Perkongsian foto pegang anjing dikritik warganet. To Ki perjelaskan hal sebenar yang ramai tak tahu tentang tujuan sebenar dia

Artis

To’ki berharap isu dirinya memegang anjing tidak dipanjang-panjangkan.GARA-GARA memuat naik 10 keping foto memperlihatkan dia memegang anjing, penyanyi era 90-an To’ki menerima kritikan warganet di laman sosial.To’ki atau nama sebenarnya, Mohd Zaki Mansur, 53, menjelaskan dia hanya membawa anjing milik kawannya untuk mendapatkan rawatan di klinik veterinar.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Seni Berzaman itu memohon maaf dan berharap orang ramai berhenti menghukum dirinya.”Saya menyusun 10 jari memohon maaf kepada semua yang tengok gambar itu dan terima kasih atas teguran membina yang diberikan.”Soal sentuh anjing ini usahlah kita panjang-panjangkan. Saya bukan bercium-ciuman dengan anjing itu… saya masih tahu batas.

“Anjing itu bukan anjing peliharaan, itu anjing untuk memburu milik kawan saya dan saya hanya tolong hantar ke klinik, ” katanya kepada mStar.To’ki turut meminta warganet agar tidak sewenang-wenangnya melabelkan seseorang itu sebagai kafir gara-gara hanya memegang haiwan berkenaan.

Katanya, haiwan itu juga makhluk Allah yang harus dilayan dengan sebaik mungkin oleh setiap insan di muka bumi ini.”Tolong jangan jadi jumud atau terlmpau kolot dengan menganggap orang itu kafir (kalau dia pegang anjing). Saya boleh basuh dengan air tanah dan air mutlak (untuk tujuan sertu).

“Dari sudut syariat Islam pun tidak salah untuk saya pegang anjing.”Jangan kita bercakap itu ini, cuba kaji balik sejarah Islam dan fahami Islam secara syumul,” katanya.Terdahulu, gambar To’ki bersama isteri, Sharifah Fairuz Syed Yusof, 48, memegang seekor anjing berwarna hitam menjadi tular di laman sosial.Perbuatannya itu mendapat kritikan ramai warganet yang menganggap dirinya tidak sensitif dengan hukum-hakam Islam selain bimbang tindakan itu akan menimbulkan ftnah.

To’ki akhirnya pindah rumah baharu, tak perlu bayar sewa setahun

SYUKUR tak terhingga! Itu luahan yang diungkap berkali-kali penyanyi dan komposer terkenal To’ki setelah menerima kunci rumah sewa baharu pada petang Jumaat.To’ki atau Mohd Zaki Mansur, 53, berkata, dia tidak menyangka kisah hidupnya mendapat perhatian banyak pihak sehingga menerima bantuan rumah daripada pihak Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).

“Tak pernah saya jangka akan dapat perhatian sebegini rupa, sampai macam ni orang ramai ambil berat terhadap diri dan keluarga.“Terima kasih kerana beri sokongan agar saya dapat hidup dengan baik dan terus berkarya. Insyallah pengisian dalam karya-karya saya selepas ini akan meletakkan Allah sebagai perkara pertama, ” kata To’ki kepada mStar.

Kunci rumah sewa baharu To’ki diserahkan pada petang Jumaat.Penyanyi yang terkenal dengan lagu Biasan ini menerima sebuah rumah flat tiga bilik tidur di Taman Setapak Indah, Kuala Lumpur.Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PPZ-MAIWP, Ustaz Ahmad Shukri Yusoff yang hadir bagi majlis penyerahan kunci kediaman tersebut memberitahu To’ki tidak perlu bimbang tentang bayaran sewa bulanan kerana ia akan ditanggung selama setahun.

“Alhamdulillah akhirnya To’ki dapat tinggal di kediaman yang lebih selesa, kami juga lengkapkan rumah ini dengan perabot-perabot asas.“Buat masa ini dia (To’ki) tidak perlu risau tentang sewa bulanan di mana ia akan ditanggung pihak kami untuk tempoh sehingga satu tahun. Kemudian ia akan dibincangankan kembali mengikut keperluan.

“Apa yang penting To’ki dapat terus berkarya demi kelangsungan hidupnya bersama isteri, ” ujarnya.Baru-baru ini kisah kehidupan To’ki heboh diperkatakan ramai selepas tular foto pondok usang yang didiaminya bersama isteri di pinggir hutan di Batu 12, Gombak, Selangor.

