak boleh buat. Satu apa tak tolong. Acah ma’am besar dekat rumah parents sendiri. Lama2 my mom pun tak tahan la so dia biar je baju dia tak bergosok and berlipat. Padan muka.

Selalunya mak2 ni ada rasa excited + sedih sebab anak nak kahwin kan. Tapi my mom ckp dia tak rasa sedih langsung bila my sister nak kahwin. Dia rasa lega sebab my sister keluar drpd rumah dia. Skrg ni kakak I dah 40-an tapi perangai pengotor, pemalas, biadap tu masih ada. Dia bukan spesis melawan cakap tapi dia jenis suka buat muka and suka mengeluh. Sebelum kahwin my mom pernah tegur dia elok2 seluar dia ketat melampau sampai masuk celah tuu. Itu pun dia buat muka. Kalau dimarah cebik. Dia punya perangai mengada tu memang nak mintak penampar.

Ada skali tu my mom nak tegur dia pasal something yang penting. Memandangkan dia dah besar panjang and dah jadi mak dah, my mom tak nak la marah2. Nak ckp pun dengan husband dia skali. Lagipun marah2 ni penat, stress and mengeruhkan keadaan je.

So my mom tegur elok2 je dengan nada bercerita siap gelak2 lagi sebab nak make sure tak ada nada marah2. Sebagai seorang ibu, my mom yang ada perasaan nak jaga hati anak sendiri. Tapi my sister time tu la dia nak bangun duduk mengemas bag dia dengan menghempas2 barang and tak pandang langsung my mom. Depan anak and husband dia pulak tu dia buat perangai mcm tu. Elok sgt la tu. Esok lusa anak dia ikut perangai dia memang padan muka.

My mom ckp dia memang dari kecik lagi perangai dia tak boleh ditegur langsung. Acah perfect. Dulu sebelum dia kahwin masa dia nak tukar kereta baru, dia merungut2 sebab dia tak cukup duit. My parents bukannya org senang tapi atas dasar sayangkan anak and rasa kesian, my dad top up duit so that dia dapat beli kereta idaman dia.

Fast forward to 10 years later, dia boleh lupa pertolongan my dad. So korang boleh agak la yang dia belum bayar balik lagi my dad sebab dalam otak dia, apa yang dia ingat is dia beli kereta tu semua guna duit dia sendiri.

On top of duit beli kereta tu, dia jgk berhutang dengan my parents berpuluh2 ribu ringgit yang skrg ni dah masuk bertahun2 satu sen pun dia tak pernah bayar. Dia buat tatau je. Kalau tak mampu, duduk bincang la dengan parents, mintak maaf tak mampu bayar lagi. Ini sekali pun tak pernah. Bukannya kena bayar semua sekaligus. Bayar sikit2 setiap bulan pun tak apa. Kalau hutang dengan bank tau pulak bayar.

Tak cukup dengan berhutang, amekk duit my mom pun pernah. Dah la tak balas jasa mak bapak, kenang budi dorang pun tidak. Parents kita kerja kuat siang malam simpan duit untuk keperluan anak2, utk bekalan hari tua, utk dorang enjoy duit sendiri setelah penat bekerja and supaya tak menyusahkan anak2. Tapi my sister boleh selamba buat perangai celaka tak kisah and tak kesian langsung pada parents sendiri.

Dari dulu sampai skrg kalau dia nak komplen pasal keadaan ekonomi dia, sepuluh jam tak habis komplen mcm dia je la laki bini dua org yang tak cukup duit. Orang kalau betul2 duit tak cukup, tak ada beli mainan untuk anak2 setiap minggu, selalu pergi tengok wayang dengan budak2, berdating laki bini pergi tempat yang my parents dengan I pun tak mampu pergi and tak ada nya nak masukkan anak dalam kelas menari yang bukannya penting mana pun. Kelas memasak ke kelas taekwando ke ok la banyak faedah.

Memang mainan yang dia beli tu bukan mahal tapi kalau setiap minggu beli sebulan total jadi 50 ringgit jgk. 50 ringgit tu boleh je tolak hutang kalau ikhlas nak bayar. And kalau betul2 tak mampu, tak jadi apa pun budak2 tu tak dapat mainan, tak tengok wayang and tak belajar menari.

