Pernah berkelakuan aneh dan pelik suatu ketika dahulu. Terkini Iqram Dinzly raih perhatian dengan penampilan terbarunya

Artis

Jika sebelum ini, pelakon Iqram Dinzly pernah mencetuskan kontroversi kerana tampil berkelakuan aneh dan pelik di media sosial, dia dilihat senyap seketika dan berita-berita tersebut kemudiannya lenyap dalam arus masa.

Sudah lama tidak melihat Iqram di dunia seni, tidak dinafikan pelakon drama Dunia Baru ini merupakan salah seorang aktor yang berbakat dan hebat dalam dunia lakonan.Namun, baru-baru ini muncul pula video terbaru Iqram di media sosial yang memaparkan dia memakai baju dan berkelakuan seperti seorang wanita.

Pelakon berusia 39 tahun itu dilihat telah memakai baju dalam berwarna hitam dan bertutur mengenai beberapa isu seperti rambut, kulit dan beberapa hal lain seakan-akan menunjukkan dirinya seorang wanita.Dia turut membahasakan dirinya sebagai ‘sis bro’ serta menari di samping menyatakan hasratnya untuk berenang sambil memakai baju renang ‘bikini’.

Meninjau ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan kebimbangan sama ada pelakon ini sakit dan perlu dirawat namun ada juga yang tampil memberitahu bahawa Iqram sebenarnya seorang yang normal apabila di luar dan gemar bergurau di media sosial.

Tengah Bercinta Dengan Iqram. Setelah Sekian Lama Menyepi Akhirnya Datuk Rohana Hassan Tampil Buka Mulut Dedahkan Status Hubungan Mereka Buat Warganet Terkedu.

Tengah hangat bercinta dengan Iqram. Setelah sekian lama menyepi akhirnya Datuk Rohana Hassan tampil buka mulut dedahkan status hubungan mereka buat warganet terkedu.‘Tak ada angin, tak ada ribut’, tiba-tiba timbul cerita pelakon dan pengacara Iqram Dinzly yang kini dikenali sebagai Iq Dinly dikatakan kononnya bercinta dengan usahawan kosmetik, Datuk Rohana Hassan. Dikatakan sebelum ini mereka pernah rapat dan renggang seketika, namun hubungan mereka kembali baik sekarang. Ada apa-apa ke tu?

Mengakui hanya berkawan baik dengan Iqram. “Sebelum ini hubungan baik kami pernah terjejas kerana masalah peribadi yang tidak dapat dielakkan. Sekarang, kami kembali bersama malah lebih rapat dari dulu. “Tidak dinafikan, ramai yang menganggap kami mempunyai hubungan istimewa. Sejujurnya, saya dan Iqram tidak bercinta, hanya berkawan. Kalau akan datang tu, saya hanya berserah kepada soal jodoh.

“Saya ini ibu tunggal. Anak-anak pun dah dewasa semuanya. Rasanya soal jodoh itu bukanlah keutamaan saya sekarang, tapi saya tidak menolak andai ia datang. “Iqram pun seorang yang baik hati, matang dan bijak sebenarnya. Bertuah wanita yang berjaya memikat hatinya,” luah Rohana yang merupakan pengasas produk kosmetik Mekar Semilu.

Pernah berselisih faham sebelum ini, namun hubungan keduanya kembali pulih. Rohana kini bekerjasama dengan Iqram untuk menghasilkan produk minuman kesihatan. “Kami kerap berjumpa atas dasar kerja. Iqram bekerjasama dengan saya untuk menghasilkan jus kunyit yang sudah lama kami rancang.

“Saya percaya, Iqram bangkit semula untuk menjalani kehidupan yang lebih baik. Apa salahnya saya memberi peluang untuk dia buat bisnes,” katanya lagi yang berharap tiada lagi gosip yang mengaitkan mereka bercinta. Tak salah kalau Iqram dan Rohana bercinta, masing-masing solo dan tiada halangan. Doakan yang baik-baik buat mereka.Sumber : MHE TV

Saya mahu berhijrah – Iqram Dinzly

SELEPAS lapan bulan berperangai pelik pelakon Iqram Dinzly akhirnya berjaya kembali kepada kehidupan yang lebih normal. Iqram berkata, dia kembali mencari diri pada akhir 10 Ramadan lalu selepas menyedari tindakan sebelum ini memberi kesan negatif terhadap diri, keluarga serta kerjaya.

“Saya sedar ada mengatakan saya sudah tidak siuman selain pelbagai cacian diterima sebelum ini. “Saya akui sejak bapa pergi, saya terjebak masuk dalam dunia yang saya cipta sendiri namun dapat kembali bermuhasabah diri pada 10 malam terakhir Ramadan lalu.

