Rakyat selangor selalu mengalami masalah bekalan air terganggu. Akhirnya lelaki ini tampil dedahkan punca sebenar bekalan air di Selangor selalu terganggu.

Berita

Sudah berkali-kali terjadi pencemaran air Sungai Selangor sehingga menyusahkan penduduk, ramai yang meluahkan rasa geram dan kecewa serta mempersoalkan mengapa masalah itu sering berulang dari tahun ke tahun.

Susulan masalah yang terpaksa penduduk Selangor hadapi, seorang pengguna Twitter, Faisal Rahim mendedahkan punca-punca isu gangguan air yang sering terjadi di negeri itu. Menurutnya, ada tiga pihak yang bertanggungjawab dalam pengurusan air

di Selangor dan Kuala Lumpur iaitu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Lembaga Urus Air Selangor (URUS) dan Air Selangor yang mempunyai tugas mereka masing-masing. Katanya lagi, syarikat Air Selangor ditubuhkan pada tahun 2014 dan pada tahun 2019 barulah mengambil alih sepenuhnya.

Jika ada yang buang bahan tercemar tidak akan dapat dikesan

Menjelaskan masalah pencemaran yang berlaku, menurutnya jika ada yang membuang satu tong bahan tercemar dalam sungai tidak akan dapat dikesan kerana Sungai Selangor sangat panjang. Ujarnya, pihak PBT yang perlu mengawal kilang yang dibina secara haram mahupun secara sah. Lebih menyusahkan, kebanyakan kilang dibina atas tanah persendirian dan bukan mudah untuk dirobohkan.

Masalah paip pecah & usang

Masalah besar dihadapi adalah paip air di Selangor sudah berusia puluhan tahun memandangkan diuruskan oleh syarikat yang berbeza-beza. Jadi ada yang bagus dan ada yang tidak bagus. Memandangkan kini di bawah Air Selangor, mereka perlu menukar semua paip tapi memerlukan masa kerana ada beribu paip ditambah pula kos yang diperlukan mencecah berbilion ringgit.

Katanya lagi, negeri lain kurang mengalami masalah gangguan bekalan air kerana kurangnya pembangunan dibandingkan dengan Lembah Klang. Menjelaskan salah faham apabila ramai yang menyalahkan syarikat Air Selangor, katanya pihak Air Selangor hanya merawat dan membersihkan air jika ada benda bahaya. Ujarnya, jika terjadi masalah sungai dan pencemaran bau, masalah itu sebenarnya di bawah pihak PBT dan LUAS.

SUMBER: Twitter Faisal Rahim

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Gulapop

Baru Sahaja Dikejutkan Dengan Isu Gangguan Air Di Selangor Kembali Lagi. Kini Sebanyak 13 Peratus Kawasan Terima Bekalan Air. Ini Kenyataan Baru Yang Dikeluarkan Untuk Penduduk Selangor.

Shah Alam: Sebanyak 13 peratus daripada 1,292 kawasan terbabit dengan gangguan bekalan air tidak berjadual semalam sudah menerima bekalan air sepenuhnya pada 9 pagi hari ini. Menurut Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), jumlah itu membabitkan 162 kawasan terjejas ekoran henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang berikutan pencemaran, semalam.

“Sehingga kini, 1,130 kawasan di wilayah terjejas masih lagi dalam proses pemulihan. “Pengguna dinasihatkan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan berjalan lancar bagi kawasan belum menerima bekalan dan mengikut jadual pelan pemulihan bekalan air,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, Air Selangor terus menggerakkan 121 lori tangki air ke premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis serta kawasan perumahan terjejas. “Pengguna boleh mendapatkan bantuan bekalan air melalui pili awam dan Pusat Khidmat Setempat (PKS) yang disediakan untuk kemudahan pengguna semasa tempoh pemulihan bekalan air.

“Pengguna boleh merujuk senarai pili awam dan PKS di laman sesawang www.airselangor.com.,” katanya. Pihaknya menasihatkan pengguna agar mematuhi garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) semasa mengambil bekalan air dari lori tangki, PKS dan pili awam.