Benda2 mcm ni sebenarnya tak ada isu pun sebab itu duit dia, so apa dia buat, apa dia beli and kat mana dia makan dengan duit dia, itu hak dia. Tapi benda ni jadi isu besar sebab dia tak ada langsung rasa tanggungjawab nak berbincang pasal hutang, tak ada rasa peduli perihal kedudukan kewangan parents sendiri and tak ada rasa kasih pada parents sendiri memandangkan my dad dah pencen. Hutang dia adalah hak my parents and HUTANG ADALAH WAJIB DIBAYAR.

We all tak pasti dia ni sebenarnya acah sengkek sebab tak nak bayar hutang punya pasal, atau dia acah mewah sampai betul2 tak cukup duit. Tapi apa2 pun yang sebenarnya, laki bini ni dua2 tak reti malu. Kalau nak komplen pasal tak cukup duit and indirectly telling my parents dia tak mampu nak bayar hutang, jgn la cerita and tunjuk spend duit sana sini. Kenapa nak tambahkan skit hati dorang? Jgn curah minyak ke dalam api. Logik kan? Akal mana? Hati perut mana?

We all tau yang dia baru naik pangkat. Naik pangkat selalunya gaji pun naik kan. Happy news mcm ni org yang jujur and tak ada ulterior motive akan share dengan family. Tapi my sister tak share. We all suspek sebab dia nak terus acah sengkek sebab tak nak bayar hutang.

Bila my dad belikan makanan utk dia, dia bayar balik my dad tepat2 harga makanan dia je. Nak bagi duit lebih utk cover my dad punya share pun tak boleh. Punya la berkira. My dad yang dulu blur sikit pasal perangai dia makin lama makin nampak and adik I yang jenis cool pun dah bertambah2 rasa geram and meluat. Kakak I ni la puncanya my mom dapat bp tinggi. My mom pernah ckp kat i, i love her no matter what because she is my daughter but i don’t like her.

Bila dia dtg rumah my parents i memang rasa tak kuasa nak melayan cerita dia. Selalu nak mengata org mcm dia je yang pandai. So i selalu buat tak dengar and sibukkan diri main dengan budak2. Kengkadang tu tengok muka dia and dengar dia bercakap pun rasa meluat yang tak boleh nak describe. Tak sedar diri. Muka tak malu. Self-absorbed nak mam.

I tak tau if my sister follow or tak follow page ni. Tapi harap2 dia akan terbaca somehow. To my sister, do something about your hutang to Mama Papa, NOW. Hutang jgn ambik ringan. It’s serious in Islam. Google it. Also, sudah2 la kedekut and berkira dengan Mama Papa who have done so much for you. Cari keredhaan and keberkatan from them and from Allah. Apa2 yang you give to them, ganjaran yang Allah bagi to you will be berlipat ganda. The more you give, the more you gain.

If not in this world, in the hereafter inshaAllah dapat. Ni Mama Papa pernah ajar. Allah is still giving you a chance. Grab it and don’t waste it. We are lucky they are still around. Once they are gone, that’s it for us. Remember, Allah boleh balas to you dengan anak yang memperlakukan parents dia the way you buat dekat Mama Papa.

To all readers, jangan la kita selalu menyalahkan ibubapa bila seseorang itu berkelakuan jahat. Walaupun banyak kes kelakuan buruk manusia berpunca drpd tiada didikan sejak kecil, byk jgk kes yang didikan yang diberi hampir sempurna and sama rata tapi akhirnya anak2 yang dah dewasa berubah ke arah yang tidak baik.

Nama pun dah dewasa, dah besar panjang, so ada atau tak ada didikan kita semua dikurniakan dengan akal yang membezakan kita dengan haiwan. Kalau ada yang dapat tempias perangai my sister ni terdetik “mak bapak dia tak ajar ke?” I akan rasa teramat sedih.

– Your Sister

Tergamak Adk Sendiri Senyap Senyap Ambik Video Dan Intai Kkak Tengah Mandi. Akhirnya Kakak Nkad Nak Bagi Tahu Dekat Ibu. Terkedu Ini Reaksi Ibu Bila Kakak Mengadu Pasal Tu.