“Saya akan cuba tinggalkan perkara lama dan berusaha menjadi seorang individu yang lebih baik,” katanya. Menurut Iqram, dia memaafkan setiap kata-kata warganet yang mengkritiknya meskipun sukar menerima jika mereka menyentuh perihal ibu bapa.

“Saya memaafkan kejian warganet selama ini tetapi saya tidak dapat menerima jika mereka menyentuh hal berkaitan ibu bapa. “Saya sudah tidak mahu mengulangi kerja ‘tak masuk akal yang pernah saya lakukan dahulu. Saya sudah bersedia untuk kembali aktif dalam dunia lakonan. “Lagipun kali terakhir saya berlakon menerusi drama bersiri Cinta 11 Syarat pada tahun 2016. Selepas itu, saya menjaga bapa yang terlantar sakit,” katanya.

Saya tak kacau orang pun

“SAYA jadi begini bukan selepas bapa pergi, tapi sebelum itu lagi,” jawab pelakon, Iqram Dinzly kepada pertanyaan peminat menerusi ‘live’ di Instagram miliknya pagi tadi. Iqram berkata, selepas bapanya, Muhammad Saipuddin Datuk Seri Ahmad Said pergi menghadap illahi 10 Oktober lalu, dia lebih kenal diri dan kehidupan.

“Saya ‘enjoy’ kehidupan sekarang. Saya tak kacau orang pun, sebaliknya orang saja suka kacau saya. Lepas ayah pergi, saya lebih kenal diri dan kehidupan. Malah, bapa tinggalkan banyak perkara kebaikan untuk saya. “Orang yang sebarkan cerita ini macam pernah duduk sebilik dengan saya sehingga tahu segalanya. Sesiapa yang nak jatuhkan saya, silakan. Buat apa nak takut, saya tak pernah buat salah pun,” katanya.

Menerusi ‘live’ itu juga, Iqram menegur sikap warganet yang sentiasa mengeluarkan kata-kata negatif terhadapnya. “Saya malas habiskan masa layan warganet yang selalu beranggapan negatif. Mereka ini yang patut kita sedekahkan Al fatihah selalu agar dilindungi.

“Selagi warganet tak minta maaf satu persatu dengan saya, saya akan terus mendiamkan diri. Saya bersyukur dengan apa yang ada. Ini rezeki Allah,” katanya. Menurut Iqram, dia tidak kisah jika ada warganet menganggapnya tidak waras.

Malah, Iqram menafikan dia mengamalkan sebarang ilmu tarekat atau tasawuf sehingga membuatkan dia berkelakuan sebegitu. “Kalau orang kata saya tak waras, baguslah. Orang tak waras ini bagus sebab mereka dijanjikan syurga oleh Allah.

“Saya masih berlandaskan Al quran dan sunnah. Guru saya memerhatikan apa saya lalui sekarang. Terima kasih sahabat dan keluarga yang sentiasa berikan kata-kata positif. “Saya minta maaf sekali lagi atas segala apa dibuat selama ini,” katanya.

Sementara itu, Presiden Seniman, Zed Zaidi, berkata, pihaknya akan berusaha mendekati dan cuba membantu masalah dihadapi Iqram. “Kita nak juga tahu apa masalah dihadapi Iqram. Sekiranya ada, baru kita boleh bantu apa yang perlu. Sebelum ini memang tak tahu keadaan dia sehingga ia menjadi tular. “Mungkin selama ini dia sorok dan tak nak berkongsi. Jadi, kita kena jumpa dulu. Ini antara peranan persatuan untuk membantu ahli,” katanya.

fouziah Gous Pula Bersuara Tentang Iqram Dinzly

Aktres, Fouziah Gous, 36, yang pernah rapat dengan Iqram Dinzly, ditanya tentang reaksinya melihat keadaan terkini aktor itu.Mengakui sudah lama tidak berhubung, Fouziah menganggap mereka telah mempunyai kehidupan masing-masing dan dia tidak tahu apa terjadi kepada pelakon berkenaan.

“Saya tidak membaca atau mengikuti perkembangannya di laman sosial. Memang saya tidak tahu mengenai dkwaan dirinya murung dan berkelakuan pelik.“Kenapa sampai jadi begitu? Mungkin kerana ayahnya sudah tiada dan dia melayan perasaannya. Bila ada masa nanti, saya akan bertanya kepada kawan-kawan lain mengenai perkara itu,” katanya dalam laporan Harian Metro.

Fouziah telahpun mendirikan rumah tangga dengan Mohd Zhafran Mohd Yusof pada 21 September 2013 dan sehingga kini dikurniakan dua anak, Muhammad Zeeshan, 2, dan Zaheen Yusof yang lahir pada 9 November lalu.Mengulas mengenai kali terakhir dia berbicara dengan Iqram, Fouziah memberitahu dia ada mengucapkan takziah kepada aktor tersebut sewaktu bapa beliau sudah tiada.

