Pergi menghadap Ilahi di atas ribaan suami tercinta. Pemergian pelajar Malaysia di Syria meruntun jiwa warganet

categorized

Pagi semalam,heboh di dalam grup Whatsapp ex-student akhawat Syria tentang pemergian salah seorang dari pelajar Malaysia di Syria. Wallahi,ia adalah sebuah pemergian yang sangat dicemburui. Anehnya ramai dari kami tidak mengenali beliau. Melainkan beberapa akhawat dari Kedah

Dikatakan beliau pergi ke Syria bersama suaminya selepas kami semua pelajar Malaysia yang ada di sana pulang evakuasi akibat perng yang sedang melanda ketika itu. Mereka antara pelajar Malaysia terakhir di Syria yang masih kekal sehingga sekarang.

Menariknya.perbualan kami di dalam grup WS adalah cara pemergian beliau. Cemburunya kami pada cara pemergian beliau. Lebih lebih lagi di Tanah Syam yang sangat kami rindui. Nurul Fahima pergi pada sepertiga malam hari Jumaat ketika sedang bertahajud,saat baru sahaja selesai khatam membaca al-Quran dan pergi menghadap Ilahi di atas ribaan suami tercinta.

Allahu rabbi!Umpama sebuah ‘set lengkap’ sebuah pemergian husnul khatimah yang sangat diimpikan setiap dari kita.Bukan saja itu, beliau juga pergi buat selamanya di bumi Syam, di mana bumi yang menyimpan hampir 25,000 j4sad para sahabat termasuk isteri-isteri baginda Rasulullah saw.

Pergi buat selamanya dalam keadaan beliau yang merupakan seorang penuntut ilmu yang sangat berdisiplin.Bukankah itu adalah sebuah syah1d?Allahuakbar..Beliau juga memiliki sanad ijazah al-Quran gha1b(hafalan) tertinggi, di mana tidak ramai akhawat Malaysia yang mampu untuk mendapat sanad itu.Masya-Allah.Sebelum hembuskan nafas terakhir, beliau ada menulis khat di atas sehelai kain tertulis sep0tong ayat Quran dari surah al-Hijr, ayat 46

ٱدْخُلُوهَا بِسَلَٰمٍ ءَامِنِينَ

Bermaksud:(Mereka dipersilakan oleh maIaikat dengan berkata: )“Masuklah kamu ke dalamnya(syurga) dengan sejahtera lagi aman”.Dan pada hari terakh1r beliau di atas muka bumi ini, kain khat yang ditulis itulah yang menutup kernda Fahima.Allahu rabbi.

Seakan sebuah ‘hint’ dari Allah.Jnazah Nurul Fahimah disolatkan selepas solat Jumaat, di masjid Abu Nur, tempat kami belajar satu ketika dahulu.Jnazah beliau disolatkan oleh ribuan jemaah, dan diberi penghormatan oleh beberapa orang syeikh.

Sebelum ini, 2 anak kembar beliau sudah mendahuluinya bertemu Sang Khalik. Kini, giliran beliau pergi bertemu Tuhan yang dicintai.Dikhabarkan, Nurul Fahima yang berusia 31 tahun pergi buat selamanya aklbat saklt jantvng.Sungguh, pemergian Almarhumah Nurul Fahima binti Abdul Rahim adalah sebuah pemergian yang dicembvrui. Juga sebuah pemergian yang menghidupkan.

Semoga Allah meng4mpunkan d0sa beliau, melapangkan tempat persemadiannya dan memudahkan jalannya untuk ke Syurga bertemu Tuhan yang menciptakannya. Amin.Sumber: nur shazareen kamarozaman.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Amalannya Dicemburui Ramai. Pelajar Malaysia Pergi Sehari Selepas Tiba Di Mesir.

Seorang pelajar Malaysia dilaporkan telah pergi sehari selepas tiba di Mesir kerana sesak nafas. Difahamkan, beliau meluangkan masa selama enam bulan bersama keluarga di kampung halaman sebelum berangkat menyambung pengajian kelmarin. Menerusi perkongsian di laman Facebook, Ahmad Sobir berkongsi dengan lebih lanjut mengenai peribadi beliau. Maka, tidak hairanlah mengapa kehilangannya dimuliakan di pagi Jumaat dan diuruskan di sekitar tempat auliya’.

Terpanggil untuk menulis. Kehilangan kali ini sungguh istimewa bagi semua, bagai dibaratkan sepasang ibu bapa melepaskan anak pergi menghadap syurga. Itulah yang terpapar daripada kisahnya begitu halus Allah atur. Indah tak terkata. Terkejut ada, hingga kata-kata terakhir adalah macam tak percaya. Apabila baru sehari kembali berpijak langkah untuk meneruskan baki pengajiannya di Mesir. Dia disahkan telah tiada.

