Perut makin membesar. Adk call kakak kandung sendiri mintak maaf sebab makin hari keadaan dia makin teruk akibat perbuatan kakak dia. Akhirnya tak sangka kakak dia hantar benda ini pula.

Kehidupan keluarga

Mak aku pun cakap dia pun rasa aku lain sebab aku bukan jenis anak yang melawan cakap orang tua. Sesampai aku di kampung, keluarga aku terkejut tengok keadaan aku dan bapak aku antara percaya dan tak yang aku terkena buatan orang. Bapak aku bawa aku buat lagi sekali full medical checkup tapi hasil tetap sama tiada sebarang penyakit.

Bapak aku bawa berubat, masa berubat aku pengamal tu cakap depan bapak aku sendiri. Yang buat aku ni adalah sedaging yang tengah mengandung anak perempuan dan secara automatik aku terus tersebut nama kakak aku no.3 ni.

Bapak aku hanya mampu beristifar dan pengamal tu cakap suami isteri yang buat aku!! Yang suami (abang ipar) dah lama menaruh hati dekat aku tapi tak berani nak luahkan sebab dia tahu aku akan menolak. Yang perempuan pulak (kakak kandung aku sendiri No.3) memang tak puas hati dengan kecantikkan serta kelebihan yang aku ada. Jahat dan tersangatlah jahat!!!

Selepas berubat, aku terasa badan ringan sangat sampaikan aku jalan rasa nak terjatuh. Yerlakan selama ni berat jer aku bawa badan aku ni, tapi perut aku tak turun-turun dan aku boleh gelakkan pengamal tu lagi. Aku cakap, “Engkau bukan tandingan aku!!”

Selepas aku berubat, aku makin teruk dan duduk rumah keluarga aku sendiri, aku jadi panas dan aku hilang pertimbangan. Hari-hari aku makan seperiuk nasi dan 10 biji telur rebus. Aku makin teruk dan teruk. Bapak aku selalu akan baca Al-Quran sampai aku tertidur. Aku dah lama tak tidur malam sebab panas, lepas subuh baru aku akan tertido tapi hanya 3 jam. Mata aku dah hitam teruk macam panda dah.

Setiap kali bapak aku baca Al-Quran sebelah aku, akan menangis suruh hentikan baca Al-Quran. Aku pernah nak cucuk bapak aku dengan pisau. Seluruh negeri aku berubat hinggakan tahun berganti tahun aku tetap tak sembuh malah makin hari makin hebat dugaan hidup aku dan makin sakit.

Aku hampir nak bahayakan nyawa sendiri kerana aku dah takda akal, aku telan pil Jamu 30 biji sampai biru bibir aku. Bapak aku perasan perubahan aku dan nampak botol pil tu atas katil lalu aku ditampar oleh bapak aku sendiri dan bapak aku jolok tekak aku. Ya Allah ampunkan lah dosa-dosa aku kerana aku betul-betul hilang kawalan!!

Aku berubat lagi tapi makin teruk. Aku call kakak aku no.3 minta ampun maaf dan aku sanggup sujud dikaki dia 7 hari 7 malam andai aku pernah sakitkan hati dia tapi dia marah aku. Dia tak mengaku langsung malah dia beritahu semua kenalan dan kawan-kawan aku, mengandung anak luar nikah.. Malunya aku hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu!

Sudahlah dibomohkan malah difitnah pulak aku ni. Start dari hari tu juga kesabaran aku dah sampai puncak, aku berdoa sedalam dalam hati aku masa dia nak beranak nanti akan ada masalah. Itu doa orang yang teranaiya oleh aku.

Sepatutnya, dia beranak normal tapi dia terpaksa operate. Anak dia sehingga kini tak boleh bercakap langsung. Setiap kali aku berubat dia pasti akan tambah dan tambah buatan dia dan apa yang menyedihkan aku, makin kurang ajar dengan orang tua aku dan rumah tu makin hari makin panas. Hingga aku buat keputusan untuk balik ke KL. Biarlah aku sakit seorang diri dari aku jadi anak yang derhaka!

Walaupun, aku dah balik Kl gangguan tetap ade dan hari-hari aku penuh dengan gangguan aneh. Pernah aku tengah sikat rambut dekat cermin, benda tu dah berani tunjuk diri dia. Dia boleh jalan selamba belakang aku! Benda tu perempuan, hitam rambut panjang sampai lantai bila aku toleh dia tak ade.

Aku ni dulu penakut teramat-amat tapi bila dah bertahun benda ni asyik menghantui aku, dah jadi biasa dan hijab aku dah terbuka sehingga kini. Keadaan aku makin hari makin teruk dan aku dah redha andai masa aku dah tiba. Aku pun ade call mak bapak aku minta halalkan semuanya dan minta ampun maaf andai selama aku hidup ni banyak aku sakitkan hati dorang.