“Itu kali terakhir saya berhubung dengannya. Ketika itu saya sarat mengandung anak kedua. Menyusul selepas itu, saya melahirkan anak kedua dan menjalani tempoh berpantang.“Sebab itu saya tidak tahu apa yang berlaku kepadanya,” katanya.Iqram, 37, mula meraih tumpuan di alam maya menerusi beberapa siri video Instagram Secara Langsung yang memaparkan beberapa aksi pelik seperti menari, menyanyi dan bermain dengan snjta tajam.

Ekoran itu, segelintir warganet mendkwa pelakon itu tak betul dan s3sat. Manakala Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri melahirkan hasrat untuk bertemu empat mata dengannya. Ada juga pihak yang meminta dia berjumpa pakar untuk rawatan susulan.-msn

Sanggup Lepaskan Tangan Lari Tinggalkan Isteri. Fouziah Gous Tanpa Ragu Bongkarkan Realiti Perangai Suami Lepas Dah Lama Berkahwin


Pelakon Datin Fouziah Gous menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ketujuh hari ini.Sempena hari yang cukup bermakna itu, Fouziah turut memuat naik sebuah video khas yang didedikasikan buat suaminya, Datuk Mohd. Zhafran Md. Yusof.Begitupun, dalam satu entri berasingan, Fouziah turut berkongsi ragam sebenar suaminya selepas sudah tujuh tahun hidup bersama.

Katanya, mungkin ramai yang menganggap bahawa suaminya itu menjadi seorang yang semakin romantik walaupun sudah lama mendirikan rumah tangga.Begitupun, menerusi entri tersebut Fouziah memuat naik dua keping foto perbandingan yang memaparkan realiti sebenar ‘perangai’ suaminya.

“Mesti korang dapat rasa yang hubungan kami makin romantik, suami siap hulur tangan bila hujan turun. Sweet kan siap hulur tangan! Ni lah suami saya dari awal perkahwinan kami (sindiran).”Realiti selepas tujuh tahun, suami lepaskan tangan lari tinggalkan isteri untuk selamatkan diri! Tak nak kena hujan! Inilah suami saya setelah tujuh tahun. Sekian!,” ceritanya sambil berseloroh.

Begitupun, posting tersebut kemudian turut mendapat perhatian suaminya yang menjelaskan situasi sebenar di ruangan komen.”Sebenarnya, isteri saya ini lasak orangnya. Jadi saya fikir, jika saya memegang tangannya, boleh membantut dan perlahankan pergerakannya nanti.”Jika dibiarkan, lebih bebas, mudah dan pantas pergerakannya,” jelasnya.Fouziah mendirikan rumah tangga dengan Zhafran pada September 2013.Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Zheeshan, 5, dan Zaheen Yusof yang kini berusia tiga tahun.-gmpk

Suami Fouziah Gous jelaskan gelaran Datuk, Datin

-Gelaran itu hanya dipakai ketika acara-acara rasmi yang melibatkan kerja saya sahaja. Saya pun bukan selebriti jadi tak perlulah nak dihebah-hebahkan.” – MINGGU lalu heboh diperkatakan mengenai status pelakon cantik Fouziah Gous yang kini bergelar datin.Fouziah berdiam diri menggenai perkara ini. Namun, Sinar Harian telah mendapatkan komen daripada suaminya Datuk Zhafran Md Yusof.Menurut Zhafran, sebenarnya gelaran Datuk tersebut sudah lama diperolehi.

“Gelaran itu hanya dipakai ketika acara-acara rasmi yang melibatkan kerja saya sahaja. Saya pun bukan selebriti jadi tak perlulah nak dihebah-hebahkan.“Sekarang bila semua dah tahu, nak panggil Datuk boleh, nak panggil Zhafran pun lagi bagus. Saya tak ada masalah,” ujar suami Fouziah ini ikhlas.

Sementara itu ditanya pula mengenai isterinya, Zhafran menjelaskan pendirian mereka sama.“Nak panggil Fouziah boleh, nak panggil datin pun terpulanglah.“Namun kalau ikut beliau, selesa dipanggil Fouziah sahaja. Cuma kalau acara rasmi bersama saya, tak boleh elak. Bagi kami okay sahaja,” katanya lagi yang kini sedang bercuti di Kota London bersama Financial Genius Group.-awani

Ada pihak tidak senang kejayaan bisnes Fouziah Gous, beberapa kali cubaan srbu kilang sarang burung

Fouziah mendedahkan ada individu yang tidak senang dengan kejayaan perniagaannya.PELAKON Datin Fouziah Gous mendedahkan ada pihak yang tidak berpuas hati melihat kejayaan perniagaan produk minuman sarang burung yang diusahakannya sejak lima tahun lalu.Fouziah berkata, ia berikutan terdapat beberapa cubaan untuk menyrbu kilang miliknya dengan mengaitkan beberapa hal berkenaan status produk minuman kesihatan itu.”Orang yang sakit hati dengan perniagaan saya ni dia tak cakap depan kita. Tahu-tahu nanti ada yang datang ketuk pintu kilang, kena rush.