Selepas mengadu sedikit sesak nafas. Mungkin itulah takdirnya. Namun bagi ibu bapa sudah pasti merelakan perpisahan itu dibaratkan melepaskan anak mereka untuk ke syurga. Syurga ilmu. Syurga mujahadah.

Setelah hampir 6 bulan bersama cuti di Malaysia. Rindu sudah pasti sedikit terubat setelah 2 tahun tidak balik ke Malaysia. Melepaskan anaknya di airport baru ini mungkin amat mengujakan. Gembira sudah pastinya. Anak nak sambung pengajiannya. Nak jadi alimah.

Tapi itulah janji Allah saat takdir sudah tiba. Allah menjemputnya dengan sangat teliti. Ibarat menyambut kedatangannya dengan sangat baik. Diuruskan di bumi Para Ambi’ak. Malah paling istimewa dia diuruskan di sekitar tempat para auliyak. Masyaallah.

Amalannya Sangat Luar Biasa

Apa yang dilihat, amalannya sangat luar biasa. Amalan sunatnya dia jaga rapi. Apatah lagi amalan wajib sudah semestinya lebih lagi. Melalui pengalaman kami bermusafir ke Kelantan selepas berkuarantin di Hotel Ibis KL. Sepanjang perjalanan itu saya diberi kesempatan berada di seat sebaris dengannya .

Dia duduk ‘double seat’, saya seat single di tengah dikosongkan untuk sosial distancing. Apa yang dilihat amalannya sungguh menakjubkan. 1) Melazimi Ratib Al-Haddad. 2) Suka berqasidah sepanjang perjalanan. 3) Tasbih sentiasa ditangan.

Paling terkejut apabila tahu dari status cerita kawan kawannya, dia merupakan seorang yang sangat suka LAZIMI TAHAJJUD. Jarang miss. 4) Suka berdamping dengan al-Quran. 5) Solat awal waktu berjemaah di Surau Wisma.

Pergi Di Pagi Jumaat

Maka tidak dinafikan kehilangannya ada satu rahmat kepada keluarganya. Mendapat sinar gembira anaknya dimasukkan ke syurga. Itulah yang disebutkan oleh Rasulullah. Siapa yang hidup di atas sesuatu kebaikan, perginya di atas kebaikan yang dia suka lakukan. Cukuplahkehilangannya itu pengajaran kepada kita.

Sesiapa yang keluar dalam menuntut ilmu maka dia berada dalam jalan Allah sehingga dia pulang. Sesiapa yang menyukai sesuatu diakan dibangkitkan dengan kesukaannya. Wajib(sunat muaakad) ke atas kamu berqiamullail. Sesungguhnya Qiamullail itu jejak langkah orang soleh sebelum kamu.

Kata ulamak, siapa yang suka berkhidmat untuk agama dan apa yang kita suka itulah kita akan pergi. Kita akan pergi dimana kita suka berulang alik. Kalau berulang alik ke masjid di tengah-tengah tu kita akan pergi. Kalau ke tempat mengaji begitulah juga. Begitulah kisah Sahabat Nabi SAW, Saidaina Umar pergi ketika solat. Saidina Othman, pergi ketika membaca Al-Quran. Kerana amalan yang paling mereka suka buat itulah membentuk kehilangannya yang mereka ukir.

Bukti kehilangannya dicemburui ramai, pergi di pagi Jumaat. Diselesaikan di sekitar tempat auliyak yang mana tidak pernah lagi pelajar Malaysia di uruskan di situ. Perginya semasa berkelana sedang bermusafir mencari ilmu di bumi Ambi’ak. – Sumber & foto dipetik dari Yoy Network

Pelajar Malaysia Di Universiti Al Azhar Berani Lakukan Ini Di Negara Orang. Sehinggakan Viral Dan Ada Orang Yang Minta Hati Hati.

Video Muhammad Syukri menegur bahasa Arab orang Mesir menjadi viral di saluran penyiaran terkenal dunia, Al-Jazeera. Gara-gara lantang mengkritik Bahasa Arab yang digunakan di Mesir, pelajar Malaysia di Universiti Al-Azhar ini menjadi tular di media antarabangsa Al-Jazeera.

Menerusi video berdurasi lebih daripada seminit itu, Muhammad Syukri Abdullah berhujah dengan menegaskan kepentingan untuk berkomunikasi dalam Bahasa Arab Asli (Fushah) yang merupakan bahasa Al-Quran, bukannya berbahasa Arab pasar (Ammiyah) seperti mana orang Mesir gunakan untuk bertutur dalam kehidupan seharian.

Gara-gara menyuarakan pandangan tersebut, videonya terus viral sekali gus menimbulkan rasa kurang senang segelintir rakyat negara berkenaan apabila bahasa dan cara komunikasi seharian mereka ditegur oleh ‘orang luar’. Berkongsi ceria dengan mStar, pelajar yang senang disapa sebagai Syukri berkata, ketika itu dia dan dua lagi pelajar terpilih menjadi wakil Malaysia untuk menyertai projek memperkasa Bahasa Arab Fushah.