Mak bapak aku cakap andai ni takdir hidup aku dorang redha. Oh lupa aku nak cerita, masa bapak dan mak aku tahu yang buat aku kakak aku sendiri, mak aku tanya kakak aku tapi dia tak mengaku!! Mak aku sampai tak hiraukan dia tapi aku cakap dengan mak aku jangan disebabkan aku, mak berdosa sebab bahagikan kasih sayang.

Siapalah kita untuk membalas dia biar Allah S.W.T sahaja yang membalas. Sebagai mak dan bapak jalanilah tanggungjawab seperti biasa sebab aku tak nak mak aku kena jawab di atas sana nanti. Aku cakap biarlah ni antara aku dan dia sahaja.

Tahun ke 5 aku masih sakit, kakak aku no.2 call katanya ada ustaz nak ubatkan aku dan suruh aku balik kampung secepat mungkin sebab nyawa aku dihujung tanduk. Ustaz tu suruh kakak no.2 tanya aku, betul ke ade gagak dekat balcony rumah aku?

Memang gagak hitam tu ade kat situ dah 2 hari asyik memekak jer dan ustaz suruh aku balik sekarang juga dia akan buat dari jauh supaya gagak tu hilang dan ustaz pesan dengan aku andai gagak tu patuk kepala aku nyawa aku akan melayang!

Dalam keadaan aku yang lemah, kaki aku bengkak macam gajah dan perut aku membesar macam orang mengandung kembar 8 anak, aku gagahkan juga naik LRT ke stesen bas dan balik ke kampung. Ustaz ade berpesan jangan sesekali tidur dalam bas tapi aku memang dah tak larat. Masa aku dalam perjalanan balik ke kampung, aku tertidur dan bermimpi bas yang aku naik terbalik.

Bas tu terbelah dua dekat seat yang aku duduk tu. Kiri kanan aku lori yang bawa besi macam terowong tu. Besi terowong tu nak cucuk jantung aku tapi Allah masih sayangkan aku, kakak aku no.2 call. Bila aku tersedar aku tahu tu bukan mimpi malah betul-betul hampir terjadi. kiri dan kanan aku lori yang sama dalam mimpi aku. Bagi aku, itu petunjuk kecil dari Allah S.W.T

Driver bas tu macam tahu ade yang tak kena dekat aku. Sepanjang perjalanan driver bas buka surah2 Al-Quran sekuat-kuatnya sehingga sampai kampung aku. Mungkin driver bas tu kena ganggu kot kan? Sampai aku kat kampung terus kakak no.2 aku bawa jumpa ustaz, cakap kalau ikutkan aku dah lama tak ada tapi disebabkan aku ade penjaga keturunan sebelah bapak aku yang dah lama jaga aku tu yang aku masih hidup sehingga kini.

Ustaz cakap, benda diia cuba hantar dari jauh tapi tak boleh masuk sebab aku ada orang jaga cuma aku ni biasalah jiwa muda solat tak solat. Kadang cukup 5 waktu, kadang tak cukup. Benda yang jaga aku ni pulak kena solat, mengaji baru dia boleh dekat dengan aku!

Disebabkan tak boleh nak buat aku dari jauh sebab tu dia gunakan makanan supaya jadi daging dan tanam benda dalam perut aku! Selepas beberapa rawatan dengan ustaz ni, Alhamdulillah aku makin pulih dan sembuh cuma perut aku tak turun sepenuhnya lagi hingga kini.

Aku ada bertanya dengan ustaz siapa yang buat aku untuk kepastian sebab antara orang yang cuba bantu aku, dengan ustaz ni seorang aku percaya apa yang dia cakap.. Tapi ustaz tak nak beritahu aku, dia cakap cukuplah dia seorang sahaja yang tahu. Kalau aku betul nak tahu, aku kena amalkan 7x Al-Fatihah, 7x Ayat Kursi, 3 Qul dan doa sedalam-dalam hati aku nak tahu siapa yang buat aku dengan niat nak mengelak dari jumpa or rapat dengan orang yang buat aku ni.

Akhirnya, 3 malam aku bermimpi kakak dan abang ipar aku no.3 ni. Aku mimpi dia baik sangat dengan aku, tapi aku pulak yang jahat dalam mimpi tu. Dia dan abang ipar aku bagi aku makan ayam seekor dekat rumah peremouan lorong, bagi aku makan dekat dalam tandas dan belikan aku macam-macam.

Setiap apa yang aku mimpi semua berkaitan dengan dorang. Untuk pengetahuan, aku dah 8 tahun tak balik raya di kampung sebab setiap tahun mesti kakak aku no.2 tu akan balik rumah mak bapak aku. Selama 8 tahun juga aku beraya seorang diri. Raya ke 4 baru aku balik kampung itu pun kakak aku no.2 tu dah balik Klang.

Selepas aku sihat sikit, bapak aku pun buka cerita. Masa aku dalam perut mak aku lagi ade orang tua minta izin dekat bapak aku nak jaga aku tapi bapak aku tak izinkan. Setiap malam, aku pasti akan jalan dalam tidur seolah olah ade orang panggil aku tapi bapak aku akan tidur depan pintu bilik supaya dia sedar kalau aku berjalan keluar.

