Polis mensyaki beberapa pemuda yang sanggup palsukan borang rentas negeri. Rupanya sebabkan ini buatkan polis bertindak macam ni.

Berita Fakta Terkini

Polis men4han dua lelaki dalam sekatan jalan raya (SJR) berhampiran Plaza Tol Bentong semalam selepas mereka dipercayai memalsukan borang rentas negeri untuk ke Kelantan. Ketua Polis Daerah Bentong Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata kedua-dua lelaki berumur 25 dan 34 tahun itu ditahan pada 6.30 petang selepas anggota polis meragui nombor siri pada borang yang dikemukakan mereka.

“Anggota bertugas juga meragui kesahihan cap dan tandatangan ketua balai yang didakwa meluluskan borang itu menyebabkan pegawai polis di lokasi menghubungi balai polis terlibat. Semakan mengesahkan nombor siri itu tidak wujud selain polis di balai berkenaan tidak pernah menerima permohonan daripada kedua-dua lelaki tersebut,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kedua-dua lelaki kini disiasat mengikut Seksyen 22(D) Akta Pencegahan dan Kawalan Peny4kit Berjangkit 1988 (Akta 342). “Pemeriksaan lebih ketat akan terus dilakukan di sempadan daerah ini sama ada dari Selangor atau Negeri Sembilan bagi memastikan penularan wabak COVID-19 di Pahang dapat dikawal,” katanya sambil menambah setakat semalam, tujuh individu telah ditahan di SJR Bentong bagi membantu siasatan memalsukan borang rentas negeri.

Sumber: BERNAMA

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Satu Lagi Kes Masa Hari Raya. Individu Ini Rentas Negeri Guna Surat Kerja Untuk Beraya Di Kampung Dan Jangkiti Keluarga Dengan Covid 19.

Ramai yang kecewa tak dapat pulang beraya di kampung minggu lalu, tapi dengan situasi Covid-19 yang makin meruncing, kita tetap duduk di rumah dan tak keluar beraya. Namun, masih juga terdapat segelintir individu yang pentingkan diri sendiri dan sanggup cuba pelbagai cara semata-mata untuk merentas negeri dan beraya bersama keluarga.

Seperti yang dikongsikan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kedah di Facebook, seorang individu telah merentas negeri untuk menyambut Hari Raya di kampung dan menjangkiti beberapa ahli keluarga dengan Covid-19. Seorang individu telah menyalahgunakan surat pengesahan majikan dan pas pekerja dengan merentas daerah bagi tujuan pulang ke kampung untuk menyambut hari raya bersama ibu-bapanya baru-baru ini.

“Sedangkan beliau tinggal dan menetap di daerah lain. Akhirnya, disebabkan tindakannya yang tak patuh SOP PKP yang ditetapkan telah menyebabkan ramai ahli keluarganya turut dijangkiti Virus COVID-19.” Malah, selepas siasatan lanjut dijalankan, tiada SOP yang diamalkan semasa sambutan hari raya dan ekoran dari tindakannya ini, ibu bapa dan anak-anak saudaranya yang masih kecil kini sedang dirawat di hospital.

JKN Kedah kongsikan perkara ini untuk memberi peringatan kepada orang ramai supaya terus mengikut SOP yang ditetapkan dan menjadi rakyat yang lebih bertanggungjawab. Cubalah Tuan/Puan bayangkan sekiranya Kerajaan membenarkan aktiviti ziarah di Hari Raya dilakukan pada baru-baru ini? Adakah kes akan melonjak lebih tinggi atau bagaimana? “Kepada rakyat yang sentiasa terus mematuhi SOP, anda adalah warganegara yang amat bertanggungjawab, anda juga adalah anak yang bertanggungjawab kepada keluarga.”

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.