Ia adalah program bulanan Bahasa Arab anjuran Fakuti Media Universiti Al-Azhar yang mana ia turut melibatkan penyertaan mahasiswa dari beberapa negara lain termasuk Indonesia, Burkina Faso dan Mesir.

“Saya ceritakan mengenai kepentingan untuk bertutur dalam Bahasa Arab Asli. Bahasa Arab diturunkan dalam bahasa asli, iaitu bahasa Al-Quran, yang dituturkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat serta akan jadi bahasa syurga kelak. Bahasa pasar pula wujud akibat penjajahan. Saya kaitkan dengan satu peristiwa yang dialami diri sendiri ketika mula-mula tiba di sini. Apabila saya naik bas dan nak beli tiket, saya bertutur Arab Fushah tapi penjual tiket tak faham. Malah mereka gelakkan saya. Daripada peristiwa itu, saya jadikan point ketika bercakap di program berkenaan. Saya bukan kritik namun mengajak semua untuk bertutur dalam Bahasa Arab Asli kerana ia bahasa Al-Quran. Tapi daripada semua video, video saya ketika ditemuramah pula yang jadi viral. Sebab ‘sentuh’ tentang mereka sedangkan saya ini orang luar,” ujarnya lagi.

Ketika pandemik Covid-19, Syukri tetap aktif beraktiviti antaranya mengajurkan kelas memperbaiki bacaan Al-Quran secara online dengan orang di Malaysia.

Menurut Syukri, meskipun ada yang memberikan reaksi negatif khususnya daripada rakyat negara berkenaan, namun dia bersyukur kerana lebih ramai yang memberikan maklum balas positif. “Ada yang komen dan menyokong apa yang saya perkatakan kerana adalah lebih elok kita memelihara Bahasa Arab asli kerana ia bahasa Al-Quran sedangkan bahasa pasar ni banyak yang bercampur-baur,” ujarnya. Sejak video berkenaan viral di Al-Jazeera yang sehingga kini meraih lebih 380,000 tontonan dan 3,900 shares, Syukri menambah bahawa dia sendiri tidak menjangka tempias yang diterimanya.

Sungguh tak terbayang dengan apa yang berlaku namun saya bersyukur kerana dapat menyampaikan sesuatu mesej.

“Dalam seminggu tu, setiap jam dapat panggilan terutama daripada kawan-kawan dan orang yang mengenali saya. Namun dalam banyak-banyak yang ucap tahniah, ada seorang yang minta saya hati-hati terutama jika dipanggil untuk diwawancara… takut nanti jadi isu lain. Sungguh tak terbayang dengan apa yang berlaku namun saya bersyukur kerana dapat menyampaikan sesuatu mesej,” katanya yang berasal dari Petaling Jaya, Selangor. Bercerita serba sedikit mengenai situasinya di Mesir kala pandemik Covid-19 masih menular, Syukri yang juga pelajar tahun tiga Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dan Bahasa Arab berkata dia tetap aktif terlibat dengan pelbagai program.

Antara kejayaan sukarelawan YOSH adalah menyiapkan ‘tube well’ untuk penduduk di Malawi.

“Sebenarnya ketika ini banyak perkara yang boleh saya buat. Saya sukarelawan Youth of Strenght & Happiness (YOSH) MyFundAction, jadi banyak program kami buat antaranya agihan makanan Kotak Rezeki Umat. YOSH bukan sahaja membantu masyarakat Malaysia tetapi membantu masyarakat pelbagai negara dari seluruh dunia. Selain itu saya juga anjur kelas memperbaiki bacaan Al-Quran secara online dengan orang di Malaysia. Ini kerana bagi saya sendiri, saya berpegang kepada kata-kata manfaatkanlah sekecil-kecil kelebihan kita dan sebarkan kebaikan ke seluruh dunia,” katanya lagi.

Ditawarkan Melanjutkan Pelajaran Ke Sebuah Institusi Pengajian Tinggi Dalam Jurusan Perubatan Tapi Terpaksa Tolak. Mengagumkan Sekali Hadiah Yang Dia Beri Kepada Ayahnya

Demi membalas jasa, Syazwan menunaikan impian bapanya untuk mempunyai rumah sendiri.WALAU segunung emas permata diberi, namun ia tetap takkan mampu membalas jasa ibu dan bapa.Justeru selagi hayat masih ada, tunaikanlah apa jua hasrat orang tua dan jangan sekali-kali berkira dengan mereka.

