PU Rahmat tegur golongan islamik yang promosi Squid Game.

Agama Hiburan Islamik Viral

Di sana sini kita mendengar komen dan review daripada pelbagai pihak berkenaan siri yang mendapat rating nombor satu di Netflix Malaysia, Squid Game.

Jalan cerita yang menarik, penuh emosi dan mendebarkan membuatkan ramai pihak ingin menontonnya, tak kiralah sama ada golongan tua tambah-tambah lagi yang muda.

Walau bagaimanapun, bagi mereka yang dah menonton, pasti korang perasan yang siri ini terselit beberapa adegan yang tidak manis ditonton ramai. Lebih janggal lagi, jika siri ini mendapat review atau dipromosi oleh golongan agamawan.

Tak perlulah sampai nak buat bedah siri.

Isu ini kemudian mendapat perhatian Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan atau PU Rahmat yang menegur sikap sesetengah golongan asatizah dan influencer islamik yang membuat ‘bedah siri’ rancangan tersebut.

Menerusi posting di Facebook, PU Rahmat mengakui jalan cerita siri seperti Squid Game dan Money Heist memang menarik namun ia juga menonjolkan adegan tidak manis dan hal-hal haram yang lain yang tidak sepatutnya dipromosi oleh golongan agamawan.

Gini laa senang cerita. “Mana-mana Islamis khususnya Asatizah dan Influencer islamik yang menonton mana-mana siri Netflix macam Squid Game dan Money Heist tak perlu sampai nak buat bedah siri.

“Saya paham jalan cerita best dan plot twist serta penuh pengajaran tapi Siri itu juga menonjolkan adegan tidak manis dan hal-hal haram lain”, katanya.

“Nak tengok tu tengoklah tapi…” 

Tambahnya lagi, isu ini juga sudah menjadi topik perbincangan hangat apabila ada anak-anak di bawah umur yang minta ibu bapa untuk benarkan mereka menonton kisah tersebut disebabkan ia diletakkan di bawah ‘child lock’.

“Bukan apa, ni dah jadi hujah bila ada budak-budak bawah umur minta mak ayah benarkan mereka tonton Siri Netflix sebab Mak ayah mereka buat child lock.

“Paham kan maksud saya?.

“Nak tengok tu tengoklah sebab masing-masing dah dewasa tapi jangan pula kalian mempromosi secara tak langsung sebab follower kalian bukan semuanya orang dewasa,” katanya lagi.

“Adegan membunuh pun sebenarnya boleh desensitize jiwa kita” 

Ramai di kalangan warganet juga mengakui apa yang diperkatakan PU Rahmat itu benar dan sebaiknya golongan yang lebih tua serta beragama tidak sepatutnya mempromosikan siri seperti itu kepada remaja di bawah umur.

Ada benar juga kata PU Rahmat tu. Orang dewasa sebaiknya janganlah promosi cerita ni kepada budak-budak. Tak sesuai ditonton ramai.

Sumber: Lobak Merah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.