“Walaupun terdapat beberapa cubaan membuat aduan terhadap produk saya sebelum ini, setakat ini semua produk FGWalet tidak mempunyai apa-apa masalah dengan mana-mana pihak atau status halal kerana FGWalet mempunyai segala kelulusan yang diperlukan.”Malah kami juga mempunyai hubungan yang sangat baik dengan semua pihak serta memberikan kerjasama sebaiknya,” katanya kepada mStar.

Kilang memproses sarang burung milik Fouziah cuba diserbu beberapa kali oleh pihak tertentu.Fouziah bagaimanapun enggan melatah dan menjadikan ia sebagai sebahagian daripada pengalamannya dalam perniagaan.Menurut aktres drama Sara Sajeeda itu, dia bagaimanapun lega apabila dapat memberikan kerjasama yang baik dengan mengemukakan setiap dokumen yang diminta pihak berkuasa.

“Tak mengapa, saya faham mereka hanya menjalankan tugas. Alhamdulillah, saya dapat kemukakan semua dokumen yang mereka minta.”Cuma saya rasa kelakar kerana antara laporan yang dibuat adalah mengenai status halal produk itu,” katanya.

Sejujurnya saya bukan mahukan title jutawan itu sebaliknya doa agar ia terus kekal.

Dalam pada itu, Fouziah mengakui dia tidak pernah mengimpikan untuk bergelar jutawan, sebaliknya berharap kejayaan yang dikecapinya terus berkekalan.”Untuk menjadi jutawan itu adalah impian semua orang. Saya boleh katakan, apa yang diimpikan selama ini sebenarnya Allah dah berikan lebih daripada itu. “Sejujurnya saya bukan mahukan title jutawan itu sebaliknya doa agar ia terus kekal,” ujarnya.-mstar

“Kak pinggan pech oiii… kantoi!” – Wargaanet berpusu-pusu sakat Fouziah Gous kes ‘cover’ malu pinggan pech

DEMONSTARSI pelakon Fauziah Gous ketika mengacarakan sebuah rancangan beli-belah di televisyen tidak menjadi apabila pinggan yang dikatakan tahan lasak itu pcah berdrai ketika dilepaskan ke lantai.Rakaman video berdurasi 13 saat yang tular di media sosial itu turut memperlihatkan reaksi pelakon tersebut yang terkejut.

“Saya nak tunjukkan jika anda terlepas, saya bukanlah kata mudah pecah”Saya nak tunjuk… Allahuakbar. Saya rasa ni yang dah banyak kali campak, saya minta maaf,” ujarnya dalam rancangan yang bersiaran langsung di sebuah stesen televisyen berbayar.Rakaman kejadian turut dikongsi pengguna Twitter sehingga ia menjadi viral.

Rata-rata warganet menganggap kejadian itu sebagai lucu, malah ada juga yang mempersendakan kenyataan yang dikeluarkan pelakon itu.Tidak kurang juga ada menganggap ia sekadar publisiti murahan bagi menaikkan rating program tersebut.

Instagram Fouziah mula dihujani komen-komen nakal dari waeganet. Susulan itu Instagram Fouziah mula dihujani dengan komen-komen nakal warganet. Walaupun dia tidak memuat naik sebarang posting atau status berkaitan kejadian memalukan itu, warganet tetap tinggalkan komen pada gambar terbaharunya.”Siapa datang Instagram ni sebab pinggan pcah angkat tangan, kita geng.

“Kak pinggan pcah oiii… kantoi. Ni yang pcahkan pinggan tu ke?” usik beberapa warganet.Sementara itu, Fouziah menerusi Instagram mengumumkan bakal kembali ke bidang lakonan selepas lama berehat.”After so long I’m back on screen, tapi tak lah watak utama ye, payah nanti nak jaga anak dan bisnes nanti.

“Payah juga nak terima mula-mula, tapi ini adalah sedikit hadiah untuk orang yang selalu sangat tanya soalan cepumas bila nak belakon, rindu nak tengok you berlakon dan sewaktu dengannya.”Pelakon hebat-hebat , cerita best so i said Yes” ujarnya.-mstar