Ramai persoal kos baik pulih seri perdana cecah RM 38.5 Juta. TS Muhyiddin tampil beri penjelasan Beliau.

Info Kerugian

Kebelakangan ini ramai yang terkejut apabila mengetahui berita tentang kos perbelanjaan baik pulih kediaman Seri Perdana yang mencecah RM 38.5 juta semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Oleh sebab itu, menerusi laman Twitter miliknya, TS Muhyiddin Yassin tampil memperjelaskan hal sebenar kenapa ia memakan kos yang begitu tinggi.

Kerosakan yang memberi kesan kepada isi dalam rumah

Semasa beliau berkhidmat sebagai Perdana Menteri, beliau menerima laporan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM) berhubung kerosakan fizikal di kediaman Seri Perdana.

“Kerosakan ini melibatkan kebocoran, sistem pencahayaan yang telah lama serta keadaan fizikal lantai dan bumbung yang telah rosak atau usang.”

Tambahnya lagi, kebocoran bumbung Seri Perdana dan sistem perpaipan telah menyebabkan kerosakan perabot yang sedia ada (built-in), lantai kayu, penl dinding dan siling bangunan.

“Selain itu, saya juga dimaklumkan bahawa pendawaian elektrik, pencahayaan dan peralatan mekanikal seperti penghawa dingin juga perlu dibaik pulih kerana telah terlalu usang.”

“Menurut pandangan pakar, sistem pendawaian bangunan Seri Perdana yang berusia lebih 20 tahun boleh mendatangkan risiko kebakaran jika tidak dibaik pulih segera.”

Tambahnya lagi, JPM juga menyarankan agar perabot dibuat  kerana kebanyakan aset perabot di Seri Perdana yang didakwa milik peribadi mantan Perdana Menteri Keenam telah dipindah keluar.

Dalam pada itu, beliau turut memperjelas mengapa ia memakan kos yang begitu tinggi.

Katanya lagi, jika tidak dibetulkan keadaan akan jadi makin teruk dan juga memakan masa kos yang lebih tinggi.

Jelas beliau lagi, sepanjang masa menyandang jawatan Perdana Menteri, beliau tidak pernah menetap di Seri Perdana.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Bukan RM30 juta tetapi RM38.5 juta baiki rumah PM.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Dr Abd Latiff Ahmad memgesahkan kos keseluruhan projek menaik taraf Kompleks Seri Perdana adalah RM38.5 juta bukannya RM30 juta yang diwar-warkan sebelum ini.

Dalam kenyataan hari ini beliau berkata, kerja-kerja membaik pulih dengan kos sebanyak itu termasuklah penggantian sistem pendawaian elektrikal dan kebocoran atap Kompleks Seri Perdana

Beliau berkata demikian merujuk kepada pertanyaan jawab lisan Dewan Rakyat pada Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat Parlimen Keempat Belas, Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar, mengenai status projek menaik taraf Kompleks Seri Perdana.

“Pertanyaan lisan Ahli Parlimen Pokok Sena pada 27 September 2021 di Dewan Rakyat, telah dijawab secara bertulis oleh saya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) dan bukan oleh Perdana Menteri,” katanya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyifatkan tindakan kerajaan membelanjakan RM30 juta untuk ubah suai kediaman rasmi perdana menteri, Seri Perdana merupakan satu pembaziran.

“Kenapa kerajaan suka bazir duit untuk pejabat dan kediaman rasmi ni? Sampai RM30 juta?

“Orang tengah susah, lapar dan sakit! Beribu perniagaan kena tutup, orang bankrap, student tak boleh bayar yuran universiti. Bantulah mereka,” katanya dalam hantaran di twitter.

Untuk rekod Kompleks Seri Perdana yang dibina pada tahun 1997 dan siap sepenuhnya pada tahun 1999, adalah kediaman rasmi kerajaan untuk Perdana Menteri Malaysia.

Berikutan usia Kompleks Seri Perdana telah mencecah 22 tahun, ia telah mengalami banyak kerosakan.

Projek naik taraf ini telah diluluskan pada 19 Mac 2021 dan kerja-kerja bermula pada 29 Mac 2021. Ia dijangka siap pada 7 Disember 2021.

Setakat hari ini (29 September 2021), kerja-kerja baik pulih telah mencapai 74% kemajuan, berbanding 71% seperti dalam jadual.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.