Rakyat excited hanya 16 kes baru Covid 19 semalam tak sangka akhirnya Dr Noor Hisham lantang bersuara dedahkan sesuatu. Semalam paling rendah sejak pelaksanaan PKP

Berita

Terkini, KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga 12 Mei 2020, jam 12 tengah hari, terdapat 16 kes baharu jangkitan COVID-19 telah dilaporkan. Kesemua kes ini telah dikesan dan diasingkan untuk rawatan selanjutnya. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif adalah 6,742.

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu sidang media berkaitan Perkembangan Terkini Covid-19 di Malaysia sebentar tadi. Terkini #covid19malaysia 12 Mei. Kes sembuh= 110, Jumlah sembuh= 5,223, Kes positif= 16, Jumlah positif= 6,742, Kes yang telah pergi buat selamanya= 0, Jumlah yang telah pergi buat selamanya =109. Sebanyak 16 kes dirawat di ICU dan 3 daripadanya sedang menerima bantuan pernafasan.

KKM juga mengenalpasti bahawa daripada 16 kes baharu yang dilaporkan hari ini, 3 kes adalah kes import dan 13 kes penularan tempatan. KKM melaporkan bahawa daripada jumlah positif terdapat 9 kes adalah daripada bukan warganegara Malaysia.

Sehingga kini, seramai 16 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, tiga kes memerlukan bantuan pernafasan. Dimaklumkan bahawa tiada kes yang telah pwrgi buat selamanya baru dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan orang yang maut seramai 109 orang atau 1.62 peratus daripada jumlah keseluruhan.

110 Pesakit Lagi Telah Sembuh, Jumlah Keseluruhan Cecah 5,223

Sebanyak 110 kes positif jangkitan Covid-19 di negara ini dilaporkan telah pulih dan dibenarkan keluar hospital setakat Selasa (12 Mei 2020). Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu sidang media sebentar tadi

Terkini #covid19malaysia JUMLAH KESELURUHAN KES DISCAJ, 12 Mei. Sebanyak 110 kes telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih adalah sebanyak 5,223. Tahniah kepada barisan hadapan!@DGHisham. Ianya sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya dan dibenarkan keluar hospital meningkat kepada 5,223 orang.

Laporan Pengembara Malaysia Positif C0vid-19, 12 Mei

Daripada 16 kes baharu dilaporkan hari ini, 3 adalah membabitkan kes import dimana rakyat Malaysia masing-masing telah mengunjungi UK, Singapura dan Jepun.

Laporan kluster 12 Mei

3 Kluster Covid-19 (Kawasan PKPD) menyaksikan tiada pertambahan kes pada hari ini termasuk PKPD terbaharu iaitu Kawasan Pasar Jalan Othman, Petaling Jaya. BWN = Bukan Warga Negara

Sumber: Sidang Media KKM, Twitter KKM

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Dr Noor Hisham Tampil Bersuara. Tak Perlu Risau Kerana Kes Covid 19 Meningkat Sebenarnya Hanya Sebab Ini. Rupa Rupanya Ini Puncanya PKPB Dilaksanakan.

TREND peningkatan kes positif Covid-19 harian adalah melibatkan kes import dan kes yang dikesan dari lokasi dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Justeru Kementerian Kesihatan (KKM) meminta semua rakyat di negara ini supaya tidak bimbang mengenai peningkatan kes harian yang dilihat sejak kebelakangan ini, termasuklah hari ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pesakit daripada kes import dan dari lokasi PKPD telah pun diasingkan untuk disaring sejak awal-awal lagi. “Trend kes-positif Covid-19 harian sejak kebelakangan ini menunjukkan peningkatan kes-kes import dan kes-kes yang dikesan dari lokaliti PKPD.

“Namun kita tak perlu khuatir dengan kes-kes ini… ia kerana mereka dari awal lagi telah diasingkan untuk disaring, diuji dan dirawat di hospital, ” katanya pada sidang media harian, Sabtu petang. Dr Noor Hisham berkata, aktiviti penularan Covid 19 dalam kalangan masyarakat setempat pula dapat dikenal pasti melalui aktiviti survelan klinikal jjangkitan wabak itu yang telah lama dijalankan.

