Perlu buat swab test 72 jam sebelum akad nikah. Wanita ni kongsikan proseder terkini nikah di Selangor masa pkp.

Info

GAMBAR SEKADAR HIASAN

Urusan pernikahan sewaktu pandemik Covid-19 kini berbeza seperti dahulu. Justeru, penting untuk setiap bakal pengantin tahu bagaimana prosedur-prosedur baharu yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing. Baru-baru ini, pengguna Twitter Maryam Fatimah yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya, berkongsi mengenai prosedur dan kaedah pernikahan yang dijalankan di Selangor. Jom kita baca perkongsiannya. Semoga bermanfaat!

Penting Untuk Bakal Pengantin, Ini Prosedur Nikah Di Selangor Sewaktu PKP

Firstly, isi borang nikah di SPPIM. Link DI SINI. Senang guna SPPIM ni sebab tak perlu sediakan saksi dah. Cuma isi bahagian pihak lelaki, perempuan, maklumat kebenaran dan wali. Sorang je isikan, bukan dua-dua. Lepas dah isi semua maklumat, boleh hantar and lepas tu dia akan keluar macam ni. Tolong simpan nombor rujukan tu. Fungsi nombor rujukan ialah untuk check balik borang yang kita dah isi tu kalau ada pembetulan.

Lepas tu, boleh print dah borang & checklist. Mudah ada checklist untuk kita refer berapa salinan kita kena sediakan. Checklist tu macam ni:

Checklist 1 Borang Permohonan Berkahwin. Yang ni buat 2 salinan ye. Ada 4 pages, Bahagian A-G. Bahagian D tu details wali, so perempuan je ada details nanti. Wali boleh sign terus dari rumah. Lelaki punya kosong sebab lelaki tak perlu wali. Bahagian F biarkan kosong. Time hantar borang baru sign depan pegawai.

Checklist 2 & 3 tu photostat la IC sendiri dan pasangan 2 salinan. Checklist 4 tu kalau berkenaan, silalah sediakan. Checklist 5, itu borang HIV test. Memang sedia ada dia buat 2 copy. So bawak je time nak buat HIV test nanti. Appointment boleh buat kat Mysejahtera apps. Pilih Digital Health, Clinic appointment booking. I book thru queuemed. Make sure klinik kerajaan ye.

Time HIV test, perlu bayar RM1/sorang. Result dapat terus. Kena tunggu kejap lah kat situ. Bawak powerbank so boleh main game time tunggu. I buat kat KK Kelana Jaya, satu copy dia simpan, satu dia bagi kat you. I photostat buat 1 lagi salinan. HIV test valid 6 bulan tau. So you guys estimate la bila nak buat tu ye. 

Checklist 6. Buat 1 copy. Waktu nak hantar, bawak yang original tau. Checklist 7 (perempuan). Photostat IC wali 2 copy. I bernasib baik sebab ayah i ada di Selangor juga, jadi dia ada untuk jadi wali. Kalau yang wali jauh, perlu isi surat wakalah wali (checklist 14).

Checklist 8 (perempuan). Photostat surat perakuan nikah parents. Lagi sekali, i bernasib baik sebab parents i masih bersama and ada simpan sijil nikah lagi. Kalau yang dah berpisah, boleh sertakan 1 salinan surat perakuan berpisah. Checklist 7, 8 (lelaki) & checklist 9, 10 (perempuan). Sertakan lah borang ni kalau berkenaan.

Checklist 9 (lelaki) & 11 (perempuan). Since saya dan pasangan dua-dua alamat IC bukan di Selangor, kami perlu isi borang mastautin. Borang mastautin perlu pengesahan dari nazir kariah masjid/Penghulu mukim. Cari la masjid berdekatan and minta diorang sahkan.

Macam i, i Google je number orang masjid tapi dia bagi i number Penghulu mukim, jadi i contact dia dan set time untuk minta pengesahan. Kalau ada yang dari daerah petaling, boleh dm i untuk number Penghulu daerah Petaling. Checklist 10 (lelaki) & checklist 12, 13 (perempuan). Yang ni pun sediakanlah kalau berkenaan. Alhamdulillah i dah cukup umur hehe.

Checklist 11 (lelaki) & checklist 16 (perempuan). I memang ada standby gambar passport, so i bagi je yang background biru. Diorang terima saja. Checklist 14 (perempuan). Borang wakalah wali, perlu diisi untuk perempuan yang wali tak boleh hadir. Wali boleh sign siap-siap dari rumah. Bahagian saksi kosongkan. Saksi ialah orang dari PAID sendiri.

Appointment dengan Pejabat Agama Islam Daerah

Okay. So dah settle borang. Ini yang tricky part, nak dapatkan appointment dengan PAID. For now, appointment bulan 8 & 9 memang dah penuh. Jadi i would suggest korang follow @IamAjak and on notification sebab dia selalu update bila sistem dibuka. Link DI SINI

Alhamdulillah rezeki i haritu, dapat tarikh 11/8 untuk hantar borang. Kebetulan i dengan suami dari daerah yang sama, so buat 1 appointment je untuk hantar borang and pergi sekali. Yang daerah lain, hantar borang lelaki dulu lepas tu baru submit borang perempuan ye. Buat 2 appt.

Time hantar borang tu baru boleh check available date untuk nikah. So far, Selangor boleh nikah di pejabat agama saja. Bila dah dapat tarikh, swab test buat 72 jam sebelum tarikh nikah. I buat PCR dekat BP lab, guna promo code ‘Takaful’ dapat discount RM90.

Waktu hari akad nikah, make sure datang on time. Sebab i buat google meet, kita boleh setup tripod dulu. Tripod memang diorang dah standby kat dalam bilik nikah so senang lah. Tapi ni untuk daerah Petaling lah ye. Saksi pegawai PAID pun baik tolong adjust kan video.

Jangan lupa sediakan upah jurunikah dan saksi. Untuk daerah Petaling, total RM230. RM190 satu sampul surat – jurunikah. RM20 – buat 2 sampul surat untuk 2 saksi (RM40). Bawa sekali duit mas kahwin dan cincin/pemberian kalau ada. Sesi akad nikah dalam 30 minit je.

Takde pun soal jawab tanya rukun islam, rukun iman ke. Dia just briefing tanggungjawab suami & isteri, then terus akad nikah. Jangan lupa bawa IC ye. Tisu pun kalau you jenis kuat nangis (like me). Jadi, kalau nak dapat apa-apa info, rajin-rajin lah check tweet @IamAjak or join group ni kat Facebook: Pengantin PKP Selangor dan Kuala Lumpur.

Sumber: Twitter Maryam Fatimah