Pernah dikaitkan dengan Luna Maya dan Sophia Latjuba. Selepas 12 tahun menduda ini jawapan Ariel jika mahu berkahwin sekali lagi

Artis

Ariel masih belum memikirkan untuk berkahwin sekali lagi.SELEPAS 12 tahun berpisah dengan Sarah Amalina, penyanyi terkenal Indonesia Ariel NOAH dilihat lebih selesa memegang status sebagai duda.Memetik laporan Liputan6, sepanjang tempoh itu Ariel hanya pernah dikaitkan menjalinkan hubungan cinta dengan beberapa selebriti seperti pelakon Luna Maya dan Sophia Latjuba.

Menurut Ariel ketika ditemu bual dengan Anya Geraldine menerusi saluran YouTube, dia perlu mempersiapkan dirinya sekiranya mahu berkahwin sekali lagi namun sehingga kini masih belum terfikir ke arah itu.”Kalau nak berkahwin lagi tu antara bersedia atau tidak, tapi sebenarnya kena betul-betul bersedia. Cuma kalau sudah bersedia bernikah itu tanda tanya atau kenyataan?”Kalau kenyataan, saya tidak pernah berkata demikian. Mungkin saya belum bersedia untuk berkahwin lagi,” kata Ariel.

Ariel Noah Tanpa Ragu Terima Suntikan Vaksin. Banyak Berita Buruk Tentang Vaksin COVID19 Yang Dikatakan Membawa Kesan Yang Tak Disangka Sangka

TERPILIH mengikuti program vaksinasi kebangsaan, penyanyi Ariel Noah berkata dia tidak teragak-agak bersetuju menerima tawaran itu kerana mahu pandemik Covid-19 segera berakhir.Menurut laporan Suara Merdeka, Ariel berkata dia enggan terpengaruh dengan pelbagai berita tidak sahih terutamanya mengenai kesan pengambilan vaksin tersebut.

“Diberi peluang pertama kali kenapa saya tak teruskan dahulu, kalau tunggu sampai bila? Kita sebagai pemuzik pun terkesan dengan pandemik ini. Besar keinginan untuk semuanya kembali normal meskipun mungkin tak seperti dulu… tapi kita berharap situasi kembali normal secepatnya.

“Sebelum ini banyak khabar angin tersebar (mengenai vaksin) tapi itu tidak terbukti, saya tanya mereka yang pakar termasuk mengenai vaksin ini,” katanya.Sementara itu, Ariel memberitahu dia tidak mengalami sebarang kesan sampingan dan perlu menerima suntikan kedua selepas 14 hari.“Tak rasa apa pun… cuma rasa sakit sedikit ditempat suntikan tapi tiada sebarang kesan lain,” ujarnya.Selain Ariel, pelakon Raffi Ahmad merupakan antara selebriti yang terawal menerima suntikan vaksin Covid-19 di Indonesia pada Rabu lalu.

Rakyat Indonesia Khuatir Sama Ada Vaksin Covid19 Halal Atau Tidak. Kerajaan Indonesia Sanggup Guna Taktik Ini Untuk Yakinkan Penduduk

Ketika berita negara mereka bakal menerima vaksin Covid-19, ramai rakyat Indonesia menyatakan kerisauan dan keraguan sama ada ianya halal di sisi agama Islam.Hal itu menyebabkan kerajaan terpaksa merancang strategi bagi meyakinkan penduduk negara tersebut mendapatkan suntikan vaksin. Menurut AsiaOne, selain Presiden Joko Widodo yang mendapat suntikan, beberapa orang artis dipilih untuk menjadi antara yang terawal menerima vaksin tersebut.

Raffi Ahmad selebriti pertama dapat vaksin.Mempunyai 50 juta pengikut di Instagram, Raffi Ahmad terpilih menjadi selebriti Indonesia pertama yang mendapatkan suntikan vaksin tersebut. Kelmarin, artis berusia 33 tahun itu telah melalui prosedur suntikan dan ada memuat naik gambar bersama Presiden Joko Widodo serta video ketika dia disuntik oleh doktor.Alhamdulillah vaksin. Semangat semuanya. Ayuh (dapatkan suntikan) vaksin, jangan takut vaksin.”

Selain Raffi Ahmad, Ariel Noah dan penulis, Risa Saraswati juga telah mendapatkan suntikan vaksin semalam. Menurut CNN, mereka ini selain Majelis Ulama Indonesia (MUI) telah mengeluarkan fatwa halal, barisan selebriti atau influencer ini diharap akan membuat rakyat mereka mendaftar dalam program vaksinasi nasional.

