Kerajaan hanya bagi pampasan rm1000 je. Tapi ramai yang pertikaikan pelitup muka yang YB Tajudin pakai. Harga dia bukan biasa biasa.

Berita

Sekitar dua hari lalu, Malaysia dikjutkan dengan kejadian dua tren LRT yang menyebabkan ratusan penumpang luka teruk. Kejadian yang tidak dijangka mampu berlaku itu dilaporkan berikutan kecuaian pemandu yang membawa tren pada arah yang salah.

Berikutan kejadian yang berlaku, YB Tajudin Abdul Rahman selaku Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad tampil ke lokasi kejadian dalam melihat kejadian yang berlaku serta tampil memberi keterangan menerusi sidang media. Di samping memberi keterangan serta sedia memberikan pampasan RM1,000 kepada penumpang yang terlibat, pelitup muka yang dipakai YB Tajudin nampaknya berjaya menjadi perhatian para warganet.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter, pelitup muka yang dipakai oleh YB Tajudin produk di bawah rangkaian LG PuriCare yang hadir dengan harga RM1,699. Apa yang membuatkan pelitup muka unik serta hadir dengan harga yang premium adalah penawaran teknologi pembersihan udara sekaligus memastikan pengguna menerima udara yang bersih.

Turut dilengkapi sistem penapisan udara. Meskipun tampil ke sidang media dengan pelitup muka yang premium, YB Tajudin Abdul Rahman dilaporkan sedia disiasat berikutan terdapat rakaman video yang memaparkan beliau tidak memakai pelitup muka dalam sebuah sidang media baru-baru ini.

Beliau dilaporkan akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk memberi keterangan dalam terdekat. Di bawah SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), keggalan memakai pelitup muka merupakan satu keslahan. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.thevocket.com/

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Movie Baru Je Nak Mula Sekelip Mata Jadi Benda Lain. Inidividu Terlibat Lrt Di Klcc Bongkarkan Cerita Sebenar Tentang Kejadian Tu.

SEKELIP mata! Itulah yang digambarkan oleh seorang yang terlibat dengan kejadian dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) yang bertembung berhampiran stesen KLCC, Isnin malam. Berkongsi detik cemas itu, Eizzuan Haiqal Roshaizam Helmy berkata, dia baru saja menaiki tren di stesen KLCC selepas selesai bekerja.

Sewaktu kejadian, pemuda berusia 20 tahun itu dalam perjalanan pulang ke rumah dekat Alam Megah di Shah Alam, Selangor, sambil menambah tren berkenaan berhenti kira-kira lima dan 10 minit sebelum bergerak semula seperti biasa.

“Bila tren baru bergerak, saya nak tengok movie menerusi telefon bimbit. Tapi movie baru nak bermula, tiba-tiba bunyi dntman yang sangat kuat macam bunyi benda meletup. “Sekelip mata saya dah tercampak ke depan, jatuh ke lantai. Dengan penumpang yang duduk di sebelah saya pun tak nampak, tak tahu terpelanting ke mana… selepas dah reda baru nampak dia luka di bahagian muka dan telinga,” katanya kepada mStar.

Eizzuan yang menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat dekat KLCC berkata, dia menyaksikan ramai penumpang tercampak dan terpelanting dalam gerabak. “Ramai yang terpelanting semasa tren brek mengejut begitu kuat. Saya nampak beberapa penumpang lain luka.

“Semuanya berlaku hanya beberapa saat. Saya tak sangka tren yang saya naik itu terlibat dalam kemalangan,” ujarnya yang berasal dari Shah Alam. Dia yang dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan menaiki ambulans untuk mendapatkan rawatan bagaimanapun bersyukur kerana hanya mengalami cedera ringan.

“Saya terseliuh di bahagian bahu dan kepala terhentak sikit. Tapi tak ada pendarahan. Mujur saya berpakaian tebal, Alhamdulillah. “Tapi saya bersimpati dengan sebahagian penumpang yang cedera terutama mereka yang teruk dan mengalami luka akibat trcmpk dan terplntng. Impaknya sangat kuat,” katanya.

