Perut adik pedih sebab adik telan sabun. Menangis kakak bila tahu punca adik telan sabun. Mengejutkan rupa rupanya ini punca adik buat begitu.

Kehidupan

GAMBAR SEKADAR HIASAN.

Assalamualaikum, nama aku DZ. Anak kedua dari 5 beradik. Sudah berkahwin. Anak satu. Aku tak tahu nak mula dari mana. Aku pun tak tahu nak meluahkan kepada siapa. Ayah aku bakal melafazkan talak kepada ibuku selepas 33 tahun berkahwin. Kata nya dah tawar hati.

Meh aku nak cerita dari mula kisah nya macam mana. My parents get married masa sama-sama belajar oversea. Lepas setahun kahwin, dapat anak sulung iaitu abang aku. Habis belajar, balik Malaysia, aku pun lahir. Masa ni ayah aku sambung belajar flying. After few years struggling dengan hidup baru, my mum sambung belajar kursus perguruan. So anak 4, dia dapat jadi cikgu. Everything was so fine to our own eyes as their children.

Sampai lah ibu start macam suka tinggi suara, marah-marah, emo tak menentu. Aku ingat lagi masa aku belajar universiti, aku pernah tak masak, lama jugak lah ibu tak bercakap dengan aku. Yang best nye bukan dengan aku sorang dia buat silent treatment. Dengan semua orang dalam rumah. Things get worst lepas dia operation buang rahim. Lepas tu dia macam tak sedar, dia dah sakitkan hati ayah banyak kali. Marah pun ikut suka hati, perli-perli ikut suka hati, etc.

Dia rasa tak apa, pergi berjalan bercuti dengan kawan-kawan, pergi sana sini dengan kawan-kawan, sambut birthday pun dengan kawan-kawan dulu. (Ya kita faham, dia korbankan waktu muda remaja dia yang habis dengan membesarkan kami sakit pening while ayah pergi kerja fly sana-sini.) Masa ni, ayah dah start rasa lonely, disrespected. Umrah beberapa tahun lepas ayah doa nak kan bini kedua.

So here’s the life changing begins. Ayah jumpa dengan budak office dia. They were in love. Tapi ibu tak tahu. Ayah bagitahu my sister. And my sister approved. Sebab dia nampak macam mana heartbroken ayah bila ibu buat macam tu.

Kemudian, my sister disapprove sebab dia rasa tak fair to my mum. Bila disapproved, dorang brbalah sampai tak bercakap agak lama. One fine day, suddenly, my sister menyahut bila ayah panggil. Ayah nangis teruk sebab they were bff. Ibu pelik. Bila ibu tanya what’s wrong. Ayah mengaku dia brbalah dgn my sis sebab ada affair dengan officemate.

Ibu kecewa. Mula-mula ibu macam ranap. Marah. Menangis. Ibu tak tahu apa salah dia sebab tak pernah orang tegur selama 33 tahun. Ayah tak pernah tegur. Habis fasa menangis, ibu berubah 180 darjah. Tak marah-marah. Tak emo. Tak perli-perli. Tak keluar lepak dengan geng dia. Tak pergi bercuti dengan kawan-kawan. Even tak pergi masjid dah setiap malam kalau ayah tak ajak (sebelum ni ibu yang ajak).

Ayah? Mula-mula janji nak putus dengan perempuan tu. Tapi lama-lama, ayah cakap ibu berubah tu dah terlambat. Kami tak boleh serbu dia, sebab dia awal-awal dah block kami. Pernah juga kami mesej adik beradik dia, ayah marah kan kami.

Ayah dah tak nak teruskan lagi dengan ibu. Hati dah tak ada. Istikarah nampak perempuan tu ajak keluar dari rumah kami. Entah lah. Ibu dah cuba macam-macam nak ambil hati ayah. Tapi, berpisah yang ayah pilih. Mungkin tiada jodoh.