Katanya, Air Selangor akan memaklumkan status pemulihan bekalan air dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi rasmi iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook dan Intagram Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com.-HMETRO

Boleh tarik nafas lega, bekalan air di Selangor dijangka mula disalurkan pagi ini

SATU khabar yang bakal memberi kelegaan buat para penduduk negeri Selangor. Terbaharu, Air Selangor memaklumkan bekalan air dijangka mula disalurkan kepada pengguna pada 8 pagi hari ini (Selasa) selepas operasi rawatan air di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1,2, 3 dan Rantau Panjang bermula 6 petang Isnin.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata empat loji berkenaan akan memaksimakan pengeluaran dan memenuhi paip-paip utama dan kolam terminal. “Air Selangor menyediakan pelan pemulihan bekalan air untuk 1,292 kawasan yang terjejas dengan gangguan bekalan air tidak berjadual di Wilayah Petaling, Gombak, Klang/Shah Alam, Kuala Lumpur, Kuala Selangor, Kuala Langat dan Hulu Selangor, ” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Jadual pelan pemulihan itu dibahagikan kepada tiga kumpulan utama mengikut wilayah iaitu Kumpulan Satu (bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada 8 pagi, 21 Oktober); Kumpulan Dua (dijangka pulih sepenuhnya pada 8 pagi, 22 Oktober) dan Kumpulan Tiga (dijangka pulih sepenuhnya pada 8 pagi, 23 Oktober).

“Air Selangor memohon kerjasama pengguna agar menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di semua kawasan terjejas berjalan lancar dan mengikut jadual pelan pemulihan bekalan air, ” katanya.

Elina memaklumkan setakat ini, Air Selangor menggerakkan 91 lori tangki air ke premis-premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis yang terjejas. Beliau berkata pengguna juga boleh mendapatkan bantuan bekalan air melalui 21 pili awam, dan 34 tangki statik di 17 Pusat Khidmat Setempat (PKS) yang disediakan untuk kemudahan pengguna semasa tempoh pemulihan bekalan air.

“Pengguna dinasihatkan mematuhi garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) semasa mengambil bekalan air daripada lori tangki, pili awam dan PKS. “Air Selangor akan memaklumkan status pemulihan bekalan air dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi rasmi kami iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook dan Instagram Air Selangor serta laman sesawang www.airselangor.com, ” katanya.- BERNAMA

Pencemaran Sungai Selangor: polis buka kertas siasatan

Kuala Lumpur: Polis membuka kertas siasatan berhubung kejadian pencemaran bau di Sungai Selangor yang mengakibatkan gangguan bekalan air kepada 1.2 juta akaun atau hampir lima juta pengguna di Lembah Klang, semalam. Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, siasatan oleh pihak polis sedang dijalankan dengan kerjasama Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Menurutnya, siasatan masih di peringkat awal dan sampel air perlu diambil untuk dianalisis bagi mengetahui punca atau lokasi sebenar pencemaran itu berlaku. “Proses ini memakan masa dan memerlukan bantuan pakar dan forensik. Kami sedang menyiasat dengan bantuan LUAS dan JAS untuk mengenal pasti mereka yang terbabit.

“Tindakan tegas dari sudut undang-undang akan diambil ke atas mereka yang bertanggungjawab menyebabkan pencemaran itu,” katanya ketika dihubungi Bernama. Menurutnya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan perbuatan khianat sehingga menyebabkan berlaku pemutusan bekalan air untuk tujuan pertanian, makanan atau minuman kepada manusia dan haiwan atau bagi menjalankan sebarang pengeluaran.

Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man semalam dilaporkan berkata, Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1,2 dan 3 dan LRA Rantau Panjang dihentikan tugas akibat pencemaran sumber air mentah pada 2 pagi semalam. Menurutnya, siasatan awal pihak berkuasa mendapati bahan pelarut (solvent) adalah bahan punca kepada pencemaran bau awal pagi tadi yang sama dengan kejadian pada awal September lalu, bagaimanapun punca sebenar pencemaran masih dalam siasatan.

