Petugas yang di hantar tiada pengalaman. Tergamam bila individu ini dedahkan keadaan sebenar dia Sabar yang ramai tak tahu. Rupa rupanya sampai macam ni sekali jadi kat Sabah.

Berita

Petugas yang di hantar tiada pengalaman. Tergamam bila individu ini dedahkan keadaan sebenar dia Sabar yang ramai tak tahu. Rupa rupanya sampai macam ni sekali jadi kat Sabah.

KOTA KINABALU: Seorang petugas kesihatan di Sabah mendakwa kekurangan tenaga kerja masalah paling besar dihadapi hospital negeri itu dalam menangani w4b4k C0vid-19. Doktor perubatan yang enggan namanya didedahkan itu mend4kwa, walaupun sejumlah jururawat dari Semenanjung dikerah ke Sabah, namun ianya masih belum dapat menyelesaikan masalah itu.

“Ya memang betul sejumlah petugas kesihatan daripada Kuala Lumpur datang ke sini minggu lalu, tetapi apabila tiba di sini mereka perlu menjalani kuar4ntin selama 1 atau 2 minggu lagi. “Apabila habis kuar4ntin, kebanyakan mereka juga bukan boleh terus bekerja kerana yang dihantar ke sini masih ‘junior’ dan tiada pengalaman, harus diajar lagi,” katanya kepada FMT hari ini.

Beliau mend4kwa kekurangan kakitangan h0sp1tal, terutama jururawat, menyebabkan sebahagian kakitangan sedia ada terpksa bekerja lebih masa, sehingga ada dalam kalangan mereka menghadapi tekan4n ment4l.

“Ada (jururawat) yang sampai men4ngis kerana terlebih bekerja, selain tertek4n dan mungkin t4kut, kerana hari-hari kena menghadapi pes4kit dij4ngkiti c0v1d-19. Siapa yang tidak t4kut? “Mereka juga terp4ksa berkorb4n dalam banyak hal,

sudah pastinya korb4nkan masa dan terp4ksa berasingan daripada keluarga kerana t4kut membawa balik peny4kit (C0vid-19). “Selain itu, ada juga doktor yang menjaga (unit raw4tan rapi) terp4ksa mengambil ub4t tidur kerana terlebih kerja dan tekan4n ment4l,” katanya.

Tak seperti digambarkan

Sementara itu, beliau bersetuju dengan kenyataan Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr Subramaniam Muniandy, yang mengatakan keadaan kemudahan perub4tan, terutama jumlah katil di unit rawata rapi, tidak seperti yang digambarkan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, pada sidang media hariannya.

“Ya memang betul (kenyataan Subramaniam), KP (ketua pengarah) cakap katil di unit rawatan rapi cukup, baru 70% digunakan tetapi mereka sebenarnya turut mengira katil-katil wad ICU di daerah-daerah lain.

“Sekiranya keadaan pes4akit kr1tikal, mereka akan dihantar ke sini (h0sp1tal Queen Elizabeth) juga jadi di sana (daerah lain) mana ada penuh. Ada rakan setugas saya di Keningau, Tawau, dan Sandakan mengatakan wad unit rawan rapin penuh.

“Bagi saya apa yang dinyatakan oleh KP terlalu meluas dan tidak seperti gambaran sebenar di sini. Saya harap dia boleh datang untuk melihat sendiri keadaan di sini,” katanya. Beliau berkata, walaupun keadaan yang dihadapi amat mencabar, mereka tetap melakukan segala yang terdaya bagi menangani pes4kit C0vid-19.

“Kami ‘berjuang’ sehingga tahap maksimum, itu belum mengambil kira kes-kes yang bukan berkaitan c0v1d-19 seperti peny4kit sakit teruk. “Di seluruh Sabah, kini hanya tinggal h0sp1tal Queen Elizabeth II (QEH II) yang menjalankan operasi meraw4t sakit. Hanya di sana juga operasi elektif dilakukan selepas semua h0sp1tal dijadikan pusat raw4tan C0vid-19.