Oh, perempuan tu, tua dua tahun je dari aku. Muda setahun dari abang aku. Jadi, boleh imagine berapa umur dia. Doakan ibu kuat. Doakan ayah bahagia dan tak menyesal. Doakan adik perempuan aku berbaik semula dengan ayah. Doakan adik-beradik lelaki aku tabah. Doakan aku tenang. Doakan kami.

Seminggu lepas aku luahkan disini, ayah aku talakkan ibu aku. Aku tak ada tempat nak meluahkan ni. Adik aku pun dah teruk dalam wad psikiatri. Kalau aku sembang dengan dia, mau hati dia makin hancur. Mari aku ringkaskan cerita…

Ayah (umur 50-an) aku kenal dengan staff di ofis dia (kita namakan dia Hasna, umur 30-an) in 2017. Bila ibu dapat tahu, ibu cuba berubah. January 2018, aku pernah mesej kembar awek ayah aku, (kita namakan dia Husna) aku mintak tolong dengan Husna ni mintak nasihatkan Hasna ni jauhkan diri dari ayah aku, tapi dia marah aku balik, jauhkan diri dari dia dan adik beradik nye sebab mereka pun bukan sukakan ayah aku mengganggu Hasna ni.

Long story short… April 2018, ayah lepaskan ibu dengan talak satu depan kami adik beradik dan pak long kami (abang sulung ayah). Ayah janji whatever happens is between him and our mother. But rupanya kami silap. Bila kami begitu berusaha untuk berjumpa dengan dia, rupanya dia semakin menjauhkan diri.

Paling merasai kesan nya adalah adik aku. Adik aku paling rapat dengan ayah, setiap minggu selepas berpisah dia tanpa gagal mengajak ayah aku untuk keluar makan seminggu sekali. Tapi semakin lama, ayah semakin jauh dari dia. Oktober 2018, adik pergi berjumpa psychiatric kerana mengalami kemurungan yang teruk. Since then, adik bergantung sepenuhnya pada ubat tidur di waktu malam.

Raya tahun ini, ayah ikut kami pulang beraya di kampung ibu, which kami sangat amaze, kerana kami dah jarang bercakap dengan ayah sebab dia menjauhkan diri. Adik apatah lagi, berapa kali blocked unblocked number ayah. Siapa sangka, raya ke-4 (Sabtu, 8 Jun) tahun ni ayah kahwin. Tanpa kami dengar apa-apa berita.

Macam mana kami tahu? Ada yang menyampai pada ibu. Itu pun ibu tahu selepas 4 hari (Khamis, 13 Jun) perkahwinan ayah. Hari yang sama adik di masukkan ke hospital kerana mengalami depresi yang teruk. Aku macam biasa, cari punca untuk dapatkan kepastian. Jadi, aku jumpa melalui fcebook Huda (kakak Hasna), aku hantar gambar berserta soalan, “are you married?” kepada ayah aku, tiada jawapan. Masa tu rasa dunia macam gelap, aku ada adik perlu dijaga, ayah aku, pak long aku, even Husna sendiri tak reply mesej aku bertanya ayah aku dah kahwin dengan Hasna ke. Maka aku biarkan semua berlalu sebab aku ada adik perlu dijaga.

Isnin, 17 Jun, ketika aku dan ibu berbuka puasa di luar, adik aku ada menghantar mesej ingin bertemu ayah. Selang beberapa minit, dia menghantar gambar perkahwinan ayah yang diambil dari google. Aku dah tak rasa sedih, aku lebih risaukan keadaan adik. Adik pulang ke rumah, habis semua barang tinggalan ayah dihancurkan, dibaling, dipecahkan. Adik di hantar ke hospital untuk ubat penenang. Ibu tidur dengan adik malam tu.

Selasa, 18 Jun, aku hantar adik ke hospital untuk treatment kerana cubaan bahayakan nyawa sendiri, ayah datang, dan bermulalah sesi kata kata kesat dikeluarkan oleh adik, betapa hancur dan kecewa nya dia, betapa sedih dan ranap hatinya. Betapa dia mahu berada dalam hidup ayah tapi ayah langsung tidak mahukan dia.

