Polis Daerah tampil bvru 4 individu ini. Boleh pula lari dari pusat kuarantin dan ini yang berlaku.

Info Viral

Polis daerah ini membrv empat t4hnan positif Covid-19 selepas melarikan diri dari pusat kuarantin di Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri (ILMAN) awal pagi tadi. Semua tahanan iaitu Salman Arip, 19, Mohd Diyazmir Razif Rudyaz, 20, Mohd Rahman Basir, 24 dan Arippian Abdul, 27, dikesan melarikan diri dari pusat kuarantin terbabit kira-kira pukul 3.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd. Haris Ibrahim berkata, semua tahn4n berkenaan dipindahkan dari lok4p Balai Polis Penampang ke pusat Covid-19 di bangunan ILMAN secara berperingkat sejak 24 Julai lalu selepas disahkan positif Covid-19.

“Empat tah4nan yang melarikan diri melibatkan tiga warga asing dan seorang warga tempatan berusia antara 19 hingga 27 tahun. Semua suspek yang ditahan disiasat atas kesalahan mencvr1, menc3drakan dan penyalahgun44n dd4h,” katanya dalam kenyataan hari ini. Sumber -K! ONLINE

Terkini ppv idcc Shah Alam diarahkan tutup hari ni lepas ada petugas yang positif covid 19. Rupanya ini punca buat orang ramai tak senang duduk.

Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam akan ditutup selama satu hari pada Selasa, 13 Julai 2021. Ia dimaklumkan oleh Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) dalam sebuah kenyataan rasmi ekoran kes positif COVID-19 dalam kalangan petugas di PPV berkenaan.

Menurut CITF, keputusan itu dibuat berdasarkan keputusan ujian COVID-19 malam tadi dan kerja-kerja sanitasi akan dijalankan. “Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) ingin memaklumkan bahawa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam akan ditutup selama satu hari pada 13 Julai 2021 susulan kes positif COVID-19 yang dikenal pasti dalam kalangan petugas di PPV tersebut.

“Langkah segera penutupan ini diambil hasil daripada keputusan ujian COVID-19 yang diperoleh malam tadi bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dijalankan,” kata kenyataan terbabit.

Sebagai langkah berjaga-jaga, CITF juga menyarankan mereka yang hadir untuk vaksinasi di antara 29 Jun hingga 12 Julai 2021 untuk membuat penilaian kendiri dan menjalankan ujian saringan COVID-19 sekiranya bergejala.

Janji temu yang diberi pada hari ini juga akan dijadualkan semula kepada satu tarikh baru yang akan dimaklumkan secepat mungkin. Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi talian 03-889 34303.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kes makin hari meningkat. Terkini keadaan sesak di Cac Stadium Malawati bila dikunjungi hampir 4000 pesakit covid 19 termasuk bayi dan kanak kanak.

Semakin meningkat dan terus meningkat… Individu yang positif COVID 19 hari ini dilihat berpusu-pusu hingga terpaksa beratur panjang lebih dari 500 meter untuk melapor diri ke Pusat Penilaian COVID 19 (CAC) di Stadium Malawati, Shah Alam.

Menurut Malaysia Gazette, lebih menyedihkan apabila kanak-kanak dan bayi yang juga positif COVID 19 terpaksa beratur sama dalam keadaan panas terik semenjak dari jam 11 pagi tadi.

Menerusi gambar yang diperolehi dari portal berita tersebut, orang ramai dilihat beratur hingga ke parkir kenderaan bersebelahan stadium. Hanya sebuah khemah putih saja dilihat menempatkan individu yang alami sesak nafas dan alami simptom serius akibat wabak itu.

Malah pengunjung juga dilihat sudah bersiap sedia dengan beg pakaian masing-masing, seolah-olah tahu yang mereka akan ditempatkan di pusat kuarantin nanti. 4,000 pengunjung hadir, di luar kemampuan petugas kesihatan

Menurut petugas kesihatan yang terlibat, lebih 4,000 orang pengunjung telah hadir ke CAC Stadium Malawati dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari ini. Ini sebenarnya telah melebihi kapasiti harian yang mana CAC tersebut boleh menerima antara 1,000 ke 1,5000 pengunjung, yang mana perkara ini jelas-jelas di luar kemampuan mereka.

Disebabkan jumlah pengunjung yang makin bertambah, petugas di CAC itu juga dilihat mula mengagihkan makanan dan minuman kepada mereka yang hadir kira-kira jam 11.45 pagi tadi bagi meredakan keadaan. Aduhai kasihan pula… nampaknya dah boleh expect peningkatan dalam kes dua ke tiga hari ini.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dr Noor Hisham jangkakan kes harian Covid 19 akan mulai stabil dalam masa 1 atau 2 minggu lagi. Tapi ini pesanannya yang kerajaan perlu lakukan.

Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan jumlah kes harian Covid-19 di negara ini, mulai stabil dan menunjukkan penurunan dalam tempoh seminggu atau dua minggu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata dengan proses vaksinasi yang giat dilaksanakan di seluruh negara serta kawalan kesihatan awam masih berkuat kuasa seperti sekatan pergerakan ketika ini, mampu melandaikan semula keluk jangkitan wabak itu.