Jelasnya, beberapa kawasan kilang dikenal pasti menjadi punca pencemaran berkenaan dan tidak menolak kemungkinan bahan pelarut itu dibuang oleh kilang haram yang beroperasi di sekitar Selangor. Awal pagi semalam, sejumlah 1,196,457 akaun Air Selangor membabitkan 1,292 kawasan di Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual setelah empat LRA Sungai Selangor itu dihenti tugas, ekoran pencemaran sumber air mentah. -HMETRO

Isu air di Selangor, bila nak selesai ?

KUALA LUMPUR: Gangguan bekalan air mentah tidak berjadual di Lembah Klang sejak semalam, bukanlah pertama kali berlaku dan kejadian kali ini, pastinya mengundang marah masyarakat kerana terpaksa berdepan masalah serupa beberapa kali dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menjelaskan bahawa pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor kali ini menjejaskan 1,196,457 pemegang akaun Air Selangor membabitkan 1,292 kawasan sekitar Lembah Klang iaitu di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat. Air Selangor juga memberitahu pencemaran sumber air mentah yang dikesan pada jam 2 pagi, 19 Oktober menyebabkan henti tugas operasi Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang.

Mengulas masalah yang seolah-olah tidak berpenghujung ini, Pensyarah Kanan, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Mohd Yusoff Ishak mencadangkan supaya keupayaan dan kepakaran agensi berkaitan pencemaran sumber air dipertingkatkan sejajar dengan perkembangan teknologi semasa

“Kes pencemaran mengambil masa yang terlampau lama untuk dibawa ke mahkamah dan begitu juga perbicaraan sebelum sebarang keputusan dapat dicapai. “Selain faktor bahan cemar yang semakin banyak dan terbaharu, teknologi serta sains bidang forensik alam sekitar di Malaysia juga jauh ketinggalan berbanding teknologi lain,” katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata pihak berkuasa harus memikirkan inisiatif untuk mewujudkan rizab air mentah hingga 20 peratus, membina simpanan air mentah luar sungai dan mewartakan rizab sungai bagi mengelak perkara sama berulang pada masa hadapan. “Bidang forensik alam sekitar perlu diperkasakan semula. Ia perlu dikemas kini dengan kemudahan makmal dan peralatan terkini dalam mengesan unsur bahan cemar, memandangkan kehadiran pelbagai jenis bahan kimia generasi baharu serta faktor iklim di negara ini yang mendatangkan cabaran kepada agensi.

“Kerjasama serta perkongsian alatan serta kaedah pengenalpastian bahan hasil kajian pakar di universiti boleh membantu pihak agensi,” katanya. Bagi Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) S Piarapakaran, pada 7 September lalu pihaknya sudah mengemukakan cadangan pindaan segera terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974) dengan menambah seksyen baharu untuk membolehkan tuntutan kerugian oleh pihak yang terjejas.

“Seksyen ini akan membolehkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) membuat pengiraan kehilangan pendapatan dan kos tambahan yang ditanggung pihak yang terbabit semasa kejadian pencemaran. Dengan cadangan pindaan itu, pesalah perlu membayar denda, kos pembersihan dan tuntutan dari pihak yang terjejas,” katanya.

Bagaimanapun, Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye, berkata gangguan air terbaharu itu sukar dipercayai dan tidak dapat diterima kerana ia berlaku selepas laporan pemulihan bekalan air di 686 kawasan akibat gangguan air, sebelum ini.

“Gangguan bekalan air semalam disebabkan oleh pencemaran bau di Sungai Selangor. Secara kebetulan, ini adalah sungai sama yang tercemar dan menjejaskan bekalan air mentah kepada jutaan pengguna, kurang tiga bulan lalu,” katanya dalam kenyataan. Menurut Lam Thye, gangguan bekalan air kali ini, sukar dipercayai. tidak dapat diterima dan mencetuskan skandal.