Ebit Lew sebak lihat kehidupan daif To’ki, hadiahkan peti ais dan mesin basuh – “Dari jauh dia sambut dan peluk saya”

KEHIDUPAN daif yang dilalui penyanyi terkenal To’ki bersama isteri tercinta, Sharifah Fairuz Syed Yusof, 48, mendapat perhatian pendakwah terkenal iaitu Ebit Lew.Ebit meluahkan rasa sebak melihat keadaan To’ki dan isterinya yang sakit yang sakit tinggal di sebuah pondok kecil sejak setahun lalu.

Kata To’ki, biar apa sekalipun persepsi masyarakat terhadap kehidupan serba kekurangannya, namun teratak kecil ini baginya saling tidak ubuah sebuah ‘syurga’ buat dia dan isteri.Dugaan berganda buat To’ki apabila pergerakan isterinya terbatas kerana mengalami patah tulang pinggul akibat kemalangan pada 10 Jun lalu.

To’ki juga ada meluahkan hasrat untuk mengusahakan pemasangan paip bagi membolehkan bekalan air dipam dari sungai berdekatan ke kediamannya bagi memudahkan urusan kehidupan harian.Ebit kongsi momen ketika bertemu To’ki.Dalam pada itu, Ebit memberitahu dia yang menghadiahkan sebuah peti ais serta mesin basuh untuk pasangan tersebut.

Selain itu, menerusi siaran langsung Ebit, individu yang dikenali sebagai Hj Hamid dari Kulim, Kedah juga akan memberikan kayu pain untuk membina sebuah rumah cantik untuk To’ki dan isteri.”Insya-Allah akan bantu untuk tangki dan water pump air sungai serta bilik air. Saya hadiahkan juga peti ais dan mesin basuh.

“Dari live kami tadi InsyaAllah Hj Hamid dari Kulim akan beri kayu pain untuk buat rumah cantik-cantik. Syukur dapat berkongsi ilmu dan berkasih sayang,” ujarnya.To’ki turut menerima bantuan dari Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan iaitu sebuah kediaman kondusif yang sewanya akan dibayar selain komputer riba.

To’ki Kesal Dikatakan Mengih, Jadi Peminta Sedekah

KUALA LUMPUR: Susulan foto seorang peminat bersama To’ki menjadi tular di laman sosial baru-baru ini, pelbagai pihak cuba mencari penyanyi itu selepas dia diberitakan berada dalam kesempitan hidup. Justeru, pihak Yayasan Artis 1 Malaysia  (YA1M) berjaya menemukan To’ki dan mengadakan satu sidang media khas bersamanya pada Jumaat. 

Dalam sidang media yang berlangsung di pejabat urusan YA1M itu, To’ki meluahkan kekecewaan apabila ada pihak menuduhnya masih menagih dadah. “Saya dah berusia setengah abad dan saya kesal hanya dengan sekeping gambar, orang terus menuduh saya penagih tetapi tahukah mereka setiap hari saya mengambil Suboxone (pil merawat ketgihan dadh) untuk menahan gian itu? 

“Sebenarnya orang keliru pada gambar yang dikongsi seorang peminat yang menjadi tular minggu lepas di mana pada ruangan komen posting itu turut dimuatnaik gambar lama saya yang masih mengih dan ini amat mengecewakan saya, ” katanya kepada pemberita.Sidang media itu turut disertai Presiden YA1M, Datuk DJ Dave. To’ki (kanan) bersama DJ Dave (tengah) dan pihak YA1M.

Dalam pada itu To’ki memberitahu dia sebenarnya berterima kasih kepada peminat yang memuatnaik gambar tersebut sehingga membuka mata pelbagai pihak dan persatuan untuk menghulurkan bantuan. Mengenai kisah kehilangannya sebelum ini, kata To’ki ia disebabkan studionya yang terletak di Batu Caves, Gombak dipech masuk tiga tahun lalu sehingga dia mengalami kerugian dan hilang arah. 

“Di situlah tempat saya berkarya, mencari rezeki tetapi bila semuanya hilang, saya jadi hilang arah. Bukan soal  berapa kerugian tetapi nilai sentimental barang-barang yang ada di dalam studio itu antaranya sebuah trofi kemenangan saya sebagai Komposer Terbaik Asia (1999) menerusi lagu Zikir Kasih dendangan Amir Ukays,” katanya. 

