Ramai cuba pujuk pihak polis dengan cara ni gara gara nak balik kampung. Tak sangka Ketua Polis Johor tampil bersuara lantang bagi jawapan padu pada ramai yang gigih minta kebenaran

Berita

Masih belum berputus asa! Selepas berita mengatakan beratus kenderaan diarah berpatah balik, nampaknya orang ramai cuba menggunakan kaedah ‘pujuk’ pihak polis. Ini selepas kira-kira 70 peratus permohonan rentas negeri diterima Polis Johor adalah untuk pulang beraya di kampung.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, bagaimanapun semua permohonan rentas negeri untuk pulang beraya itu ditolak. Katanya, pihaknya menerima antara 1,000 sehingga 1,500 permohonan rentas negeri setiap hari yang dilakukan di balai polis seluruh negeri sejak beberapa hari lalu.

” Namun 70 peratus permohonan dengan alasan pulang beraya di kampung kita ditolak. ” Kita hanya benarkan rentas negeri bagi k3s kecemasan sahaja.

Jangan buang masa, memang tak boleh!

” Oleh itu, jangan buang masa anda membuat permohonan jika itu alasannya mahu rentas negeri. ” Saya minta kerjasama orang ramai supaya jangan ambil k3sempatan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini dan jika masih terus berdegil, mereka akan diarahkan berpatah balik di pintu keluar negeri.

” Masih ada 33 Sekatan Jalan Raya (SJR) di jalan keluar negeri ini termasuk di lebuh raya, jalan negeri atau kampung dan jika tiada surat kebenaran akan diarahkan berpatah balik,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, hari ini.

Jangan sampai kena kompaun

Terdahulu sebanyak 500 kenderaan ditahan polis semalam kerana merentas negeri dan memberi alasan mahu balik kampung, kata Menteri Menteri Kanan (Kluster k3selamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. ” Mereka yang ditahan kerana cuba merentas negeri (di seluruh negara) untuk balik kampung, sudah diarah berpatah balik.

” Jadi mesyuarat (khas menteri-menteri) hari ini memutuskan tindakan kompaun boleh dimulakan oleh pihak polis (ke atas pesalah),” katanya pada sidang media harian C0vid-19 di Putrajaya. Ismail Sabri berkata, k3sal dengan sikap rakyat yang tidak mengendahkan arahan kerajaan yang menyekat pergerakan rentas negeri ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan meminta semua pihak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Katanya, sebanyak 146 sekatan jalan raya (SJR) di sempadan negeri dibuka dan memeriksa 238,500 kenderaan. ” Kita lihat trend ini dan minat orang nak balik kampung itu, maknanya masih ramai seolah-olah tidak berminat mematuhi SOP yang disediakan.

” Walaupun kita kata jangan balik kampung, tolong jangan balik kampung untuk rentas negeri, masih juga berlaku,” katanya. Beliau berkata, pihak berkuasa tidak akan berlembut dalam hal itu dan akan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang melanggar SOP, selepas ini.

Katanya, fasa menggunakan budi bicara dan nasihat serta amaran yang diamalkan sejak semalam akan ditambah dengan kompaun. ” Saya harap tak perlulah (anda) sampai dikompaun, duit bayar kompaun itu boleh guna untuk perkara lain. Yang penting patuh arahan dikeluarkan kerajaan,” katanya. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Limau ais

Dr Noor Hisham Bersuara Lantang Tentang Individu Yang Degil Mahu Rentas Negeri Balik Ke Kampung. Tak Sangka Ini Yang Akan Dilaksanakan Jika Masih Ada Yang Degil.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini menyatakan kebimbangan dan kekhuatiran tentang pergerakan dan perjalanan individu merentas negeri. “Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan bimbang dan khuatir tentang pergerakan dan perjalanan individu merentas negeri terutamanya menjelang perayaan yang bakal tiba.

“Seperti yang telah diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), pemeriksaan yang telah dijalankan oleh pihak Polis Diraja Malaysia pada 15 Mei 2020 telah mendapati bahawa sebanyak 508 kenderaan telah cuba merentas negeri atas alasan mahu pulang ke kampung. Jumlah ini telah meningkat pada 16 Mei 2020 iaitu sebanyak 1,248 kenderaan yang cuba merentas negeri untuk pulang ke kampung dan telah diarah untuk berpatah balik,” katanya.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

DS Ismail Sabri Bongkarkan PKPB Akan Diketatkan Bukan Dilonggarkan. Tak Sangka Ini Rupa Rupanya Punca PKPB Akan Diperketatkan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa tinjauan yang dilakukan oleh Majlis Keselamatan Negara mendapati bahawa ramai rakyat Malaysia yang mahu PKPB diperketatkan dan bukan dilonggarkan.

Mengulas berkenaan ziarah hari raya yang membenarkan 20 orang maksimum dalam satu rumah pada satu masa, beliau menyatakan bahawa apabila kerajaan melonggarkan untuk membolehkan kunjungan pada hari raya dengan bersyarat, ramai yang tidak bersetuju dengan kelonggaran tersebut.

Tinjauan @MKNJPM dapati rakyat mahu PKPB diketatkan, bukan dilonggarkan

“Saya banyak terima whatsapp bertanya kenapa kita longgarkan dan sebagainya. Walaupun satu hari tu dan 20 sahaja maksimum berdasarkan juga kepada keluasan rumah dan sebagainya. Kalau rumah tu kecil tak boleh 20, sebab penjarakan sosial merupakan syarat yang utamanya. Itu pun bila kita beri sedikit kelonggaran, ramai yang menyatakan tak boleh. Kerajaan tidak boleh pun memberikan kelonggaran”, ujarnya.