“Nampaknya semua nasihat dan rayuan yang dibuat selama ini tidak diendahkan dan ia umpama mencurah air ke atas daun keladi,” katanya. Beliau berkata, gangguan bekalan air itu memburukkan lagi keadaan, lebih-lebih lagi ketika rakyat sedang berdepan dengan ancaman jangkitan COVID-19 yang menular dengan cepat kini.

“Antara prosedur operasi standard (SOP) semasa penularan wabak ini ialah kita perlu menjaga kebersihan diri dengan kerap mencuci tangan. Tetapi bagaimana seseorang hendak melakukannya tanpa air? “Ditambah pula dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kita juga tidak boleh pergi ke rumah rakan-rakan untuk menumpang mandi,” katanya. – BERNAMA

Gangguan Air Di Kawasan Yang Terjejas Akan Pulih Sepenuhnya Pada Pukul 12.30 Tengahari Ini. Ini Senarai Kawasan Di Selangor Yang Terlibat Dan Harap Semua Penduduk Beri Perhatian.

KUALA LUMPUR – Bekalan air di 15 kawasan di Wilayah Klang dan Shah Alam yang mengalami gangguan susulan insiden paip pecah semalam dijangka pulih sepenuhnya jam 12.30 tengah hari ini. Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor (Air Selangor), Elina Baseri berkata, pengguna telah mula menerima bekalan air seawal jam 4.30 pagi dan pemulihan air di kawasan yang terjejas adalah secara berperingkat berdasarkan jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan.

“Air Selangor ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja pembaikan paip pecah yang berlaku berhampiran pencawang elektrik di Jalan Bukit Raja, Klang semalam telah siap sepenuhnya jam 4 pagi tadi,” katanya. Katanya, maklumat bekalan air akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor dalam Facebook, Twitter dan Instagram serta aplikasi telefon pintar Air Selangor dan laman sesawang di www.airselangor.com. – Bernama


Diharapkan semua penduduk ambil cakna dengan keadaan sekarang bagi mengelakkan berlakunya masalah nanti ya. Untuk tau info yang lebih menarik dan bermanfaat jangan lupa like dan share pagi kami Kucing Media Online. Terima kasih!!

Gangguan bekalan air berlaku sekali lagi. Pihak Air Selangor memaklumkan tempat tempat yang terjejas di Selangor dan harap semua maklum dengan tempat yang dikehendaki.

Menerusi kenyataan media Air Selangor, pihaknya memaklumkan bahawa Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi terpaksa dihentikan sepenuhnya berikutan pencemaran air mentah di Sungai Semenyih yang menjadi sumber utama ke loji-loji ini.

Penghentian loji-loji ini akan memberi kesan kepada 274 kawasan mewakili 309,687 akaun pengguna. Empat wilayah iaitu Wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang akan mengalami gangguan bekalan air.Perkara ini telah dilaporkan kepada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan tindakan lanjut akan diambil bagi mengenal pasti punca pencemaran air di Sungai Semenyih dan kawasan berhampiran. Pihak Air Selangor, turut mengaktifkan Pelan Tindakan Kecmasan (ERP) bagi mendapatkan bantuan kepada pengguna-pengguna yang terjejas.

Kawasan yang terjejas

Buat masa ini pihak Air Selangor masih belum dapat menjangkakan tempoh masa pengoperasian semula loji dan pemulihan bekalan air. Pihak Air Selangor akan memaklumkan sebarang perkembangan dari semasa ke semasa berkaitan kejadian ini kepada pengguna.Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai bekalan air di Selangor menerusi Facebook, Twitter dan laman web Air Selangor.Sumber:  Air Selangor

Belum tamat lagi isu ini. Terkini rata rata masyarakat selangor luahkan perasaan mereka selepas isu air tak selesai lagi. Ini luahan mereka.

Dengkil: Rata-rata penduduk di Selangor sudah penat dengan masalah ketiadaan air hingga mengganggu urusan harian mereka terutama peniaga. Kekerapan ketiadaan air menyebabkan mereka kini sudah hilang sabar angkara sikap tidak bertanggungjawab pemilik kilang atau perusahaan yang melakukan pencemaran di negeri berkenaan.