Pentingnya Batas Pergaulan Antara Adik-Beradik.

Assalamualaikum, saya rasa dari tajuk pun dah boleh agak apa yang saya nak cerita hari ni. Cerita saya ni boleh dikira sebagai membuka aib tapi saya harap supaya ibu bapa yang ada anak anak kecil boleh ambil iktibar dari cerita saya ni. Okay kita mulakan, apa yang saya nak ceritakan ni adalah dari pengalaman saya sendiri beberapa tahun lepas.

Hanset B merakam tempat pakai baju

Saya tak pasti bila lagi benda ni mula tapi apa yang saya ingat adalah apabila adik perempuan saya, P tiba tiba cerita dekat saya yang lepas dia mandi dan nak pakai baju dia perasan yang hanset abang dia iaitu adik lelaki saya, B didirikan menghadap tempat dia selalu guna untuk pakai baju.

Jadi dia pelik dan bila dia tengok hanset tu rupanya hanset tu tengah record video dekat kawasan yang dia guna bila nak pakai baju. Bila P cerita benda ni, saya tak rasa apa apa yang mencurigakan sangat. Saya anggap mungkin B tersalah tekan butang record dekat hanset dia dan terletak dekat dalam bilik P jadi saya cuma pesan dekat P lain kali kalau jumpa lagi hanset B macam tu tutup je video recording tu.

Saya masa tu tak naklah tuduh yang bukan bukan dekat B sebab saya fikir takkanlah dia sanggup rakam video adik kandung dia sendiri pakai baju. Lama lama kejadian macam ni berulang banyak kali dan saya dah tak boleh nak bersangka baik dengan B tapi saya masih tak boleh nak tanya B kenapa dia buat macam tu sebab tak nak mengeruhkan hubungan adik beradik kami jadi saya senyap je dan minta P supaya berhati hati bila nak pakai baju.

Terdengar azan dari handset B di dalam bilik

Suatu hari lepas saya siap mandi dan tengah tunggu azan maghrib dari hanset saya untuk berbunyi tiba tiba saya dengar azan dari hanset saya dan dari hanset yang lain. Jadi saya pun carilah mana sumber bunyi azan yang kedua tu .

Dan saya jumpa hanset B tersembunyi dekat celah celah kawasan rak baju saya menghadap betul betul tempat yang saya akan berdiri bila nak pakai baju. Tapi waktu tu saya blur, benda pertama yang saya fikir adalah kenapa hanset B ni boleh ada dalam bilik saya dan tersembunyi dalam rak baju saya.

Sebab saya blur lagi waktu tu saya tak sempat nak tengok hanset tu tengah record video ke tak tapi saya terus panggil B dan tanya dia kenapa dia letak hanset dia dalam bilik saya. Jawapan yang dia bagi adalah sebab dia nak kejut saya sembahyang maghrib nanti jadi sebab tulah dia letak hanset dia dekat situ. Mengarut! Saya terang terang dah bangun dah waktu saya turun bawah nak mandi dan masuk bilik saya.

Apa fungsi hanset dia dalam bilik saya kalau saya dah bangun. Tapi sebab waktu tu saya memang blur sangat saya malas nak layan alasan dia dan bagi je hanset tu dekat dia sebab saya nak sembahyang. Kejadian yang berlaku ni bila saya imbas kembali memang mencurigakan. Sebab tu saya dah mula tak sedap hati dengan dia sebab dia dah mula berani buat benda ni dekat kakak kandung dia sendiri. Lepas kejadian ni saya dah mula lupa apa yang dia buat sebab sibuk dengan kelas tambahan untuk menghadapi SPM.

Lubang lubang kecil di pintu tandas

Namun, suatu hari waktu saya tengah guna tandas saya perasan yang dekat pintu tandas ada banyak lubang lubang kecil yang agak besar sampai saya boleh nampak bayang bayang orang yang lalu depan tandas. Jadi sebab bosan, saya perhatikan lubang tu dan saya nampak ada bayang bayang orang berjalan depan pintu tandas ulang alik nak dekat dua tiga kali.