Berpisah dengan isteri tapi tidak dengan anak-anak. Tapi tiada seorang pun anak-anak ayah berada di majlis kahwin ayah, bukan kerana kami tak mahu pergi, tapi kerana kami tak dimaklumkan. Rabu, 19 Jun, adik aku dimasukkan ke HUKM sebab beberapa kali cubaan membahayakan nyawa sendiri. Mungkin orang akan kata, ayah kahwin je pun. Tapi keadaan nya tak sama dengan kondisi adik.

Aku melawat adik setiap hari tanpa gagal, dari ditempatkan di wad psikiatri di luar, sehingga masuk ke bilik kaca seorang diri, yang ada cuma katil, selimut dan bantal. Even plug pun tak ada. Nak pergi tandas, nak makan, nak minum, ketuk lah tingkap tu sehingga nurse datang.

Sabtu, 22 Jun, aku dapat panggilan dari HUKM, adik mengamuk. Dari waktu aku sampai di HUKM pada jam 2:30 petang sehingga 5:30 petang, aku tak dibenarkan masuk ke dalam, doktor cuba menenangkan adik. Adik mahukan ubat tidur, doktor tidak membenarkan kerana dos yang lama masih berbaki.

Adik marah, cuba menckik diri dengan selimut. Tiga kali adik diikat kaki dan tangan pada katil. Adik mahu tidur supaya tidak berfikir tentang ayah lagi. Bila adik dah tenang baru kami dapat masuk. Ahad 23 Jun, aku datang melawat adik lagi, adik makan semua buah yang aku bawa, tiba-tiba adik kata perut dia sakit kerana telan sabun semasa mandi pagi. Adik cakap dia tak mahu pergi buat selamanya, dia cuma ingin pengsan dan tak mahu bangun. Adik dipaksa muntah dan berak untuk keluarkan sabun yang ditelan. Seharian adik lemah kerana keracunan.

Hari ni, adik dipanggil masuk ke bilik conference untuk meluahkan semua yang dia rasa. Dalam bilik conference tu ada ramai prof dan doktor untuk mendengar masalah depresi adik. Bila adik keluar dan tanya nurse kenapa dia dipanggil, nurse cakap, kes adik berat. Doktor yang merawat tak jumpa solution untuk masalah dia. Adik tak dapat discaj hari ni.

Untuk semua yang terjadi sehingga hari ni, untuk anak dan suami yang terpaksa berkorban masa demi mummy jaga aunty, untuk ayah yang tinggalkan kami kerana syarat Hasna tidak mahu jadi isteri kedua dan tak mahu lelaki yang datang dengan pakej (anak-anak), dan untuk Hasna yang datang dan membawa ayah pergi walau berkali kami katakan berhenti, terima kasih. Tahniah dapat seorang pilot seperti yang diimpikan. Tahniah juga mak tiri yang dapat suami yang single (dari segi isteri dan anak-anak).

Artikel lain : Haritu Jiran Lelaki Ada Ajak Masuk Rumah. Dia Ajak Main Hempap Hempap. Masa Tu Masih Tadika. Masih Tak Faham Lagi Apa Yang Dia Cuba Nak Buat. Hingga Lah Satu Hari Ini Yang Terjadi.

Hi, semua. Aku harap confession aku ini diterima, atas dasar dijadikan pengajaran atas apa yang terjadi kat aku. Aku terdetik nak buat confession ni lepas baca confession bertajuk: Pentingnya Batas Pergaulan Dengan Adik-Beradik (link dibawah).

Aku nak bagitau kat confessor, semoga tabah. Terutama adiknya yang serba sikit terkesan em0sinya dan trauma kepada lelaki. Aku boleh relate dengan kejadian yang menimpa adiknya itu termasuk confessor sekali. Aku sebenarnya sasaran.