Peniaga di Kampung Jenderam Hilir, A Ramli Harun, 47, berkata, isu air sudah berlarutan sudah lama dan setiap tahun pastinya penduduk Selangor akan berdepan dengan masalah berkenaan. “Kami sudah penat, setiap tahun pasti akan berlaku isu ketiadaan air, masalah ini menjejaskan perniagaan saya. Perniagaan kami boleh terjejas, bayangkan kami sudah beli bahan mentah segar untuk masak dan jika tiada air pastinya kami tidak dapat beroperasi seperti biasa,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, kerajaan perlu mengambil tindakan tegas dan membawa pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan. “Isu pencemaran ini bukan pertama kali dalam Selangor. Pencemaran ini memberi kesan kepada semua pihak, harap tindakan tegas dapat diambil,” katanya. Bagi seorang lagi penduduk, Salmah Katin, 63, berkata, dia berharap kerajaan negeri dapat melakukan sesuatu sebelum kejadian lebih buruk berlaku.

“Ketiadaan air memang menjadi bebanan kepada kami, tolonglah selesaikan segera,” katanya. Sementara itu, bagi penduduk Kampung Jenderam Hilir, Nor Hayati Lamyat, 46, pula berharap isu itu dapat diselesaikan segera. “Jika tiada air satu dua hari kita masih boleh terima, tetapi kalau berpanjangan dalam tempoh seminggu memang bawa masalah,” katanya.

Sumber: HMetro

Gangguan air di Kuala Selangor pada 13 Oktober

Tanjong Karang: Sebanyak 28 kawasan di wilayah Kuala Selangor akan mengalami gangguan bekalan air berjadual mulai 9.30 pagi, 13 Oktober ini. Bekalan air di 28 kawasan terjejas itu susulan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Sireh dihenti tugas sementara waktu dan dijangka pulih 10 malam, hari yang sama.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata, kerja penggantian injap akan dijalankan sepanjang tempoh henti tugas itu. “Pelaksanaan kerja penggantian injap di LRA Sungai Sireh ini akan membolehkan loji beroperasi dengan lebih cekap selain memastikan semua peralatan sentiasa berada dalam keadaan baik dan optimum.

“Penambahbaikan infrastruktur loji ini juga sebahagian daripada usaha Air Selangor untuk meningkatkan kualiti demi keselesaan para pengguna di masa hadapan,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Elina berkata, tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air berbeza mengikut kawasan dan bergantung pada jarak lokasi premis pengguna dari LRA Sungai Sireh dan tekanan air pada sistem agihan.

“Air Selangor menasihatkan para pengguna yang terjejas agar menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini. “Pengguna boleh merujuk aplikasi rasmi Air Selangor di Facebook, Instagram dan Twitter, atau menghubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300 atau melayari laman sesawang di www.airselangor.com,” katanya.

Senarai 28 kawasan yang terjejas: 1. Bagan Tengkorak. 2. Jalan Ban Canal 3. Jalan Kunci Air Buang 4. Kampung Ampangan 5. Kampung Haji Razali 6. Kampung Melaka/ Kampung Kilat 7. Kampung Pinang 8. Kampung Seri Tiram Jaya 9. Kampung Sungai Burong 1 Parit 1 – Parit 4 . 10. Kampung Sungai Kajang 11. Kampung Sungai Tengi Kiri (Pekan Tanjung Karang) 12. Kampung Tok Adam 13. Kampung Ulu Tiram 14. Lorong Bahagia 15. Parit 1 Sungai Burong 16. Seluruh kawasan Sawah Sempadan Blok A – Z 17. Sungai Burong Sawah Parit 1 – Parit 4 18. Sungai Sireh Lorong 1 – 23. 19. Taman Desa Jaya. 20. Taman Kopema 21. Taman Radin Jaya. 22. Taman Sri Bakti 23. Taman Sri Desa 24. Taman Sri Jaya 25. Taman Sri Setia 26. Taman Sri Tanjong 27. Taman Tanjung Karang/ Taman Ria Min/ Taman Ketam 28. Taman Wawasan.