Tapi tiba tiba, cahaya dari luar yang saya nampak dekat lubang tu kena tutup. Lama. Macam ada orang berdiri lama lama depan lubang tu. Saya tiba tiba rasa macam kena perhati jadi saya cepat cepat selesaikan urusan saya dan keluar dari tandas. Lepas keluar saya pergi dekat lubang tu dan intai. Saya boleh nampak dengan jelas keadaan dalam tandas melalui lubang tu! Serius waktu ni meremang bulu roma. Saya sed1h sangat.

Tutup lubang dengan ducktape

Takkanlah B sanggup intai adik beradik perempuan dia guna tandas. Jadi sebab saya takde bukti dia intai melalui lubang tu saya cuma ambil langkah untuk tutup lubang tu pakai ducktape. Saya ingatkan kejadian ni takkan berulang dah sebab takkanlah B tu bengap sangat sampai tak boleh nak fikir yang kami (saya dan P) dah tahu perbuatan dia.

Tapi, bila saya tengah guna tandas, saya pelik bila saya nampak cahaya dari luar tandas dekat lubang yang saya dah tutup pakai ducktape tu. Rupa rupanya, B dia alih ducktape tu letak dekat tepi lubang tu, jadi lubang tu kalau tengok dari jauh macam dah kena tutup tapi sebenarnya kedudukan dia yang beralih.

Jadi, sebab kejadian ni saya yang kena, setiap kali saya nak guna tandas saya akan rasa macam kena perhati. Saya jadi tak senang hati. Sebab walaupun lepas saya dah tutup lubang tu banyak kali. B tetap akan alih ducktape tu. Kalau tak pun dia akan buat lubang atas ducktape tu.

Saya dah tak boleh tahan. Dia punya usaha untuk intai orang mandi dengan guna tandas tu memang buat saya sed1h. Kami ni adik beradik kandung dia. Sampai hati dia buat macam tu dekat kami. Tindakan dia tu melampau. Bila saya cerita benda ni dekat P, saya kata dekat dia hati hati dengan B tu sebab dia sanggup buat lubang dekat pintu tandas tu. Sedangkan pintu tandas tu pintu kayu yang memang tebal! Tapi dia punya bersungguh buat lubang.

Lama lama saya baru faham kenapa selama ni lepas saya siap mandi saya akan nampak dia duduk dekat depan pintu tandas. Walaupun saya pelik tapi saya percaya bila dia cakap yang dia nak guna tandas jadi dia tunggu saya siap guna tandas.

Tapi bila ingat semula, tak terkira dengan jari berapa kali saya nampak dia tunggu saya depan tandas. Setiap pagi bila nak pergi sekolah dia akan duduk depan pintu tandas! Tapi saya bongok sebab takleh nak faham sebab di sebalik tindakan dia tu.

Adik dipegang B sewaktu tidur

Satu hari, P bagitahu saya yang waktu dia tidur tidur ayam dia perasan yang B bangun dan pegang dada dia! Saya speechless. Saya, sebagai kakak dia yang tengok sendiri dia membesar tak sangka dia akan buat macam tu dekat adik dia.

Jadi, saya kumpul semangat untuk bagitahu mak saya. Sebelum ni, saya diamkan sebab saya fikir yang selagi saya dengan P hati hati, kami masih boleh elakkan situasi dirakam masa tengah pakai baju, diintai masa tengah mandi dll. Tapi rupa rupanya saya salah perkiraan.

Jadi sebab mak saya kerja dekat daerah lain. Saya cuma boleb call mak saya dan ceritakan satu persatu kejadian yang berlaku. Saya fikir, kalau saya ceritakan dekat mak saya, mak saya akan ambil tindakan tegas dekat B sebab mak saya perempuan. Mesti mak saya faham perasaan bila rasa macam maruah dan harga diri kita kena pijak.

Mak terkedu dengar cerita tentang B

Mak saya terkedu bila dengar cerita saya dan sebab waktu saya call mak saya tengah kerja. Jadi mak saya cuma kata kat saya yang nanti mak saya akan fikirkan apa yang berlaku. Semestinya saya tak sangka yang petang tu saya dapat call dari mak saya, beliau menangis nangis dan kata yang mak tak rasa B akan sanggup buat macam tu.