Taktik kerajaan untuk ‘tarik’ orang muda dapatkan suntikan vaksin.Pegawai kanan kementerian kesihatan Indonesia, Siti Nadia Tarmizi berkata, keputusan untuk meletakkan selebriti di dalam senarai individu awal menerima suntikan bersama dengan hampir 1.5 juta pekerja kesihatan, adalah satu strategi untuk dirancang oleh kerajaan. Menurutnya, ia bertujuan agar selebriti ini semua dapat ‘menarik’ dan meyakinkan golongan muda bahawa vaksin tersebut selamat dan tidak memberikan kesan buruk.

Selain barisan menteri dan frontliners, Indonesia kini sedang dalam perancangan dan dijadualkan akan menyuntik vaksin Covid-19 kepada hampir 180 juta rakyatnya dalam tempoh 15 bulan akan datang.Negara itu mencatatkan 870,000 jumlah kes Covid-19 setakat ini dengan lebih 25,000 pemergian manakala seramai lebih 711,000 dilaporkan sembuh.

Tindakan Bunga Citra Lestari Buat Sendiri Swab Test Undang Kritikan Warganet. Secara Tak Langsung Ini Nasihat Padu Dari Seorang Doktor Tentang Tindakan BCL

TINDAKAN penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari melakukan sendiri ujian saringan Covid-19 terhadap rakannya Vidi Aldiano baru-baru ini tanpa bantuan petugas kesihatan mengundang kritikan.Menurut laporan Lifestyle.okezone, penyanyi lagu Cinta Sejati itu tidak mempunyai kelayakan sebagai petugas kesihatan untuk melakukan sendiri ujian saringan tersebut.

Menjawab isu tersebut, seorang doktor yang dikenali sebagai Muhammad Fajri Adda’i tampil menjelaskan ujian saringan tersebut seharusnya dilakukan dengan berhati-hati untuk mencegah daripada masalah serius.

BCL menerima teguran daripada seorang doktor mengenai tindakannya melakukan swab test sendiri.“Dalam hidung kita ada bahagian yang dinamakan sebagai konka media. Kalau kita sembarangan menjolok, bimbang akan berlaku pendarhan dan jangkitan,” kata doktor tersebut.

Jelas doktor tersebut, jangkitan itu boleh berlaku sekiranya seseorang itu tidak memahami cara yang betul ujian saringan dilakukan tanpa bantuan pihak yang mempunyai kelayakan atau pengalaman dalam bidang kesihatan.Sebelum ini, isteri kepada pelakon Ashraf Sinclair itu meletakkan syarat untuk sesiapa sahaja yang ingin bertemu dengannya perlu melalui proses ujian saringan yang dilakukannya sendiri.Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Mengagumkan Sekali Indonesia Cipta Bas Anticorona Yang Lengkap Dengan Pelbagai Teknologi Yang Hebat

Tidak dinafikan, musim penularan pandemik ini membuatkan manusia semakin kreatif mengadaptasi teknologi yang ada untuk memastikan keselamatan komuniti dan survival masing-masing.Dron penyembur cecair pembasmi kuman, helmet pintar yang boleh mengesan suhu badan dan sebagainya.

Ini hanyalah sebahagian inovasi yang kita sudah ketahui. Mungkin masih ada banyak lagi ciptaan yang sedang dibangunkan untuk kemudahan kita pada masa akan datang — siapa tahu kan?Di Jawa Tengah misalnya, mereka sudah pun membangunkan prototaip bas anticorona yang dicipta untuk membantu mengurangkan risiko penularan COVID-19.

Memetik laporan CNN Indonesia, bas berukuran 12 meter itu dilengkapi dengan kabin penapis menggunakan teknologi HEPA yang kebiasaannya dipakai dalam pesawat komersial. Ia bagi memastikan pengaliran udara yang bersih di dalam bas.

Ia juga dilengkapi dengan teknologi sinaran UV untuk membantu membunh kuman dan bakteria.Selain itu, reka bentuk kedudukan kerusinya juga mempraktikkan penjarakkan sosial, disusun tiga baris memanjang ke belakang — berbeza dengan rekabentuk bas yang kita sedia maklum.

Apa yang lebih menarik, adalah setiap penumpang yang menaiki bas ini akan dibekalkan dengan sejenis topeng pelitup muka herbal yang dipercayai dapat meningkatkan imun dan melancarkan sistem pernafasan pemakainya.Bas ini dicipta untuk dua kegunaan. Selain untuk membawa penumpang, satu lagi bas sejenis dengannya akan digunakan sebagai makmal bergerak yang akan disasarkan di kawasan-kawasan pedalaman yang tidak mempunyai klinik atau hospital

Tular Lelaki Ini Sanggup Lamar Bakal Isteri Dengan Hantaran RM87k Rumah Mewah Serta Set Berlian. Menarik Sekali Status Pasangan Ini Meraih Perhatian Di Indonesia

Benarlah jika ada perumpamaan mengatakan bahawa cinta itu bvta. Kalau hati dan sayang dan berkenan, apa sahaja pasti sanggup dilakukan demi mendapatkan cinta. Malah, ada yang sanggup mmpertrhkan nyawa mereka dan sanggup habiskan wang ringgit. Setuju tak?Seperti perkongsian ini dimana seorang ahli perniagaan sanggup gunakan hartanya demi memiliki gadis idamannya. Bukan sikit jumlah hantaran namun semua dilakukan demi cinta.

