Tular perkongsian gadis berhijab yang terpaksa buka sesuatu ini atas tuntutan kerja. Sekali ini respon warganet.

Fakta Viral Wanita

Dilema antara tuntutan agama dan kerja, seorang gadis yang berada di Jawa Barat, Indonesia meluahkan rasa sedih apabila diminta untuk tidak mengenakan hijab ketika bertugas sebagai tugas cuci di sebuah syarikat. Dari sumber laporan Akhbar Tempatan Indonesia, Fani Sulistiyani yang ada berkongsi klip video sehingga ianya tular di platform media sosial TikTok bercerita bahawa dirinya memakai hijab dalam perjalanan pergi dan pulang dari tempat kerja. Namun apabila mula melakukan kerja, dia terpaksa membuka hijabnya demi mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan syarikat.

VIDEO 1:

“Ada tak yang sama situasi dengan aku?,” soalnya ringkas kepada warganet. Rakaman berdurasi 18 saat itu memperlihatkan Fani di atas motosikal apabila pergi dan pulang dari kerja selain berkongsi saat dirinya membersihkan sebuah ruang di syarikat berkenaan.

VIDEO 2:

Menurut komen warganet, mereka menasihat Fani agar berhenti daripada melakukan pekerjaan itu sekiranya rasa bersalah kerana dia perlu yakin dengan rezeki yang ditetapkan Allah SWT. Bagaimanapun, difahamkan dia terpaksa meneruskan juga pekerjaan tersebut buat ketika ini kerana tidak berkelulusan tinggi dan terdesak dengan gaji yang diinginkan demi menyara kehidupan keluarga.

Reaksi Warga Maya

Jangan terdesak sangat mencari kerja sehingga hilang iman.

Rezeki Allah itu luas, carilah kerja lain.

“Aku pernah lalui dulu, rasa berdosa sangat waktu tu.”

Tutup aurat bukan sekadar pakai tudung je.

masa zaman gadis pernah bahagian receptionis hotel di sebabkan x leh bertudung maka…aku tolak hukkkk

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.