Mak saya kata yang bila beliau call B, B menafikan tuduhan yang saya lemparkan dekat dia. Saya takde bukti. Tapi pengalaman saya berulang kali kena kejadian macam tu buat saya yakin yang B memang intai kami mandi. Sebab B satu satunya adik beradik lelaki yang saya ada. Tiba tiba besoknya mak saya balik. Bila mak saya balik, mak saya terus bawak B keluar dan mak saya kata dekat saya yang beliau nak tanya depan depan muka betul ke tak dia tak buat benda tu.

Pelik, mak dan B boleh bergurau gurau

Beberapa ketika kemudian, mak saya dengan B balik. Balik macam biasa, macam takde apa pun berlaku. Balik dan lepas tu boleh gurau gurau lagi. Saya dan P terkejut. Kenapa mak saya boleh bergurau lagi dengan B sedangkan sebelum tu mak saya menangis.

Saya tanya mak saya, mak saya kata yang B mula mula menafikan tapi lama lama baru dia mengaku. Saya tanya mak periksa tak hanset dia. Mak saya senyap je. Saya dan P memang tak puas hati. Rasa macam hak kami tak ditegakkan. Kami bukan kena rakam, intai, pegang dengan orang asing tapi daging kami sendiri!

Tapi kenapa mak saya tak ambil serius benda ni!!. Jadi lepas tu mak saya terus pergi balik dekat daerah tempat mak saya bekerja. Minggu depannya, sebab saya dan P betul betul tak puas hati dan rasa macam kena aniaya. Jadi, P decode nak tanya mak saya kenapa mak saya buat keputusan macam tu.

Waktu P tanya mak saya tu, saya dekat luar rumah tengah basuh baju. Bila saya masuk rumah apa yang saya nampak memang buat saya sed1h. P menangis nangis depan mak saya sambil mak saya tanya dia apa yang dia tak puas hati dengan B! Cakap dekat dia. Mak saya panggil B suruh duduk sekali dalam perbincangan tu.

Mak saya kata kita selesaikan semua benda ni hari ni. Apa yang P tak puas hati sangat dekat B. Nada mak saya waktu tu… sed1h sangat. Mak saya macam paksa P, macam marah P. Tapi P tak cakap apa apa, dia menangis je sampai tersedu sedu. Saya tak sampai hati tengok, P kecil lagi baru nak masuk zaman sekolah menengah. P tu adik perempuan saya, yang bila saya ada masalah saya cerita dekat dia. Bila tengok dia macam tu saya pun nak masuk campur dalam perbincangan tu tapi abah saya halang. Tapi benda ni melibatkan saya jugak jadi saya pun masuk dalam perbincangan tu.

P akhirnya mengaku perbuatan salah dia

Saya cakap semua benda yang berlaku. Saya paksa dia, saya tanya dia betul tak dia rakam saya dan P tukar baju. Betul kan dia yang buat lubang dekat pintu tandas. Betul kan dia intai kami mandi! Dan dia mengaku. Dia mengaku!. Waktu tu saya minta hanset dia, saya nak tengok sendiri sama ada video tu ada tak dalam phone dia. Tapi sebab saya ni tak berapa pandai dengan teknologi saya tak jumpa apa apa. Tapi saya tahu setiap hanset ada fungsi untuk hide album cuma saya buta teknologi. Lagipun waktu tu mak saya perhati saya macam nak marah jadi saya bagi semula hanset dia.

Tak sangka ini reaksi mak

Saya ingat bila dia mengaku mak saya akan marah dia, kasari dia, rotan dia. Saya tanya kenapa dulu waktu saya kecil saya kena rotan, tampar, kena kurung dalam tandas yang gelap, kena laga kepala dengan kakak saya bila kami brbalah, bila saya buat salah.

Tapi bila B buat salah besar macam ni mak saya cuma nasihat dia. Tapi last last saya yang kena semula. Mak saya tanya saya, saya ni sebenarnya pertikaikan didikan mak saya ke? Mak saya kata yang saya ni rasa mak saya tak pandai didik anak. Menangis saya dekat situ.

Apa yang saya maksudkan adalah kenapa dulu bila saya kecil, bila umur saya masih tak matang saya kena denda setiap kali saya buat salah. Tapi bila B yang dah matang, dah besar pandai beza baik buruk buat, mak saya cuma nasihat dia je. Mak saya kata yang nanti B memberontak. Jadi mak saya pilih langkah paling mudah, nasihat. Saya dan P tak puas hati, apa yang kami lalui sangat menyedihkan. Kenapa kami tak dapat pembelaan.