Perkongsian tersebut menjadi tular di media sosial Indonesia selepas sepupu kepada pengantin perempuan memuat naik status mengucapkan tahniah. Difahamkan,seorang ahli perniagaan sanggup memberikan hantaran mewah berupa wang tunai sebanyak 300.78 juta rupiah (kira-kira RM87,000), rumah mewah dan set berlian bernilai tiga bilion rupiah (kira-kira RM87,000).

Lelaki berkenaan, Ajis Kalla yang lebih dikenali sebagai Haji Ambo merupakan seorang ahli perniagaan dari Makassar melamar kekasihnya, Nadia Margareza yang berusia 29 tahun pada Isnin lalu di Dusun Kambisa, Desa Baku-Baku, Luwu Utara.

Menurut saudara terdekat Haji Ambo, Hasan Basri Baso, pasangan berkenaan sudah lama menjalinkan hubungan dan membuat keputusan untuk melangsungkan perkahwinan selepas mendapat persetujuan ibu bapa Nadia.Mereka menjalin hubungan sejak setahun lalu. Namun, acara pernikahan hanya akan berlangsung pada 17 Disember nanti.

Berdasaran maklumat yang diperoleh, lelaki berkenaan adalah seorang usahawan yang memiliki beberapa kafe terkemuka di Kota Makassar. Malah, Nadia juga seorang usahawan yang memiliki butik di daerah sama.Sumber : Tribun News

Tular Kluster Kenduri Kahwin Di Indonesia. Pemergian Pengantin Perempuan Serta Ibu Bapanya Jadi Tumpuan Ramai Setelah Mengadakan Majlis Perkahwinan 24 Oktober Lalu

Malang tidak berbau. Itu yang boleh digambarkan mengenai kejadian yang menimpa seorang pengantin perempuan di Kabupaten Sragen, Jawa Tengah, apabila dia hembuskan nafas terakhirnya bersama ibu bapanya kerana dijangkiti Covid-19.Menurut laporan CNN Indonesia, kes tersebut berpunca gara-gara pihak keluarga mereka mengadakan majlis perkahwinan pada 24 Oktober lalu.

Kejadian tersebut berlaku ketika pengantin perempuan dikenali sebagai L (28), pulang dari Jakarta pada Khamis (22 Oktober), dua hari sebelum majlis perkahwinan berlangsung di kediamannya.Setelah selesai majlis, L dan suaminya berangkat ke Wonogiri untuk majlis menyambut menantu pada hari Isnin (26 Oktober).

Tetapi dalam perjalanan, L mengeluh bahawa dia merasa sakit dan dibawa ke Hospital Dr. Moewardi di Solo, dan disahkan positif Covid-19.Setelah beberapa hari dirawat, L kemudiannya hembuskan nafas terkhirnya pada hari Khamis (5 November).Lebih memilukan, sehari setelah dia pergi, ibunya (57), disahkan turut dijangkiti dan hembuskan nafas terakhir keesokkannya (6 November) sebelum disusuli ayahnya (60) pada hari Isnin (9 November).

Kes tersebut dikategorikan sebagai kluster baru berkaitan majlis perkahwinan di mana setakat ini seramai 113 kontak rapat telah dikesan.“Kluster baru di Sragen berkaitan majlis perkahwinan di mana tiga orang dalam satu keluarga pergi buat selamanya, dan setelah dikesan, 113 orang menjadi kontak rapat dan sedang menunggu hasil ujian,” kata Ketua Pejabat Kesihatan Kabupaten Sragen, Hargiyanto ketika dihubungi CNN Indonesia.

Tiga Beranak Termasuk Pengantin Perempuan Hembuskan Nafas Terakhir Setelah Dapati Mereka Positif Covid19. Berikut Kisah Tentang Kluster Kenduri Kahwin Yang Berlaku Di Indonesia

Seorang pengantin perempuan yang baru saja beberapa hari melangsungkan perkahwinannya dilapor sudah menghembuskan nafas terakhirnya setelah dijangkiti COVID-19.Lebih memilukan, jangkitan itu turut mengambil nyawa kedua orang tuanya — dalam satu kejadian yang berlaku di Kabupaten Sragen, Jawa Tengah, Indonesia.