Gangguan air di Selangor akan pulih pada pukul 10 malam ini. Ini senarai kawasan di Selangor yang terlibat dan harap semua penduduk beri perhatian.

Sebelum ini berlaku gangguan bekalan air yang telah diumumkan lebih awal bagi persiapan kepada penduduk di kawasan-kawasan yang terjejas. Sebanyak 28 kawasan di wilayah Kuala Selangor yang mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 9 pagi tadi dijangka pulih sepenuhnya pada 10 malam ini. Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia berikutan kerja penggantian injap di Loji Rawatan Air Sungai Sireh (LRA Sg Sireh) yang akan dilaksanakan pada 6 petang ini.

“Bekalan air akan mula disalurkan kepada pengguna sejurus kerja-kerja tersebut selesai dilaksanakan,” menurut kenyataan itu. Senarai kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual adalah seperti berikut: Bagan Tengkorak, Jalan Ban Canai, Jalan Kunci Air Buang, Kampung Ampangan, Kampung Haji Razali, Kampung Melaka/ Kampung Kilat, Kampung Pinang.

Kampung Seri Tiram Jaya, Kampung Sungai Burong 1 Parit 1 – Parit 4, Kampung Sungai Kajang, Kampung Sungai Tengi Kiri (Pekan Tanjung Karang) Kampung Tok Adam, Kampung Ulu Tiram, Lorong Bahagia Parit 1 Sungai Burong. Seluruh kawasan Sawah Sempadan Blok A – Z. Sungai Burong Sawah Parit 1 – Parit 4. Sungai Sireh Lorong 1 – 23. Taman Desa Jaya. Taman Kopema. Taman Radin Jaya. Taman Sri Bakti. Taman Sri Desa. Taman Sri Jaya. Taman Sri Setia. Taman Sri Tanjong. Taman Tanjung Karang/ Taman Ria Min/ Taman Ketam. Taman Wawasan.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh melayari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com juga kesemua saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

Sumber: HMETRO

Rasa Sayu Hati Bila Selangor Tiada Air. Tergamam Ustaz Ebit Lew Sanggup Beli 2 Lori Besar Air Untuk Agihkan Kepada Warga Selangor Yang Mengalami Gangguan Air.

Masalah air di Selangor sememangnya bukan sesuatu yang baru untuk dihadapi oleh penduduknya. Hampir setiap bulan pasti berlaku gangguan tersebut sehingga orang ramai sudah penat untuk merungut. Kali ini, masalah itu kembali menghantui penduduk ditambah dengan Perintah Kawalan Pergerakkan Bersasar (PKPB) yang terpaksa mereka lalui disebabkan penularan pandemik Covid-19 yang semakin ‘mengg1la’.

Datang bagi air bersih. Oleh sebab itu, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew terpanggil untuk memberikan bantuan kepada sebahagian penduduk yang terjejas akibat daripada masalah tersebut. Menerusi posting di laman Facebook, beliau memaklumkan telah membeli dua lori besar air untuk diagihkan kepada penduduk di Pinggiran Batu Caves, Gombak.

Dari malam hingga subuh bantu beri air

Beliau berkata, urusan mengagihkan air telah dilakukan sejak jam 10 malam sehingga subuh bagi memastikan penduduk sekurang-kurangnya mendapat bekalan air. Sayu lihat warga emas minta air. Tambahnya, melihat keadaan orang yang sudah berusia mahu mendapatkan air membuatkan dirinya berasa sayu dan meminta pembantunya menolong warga emas mengangkat air untuk dibawa ke kediaman masing-masing.

Tak perlu kejar jawatan nak bantu orang. Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah tinggalkan komen dengan meluahkan rasa terharu atas keprihatinan yang ditunjukkan pendakwah berkenaan. Mereka juga tidak lepas mendoakan agar Ebit terus dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik agar dapat membantu orang ramai lagi. “Tak perlu jadi menteri untuk bantu rakyat”.”Semoga Allah permudahkan urusan ustaz”

Sumber: Ebit Lew, OhMyMedia