Justeru daripada itu, beliau menyatakan bahawa disebabkan itulah kerajaan tidak membenarkan orang ramai pulang ke kampung. “Tujuan kita sekat untuk mengelakkan merebaknya lebih banyak lagi covid-19 ini kepada keluarga kita yang berada di kanpung dan sebagainya”, katanya.

Sumber: Bernama

Mengejutkan 317 Kanak Kanak Termasuk 22 Bayi Positif Covid 19. Tak Sangka Rupa Rupanya Ini Puncanya.

Pengacara Iesya Toh berkongsi maklumat akan j4ngkitan w4bak Covi1d-19 terhadap kanak-kanak di Malaysia yang sehingga kini mencecah angka 317 kes termasuk 22 b4yi. Menurut info, Selangor mencatatkan bilangan kes paling tinggi iaitu 48 kes.

“Bagi ibubapa yg mempunyai anak kecil & baby, pls read this! Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melahirkan kebimbangan terhadap golongan beri1siko seperti warga emas dan kanak-kanak yang mungkin dijangk1iti Cov1id-19 ketika musim perayaan Aidilfitri.

“317 kanak-kanak termasuk 22 bayi positif Cov1id-19. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat 317 kes positif Covi1d-19 dalam kalangan kanak-kanak 12 tahun ke bawah sehingga hari ini. Selangor mencatatkan bilangan kes positif Cov1id-19 tertinggi dalam kalangan kanak-kanak bawah 12 tahun iaitu 77 kes, diikuti Negeri Sembilan (48), Johor (46), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (28) serta Sabah (26),” kongsinya menyampaikan informasi.

Menurut sumber, terdapat satu pemergian dilaporkan dan menjadikan jumlah kumulatif kes pemergian Cov1id-19 di Malaysia kekal sebanyak 113 kes. Malah, terdapat 17 kes baharu yang dilaporkan dengan lima kes adalah dalam kalangan bukan warga negara Malaysia.

Sumber : http://transformasi.pw/ Oh MyMedia

Mengejutkan Bila Thailand Terus Kekal Tak Ada Kes Baru Covid 19 Dan Tiada Pemergian. Rupa Rupanya Ini Yang Mereka Lakukan Sampai Berjaya Kekalkan Tiada Kes Baru Covid 19.

Thailand hari ini sekali lagi melaporkan sifar kes baharu COVID-19 dan pemergian, jumlah kes kekal 3,025 dengan 56 pemergian. Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin mengucapkan terima kasih kepada semua warganegara Thailand atas kerjasama mereka memerangi COVID-19.

“Saya berharap tiada kes baharu dan pemergian, dalam tempoh lebih lama atau sekurang-kurangnya satu angka kes baharu memandangkan fasa kedua dengan pelonggaran sekatan akan bermula esok,” katanya pada taklimat harian COVID-19 di sini hari ini.

Daripada 3,025 kes, seramai 2,855 pesakit telah sembuh dan discaj dari hospital manakala 114 masih lagi menerima rawatan. Pada Rabu, Thailand merekodkan sifar kes baharu dan pemergian untuk pertama kali sejak 9 Mac.

Sejak pelonggaran sekatan fasa pertama pada 3 Mei, Thailand telah merekodkan kes harian baharu satu angka kecuali pada 4 Mei yang merekodkan 18 kes melibatkan bilangan tahanan yang sama di pusat tahanan imigresen di wilayah selatan Songkhla.

Thailand, negara pertama di luar China melaporkan kes COVID-19 mencatatkan peningkatan harian tertinggi sebanyak 188 kes yang disahkan pada 22 Mac. Sementara itu, fasa kedua pelonggaran sekatan akan bermula esok menyaksikan lebih banyak perniagaan dan tempat dibuka termasuk pusat beli-belah dan gedung serbaneka.

Selain itu perintah berkurung di seluruh negara akan dipendekkan sejam iaitu dari 11 malam hingga 4 pagi berbanding 10 malam hingga 4 pagi sebelum ini. Sementara itu, Thailand telah mengeluarkan China, Korea Selatan, Hong Kong dan Macau dari senarai Zon Penyakit Berjangkit untuk COVID-19. Pengumuman itu disiarkan dalam Warta Diraja pada Jumaat. Situasi COVID-19 di negara dan wilayah berkenaan dan keberkesanan mereka mengekang virus maut itu telah bertambah baik, menurut kenyataan itu.

Sumber: BERNAMA

Akhirnya Dr Noor Hisham Dedahkan Kenapa Angka Kes Baharu Sekarang Makin Hari Makin Menurun. Rupa Rupanya Hanya Negeri Ini Yang Catat Pertambahan Kes Baharu.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi satu ciapan di akaun Twitter rasminya telah berkongsikan tentang maklumat kes positif mengikut negeri. Menurut ciapan tersebut, setakat 16 Mei, jam 12 tengah hari, sebanyak lima negeri telah dikesan mencatatkan kes positif baharu. Kesemua jumlah kes yang dilaporkan itu berjumlah sebanyak 17 kes.

Antara negeri tersebut adalah Selangor (1 kes), Kuala Lumpur (7 kes), Putrajaya (1 kes), Pahang (7 kes), dan Sabah (1 kes). Pun begitu, KKM turut menjelaskan bahawa daripada 17 kes positif baharu itu, 6 adalah kes import manakala 11 lagi berkaitan penularan tempatan yang melibatkan 5 bukan warganegara Malaysia.

Kes Positif Mengikut Negeri (setakat 16 Mei, jam 12 tengah hari). Daripada 17 kes positif baharu, 6 adalah kes import. 11 lagi adalah berkaitan penularan tempatan yang melibatkan 5 bukan warganegara Malaysia.

Sumber: KKM