CNN Indonesia melaporkan, pengantin perempuan didapati baru pulang dari Jakarta pada 22 Oktober lalu, iaitu dua hari sebelum majlis pernikahannya.Dia kemudiannya mengadu sakit pada 26 Oktober dan dimasukkan ke hospital selepas disahkan positif COVID-19.Setelah beberapa hari diletakkan dalam kuarantin, pengantin perempuan tersebut akhirnya hembuskan nafas terakhirnya pada 5 November.

Sehari kemudian, ibunya pula disahkan positif dan hembuskan nafas terkahirnya pada 6 Oktober. Ia turut disusuli bapanya yang hembuskan nafas terakhirnya pada 9 November.Kes tersebut turut diklasifikan sebagai kluster baru yang dikesan pada 24 Oktober lalu. Menurut laporan jabatan kesihatan tempatan, susulan itu seramai 113 kontak rapat dikesan dan diarah menjalani swab test secara berperingkat.

Tular Majlis Perkahwinan Yang Berlangsung Di Amerika Syarikat. Majlis Tersebut Terus Jadi Super Spreader Sehinggakan Lebih 100 Orang Terkena COVID19 Malah Kes Pemergian Juga Direkodkan

Sekurang-kurangnya tujuh pemergian manakala 177 yang lain disahkan dijangkiti virus Covid-19 selepas hadir satu majlis perkahwinan yang diadakan di Millinocket, Maine, Amerika Syarikat, lapor CNA.Majlis perkahwinan yang diadakan pada awal bulan Ogos lalu telah dihadiri oleh 65 orang tetamu yang secara tidak langsungnya telah melnggar had rasmi yang ditetapkan kerajaan iaitu 50 orang.

Menurut CNA, majlis tersebut telah berlangsung di sebuah gereja dan kemudiannya diikuti dengan majlis resepsi di Big Moose Inn.Sepuluh hari kemudian, berpuluh-puluh orang yang hadir majlis perkahwinan tersebut telah disahkan positif Covid-19. Susulan daripada itu Pusat Kawalan dan Pencegahan Pnyakit (CDC) di Maine segera membuka siasatan berkenaan perkara itu.

Pengarah CDC Maine, Nirav Shah pada hari Khamis (18 September) telah mengeluarkan perincian berkenaan kes tersebut sambil menambah bahawa tujuh orang yang sudah tiada itu tidak menghadiri majlis perkahwinan berkenaan.Siasatan awal mendapati bahawa seorang warden pnjara yang bertugas di sebuah pnjara yang mempunyai lebih 80 kes positif Covid-19 terletak 370km daripada lokasi majlis perkahwinan itu telah dijangkiti sebelum dia hadir ke majlis terbabit.

10 kes lain pula ditemui di sebuah gereja Baptis di kawasan yang sama, sementara 39 jangkitan – dan enam pemergian – didapati di sebuah rumah jagaan 161km dari Millinocket.Bagi penduduk setempat yang telah menerapkan peraturan penjarakkan sosial seperti yang diperkenalkan pada awal krisis, berita itu telah mengejutkan mereka.“Ketika kami mendengar wabak tersebut tercetus … semua orang benar-benar berasa sedih,” kata Cody McEwen, ketua dewan bandar.

“Sebaik sahaja wabak itu tercetus, kami terus menutup bandar ini kembali sepenuhnya.”Sesetengah penduduk jelas berasa berang dengan penganjur majlis berkenaan.“Saya rasa mereka tidak seharusnya mengadakan majlis perkahwinan. Saya rasa ia seharusnya dihadkan seperti yang sepatutnya,” kata Nina Obrikis, seorang ahli gereja Baptis di mana majlis itu diadakan.“Kami tidak dapat pergi ke mana-mana atau melakukan apa-apa kini,” katanya.

Gabenor Maine, Janet Mills pada hari Khamis telah mengeluarkan amaran kepada 1.3 juta penduduk negeri itu.“COVID-19 bukan berada di sebelah pagar sana, tetapi ianya sedang berada di kawasan halaman kita kini.”Sejak tercetusnya wabak pada awal tahun ini, kejadian superspreader yang serupa telah dilaporkan di seluruh dunia.

Yang pertama berlaku di Amerika Syarikat adalah pada persidangan bioteknologi di Boston pada bulan Februari yang dihadiri sekitar 175 orang, dan satu majlis persemadian di Georgia di mana lebih daripada 100 dijangkiti dengan virus tersebut.Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, kluster jangkitan seperti itu dapat dilihat tercetus du kampus universiti sehingga memaksa pelajar mengosongkan kawasan universiti.

Universiti Oneonta, di utara New York, mempunyai lebih daripada 670 kes Covid yang disahkan dalam satu bulan.Kementerian Kesihatan Malaysia juga turut berkongsikan tentang perkara ini.“Hasil siasatan pihak berkuasa mendapati, tujuh individu yang sudah tiada tidak menghadiri majlis perkahwinan ini”Sumber: CNA