Kejadian sewaktu masih tadika, dengan jiran lelaki. Sekarang aku berumur awal 30 an, tak pernah bercinta walau dengan seorang lelaki pun. Kenapa? Dulu aku jijik kat lelaki pastu ia berubah kepada takut. Kejadian terjadi masa aku masih tadika, aku jenis anak kecil yang suka main kat luar rumah, kadang kadang main sampai rumah jiran. Aku tinggal di kawasan perkampungan so hubungan dengan jiran jiran tu agak rapat.

Suatu hari seorang jiran aku ni, lelaki, dia panggil aku masuk rumah. Apalah sangat dengan pemikiran sorang budak kecik, ingatkan nak ajak main ke apa ke rupanya kenaifan aku yang dipermainkan… Dibawa main hempap-hempap dalam rumah.

Aku pergi masuk rumah abang tu, masa tu dia sorang je dalam rumah. Family dia keluar dah kot. Abang tu kalau tak silap maybe dalam lingkungan umur 20 an kot masa tu. Dia bawa aku masuk bilik, dia baringkan aku dan dia hempap badan kecil aku. Sehabis meronta pun aku takkan dapat lepas. Apa je daya budak kecik. Dia cakap dia bawa main hempap hempap jer. Ok habis kat situ jer.

Kali kedua, hari lain aku tewas juga, aku kena umpan masuk rumah dia. Dia buat benda sama. Syukur sangat dia tak buat benda tak senonoh ke apa just hempap je tapi masa tu serious aku tak paham apa permainan dia ajak aku main ni? Yang pasti aku rasa pelik lah.

Masuk sekolah rendah, mula trauma. Fast forward aku masuk sekolah rendah, aku jadi nakal. Tapi akademik aku OK cuma aku slow slow jadi pendiam. Pendiam yang bisu, susah sangat nak bercakap, dan aku memang membesar dalam keadaan moody dan ber-mood swing (aku rasa ini adalah sejenis trauma atau kesan mental) Dan imej abang tu hempap aku bermain balik kat kotak fikiran aku.

Pada usia tu aku pernah tengok movie macam something yang soft benda tak senonoh lah macam kissing, hugging tapi tu OK lagi tak trigger apa apa tapi it seems weird bagi aku masa tu. Parents aku memang jaga aku betul betul sebagai anak perempuan. Dorang sanggup berkorban semata mata nak aku habiskan belajar sampai universiti sekalipun. Even aku dah 30 an ni pun oleh sebab aku solo, aku acah acah nak sambung belajar pun dorang still bagi galakan.

Hanya kawan2 senasib tahu rahsia ini. Aku tak pernah rahsiakan apa apa pada parents aku. Dorang tau cerita aku dari A to Z, malah aku dapat rasa akulah yang akan jaga dorang sampai bila bila since adik beradik aku semua dah berkahwin. Kecuali kisah abang tu lah satu satunya rahsia yang aku tak ceritakan.

Ada few kawan yang tahu kisah aku. Semua kami budak perempuan yang pernah jadi sasaran, ada yang kena sentuh dengan cikgu, ada yang kena buka baju etc. So kitorang can relate to each other. Pada pendapat aku, selain mengadu kepada Tuhan, knowledge adalah satu jalan keluar untuk tak terus hanyut dalam perasaan yang kau pernah kena ‘gangguan’ macam ni. Ilmu ajar kami untuk berfikiran waras, melupakan kisah lama walaupun parut tu masih ada. Kitorang decide untuk memaafkan pelaku, cuma serahkan segalanya pada Tuhan.

Bagi muka benci bila bersua. Untuk pengetahuan, agama aku dan abang tu berlainan. Aku seorang Kristian, dia Muslim. Agama bukan menjadi soal menentukan baik burok seseorang tu tapi keperibadian, attitide seseorang – itulah yang menentukan siapa kau sebenarnya.

