Dkwa jumpa malaikat dan boleh tahu tarikh pemergian. Sekali ini pesanan Ustazah Asma Harun buat pengikut PMYT.

Terkini Tips Viral

Sejak kebelakangan ini, viral di media sosial mengenai ajaran sesat Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) oleh seorang wanita yang dikenali dengan nama Sittah Annur. Difahamkan, pihak polis juga telah mengenal pasti individu yang terlibat. Terbaru, Ustazah Asma’ Harun telah memberi respon berhubung ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT).

Dakwa ‘jumpa’ Nabi Muhammad SAW

Menerusi perkongsian di Facebook, Ustazah Asma’ Harun mengakui bimbang dengan kewujudan kumpulan PMYT kerana fahaman ini sangat menyentuh sensitiviti umat Islam, bahkan ianya berkait dengan aqidah. PMYT mendkwa menerima ramalan melalui mimpi termasuk berita bakal berlakunya Perang Dunia Ke-3 bermula di Sabah selain mengajak orang ramai mencari Imam Mahdi supaya dapat menyelamatkan masyarakat daripada huru-hara peper4ngan.

Sejak 6 bulan yang lalu, kumpulan PMYT ini telah berkongsi pelbagai dkwaan dan ramalan yang mereka perolehi melalui mimpi menggunakan platform media sosial seperti Facebook, YouTube dan Telegram. Mereka yang mengikuti juga terdiri daripada golongan profesional seperti doktor, jurutera, pensyarah, pesara kerajaan termasuk anggota polis serta tentera.

Bahkan saban hari jumlah pengikut kumpulan PMYT ini semakin meningkat sehingga mereka bergiat aktif dan mampu mewujudkan 22 kumpulan Telegram di seluruh negara. Lebih membimbangkan apabila Sittah Annur turut mengajak para pengikutnya keluar bersama jika berlakunya peperangan selain  menimbulkan pemikiran bahawa masyarakat perlu menyembunyikan diri dan kekal berada di dalam hutan untuk mendapatkan keselamatan.

Dia mendkwa dirinya beryaqazah (bertemu secara sedar) dengan malaikat dan Nabi Muhammad SAW. Antara mimpinya juga adalah mengenai keadaan syurga dan neraka. Beliau sempat meronda di dalam mimpinya dan mengakui telah mengetahui bila tarikh kematiannya dan anaknya malah huru-hara yang akan berlaku pada hari kiamat.

Ajaran sesat PMYT

Tegas Ustazah Asma’ lagi, tiada seorang pun yang mengetahui bilakah akan terjadinya hari kiamat. Malah, kita juga tidak boleh meyakini dan mentafsirkan mimpi berdasarkan pandangan kita sendiri. Mimpi hanya boleh ditakwilkan oleh segolongan yang dikurniakan Allah SWT untuk mengetahui akan rahsia-rahsianya. Sungguh, hanya mimpi para nabi dan rasul sahaja mimpi benar yang boleh dijadikan sebagai sumber hukum dan hujah syarak. Manakala orang biasa seperti kita, pasti tidak mampu untuk melepaskan diri daripada hasutan syaitan yang boleh menggugat kesahihan takwilan mimpi.

Dalam kesempatan itu, Ustazah Asma’ merayu kepada umat Islam supaya lebih berilmu untuk menghalang daripada berlakunya salah faham dan munculnya kumpulan ajaran sesat yang merosakkan akidah seseorang. Syukur Menteri Agama, Ustaz Idris Ahmad telah menegaskan untuk menyelamatkan aqidah kumpulan ini melalui pendekatan kaunseling dan pendidikan buat mereka. Bahkan semua pihak berkuasa agama tidak akan berkompromi dalam menangani sebarang ajaran sesat. Sungguh, inilah tindakan yang tepat dan patut dibuat. Sumber: Ustazah Asma’ Harun

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.