B minta maaf sambil gelak

Lepas tu, mak saya suruh B minta maaf dengan kami. B minta maaf cuma dia minta maaf sambil gelak. Sambil gelak! Macam maruah dengan harga diri kami ni bahan jenaka bagi dia. Tapi apa yang saya dan P boleh buat? Kami kecil lagi. Saya SPM pun tak habis lagi. Kalau kami lari rumah pun apa yang kami boleh buat? Kami kena simpan rasa tak puas hati, kecewa, marah, jijik, dendam semua benda di dekat lubuk hati yang paling dalam sekali.

Mak saya anggap benda ni dah settle. Hal ni dah tak boleh dibangkitkan. Jadi, tak kiralah walaupun kami terluka sampai rasa nak menangis air mata pun. Kami tetap tak boleh buat apa. Saya fikir banyak kali, apa salah kami? Kenapa kami kena macam ni? Dekat rumah, saya dengan P bukan pakai baju ketat , seluar ketat. Pakaian kami semua longgar. Kami tak pernah peluk cium B. Jadi kenapa dia buat kami macam ni?

Iktibar yang saya nak semua ibu bapa ambil dari cerita saya adalah

1. Saya harap sangat ibu bapa sekalian ambil langkah untuk asing tempat tidur anak anak ikut jantina. Silap mak dan abah saya adalah sebab P dan B tidur sekali dengan mak dan abah saya walaupun dah masuk sekolah menengah sebab bilik mak dan abah saya ada aircond. Sebab tu B boleh pegang adik saya.

Asing tempat tidur ni penting sangat dan kalau boleh pastikanlah yang dalam bilik anak perempuan ada tandas dia sendiri. Saya tandas asing dengan bilik jadi setiap kali saya nak guna tandas saya kena keluar dari bilik.

2. Saya harap ibu bapa peka dengan em0si anak anak mereka sendiri. Lepas apa yang berlaku mak dengan abah saya tak pernah tanya kami okay tak? Mak dengan abah saya tak tahu yang setiap kali P nak peri0d dia akan menangis dekat saya. Waktu nak peri0d, em0si dia akan tak stabil. Jadi dia akan selalu menangis setiap kali dia teringat kejadian tu.

P sekarang akan meremang bulu roma setiap kali dia tersentuh tangan atau berselisih dengan budak lelaki kelas dia. Mak dan abah saya tak pernah tahu yang saya banyak kali fikir nak bahayakan nyawa sendiri. Saya pernah letak pisau dekat pergelangan tangan saya tapi saya takut nak buat apa apa. Sebab saya takut dengan balasan Allah bagi orang yang bahayakan nyawa sendiri.

Mak dan abah saya tak tahu yang em0si kami berdua tak pernah stabil. Yang setiap kali saya masuk tandas, tak kiralah tandas awam atau dekat sekolah. Saya akan rasa macam kena perhati. Adik saya P dah jarang bercakap, dia jadi pendiam, intr0vert dan tak bergaul sangat dengan kami. Dia selalu duduk dalam bilik main phone. Kalau tak pun buat kerja sekolah. Bila keluar dari bilik pun sebab nak tengok tv je.

3. Saya harap ibu bapa pantau penggunaan telefon pintar anak anak masing masing. Sekarang ni zaman teknologi, kalau boleh semua orang nak ada telefon pintar masing masing. Tapi kalau boleh, bagilah telefon pintar dekat anak anak bila mereka dah matang, lepas SPM ke.

Saya tengok sahabat sahabat saya yang agak susah dan takde telefon pintar ni, takde masalah sangat pun dalam nak buat kerja sekolah. Kalau ada apa apa info yang cikgu maklumkan dekat grup whatsapp, mereka boleh guna phone mak mereka untuk cek. Mereka juga boleh berjaya dalam pelajaran mereka.