Ustaz pun ade beritahu aku yang aku ni orang teristimewa yang orang lain tak ada tapi aku ada. Ustaz cakap dekat aku selama ni ade orang yang sentiasa jaga aku tapi disebabkan aku dah termakan benda yang dia hantar kat aku, orang yang jaga aku tak boleh buat apa pun dah. Lagi pun, masa period aku 3 bulan non stop aku dah was-was nak solat.

Selepas aku sembuh sedikit, aku dapat petunjuk sendiri cara orang yang buat aku. Dia guna patung dan kata. Dekat badan patung tu penuh dengan jarum, setiap kali bomoh orang asli tu cucuk patung tu aku yang akan sakit!! Katak pulak siang dia rendam dalam tempurung, malam dia salai sebab tu aku panas.

Untuk pergetahuan semua, aku dilahirkan dalam perjalanan ke hospital betul-betul depan masjid. Masa aku lahir azan berkumandang dan orang yang minta izin bapak aku untuk nak jaga aku adalah orang bunian. Lepas aku sembuh sikit dari sakit, aku mimpi aku pakai baju kurung warna putih dan kain baju kurung tu macam orang-orang lama dan kain kurung tu jenis putih bersih.

Sejak Aku mimpi aku terima kain kurung tu, aku mimpi dekat kepala aku sebelah kiri setiap helaian rambut aku di tanam benda macam serbuk buluh sebab tu kepala aku asyik gatal dan rambut aku yang lebat makin nipis disebabkan gugur.

Aku dah boleh ubatkan diri aku sendiri tapi aku tak tahu macam mana nak pecahkan angin-angin dekat perut aku. Ustaz pun ade cakap yang dia dah sedaya upaya ubatkan aku cuma dekat kemaluan aku ade sekor jin ni duduk.

Ustaz tak boleh buang, andai dia buang juga ibarat dia dah bersetubuh dengan aku. Sehingga kini, perut aku masih buncit tapi tak dah macam dulu sekarang macam orang mgandung 3 bulan macam tu. Ade masa perut aku akan cegang macam nak pecah tapj ada masa dia normal. Aku tak lah sehat sepenuhnya tapi ni pun aku dah bersyukur.

Aku bawa diri aku jauh dari Malaysia sebab bila aku dekat sini (luar negara) kesihatan aku makin baik dan tiada guna aku balik Malaysia lagi sebab bila tiba hari raya aku tetap raya seorang diri! Biarlah aku bawa diri dan jauh dari keluarga aku sendiri andai kakak aku no.3 tu puas hati dan aku tak nak jadi anak yang derhaka dengan orang tua aku.

Sebab sampai sekarang balik rumah tu aku jadi panas walaupun aku tak seteruk dahulu. Aku dah redha dengan takdir hidup
aku dan aku pun dah redha andai aku tak diberi kesempatan untuk menjaga kedua-dua orang tua aku.

Tapi setiap bulan, aku tak lupa tanggungjawab aku sebagai anak dengan memberi nafkah untuk kedua-dua orang tua aku walaupun aku tahu kedua orang tua aku punyai duit sendiri. Aku tahu aku tak boleh nak balas budi dorang yang mengandungkan, melahirkan, menyusukan, mendidik aku menjadi insan yang berguna tapi dengan cara ni sahaja mampu aku membalas semuanya walaupun aku tahu, tak akan terbalas dengan apa yang dorang korbankan untuk aku sehingga kini.

Bagi aku ujian Allah S.W.T ini untuk hapuskan dosa-dosa yang aku buat tanpa aku sedar. Mungkin dekat atas muka bumi ni aku menderita tapi aku percaya pasti suatu hari nanti aku lah orang yang paling bahagia. Setiap pagi aku selalu doakan supaya Allah S.W.T masukkan iman dalam diri orang yang buat aku.

Susah untuk aku maafkan apatah lagi untuk aku lupakan semuanya tapi jauh dari sudut hati aku, kesian sebab dekat dunia mungkin akan terlepas tapi dekat akhirat kelak pasti akan merangkak cari aku!! Aku beralah bukan bererti aku kalah tapi aku beralah dengan membawa diri jauh supaya dia bertaubat dan kembali kepangkal jalan. Sungguh berat ujian ini Ya Allah. Biarlah masa dan waktu yang menentukan segala-galanya.

Aku minta maaf andai cerita aku ni buat pembaca kurang faham sebab aku pun baru pertama kali luah dekat FS ini. Yang baik datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari diri kita sendiri. Aku mohon doa pembaca semua tolong doakan aku sehat seperti dahulu dan tolong doakan perut aku keluar angin-angin jahat. Terima kasih semoga Allah sahaja yang mampu balas budi baik kalian.. Allahuakbar(3x). Hamba Allah yang teranaiya

Sumber : Fiksyen Shasha