Begitulah kisah Mohd Syazwan Hasanul yang sanggup melaburkan wang demi menyediakan kediaman selesa buat kedua ibu bapanya di kampung.”Sepanjang hidup saya, dari belajar sampai bekerja, niat saya satu sahaja iaitu semua benda adalah untuk ibu dan abah saya. Masuk saja kerja, terus saya buat pinjaman peribadi dan bagi semuanya pada abah, dicampur dengan duit simpanannya, siaplah rumah keluarga kami,” demikian antara coretannya di laman Facebook Tukang Apa Hari Ini yang meraih sehingga hampir 200 shares.

Ketika berkongsi cerita dengan mStar, dia yang senang disapa sebagai Syazwan berkata coretan tersebut dikongsikan secara suka-suka kerana terkenangkan pengrbanan bapanya, Hasanul Ridza, 62, yang membanting tulang empat kerat dan bekerja sebagai tukang rumah demi menyara mereka sekeluarga.

“Kami bukanlah keluarga yang senang… abah hanya bekerja sebagai tukang rumah manakala ibu pula suri rumah. Kami hanya menyewa rumah kecil dua bilik.”Pada tahun 1997 ketika ekonomi meleset, abah terpaksa berhenti kerja sebagai tukang rumah dan berniaga buah salak dan makanan lain secara kecil-kecilan. Ingat lagi, yuran sekolah pun bertangguh bayar sebab abah tak ada duit.

Bapa Syazwan membina rumah untuk keluarganya dengan kudrat sendiri.“Teringat ketika Tingkatan 1 di mana saya ikut abah ke rumah orang yang minta abah betulkan tandasnya tersumbat. Saya duduk jauh dan perhati saja abah buat kerja, seluk tangan dalam lubang kumbahan.

“Pakcik tuan rumah tu tanya, ‘tengok abah kamu, penat tak dia buat kerja?’. Saya pun jawab ‘Penat’. Spontan pakcik tu kata, kalau tak mahu penat, belajar rajin-rajin, besar nanti kerja bagus dan tolong ayah. Kata-kata itu seolah-olah tamparan untuk saya,” katanya mengimbas kembali kenangan bersama bapa.

Menurut Syazwan, dia berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan ditawarkan melanjutkan pelajaran ke sebuah institusi pengajian tinggi dalam jurusan perubatan.”Namun saya terpaksa tolak kerana kos yang perlu dibayar mencecah ribuan ringgit. Saya tolak tawaran tu dan tak beritahu abah dan ibu sampai sekarang.

“Alhamdulillah saya sambung pelajaran di institusi lain dan mendapat pekerjaan sebagai penolong pegawai perubatan. Dapat saja kerja, terus saya buat pinjaman dan campur duit simpanan abah untuk buat rumah.Bagi membalas jasa dan pengrbanan ibu bapa, Syazwan dan adik-adiknya berpakat membelikan kereta baharu buat orang tua mereka.

“Memandangkan abah adalah seorang tukang rumah, maka rumah tu abah bina sendiri. Memang dia gembira sangat kerana impiannya memang nak ada sebuah rumah sendiri selepas 22 tahun menyewa. Alhamdulillah kini dah lebih lapan tahun dah duduk di rumah sendiri di sebuah kampung di Temerloh, Pahang,” ujar anak sulung daripada lima adik beradik ini.Bukan sahaja rumah, malah Syazwan dan adik-adiknya kemudian sepakat menghadiahkan sebuah kereta baharu untuk keselesaan kedua ibu bapanya memandangkan kereta lama mereka kerap rosak.

“Kereta lama Nissan Sunny abah guna sampai bocor bumbung… dan asyik rosak saja. Susah juga sebab abah kena ulang alik temujanji selepas pembedahan jantungnya. Jadi kami pun berpakat dalam diam. Saya janji dengan ibu untuk baiki kereta itu.”Kami buat kejutan pada hari raya tahun 2018. Terkejut mereka bila nampak saya bawa pulang kereta baharu, model Nissan Sylphy.

Tidak menyangka perkongsiannya mendapat perhatian, Syazwan dalam masa yang sama berasa terharu dan berbesar hati coretan tersebut dapat memanfaatkan dan memberi mesej kepada warganet.”Bagi saya, kalau nak kecapi kejayaan dalam hidup, utamakan dahulu ibu bapa. Sebelum kita miliki sesuatu, pastikan mereka juga memilikinya. Memang mereka tak minta, tapi itulah tanggungjawab kita sebagai anak-anak.

“Satu lagi impian saya untuk ibu dan abah adalah menghantar mereka ke Tanah Suci Makkah. Sebelum ini hasrat mereka tertangguh kerana abah diserang sakit jantung. Mudah-mudahan hasrat ini akan terlaksana.”Bagi adik-adik pula, belajarlah bersungguh-sungguh. Ilmu itu sangat penting. Dengan ilmulah kita dapat bantu ibu bapa serta keluarga,” katanya lagi.Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!