Jadi, kenapa kena bagi hanset yang ada akses kepada internet dekat anak anak yang muda lagi usia mereka? Dekat internet macam macam mereka boleh layari. Silap mak dan abah saya, mereka sangat manjakan kami. Abah saya takut kami bosan dekat rumah bila mak dan abah saya pergi kerja jadi abah saya sediakan kami komputer dengan internet untuk kami main game, tengok cerita dekat youtube dll.

Waktu saya kecil, saya pernah tersurf satu video yang saya rasa pelik dekat youtube bersama dengan B. Waktu tu saya tak faham apa sebenarnya video tu. Tapi bila besar baru saya faham yang tu sebenarnya video tak senonoh. Jadi, saya betul betul harap yang ibu bapa boleh pantau penggunaan telefon pintar anak mereka supaya boleh mengawal kelakuan anak anak mereka.

4. Didikan agama. Saya betul betul harap yang ibu bapa akan terapkan didikan agama yang kukuh dalam sukma, jiwa anak anak mereka sejak usia yang muda lagi. Ajar anak anak untuk baca al quran setiap hari, buat solat berjemaah selalu dan ajar mereka pantang larang dalam agama. Sebab mak dan abah saya selalu sibuk, jadi mereka hantar kami adik beradik ke pusat mengaji. Jadi saya belajar mengaji dekat situ.

Apa yang saya nak kata, mak dan abah saya akan suruh kami sembahyang, tapi tak pernah periksa kami betul betul sembahyang atau tidak. Dulu, waktu saya kecil, saya pernah tipu yang saya dah solat sedangkan saya tak solat lagi. Tapi bila dah besar saya tahu benda tu salah dan akan selalu pastikan saya cukup solat 5 waktu. Tapi, B saya jarang nampak dia solat.

Kakak saya pernah tanya dia sembahyang dah ke dan dia jawab dah. Tapi lepastu kakak saya kata yang dia tipu sebab kakak saya tak nampak pun dia keluar bilik ambil air wuduk dan lepastu B senyap tak menafikan dakwaan kakak saya.

5. Saya harap yang ibu bapa akan gunakan cara didikan yang lembut tapi still tegas dekat anak anak mereka. Pastikan anak anak hormat ibu bapa dan bukan takutkan mak ayah mereka sendiri. Janganlah gunakan kekerasan dalam mendidik. Percayalah, tak semua masalah boleh diselesaikan dengan kekerasan. Sebab waktu kecil dulu saya pernah kena rotan, tampar apa semua tu, bila besar saya tak puas hati.

Bagi saya kesalahan saya dulu adalah normal bagi kanak kanak yang tengah membesar. Kenapa kawan saya tak kena rotan pun? Tapi kenapa saya kena? Tapi, abah saya setiap kali lepas rotan saya mesti akan datang dan sapu minyak gamat dekat luka saya.

Pendek kata, saya tulis cerita saya di sini sebab saya tak nak apa yang berlaku dekat saya berulang dekat orang lain. Saya nampak apa yang peristiwa ni buat dekat P. P selalu marah marah. Dia jarang senyum macam dulu dan dia bertambah baran.

Adik saya dah berubah. Saya pun dah berubah. Dulu, lepas perbincangan tu memang kadang kadang saya akan sindir B, tapi sekarang saya dah penat. Saya penat nak tegakkan hak saya untuk marah dia. Dulu waktu perbincangan tu mak saya suruh kasari B kalau saya nak puaskan hati saya. Tapi, saya tak sampai hati sebab apa pun B tetap adik saya.

Sampai sekarang, saya tak tahu sama ada saya dah maafkan dia atau tak. Percayalah benda macam ni tinggalkan kesan trauma yang mendalam dekat saya dan P. Walaupun saya cuba maafkan dia, parut yang dia tinggalkan sangat mendalam. Saya kecewa sangat dengan perbuatan dia.

Saya kadang kadang fikir apa yang kena dan lalui tidak seteruk orang lain. Ada orang yang lalui perkara dan kejadian yang lebih teruk dari saya. Tapi, kesed1han, kekecewaan dan kemarahan yang saya rasai sangat kuat. Terima kasih sebab sudi baca cerita saya walaupun saya tak pandai nak mengarang dan menyusun cerita ni dengan elok. Saya harap Allah akan sentiasa merahmti dan melindungi kalian semua.

Sumber – Kakak yang kecewa (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Sumber : http://transformasi.pw/