Rentetan kejadian itu kata To’ki, dia menyepikan  dari industri namun masih bernasib baik kerana diberi peluang  beberapa komposer antaranya Datuk M. Nasir untuk membuat lagu. Di satu sisi, pelantun lagu Biasan ini turut menafikan dakwaan mengatakan kesusahan hidup membuatkan dia sanggup mengemis. 

“Saya masih sihat dan masih berkarya walaupun mungkin tidak seaktif dulu dan dakwaan mengatakan saya mengemis itu tidak wajar dan sesuatu yang memalukan saya. Katanya lagi, sehingga kini dia dalam proses menerbitkan dua buah single terbaru berjudul Baiyati dan Perunding Jiwa dan berharap pihak YA1M membantu dari segi mempromosikan karyanya itu secepat mungkin. 

Sementara itu, DJ Dave memberitahu, pihaknya akan cuba membantu membawa To’ki menyertai persembahan pentas sekali gus mampu menjenamakan balik namanya. “Saat bertemu To’ki, dia menyatakan dirinya masih sihat dan masih berkarya dan lazimnya YA1M selaku persatuan yang menyalurkan kebajikan kepada artis yang sakit dan tiada keupayaan. 

“Namun atas budi bicara, kami sedia membantu beliau walaupun bukan berupa sumbangan, tetapi mungkin membawa To’ki bersama menyertai setiap aktiviti show yang membabitkan YA1M,” katanya. Kisah To’ki menjadi tular di Facebook apabila seorang peminat Ungku Lokman memuatnaik gambar bersama To’ki dalam keadaan daif di sebuah stesen minyak. Susulan itu, beberapa persatuan seni mula mencari To’ki termasuk Seniman dalam usaha mengenalpasti masalahnya. 

To’Ki Terbuka Terima Bantuan Seniman

Zed bersalaman dengan To’Ki selepas mengadakan pertemuan dengan penyanyi itu di Batu Caves pada Rabu.PETALING JAYA: Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) berjaya menjejaki penyanyi terkenal era 90-an, To’Ki selepas kisah kesusahannya menjadi tular di Facebook sejak minggu lalu.

Presiden Seniman, Zed Zaidi berkata, pada pertemuan yang diadakan di Batu Caves pada Rabu, pihaknya cuba menyelami isi hati selain mendengar masalah sebenar penyanyi itu.”Alhamdulillah sebelum kami datang bertemu dengannya kami menelefonnya terlebih dahulu dan dia bersetuju berjumpa hari ini.

“Dia tidak menghilang pun malah ketika kami beritahu hendak berjumpa dengannya dia mengalu-alukan kedatangan kami.”Selama sejam pertemuan tadi, kami banyak mendengar tentang masalah sebenarnya selain cuba menyelami isi hatinya yang tidak orang tahu sebelum ini,” katanya kepada mStar Online.Peminat yang menggelarkan dirinya Engku Lokman bergambar bersama To’ki.

Dalam pada itu, Zed berkata, dia juga berasa lega apabila To’Ki atau Mohd Zaki Mansur terbuka untuk menerima bantuan bagi membolehkan dia kembali aktif dalam bidang muzik tempatan.Kata Zed, dalam masa terdekat ini, To’Ki akan kembali merakamkan lagu baharunya di studio milik Seniman dan tiada sebarang caj dikenakan kepadanya.

“Pada saya masalah yang diutarakan boleh diselesaikan dan paling penting dia terbuka untuk menerima bantuan orang lain.”Dia juga ada beritahu hendak menyiapkan lagu terbaharunya yang tergendala dan kebetulan Seniman ada studio, jadi kita bagi dia guna tempat itu secara percuma,” ujarnya.

Tambah Zed, kunjungannya bersama Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Seniman yang lain turut memberi sumbangan wang tunai kepada To’Ki bagi meringkan bebannya.Kisah kesusahan To’ki menjadi tular di Facebook apabila seorang peminat bertemu penyanyi lagu ‘Hampa’ itu dalam keadaan daif di sebuah stesen minyak yang tidak dinyatakan lokasinya.

Lelaki itu turut memberitahu dia terkesan melihat keadaan To’Ki tambahan pula Ramadan semakin hampir dan Syawal yang bakal menjelang.Malah dia berharap ada pihak termasuk persatuan hiburan tampil membantunya seperti mana dilakukan terhadap penyanyi era 80-an, Ben Nathan.