Sekarang aku dah tak tinggal kat kampung. Oh ya, memang kampung kitorang jiran jiran semua berbilang bangsa. So, bila aku terserempak dengan abang tu, dah nampak dia berusia, aku bagi muka benci dan dia TAHU. Dia selalu melarikan pandangan dia dari aku. Dia ada anak bini. Aku tengok dia takda anak lelaki, semua anak perempuan. Hmmm.

Pernah termuntah tengok laki shirtless atau tersentuh kulit. Kalau nak cerita hal trauma tu memang peritlah. Bukan kena sentuh je perit weh, sekadar kena hempap macam tu pun traumanya aku bawa sampai sekarang ni.

Aku takut dengan lelaki. Sampaikan aku pernah termuntah tanpa sebab kalau tengok lelaki shirtless atau tersentuh kulit dengan dorang sekalipun. Peluh dingin tengahari menitik tiap kali aku kena berhadapan dengan lelaki, tergesel sikit pun aku rasa nak terajang jer.

Masa kat U, dua orang budak lelaki konon meluah perasaan kat aku tapi aku bukan saja saja buat bongok dan reject dorang tapi lebih kepada takut. Aku tak tau nak expect apa. Lagipun aku rasa masatu macam tak sesuai nak bercinta bagai. Underwear pun beli pakai duit PTPTN nak bercinta konon.

Dah bekerja, acah-acah jual mahal. Masuk kerja, aku boleh dah terima lelaki malah aku mudah mesra, mesra yang bermaruah. Aku jenis jaga pergaulan sebab aku tak nak dipermainkan dan diperlekehkan. Takda orang lain boleh protect aku kalau bukan diri aku sendiri. Biar ada yang cuba bagi hint nak memulakan sesuatu pun aku tepis.

Aku buang perasaan tu jauh jauh. Kalau aku jumpa crush pun aku acah acah jual mahal padahal dalam hati, Tuhan je tahu betapa aku nak rasa mencintai dan dicintai. Aku cuma akan extra friendly jumpa kawan yang biasa, kalau orang tak kenal aku dia akan fikir aku flirty padahal kalau dengan orang yang aku suka, aku akan jadi takut nak bagitau, peluh dingin mula menitik. Selagi dia tak mulakan langkah, memang taklah aku bergerak, dok keras situ ja.

Anggap ianya satu hikmah. Sesungguhnya, apa yang terjadi kat aku masa kecik aku anggap itu sebagai satu hikmah, sebab untuk aku sentiasa menjaga pergaulan sebagai seorang perempuan. Sebab yang menjaga ‘kunci’ ni kita, kita saja yang boleh decide nak bagi ‘kunci’ tu kat siapa.

Apa apa jadi, perempuan boleh jadi sasaran, boleh jadi yang dipersalahkan walaupun hakikatnya kita tak salah, apatah lagi kalau kita memang di pihak yang bersalah. Syed Azmi antara orang yang lantang memperjuangkan nasib sasaran and I adore him for that. Benda macam ni taboo bagi masyarakat kita. Ada yang tahu tapi buat buat tak tahu.

Boleh semak kes ni kat negara kita ni, bukan benda kecik. Cuma masyarakat banyak yang pandang pakai tepi mata jer. Benda tak jadi kat diri sendiri kan… Dan kalau ditanya pandangan aku terhadap lelaki, aku dah boleh terima dorang seadanya. Masalahnya aku jenis tak nak main2, kalau serious, kena serious.

Masing masing kena bersama menjayakan sesebuah hubungan. Aku jenis alpha female dan biasanya aku memandang lelaki yang alpha male juga. Aku tak sempurna dan aku juga tak mencari yang sempurna, cukuplah sekadar saling melengkapi. Kalau kau bawa aku sembang kosong kedai kopi, kau akan tahu aku jenis buka topik macam mana. Aku tak suka sembang kari, sembang bab1 boleh terbang. Aku sembang benda berilmiah. Sekali kena perlekeh, aku diam terus dah malas dah nak cakap dengan kau.