“Ini dilaksanakan dengan persampelan pesakit Influenza Like Illness (ILI) dari lokasi sentinel seluruh negara dan pesakit Severe Acute Respiratory Infection (SARI) di semua hospital KKM, ” katanya. Jelas Dr Noor Hisham, sehingga 1 Mei sebanyak 7,880 saringan Covid-19 dalam aktiviti survelan klinikal telah dijalankan dengan hanya 12 kes dikesan daripada ILI (0.81 peratus) dan 54 kes dikesan daripada SARI (0.84 peratus).

“Selain itu, saringan Covid-19 juga dilaksanakan ke atas semua pesakit sebelum operation kecemasan dan separa kecemasan di hospital KKM sebagai langkah pencegahan penularan Covid-19 di kalangan petugas kesihatan.

“Sehingga 1 Mei, terdapat hanya lima kes yang dikesan positif Covid-19 daripada 5,435 jumlah pesakit yang disaring (iaitu hanya 0.09%), ” katanya. Justeru Dr Noor Hisham berkata aktiviti pendekatan tertumpu yang dijalankan setakat ini terbukti berkesan dalam mengesan dan membendung penularan wabak Covid-19 di negara ini.

“Namun, ianya memerlukan tindakan selari rakyat untuk patuh kepada semua arahan dan nasihat kesihatan Kerajaan, ” katanya. Menurut Dr Noor Hisham, kadar kebolehjangkitan Covid-19 dalam komuniti masih dalam keadaan terkawal setakat ini.

“Kalau kita lihat sebelum pelaksanaan PKP 1,2, 3… sebelum PKP 1, R-Naught atau kebolehjangkitan kita 3.55. Pada 14 April lalu, R-Naught dah kurang kepada satu… sekarang 0.7. Apabila kita melihat tindakan kita sekarang iaitu PKPB jadi kita jangkakan R-Naught masih kurang daripada satu. Itu modeling telah kita laksanakan. Selagi R-Naught kurang daripada satu kita boleh kawal jangkitan dalam masayarakat, ” katanya.

SUMBER : Mstar

PKP Ditarik Balik. Tak Sangka Akhirnya Ismail Sabri Tampil Bersuara Lantang Tentang PKPB Yang Tan Sri Muhyiddin Umumkan Semalam Dan Ini Tindakan Utk Rakyat Yg Ingkar

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) masih berkuat kuasa meskipun PKP Bersyarat (PKPB) bakal bermula Isnin ini, tegas Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata, PKP tersebut diberikan sedikit kelonggaran kepada sektor tertentu dengan prosedur operasi standard (SOP) menerusi PKP Bersyarat (PKPB) yang berkuat kuasa pada 4 Mei,

Jelasnya, Akta 342 iaitu Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 terus dikuatkuasa sepanjang PKP. “PKP tidak ditarik balik, masih terus dilaksanakan. Bukan bermakna PKPB ini tidak ada akta lagi yang mengikat rakyat kita untuk patuh kepada setiap arahan.

“Akta 342 masih lagi berkuat kuasa dan tindakan masih boleh diambil terhadap mereka yang melanggar kepatuhan akta ini,” katanya pada sidang media, petang Sabtu. Pada masa ini, PKP memasuki fasa keempat dari 29 April sehingga 12 Mei.

Ismail Sabri berkata, pergerakan dan SOP ketika PKP fasa keempat masih seperti PKP fasa satu, dua dan tiga. Beliau menambah, PKPB yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat, adalah berdasarkan kepada dua kriteria utama iaitu kepentingan kesihatan dan keperluan merangsang semula ekonomi negara.

“Oleh sebab itu, kerajaan telah menyediakan SOP yang ketat untuk semua sektor,” katanya. Terdapat beberapa sektor yang masih dilarang beroperasi bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan Covid-19.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.