“Ini pun menjadi masalah juga kerana QEH II juga kekurangan tenaga kerja. Kebanyakan jururawat dihantar untuk tangani C0vid-19, peralatan-peralatan perubatan juga tidak diberi keutamaan di QEH II kerana kebanyakannya dihantar ke h0sp1tal yang menjadi pusat raw4tan C0vid-19,” katanya.

Beliau berkata kerajaan juga harus beri perhatian kepada QEH II kerana ia satu-satunya h0sp1tal bukan C0vid-19. “Semua operasi elektif daripada kepala hingga ke kaki dilakukan di sana,” dan menambah kalau kerajaan tidak jaga QEH II, beliau bimbang ianya akan terjejas teruk.

“Jadi pes4kit teruk mahu ke mana?” katanya. Dalam pada itu, beliau turut berterima kasih kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat swasta yang banyak membantu pihak h0sp1tal memerangi C0vid-19 di Sabah.

“Sebenarnya, banyak mesin-mesin perubatan, respirator pembersih udara berkuasa (PAPR), dan peralatan pelindungan diri (PPE) disumbangkan NGO. “Kalau kita tunggu daripada pusat, saya tidak tahu berapa ramai yang terkorb4n pun masih belum sampai (kemudahan perubatan),” katanya.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

sumber : FMT via trending network

Bimbang Kes Baru Covid 19 Sentiasa Meningkat Secara Konsisten. Terbaru Kementerian Kesihatan Malaysia Jangkakan Ambil Masa Selama Tempoh Ini Untuk Ratakan Lengkungan Wabak Covid 19 Di Malaysia.

Kes jangkitan Covid-19 pada bulan ini sahaja umumnya melebihi jumlah kes pada bulan-bulan lepas walaupun ditambah kesemuanya. Manakan tidak, kes tiap hari mencecah ratusan malah ada yang ribuan. Namun syukur, menurut pengiraan KKM, kadar kebolehjangkitan menurun. Rt turun dari 1.5 pada minggu lalu ke 1.2 .

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) negara pada minggu ini adalah 1.2 iaitu menurun selepas 1.5 dilaporkan minggu lalu. – Lapor Sinar Harian. Sekiranya nilai 0.3 dapat dicapai, kita berjaya meratakan lengkungan Covid-19.”

Walaupun begitu, kes baru meningkat secara konsisten. “Walaupun nilai Rt berjaya dikurangkan pada minggu ini, ia masih lagi (usaha) tidak mencukupi.” Malaysia mampu menurunkan kes sehingga menjadi 1 angka berdasarkan pengalaman lalu. Jelas beliau, Malaysia mempunyai keupayaan untuk menurunkan kadar kes menjadi dua atau satu digit berdasarkan pengalaman lalu. “Sebanyak 50 peratus kes positif Covid-19 dilaporkan adalah daripada penjra dan pusat tahanan dan kes jangkitan di Depot Tahanan Imigresen sebelum ini juga berjaya dibendung dengan baik.”

Sumber: FMT

Tambahnya, dalam usaha mengurangkan nilai Rt tersebut, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran (TEMCO) perlu dilakukan di beberapa lokasi yang dikenal pasti di Selangor dan Sabah. “Di Pantai Timur Sabah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), kita dapat melihat hasil positif iaitu penurunan kes.” Nilai Rt direkodkan pada gelombang ketiga Covid-19 sejak 20 September lalu adalah 2.2. Negara mencatatkan nilai Rt tertinggi pada permulaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 18 Mac lalu dengan kadar 3.5.- LOBAKMERAH

Tergamam KKM bongkarkan kumpulan kumpulan yang berisiko tinggi dijangkiti Covid 19 sehingga membuatkan orang ramai tak senang duduk dengan kenyataan yang dikeluarkan itu.