Sementara itu, seorang ibu kepada salah seorang yang terlibat turut berkongsi luahannya di laman sosial selepas menyedari anak perempuannya di dalam foto mengenai kejadian yang tular. “Aduhai bergegar jantung berdebar rasa berjurai air mata dengar tren (yang dinaiki) anak terlibat dengan kejadian tadi.

“Anak perempuan saya memakai baju coklat di dalam gambar terakhir. Syukur ada gambar, jadi kami tahu dia dalam keadaan baik. Tapi dia trauma dan tidak stabil,” tulis seorang pengguna Twitter, ZzifFizz. Dalam kejadian pada Isnin malam, sebuah tren yang rosak dan sedang dipandu uji bertembung dengan sebuah lagi tren yang membawa seramai 213 penumpang.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 8.45 malam itu, seramai 47 penumpang yang cdra, manakala 166 penumpang cdr ringan. “Kejadian berlaku antara antara dua stesen Kampung Baru dan stesen KLCC di laluan yang sama.

“Tren yang dari Gombak dipandu secara automatik mengandungi 213 penumpang manakala tren dari Kampung Baru adalah tren kosong yang mempunyai pemandu,” katanya pada sidang media, Isnin malam. Mohamad Zainal berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan dan

kejadian disifatkan sebagai kmlngn. Kita mendapati mungkin berlaku kegagalan komunikasi. Ini adalah kita masih menyiasat sekiranya ia merupakan kecuaian kerana melibatkan awam, termasuk ramai yang luka teruk, ” katanya. Beliau berkata, penumpang yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan beberapa hospital lain.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong yang turut meninjau situasi di stesen LRT terlibat memaklumkan Pasukan Tindakan Khas akan ditubuhkan dan siasatan akan dijalankan dalam tempoh dua minggu. “Esok (Selasa) saya akan meneliti laporan awal ini dan akan memaklumkan perkembangan terkini mengenainya.

“Bagaimanapun, keutamaan ketika ini adalah untuk memastikan semua penumpang yang cedera mendapat rawatan supaya dapat segera sembuh,” katanya pada sidang media di Stesen LRT Avenue K di ibu negara. Beliau juga memaklumkan tren yang rosak dipandu uji dengan kadar kelajuan 20km/j manakala tren dengan penumpang pula bergerak pada tahap 40km/j, sekali gus menjadikan impak ketika pelanggaran adalah 60km/j.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Besar Pengorbanan Ibu. Sebak Bila Tengok Makcik Ni Sanggup Berjalan Dalam Hujan Nak Hulurkan Makanan Raya Untuk Anak Di Sempadan Buat Ramai Yang Simpati.

Raya tahun ini sekali lagi rakyat Malaysia terutama umat Islam tidak dapat meraikannya bersama ahli keluarga. Tiada juga istilah ‘balik kampung’ berikutan larang.an merentas daerah dan juga negeri kerana seluruh negara dikenakan Perinta.h Kawalan Pergerakkan (PKP) semula.

Jumpa mak di sempadan

Jadi, ramai yang tidak dapat berhari raya bersama ibu bapa kerana akur dengan larangan tersebut bagi mengelakkan berlaku penularan pandemik.Justeru itu, menerusi satu perkongsian yang tular di TikTok, seorang pengguna aplikasi berkenaan yang dikenali sebagai @azyraazizy telah memuat naik satu video pertemuan dia dan ibu tersayang hanya di sempadan.

Lebih menyebakkan adalah wanita warga emas itu gigih menyediakan juadah hari raya buat anaknya dan menghantar sendiri makanan tersebut ketika hujan. Dari raut wajah tua itu, dapat dilihat kesedihan yang disorok dibalik pelitup mulut namun masih dapat dirasai oleh setiap warganet yang men0nton video berkenaan.

Mak tak ada sapa2 lagi

Diruangan komen, @azyraazizy juga memaklumkan ibunya beraya tanpa teman tahun ini memandangkan tinggal sendirian di daerah yang berbeza.Wanita tersebut memberitahu ibunya berasa gembira walaupun hanya dapat melihat anak-anak dalam tempoh waktu yang singkat ketika menghulurkan makanan hari raya buat mereka.