Nasihat. Dan kepada ibu bapa, jangan dedahkan anak dengan smartphone terlalu awal. Aku tengok sekarang budak kecik dah tau pa benda kissing, hugging, even I once encountered a kid yang bagitau I dia rasa something like strange feeling kalau dia punya tergesel kat sesuatu! Aku nak jawab pun terkedu weh.

Ramai kawan aku yang dah ada anak dorang bagi tablet sebagai permulaan konon nak dedahkan dengan video nyanyian kanak kanak, aku dah bagitau awal pastu bila budak dah start tau games, YouTube, menghadaplah kau nak ikut sandiwara dorang minta topup data bagai.

Di situ start dorang ‘menyeksa’ kau. Jangan jadikan telefon sebagai ejen penenang. Aku tengok colleagues bawa anak dorang pergi office pun anak dah takda yang angkat kepala dari phone tegur kita pun. Yang parents pandai tegur takpe, ni yang jenis main tik tok, gigih nak jadi instafemes ni dah takda hormat dah dengan orang sekeliling, bercakap pun tak nak, muka masam memanjang. Salam pun gitu-gitu jer.

Please jangan pertikai pergaulan aku, aku memang bergaul dengan semua orang tak kira bangsa agama sebab tu aku tahu. Aku rasa penulisan aku dah melalut tapi itulah… Sebagai penutup ada baiknya aku tinggalkan pepatah cina yang aku belajar kat drama cina ni. Hahahahaha. Mendidik anak lelaki ibarat mendidik seorang individu. Mendidik anak perempuan ibarat menjaga sebuah negara. With Love,

Reaksi warganet

Shida Nurul Ain – Kesian. Wahai kaum lelaki, fikir sebelum buat. Tak dapat balasan kat dunia, kat akhirat dapat la kau.

Fath Iha Num – I feel you. Masa kecik tak tau pape. Lama lama baru paham. Benci tu memang ada, smpai dia dah tak ada kat dunia pun rasa tak sedih langsug. Be strong Rin

Siti Hajar Binti Sidek – Ya makcik pun ada pengalaman begitu. Pun tak lapor pada family tak pasti kenapa takut, malu atau risau tapi sedaya upaya elak pelaku. Akhirnya pelaku terjadi kejadiaan yang tak diingini di jalan raya dan pergi buat selamanya.

Hamba Allah – Terbaca kisah awak. Saya sanggup create akaun fb lain semata2 untuk komen kat sini. Saya pernah lalui pengalaman ysng sama. Jelas diingatan saya. Pengasuh saya selalu tinggalkan saya dan seorang lagi anak asuhannya (kawan saya, budak lelaki sebaya saya) untuk dijaga oleh ayah pengasuh.

Hampir setiap hari pengasuh akan keluar dan tinggalkan kami dengan lelaki jahat tu. Ibu pengasuh dah pergi buat selamanya. Setiap hari lelaki tu akan tindih saya dan gesel2 dia punya sehingga keluar ‘air’. Masa tu saya tak tau itu apa. Just tau air tu pekat macam susu. Mujur dia tak cuba untuk apa apakan saya. Dia buat yang sama juga pada kawan saya. Saya beruntung kerana berpindah ke tempat lain masa saya berumur 6 tahun.

Tetapi kawan saya still menetap di situ sehingga sekarang. Beberapa tahun lepas saya berjumpa semula dengan kawan saya tu. Pada usia 30++ tahun, dia masih tak berkahwin. Saya tanyakan kenapa dia tak berkahwin. Dia Tanya Saya semula adakah Saya ingat peristiwa sewaktu kami kecil dulu. Rupanya selepas saya berpindah. Dia terus jadi sasaran si tua tak sedar diri.

Lebih teruk, kawan saya diperlakukan setiap hari. Dan semuanya dirahsiakan dan kisah kisah tersebut terpadam bersama dengan si tua itu. Sungguh saya bersimpati. Kawan saya jadi jijik pada diri sendiri, jadi pemalu, pendiam.

Sumber – Rin (Bukan nama sebenar) via IIUMC