Katanya, lonjakan kes baharu sejak beberapa hari lepas adalah berikutan lebih banyak saringan bersasar Covid-19 dilaksanakan khususnya di Selangor dan Kuala Lumpur yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ketika ini.

“KKM sudah jangkakan memang dengan sekatan pergerakan di kawasan Lembah Klang, kes harian akan meningkat kerana saringan bersasar dan saringan komuniti dilaksanakan. Namun, saya yakin dengan kaedah kawalan yang baik (sekatan pergerakan) kita akan lihat jumlah kes lebih stabil serta menunjukkan penurunan dalam seminggu lebih atau dua minggu. Pada masa sama, proses vaksinasi perlu dipercepatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu program ‘The Nation’ bertajuk ‘Covid-19: Apa Lagi Ikhtiar Kita terbitan Bernama TV yang dihoskan Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Ras Adiba Radzi, malam tadi.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata mengambil pengalaman dan iktibar daripada kesan gelombang kedua Covid-19 sebelum ini, negara perlu lebih berhati-hati dan tidak tergesa-gesa untuk membuka beberapa sektor yang boleh mencetuskan lagi lonjakan kes baharu.

Beliau berkata pematuhan yang berterusan oleh semua pihak serta penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) di lapangan seperti sektor perkilangan, perlu dipertingkatkan dalam usaha mengawal lebih banyak jangkitan khususnya membabitkan penularan di tempat kerja. Menjelaskan situasi kapasiti beberapa hospital yang dilaporkan sesak dengan jumlah pesakit Covid-19, beliau berkata KKM sedang giat meningkatkan keupayaan hospital untuk menampung pesakit terutama individu dengan jangkitan tahap empat dan lima di unit rawatan rapi.

“Masalah yang kami hadapi ialah pesakit tahap empat dan lima mengambil masa lama untuk dirawat dalam Unit Rawatan Rapi antara dua hingga lima minggu termasuk yang memerlukan alat bantuan pernafasan. Inilah kekangan yang dihadapi kerana jumlah pesakit tahap empat dan lima juga bertambah dan menjadi sesak. Oleh sebab itu KKM sedaya upaya meningkatkan lagi kapasiti hospital,” katanya.

Terdapat lima tahap jangkitan Covid-19. Tahap satu – tidak bergejala; tahap dua – bergejala ringan; tahap tiga – bergejala dan mengalami radang paru-paru; tahap empat – bergejala, mengalami radang paru-paru dan perlukan bantuan oksigen; serta tahap lima – bergejala kritikal dan memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi. Pada hari Sabtu, Malaysia mencatatkan kes harian tertinggi dengan 9,353 kes baharu dengan 29 lagi kluster baharu termasuk 19 kluster tempat kerja.

Sumber : hmetro

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Lepas ni tak perlu beratur panjang dan menunggu lama. KKM dedah cara ujian Covid 19 terbaru yang boleh buat sendiri di rumah.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memaklumkan akan memulakan ujian COVID 19 menggunakan persampelan air liur (deep throat saliva) dalam waktu terdekat ini. Perkara tersebut dinyatakan menerusi perkongsian Twitter KKM yang juga menyatakan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) sedang memperincikan panduan penggunaannya dan dijangka selesai minggu hadapan.

KKM akan memulakan ujian #COVID19 menggunakan persampelan air liur (deep throat saliva) dalam waktu terdekat. Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) sedang memperincikan panduan penggunaannya dan dijangka selesai minggu hadapan.

Perkongsian :

https://twitter.com/KKMPutrajaya/status/1412656241185214472?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1412656241185214472%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Flobakmerah.com%2Fboleh-buat-kendiri-di-rumah-kkm-akan-mulakan-ujian-covid-19-guna-air-liur-tidak-lama-lagi%2F

Menurut Astro AWANI, Kajian Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) juga telah mendapati dua peranti ujian kendiri (Rapid Antigen test) yang menggunakan air liur bagi saringan COVID 19 mencapai tahap sensitiviti 90%.

Dua ujian kendiri air liur telah selesai dikaji oleh IMR dan kedua-dua mempunyai sensitiviti melebihi 90 peratus. “MDA (Pihak Berkuasa Peranti Perubatan) sedang memperincikan panduan penggunaan dan insya-Allah akan selesai minggu depan,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham

Dua ujian kendiri (Rapid Antigen test) air liur telah selesai dikaji oleh IMR untuk saringan Covid-19. Kedua-dua mempunyai sensitiviti melebihi 90%. MDA sedang memperincikan panduan pengunaan dan InshaAllah akan selesai minggu depan.

Pada Mei lepas, Noor Hisham juga memaklumkan terdapat dua syarikat menawarkan kit ujian tersebut untuk dijual di farmasi tempatan. Menerusi penggunaan kit ujian air liur itu juga, individu tak perlu hadir ke fasiliti kesihatan untuk buat saringan awal bagi kesan COVID 19. Semoga usaha DG Hisham membawa hasil yang baik kepada kita semua.