Sehubungan dengan itu, rata-rata yang menonton video tersebut berasa sebak melihat perk0ngsian yang dibuat oleh @azyraazizy. Mereka juga mengakui bahawa pengorbanan ibu bapa terhadap anak-anak sangat besar dan berharap mereka terus diberi kesihatan yang baik serta menjadi penguat buat anak-anak semua.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: @azyraazizy via OMM

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Semalam Beberapa Kawasan Lagi Diumumkan Pkp. Sekali Ini Penjelasan Dari Ismail Sabri Buat Ramai Yang Tak Senang Duduk.

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bermula 7 hingga 20 Mei ini. Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan keputusan melaksanakan PKP di Kuala Lumpur setelah meneliti pembentangan serta cadangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ismail Sabri memaklumkan KKM mengesahkan sebanyak 17 kluster baru telah direkodkan di seluruh WP Kuala Lumpur dengan jumlah kes harian yang semakin meningkat. “Prosedur Operasi Standard (SOP) PKP di Kuala Lumpur sama seperti diumumkan sebelum ini antaranya tidak boleh merentas negeri kecuali atas urusan kerja dan kecemasan.

“Premis makanan seperti restoran, food truck, penjaja dan kiosk dibenarkan beroperasi dari 6.00 pagi sehingga 12.00 malam sahaja dan tidak dibenarkan dine-in. “Kedai runcit, serbaneka dan keperluan harian serta farmasi juga dibenarkan beroperasi dari 6.00 pagi sehingga 10.00 malam,” katanya dalam satu kenyataan berhubung pelaksanaan PKP pada Rabu.

Stesen minyak dibenarkan beroperasi dari 6.00 pagi sehingga 10.00 malam bagaimanapun stesen minyak di lebuhraya dibenarkan beroperasi 24 jam.

Selain itu, hospital, klinik dan makmal perubatan boleh beroperasi seperti biasa. Untuk operasi pasar harian, pasar tani, pasar awam dan pasar minggu dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 2.00 petang. Bazar Ramadan di kawasan PKP masih dibenarkan beroperasi mengikut SOP ketat. Walau bagaimanapun, keputusan untuk meneruskan ataupun menutup operasi bazar adalah tertakluk di bawah kuasa Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Kredit : AstroArena

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ramai Yang Sedih Bila Kerajaan Umumkan Pkp Di Negeri Selangor. Sekali Tiba Tiba Khairy Jamaluddin Dedahkan Golongan Ini Boleh Rentas Negeri Tanpa Perlu Minta Surat Dari Pihak Polis.

Kuala Lumpur: Individu yang ingin merentas negeri bagi tujuan janji temu penerimaan vaksin Covid-19 tidak perlu surat kebenaran polis. Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, penerima vaksin hanya perlu menunjukkan janji temu dalam MySejahtera atau laman web dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Beliau berkata, perkara itu baru saja beliau jelaskan kepada Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. “Penerima vaksin tidak perlu surat polis. Cukup sekadar menunjuk janji temu dalam MySejahtera atau laman web atau SMS,” katanya dalam ciapan Twitter, malam ini. Sebelum ini, dibangkitkan dalam sidang media harian Covid-19 oleh Ismail Sabri mengenai kebenaran rentas daerah oleh penerima vaksin berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam daerah di Selangor.

Berikutan pelaksanaan PKP itu, pergerakan daerah dan negeri tidak dibenarkan kecuali untuk kes kecemasan, pemergian dan mereka yang bekerja. Pada 15 April lalu, kerajaan memberi kebenaran merentas negeri kepada mereka yang ingin membawa ahli keluarga atau tanggungan bagi tujuan janji temu penerimaan vaksin Covid-19.

Menerusi kelonggaran itu mereka hanya perlu menunjukkan surat janji temu itu kepada pihak berkuasa di sempadan negeri. Mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara hari ini menetapkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ke atas 6 daripada 9 daerah di Selangor. Enam daerah tersebut termasuk Hulu Langat, Petaling, Gombak, Kelang, Kuala Langat, serta Sepang berkuatkuasa 6 Mei hingga 17 Mei. Tiga daerah lain yang tidak terlibat iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam, dan Hulu Selangor masih dalam PKP bersyarat (PKPB).