Kuala Lumpur: Dua kumpulan berisiko tinggi dijangkiti Covid-19 iaitu ahli keluarga kes positif dan petugas barisan hadapan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata, bagaimanapun, kebanyakan kes jangkitan membabitkan petugas barisan hadapan berlaku di luar waktu bertugas iaitu dalam komuniti dan tempat awam. “Ketika bertugas, saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada petugas barisan hadapan adalah memakai pakaian perlindungan diri (PPE), pelitup muka dan sarung tangan.

“Apabila di luar waktu bertugas, mereka juga mesti patuh prosedur operasi standard (SOP) seperti ke pasar atau tempat awam. “Ini yang kita bimbangkan dan kita perlu pastikan mereka patuh SOP ketika di luar tugas. Bukan hanya rakyat tapi juga petugas barisan hadapan,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya. Beliau berkata, pematuhan kepada SOP itu adalah amanat penting KKM untuk melindungi mereka ketika bertugas dan mengurangkan jangkitan.

Sumber: HMETRO

Pesakit tanpa simptom COVID19 mudah lebih cepat hilang antibodi berbanding individu yang mempunyai simptom. Lebih mengejutkan individu berusia 18 hingga 24 tahun lebih mudah kena atas satu sebab ini

Imperial College di London yang menduduki tangga ke 9 dalam carta universiti terbaik seluruh negara menjumpai kajian baru berkenaan virus pandemik itu. Laporan BH mengatakan,satu kajian besar besaran di Britain menunjukkan pesakit COVID19 tanpa simptom dikesan kehilangan antibodi lebih cepat berbanding mereka yang mempunyai simptom.

Penemuan oleh Imperial College London dan firma kajian pemasaran Ipsos Mori itu turut mendedahkan kehilangan antibodi adalah perlahan dalam kalangan berusia 18 hingga 24 tahun berbanding mereka yang berusia 75 tahun.Kajian dari ratusan sampel

Sampel daripada ratusan orang dari England antara pertengahan Jun dan lewat September lalu menunjukkan antibodi virus menurun ke tahap satu per empat.Kajian menunjukkan tahap imun pesakit COVID-19 berkurangan secara beransur-ansur selepas dijangkiti.Seramai 365,000 orang dewasa terlibat dan dipilih secara rambang antara 20 Jun dan 28 September lalu untuk kajian ini.

Hasilnya, mereka mendapati jumlah mereka yang hilang antibodi adalah 26.5% dalam tempoh tiga bulan.Tempoh imuniti masih misteri.Bagaimanapun, Pakar Fakulti Kesihatan Awam Imperial College, Paul Eliott, berkata pihak sains yang terbabit lebih bimbang berhubung perkara yang tidak diketahui mengenai ketahanan antibodi terhadap virus itu.“Tahap imun antibodi ini masih tidak diketahui atau sampai bila sistem imun ini akan bertahan.”

Disahkan Bebas Dari COVID19 Tapi Ada Kesan Sampingan Yang Tak Kita Sangka. Seorang Lelaki Ini Dedah Alami Masalah Deria Ini Sepanjang Hidup

Makluman terkini. Tempoh pemulihan pesakit yang telah dijangkiti COVID-19 berbeza-beza, bergantung kepada tahap ketahanan badan masing-masing.Bayangkan, disahkan bebas dari COVID-19 tetapi hakikatnya kita masih perlu menanggung kesan jangka panjangnya seumur hidup.Menurut data yang diambil dari Mayo Clinic, antara kesan-kesan yang direkodkan oleh bekas pesakit termasuk mengalami keletihan berpanjangan, sakit otot dan kesukaran untuk bernafas.

Meskipun COVID-19 diketahui umumnya menjangkiti paru-paru, namun ia sebenarnya boleh menjejaskan beberapa organ dalaman manusia. Dalam kes lain, ada pesakit yang turut hilang pendengaran selepas dijangkiti virus itu. Memetik laporan Kompas, kes tersebut membabitkan seorang lelaki Inggeris berusia 45 tahun selepas berlaku kerosakan pada saraf pendengarannya.

Dia dikatakan mula mendengar gema dan dengung di telinga sebelum pekak secara tiba-tiba di telinga kiri — kira-kira seminggu selepas keluar daripada unit rawatan rapi.Ujian dibuat seterusnya mendapati berlaku kerosakan saraf pada telinga, dan gangguan pendengarannya tidak dapat disembuhkan.Bagaimanapun ia sebenarnya bukanlah kes pertama seumpama itu yang pernah direkodkan.

Menurut kajian International Journal of Audiology, 13 peratus daripada 121 pesakit pernah melaporkan perubahan atau gangguan pada deria pendengaran mereka selepas dijangkiti COVID-19.Kajian juga menunjukkan, jangkitan virus boleh menyebabkan pesakit mengalami sudden sensorineural hearing loss dengan cara mengganggu sistem imun dan merosakkan sel halus dalam telinga.

Bukan setakat demam batuk dan selesema sahaja simptom jangkitan covid 19 tapi ini juga antara gejala yang dialami dan ramai yang tidak sedar dengan gejala ini.

Kelesuan dan hilang deria bau serta rasa adalah antara simptom jangkitan COVID-19 yang dikesan dalam kalangan pesakit. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ketika ini, gejala yang diketahui umum adalah demam, batuk, selesema, cirit birit serta sesak nafas. Beliau berkata, ada gejala yang ramai tidak sedar iaitu kelesuan serta hilang deria bau dan rasa. “Ada mereka yang ke pejabat apabila diambil suhu ia normal, tetapi mereka ada masalah kelesuan, hilang deria bau serta rasa.

“Itu juga adalah gejala yang tidak kita maklum. Adalah penting kalau kita ambil tindakan, jika kita ada gejala yang nyata seperti demam dan batuk, kita pakai topeng muka dan jangan datang ke pejabat. “Sebelum ini, pada mesyuarat di Jabatan Perdana Menteri (JPM) ada pegawai yang datang, tidak ada gejala yang nyata seperti batuk, demam tetapi ada gejala kelesuan, kebetulan mereka yang menghadiri mesyuarat itu perlu menjalani ujian saringan, beliau didapati positif,” katanya pada sidang media harian COVID-19, di sini sebelum ini.

Justeru, Dr Noor Hisham berkata, walaupun ada mesin dan alat untuk mengukur suhu, tidak semestinya suhu yang normal itu, tidak ada gejala. Selain itu, beliau meminta pemilik premis dan pejabat yang menggunakan alat pengesan suhu badan mematuhi syarat dan peraturan penggunaannya bagi memastikan suhu badan yang diukur tepat. “Suhu badan manusia sihat adalah antara 36.6 hingga 37.2 darjah selsius,” katanya diminta mengulas laporan media mengenai pengambilan suhu itu jika ia benar-benar mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.-BHONLINE

Pesakit Tanpa Simptom COVID19 Mudah Lebih Cepat Hilang Antibodi Berbanding Individu Yang Mempunyai Simptom. Lebih Mengejutkan Individu Berusia 18 Hingga 24 Tahun Lebih Mudah Kena Atas Satu Sebab Ini

Imperial College di London yang menduduki tangga ke 9 dalam carta universiti terbaik seluruh negara menjumpai kajian baru berkenaan virus pandemik itu. Laporan BH mengatakan,satu kajian besar besaran di Britain menunjukkan pesakit COVID19 tanpa simptom dikesan kehilangan antibodi lebih cepat berbanding mereka yang mempunyai simptom.

Penemuan oleh Imperial College London dan firma kajian pemasaran Ipsos Mori itu turut mendedahkan kehilangan antibodi adalah perlahan dalam kalangan berusia 18 hingga 24 tahun berbanding mereka yang berusia 75 tahun.Kajian dari ratusan sampel

Sampel daripada ratusan orang dari England antara pertengahan Jun dan lewat September lalu menunjukkan antibodi virus menurun ke tahap satu per empat.Kajian menunjukkan tahap imun pesakit COVID-19 berkurangan secara beransur-ansur selepas dijangkiti.Seramai 365,000 orang dewasa terlibat dan dipilih secara rambang antara 20 Jun dan 28 September lalu untuk kajian ini.

Hasilnya, mereka mendapati jumlah mereka yang hilang antibodi adalah 26.5% dalam tempoh tiga bulan.Tempoh imuniti masih misteri.Bagaimanapun, Pakar Fakulti Kesihatan Awam Imperial College, Paul Eliott, berkata pihak sains yang terbabit lebih bimbang berhubung perkara yang tidak diketahui mengenai ketahanan antibodi terhadap virus itu.“Tahap imun antibodi ini masih tidak diketahui atau sampai bila sistem imun ini akan bertahan.”

Disahkan Bebas Dari COVID19 Tapi Ada Kesan Sampingan Yang Tak Kita Sangka. Seorang Lelaki Ini Dedah Alami Masalah Deria Ini Sepanjang Hidup

Makluman terkini. Tempoh pemulihan pesakit yang telah dijangkiti COVID-19 berbeza-beza, bergantung kepada tahap ketahanan badan masing-masing.Bayangkan, disahkan bebas dari COVID-19 tetapi hakikatnya kita masih perlu menanggung kesan jangka panjangnya seumur hidup.Menurut data yang diambil dari Mayo Clinic, antara kesan-kesan yang direkodkan oleh bekas pesakit termasuk mengalami keletihan berpanjangan, sakit otot dan kesukaran untuk bernafas.

Meskipun COVID-19 diketahui umumnya menjangkiti paru-paru, namun ia sebenarnya boleh menjejaskan beberapa organ dalaman manusia. Dalam kes lain, ada pesakit yang turut hilang pendengaran selepas dijangkiti virus itu. Memetik laporan Kompas, kes tersebut membabitkan seorang lelaki Inggeris berusia 45 tahun selepas berlaku kerosakan pada saraf pendengarannya.

Dia dikatakan mula mendengar gema dan dengung di telinga sebelum pekak secara tiba-tiba di telinga kiri — kira-kira seminggu selepas keluar daripada unit rawatan rapi.Ujian dibuat seterusnya mendapati berlaku kerosakan saraf pada telinga, dan gangguan pendengarannya tidak dapat disembuhkan.Bagaimanapun ia sebenarnya bukanlah kes pertama seumpama itu yang pernah direkodkan.

Menurut kajian International Journal of Audiology, 13 peratus daripada 121 pesakit pernah melaporkan perubahan atau gangguan pada deria pendengaran mereka selepas dijangkiti COVID-19.Kajian juga menunjukkan, jangkitan virus boleh menyebabkan pesakit mengalami sudden sensorineural hearing loss dengan cara mengganggu sistem imun dan merosakkan sel halus dalam telinga.

Terkini Saintis Bongkarkan Risiko Tinggi Kepada Kucing Untuk Terkena Covid 19 Yang Juga Memberi Kesan Buruk Kepada Haiwan Yang Lain. Ini Perkara Yang Dilakukan Sekiranya Perkara Itu Berlaku Terutamanya Bagi Pemilik Kucing.

SAINTIS sebelum ini mengatakan bahawa kucing mampu menjadi pembawa dan menyebarkan Covid-19. Terbaharu, para saintis di Amerika Syarikat (AS) kini secara terbuka menyatakan bahawa si bulus juga harus menjalani kuarantin sekiranya tinggal dengan individu yang disahkan positif Covid-19.

Para penyelidik dari Colorado State University di AS mengatakan bahawa sekiranya pemilik kucing terpaksa dimasukkan ke hospital, maka individu yang ditugaskan menjaga haiwan berkenaan harus mengamalkan penjarakkan sosial. “Kucing peliharaan yang dijangkiti tidak boleh dibiarkan berkeliaran di luar rumah secara bebas untuk mencegah risiko kemungkinan ia menyebarkan jangkitan ke kucing atau haiwan liar lain,” kata para saintis.

“Oleh itu, jika manusia yang mengalami gejala mengikuti prosedur kuarantin dan tinggal di rumah bersama haiwan peliharaannya, maka risiko ia menjangkiti manusia lain adalah rendah,” demikian kata para saintis berkenaan. Sebelum ini pasukan penyelidik di Institut Penyelidikan Veterinar Harbin di China mengatakan kucing ‘sangat mudah terdedah’ kepada Covid-19 di mana virus itu dapat disebarkan dengan mudah di antara kucing. – Metro.co.uk

Sumber: Mstar

COVID-19: Haiwan peliharaan individu positif perlu dikuarantin

KUALA LUMPUR: Haiwan peliharaan milik individu yang disahkan positif COVID-19 perlu diasingkan dan dikuarantin selama 14 hari, bagi tujuan pemantauan kesihatan. Pensyarah Kanan (Imunologi Veterinar), Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia, Dr Farina Mustaffa Kamal, berkata sekiranya haiwan itu menunjukkan sebarang masalah kesihatan dalam tempoh berkenaan, penjaga perlu merujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Daerah, untuk tindakan susulan.

Katanya, biarpun tiada bukti haiwan peliharaan boleh menyebarkan jangkitan COVID-19, namun ia boleh dijangkiti penyakit itu, seperti dilaporkan Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE). “Dua kes jangkitan COVID-19 membabitkan haiwan peliharaan, iaitu kucing dan anjing sudah dilaporkan di Belgium dan Hong Kong yang berpunca daripada pemiliknya positif wabak itu.

“Jadi, haiwan peliharaan ini disyaki terjangkit daripada kontak rapat individu positif COVID-19, melalui ciuman, pelukan atau pengendalian haiwan, tanpa membasuh tangan,” katanya ketika dihubungi Bernama. Bagaimanapun Dr Farina berkata, setakat ini kes jangkitan ke atas haiwan peliharaan adalah amat terpencil dan tiada maklumat jelas mengenai simptom haiwan dijangkiti COVID-19, malah kebanyakannya tidak menunjukkan sebarang tanda.

“Hanya kes seekor kucing di Belgium yang menunjukkan simptom masalah pernafasan, cirit-birit dan muntah. Namun perlu diingatkan, terdapat agen virus atau bakteria lain yang boleh menyebabkan simptom yang sama pada haiwan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan lebih baik jika langkah kuarantin dan pengasingan diri daripada haiwan peliharaan dilakukan lebih awal, sebaik pemilik menyedari diri mereka mempunyai simptom dijangkiti COVID-19. “Jika waktu itu tiada orang lain yang boleh mengendalikan haiwan milik anda, pakailah penutup muka serta sarung tangan ketika memberi makan dan minum, membersihkan sangkar dan najis haiwan peliharaan itu,” katanya.

Tambah Dr Farina, tiada bukti jelas ada spesis haiwan tertentu yang lebih mudah dijangkiti secara semula jadi, namun beliau menegaskan dalam situasi negara dilanda pandemik COVID-19 ini, pemilik amat digalakkan mengurung haiwan peliharaan di dalam rumah.

“Setakat ini, kajian menunjukkan virus ini (COVID-19) boleh menjangkiti kucing, feret dan monyet. “Namun begitu, feret dan monyet merupakan haiwan makmal yang digunakan dalam kajian berkaitan coronavirus,” jelasnya.

Mengulas mengenai nasib haiwan jalanan pula, Dr Farina berkata kebanyakan kucing jalanan selalunya lebih sukar didekati, kerana ia tidak biasa berinteraksi dengan manusia. “Jadi secara logiknya, kurang kontak rapat seperti ciuman, pelukan antara manusia dan kucing jalanan, namun saranan daripada OIE dan WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) perlu diguna pakai, jika mengendalikan haiwan peliharaan, mahupun jalanan,” jelasnya.

Mengulas lanjut mengenai coronavirus, jangkitan kuman dan virus terhadap haiwan, Dr Farina berkata secara amnya, coronavirus adalah kumpulan keluarga virus yang besar dan menjangkiti spesis haiwan yang berlainan. Katanya, kebanyakan virus terbabit bukan zoonotik, atau bermaksud jangkitan itu terhad di dalam haiwan sahaja.

“Contoh virus yang boleh menjangkiti haiwan domestik ialah seperti anjing (canine coronavirus), kucing (feline coronavirus), ayam (infectious bronchitis virus), babi (porcine epidemic diarrhea virus dan transmissible gastroenteritis virus).

“Hanya SARS-CoV, MERS-CoV yang dikenal pasti berpunca daripada haiwan, iaitu kelawar dan boleh menjangkiti manusia,” katanya. Sementara itu, katanya bagi SARS-CoV2 iaitu virus penyebab COVID-19, analisa jujukan virus mendapati terdapat 96 peratus persamaan dengan virus yang dijumpai di dalam kelawar, namun kajian lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar. – BERNAMA

Kucing peliharaan dijangkiti COVID-19

LONDON: Seekor kucing peliharaan didiagnos menghidap COVID-19, sekali gus menjadi kes pertama membabitkan haiwan di United Kingdom (UK) dan ia disahkan kerajaan. Kucing itu dipercayai dijangkiti virus daripada pemiliknya, yang semuanya sudah sembuh sepenuhnya.

Haiwan itu hanya menunjukkan gejala ringan, sekali gus dipercayai tidak menjadi punca menyebarkan penyakit berkenaan kepada pemiliknya atau manusia dan binatang lain. Ketua Pegawai Veterinar UK, Prof Christine Middlemiss, berkata masih tiada bukti haiwan peliharaan dapat menyebarkan virus itu kepada manusia.

Jangkitan itu disahkan hasil keputusan ujian di Makmal Badan Kesihatan Haiwan dan Tumbuhan (APHA) di Weybridge pada Rabu lalu. Katanya, kejadian itu sangat jarang berlaku berikutan haiwan dijangkiti sehingga kini hanya menunjukkan gejala klinikal ringan dan sembuh dalam beberapa hari.

“Tiada bukti menunjukkan haiwan peliharaan secara langsung menyebarkan virus kepada manusia. Kami akan memantau situasi ini dengan teliti dan akan mengemas kini panduan kepada pemiliknya sekiranya keadaan berubah,” katanya. Pengarah perubatan di Public Health England, Yvonne Doyle, berkata orang ramai diingatkan supaya sentiasa mencuci tangan selepas bersentuhan dengan binatang peliharaan.

“Ini adalah kes pertama kucing domestik yang positif COVID-19 di UK, tetapi tidak seharusnya diambil ringan. “Penyelidikan terhadap kes ini menunjukkan jangkitan disebarkan daripada manusia ke haiwan dan bukan sebaliknya.

“Pada masa ini, tiada bukti haiwan peliharaan menyebarkan penyakit berkenaan kepada manusia,” katanya. Kucing peliharaan yang pada mulanya didiagnosis doktor haiwan swasta dengan virus herpes kucing, iaitu jangkitan pernafasan kucing yang biasa, tetapi selepas sampel ia diuji untuk COVID-19 sebagai sebahagian daripada program penyelidikan.

Sampel susulan yang diuji di makmal APHA di Weybridge mengesahkan kucing itu juga dijangkiti COVID-19. Sehingga kini, terdapat sebilangan kecil kes haiwan yang dijangkiti COVID-19 yang dilaporkan di seluruh dunia, termasuk beberapa ekor harimau dan singa di Zoo Bronx di New York. – AGENSI