Tiada rumah terbuka Aidilfitri tahun ini – Ismail Sabri

Penganjuran rumah terbuka Aidilfitri tidak dibenarkan di seluruh negara tahun ini, maklum Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob. Aktiviti ziarah kbr juga tidak dibenarkan di kawasan perinatah kawalan pergerakan (PKP) dan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD). Ziarah hari raya bagi kawasan PKPD tidak dibenarkan. Bagaimanapun, ziarah hari raya di kawasan PKP dibenarkan pada 1 Syawal, dengan sekatan 15 pengunjung saja yang dibenarkan pada satu-satu mata.

Amalan takbir raya dari rumah ke rumah sempena Aidilfitri tidak dibenarkan di seluruh negara. Jamuan selepas solat hari raya di masjid dan surau pula tidak dibenarkan di kawasan PKP dan PKPD. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Trendingsangat.pw

Terkini Dr Noor Hisham Dedahkan Pkp Akan Dilaksanakan Selama 4 Minggu Je Kalau Rakyat Terus Buat Benda Ni. Rupanya Tak Susah Pun Syarat Yang Ditetapkan.

PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata perintah kawalan pergerakan (PKP) selama dua minggu yang bermula hari ini akan dilaksanakan sekurang-kurangnya empat minggu. Beliau berkata, kerajaan sedar kesan ekonomi susulan pelaksanaan kawalan pergerakan itu namun penularan virus berkenaan hanya dapat dikawal jika semua individu kekal di rumah untuk tempoh dua minggu PKP.

“Kita sudah laksanakan PKP bersyarat bermula 14 Okt hingga kini tetapi kita rasa ia tidak sesuai dan perlu gunakan kaedah yang lebih drastik. “Oleh itu, kita nasihatkan untuk laksanakan PKP bagi tempoh dua minggu atau jika perlu selama empat minggu,” katanya pada sidang media

Penguatkuasaan semula PKP melibatkan Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan), Melaka, Johor dan Sabah untuk tempoh 14 hari hingga 26 Januari ini, Susulan peningkatan kes positif setiap hari terutama di enam negeri PKP, beliau berkata,

KKM kini sedang dalam perbincangan dengan pihak hospital swasta untuk bekerjasama membendung penularan Covid-19 menerusi penggunaan kapasiti dan kemudahan hospital berkenaan sebagai usaha menampung kekurangan petugas kesihatan dan kemudahan di hospital kerajaan.

“Penggunaan unit rawatan rapi dan ventilator kini dua kali ganda berbanding bulan sebelumnya. Kita juga kekurangan petugas untuk menjaga wad unit rawatan rapi yang semakin hari bertambah jumlah pesakit,” katanya. Dalam pada itu, beliau berkata, pelaksanaan PKP diharap mampu menurunkan kes positif harian kurang dari 500 dalam tempoh empat hingga lima minggu dari sekarang.

“Berdasarkan unjuran KKM, kita boleh landaikan kes Covid-19 seawal Mei ini jika semua rakyat patuh SOP dan duduk di rumah selama dua minggu ini,” katanya. Mengimbas permulaan gelombang ketiga hujung Sept lalu, Hisham berkata, jangkitan tinggi ketika itu melibatkan 63% warga asing manakala hanya 37% dikesan dalam kalangan warganegara.

“Namun, sekarang sudah berubah apabila 71% warganegara dijangklti virus itu manakala bakinya adalah warga asing,” katanya sambil menambah program saringan bersasar yang giat dijalankan terhadap pekerja warga asing antara penyumbang utama penurunan penularandalam kalangan mereka.

Sehingga kini, seramai 142,009 pekerja warga asing sudah menjalani ujian saringan Covid-19 dan daripada jumlah itu hanya 2,086 kes positif. “Angka itu menunjukkan hanya 2% mereka yang dijangkiti dan jangkitan dalam kalangan mereka masih terkawal,” katanya. – FMT

SUMBER/KREDIT:Tun Carlos/jirancakap

PERHATIAN: Pihak Admin tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum tinggalkan komen anda disini. Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih