Ramai tertanya tarikh pembayaran iSinar bulan kedua. Akhirnya ini pemberitahuan yang ramai nantikan dan harap semua maklum

Berita

Admin yakin mesti ramai yang tertanya tanya bila pembayaran iSinar bulan kedua akan dikreditkan ke akaun bank masing masing untuk bulan Februari dan berikutnya. Tak macam i-Lestari yang dijadualkan dibayar setiap bulan,penerima iSInar akan menerima pembayaran mengikut kategori permohonan dan tarikh kelulusan mereka.

Dan apa yang pasti,kami telah kemukakan soalan ini melalui ELYA live chat EPF hari ini. Berikut jawapan KWSP mengenai tarikh pembayaran bulanan iSinar KWSP yang akan diterima. Mengikut KWSP,byaran bulanan bulanan iSInar yang berikutnya akan dibayar pada:

tempoh seperti bayaran tarikh bulan pertama (maksudnya kalau dapat bayaran pertama 6 Januari, bayaran kedua pun sekitar 6 Februari jika jatuh pada hari bekerja) ATAU maksimum dalam tempoh 2 minggu ATAU sebelum akhir bulan berkenaan.Menurut pegawai KWSP juga, pemohon juga boleh membuat semakan status untuk info lanjut dan terkini tentang maklumat pembayaran.

Cara Semakan Status iSinar Melalui Portal i-Sinar.Layari laman web https://isinar.kwsp.gov.my/.Skrol ke bahagian bawah dan tekan butang SEMAK STATUS.sikan maklumat yang diminta.Status kelulusan dan maklumat pembayaran akan dipaparkan

Kepada yang dah ada i-Akaun KWSP dan nak tahu tarikh anggaran pembayaran i Sinar bulanan, sila rujuk langkah di bawah:Buka apps i-Akaun melalui smartphone atau laman web https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member

Login menggunakan ID dan Password yang telah didaftarkan.Semak bahagian PENGELUARAN / WITHDRAWAL.Klik ‘WITHDRAWAL HISTORY’.Seterusnya klik di column kedua yang ada tulis i-Sinar.Tarikh bayaran akan dipaparkan untuk rujukan anda seperti contoh di bawah.Bagi yang belum ada i-Akaun KWSP, anda boleh mendaftar dengan merujuk step-by-step di sini: Cara Daftar i-Akaun KWSP Online, Semak Penyata & Mohon Pengeluaran

Sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03 – 8922 4848 atau ELYA Live Chat melalui pautan INI : https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/connect-with-usAnda juga boleh mendapatkan info terkini melalui media sosial rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP Malaysia).Semoga info ini bermanfaat!

Untuk Ahli Yang Mohon I Sinar Kategori 2 Akan Terima Pembayaran Interim Mulai 26 Januari. Sekali Kwsp Bagi Tahu Berapa Lama Lagi Kena Tunggu Untuk Ahli Yang Belum Dapat.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa ahli yang memohon kemudahan i-Sinar di bawah Kategori 2 akan menerima pembayaran interim sehingga RM 1,000 daripada jumlah keseluruhan yang dimohon, mulai 26 Januari 2021.

Pembayaran interim tersebut adalah bertujuan membantu mengurangkan beban kewangan ahli yang terkesan akibat peningkatan jumlah kess C0VID 19 serta banjir yang berlaku di beberapa negeri di Malaysia. Ianya juga adalah untuk membantu ahli memenuhi keperluan asas, sementara permohonan mereka menjalani proses kelulusan oleh KWSP.

Untuk mempercepat dan mempermudahkan pembayaran wang interim tersebut, KWSP hanya memerlukan ahli membuat pengisytiharan kendiri dan memuat naik dokumen sokongan di laman i-Sinar Online. Proses ini diperlukan untuk melindungi simpanan ahli daripada sebarang penpuan atau aktiviti scm.

Bagi mereka yang sudah memuat naik dokumen sokongan mereka, pembayaran interim ini akan bermula dari 26 Januari 2021, sementara untuk permohonan baharu yang masih belum memuat naikkan dokumen sokongan yang relevan, pembayaran interim akan diproses dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh permohonan diterima.

Setelah permohonan ahli disahkan dan diluluskan, KWSP akan meneruskan pembayaran amaun seperti yang dimohon, setelah ditolak amaun pembayaran interim tersebut. Sekiranya pengisytiharan kendiri didapati tidak benar atau tidak disokong oleh dokumen yang telah dimuat naik, KWSP berhak menghentikan pembayaran seterusnya.

Untuk makluman, Sudah ada Pemohon yang mula menerima pembayaran i-sinar KWSP interim pada hari ini. KWSP memaklumkan terdapat dua kategori pencarum yang layak untuk memohon kemudahan i-Sinar iaitu: Mereka yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, hilang pekerjaan, suri rumah atau diberi cuti tanpa gaji.

Mereka yang masih bekerja tetapi mengalami masalah pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa selepas Mac 2020.

Syarat Kelayakan

Bagi kategori 1, syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut: Ahli yang tiada caruman dengan KWSP selama 2 bulan berturut-turut; atau Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas Mac 2020.

Untuk kategori 2, syarat kelayakan untuk kategori ini adalah pencarum perlu mengemukakan dokumen sokongan iaitu: Slip gaji sebelum atau selepas pengurangan pendapatan. Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa. Kadar Pengeluaran i-Sinar KWSP. Umumnya, akses yang dibenarkan bagi kemudahan i-Sinar ini ialah 10% daripada Akaun 1 mereka dan tertakluk kepada baki minimum RM100.

Kemudahan i-Sinar ini terbahagi kepada dua kriteria iaitu:

Ahli yang mempunyai baki Akaun 1 RM90,000 dan ke bawah dibenarkan untuk mengeluarkan wang sehingga RM10,000. Ahli yang mempunyai baki Akaun 1 RM100,000 ke atas dibenarkan untuk mengeluarkan 10% simpanan mereka dan maksimum pengeluaran adalah sebanyak RM60,000.

Bagi kriteria pertama, pihak KWSP akan mengkreditkan wang tersebut selama 6 bulan dengan pendahuluan bagi bulan pertama adalah sehingga RM5,000. Untuk kriteria kedua, pendahuluan maksimum yang akan dikreditkan bagi bulan pertama adalah sehingga RM10,000 dan bakinya akan diberikan pada bulan-bulan seterusnya sehingga 6 bulan.

Kredit : KWSP/MySumber

Terkini Pihak Kwsp Dedahkan Sebanyak 4.8 Juta Pemohon I Sinar Bawah Kategori 1. Sekali Tengku Zafrul Tampil Buka Mulut Umumkan Berita Gembira Untuk Pemohon Lain.

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menerima 4.8 juta permohonan di bawah Kategori 1 bagi program i-Sinar setakat Selasa lalu. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, daripada jumlah berkenaan, sebanyak 3.18 juta permohonan bernilai RM25.3 bilion telah diluluskan.

Menurut Tengku Zafrul, ahli-ahli yang lulus telah mula me­nerima jumlah keseluruhan RM13 bilion bermula bulan ini dengan baki permohonan sedang diproses KWSP. Katanya, bagi menambah baik kemudahan i-Sinar terutama bagi mereka yang menghadapi cbaran akibat Perintah KawaIan Pergerakan (PKP) dan bencna bnjir,

KWSP akan membuat bayaran interim sehingga RM1,000 bagi pemohon i-Sinar Kategori 2 seperti diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. “Proses pengeluaran i-Sinar Kategori 2 juga dipermudahkan di mana ahli hanya perlu mengisytiharkan secara kendiri bahawa mereka memenuhi kriteria yang ditetapkan dan dokumen sokongan boleh dihantar secara dalam talian dengan semakan akan dibuat kemudian.

“Kerajaan juga telah meminta KWSP memudahkan proses ba­yaran interim ini yang akan di­buat mulai 26 Januari,” katanya. Beliau berkata demikian dalam Laporan Laksana Ke-37 Pelaksanaan Pakej Rangsa­ngan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin), Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) dan Pakej Rangsangan Ekonomi Kita Prihatin (Kita Prihatin), semalam.

MenguIas mengenai Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai), Tengku Zafrul menjelaskan, pakej tersebut merapatkan jurang rakyat kerana bncana bnjir tervk dan pelaksanaan PKP hampir seluruh negara.

“Permai membuktikan ko­mitmen kerajaan yang sentiasa mendengar dan tidak berkompromi dalam menyelamatkan nyawa dan memastikan punca rezeki rakyat serta perniagaan terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sentiasa ter­beIa.

“Melindungi nyawa rakyat adalah menjadi keutamaan kerajaan ekoran kadar jngkitan harian yang masih tinggi. Justeru, strategi penambahbaikan di bawah Permai digubal daripada pelbagai segi. “Ia termasuk pelaksanaan Program lmunisasi Kebangsaan bernilai RM3 bilion, pengukuhan sistem kesihatan negara, program pencegahan jngkitan yang diperkukuhkan dan skop pelepasan cukai,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : Dbongkar via Utusan

Ini Yang Rakyat Tunggu Tunggu. Setakat Ni Hanya 1 Peratus Je Permohonan I Sinar Yang Tidak Lulus. Sekali Pihak Kwsp Dedahkan Puncanya Buat Warganet Tergamam.

KUALA LUMPUR: Hanya satu peratus permohonan i-Sinar di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak diluluskan setakat ini. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata sehingga kini 65 peratus permohonan i-Sinar sudah diluluskan, manakala 35 peratus pula sedang diproses.

“Kerajaan juga bersetuju memudah cara i-Sinar dengan pendahuluan kategori dua sebanyak RM1,000. Isytihar sendiri dan akan dapat,” katanya pada sesi taklimat media, di sini hari ini. Pada masa sama, Tengku Zafrul berkata, kerajaan akan meneruskan amalan bntuan bersasar melalui moratorium dengan membantu golongan yang paling terkesan.

“Kalau dibuka kepada semua, sumber kita akan ‘terbeban’ (stretched). Lebih baik menyokong mereka yang memerIukan daripada menyediakan bantuan yang tldak diperIukan oleh golongan yang tidak memerlukannya. “Kadar kelulusan moratorium adalah lebih 95 peratus dan bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) ialah 99 peratus. “Manakala 85 peratus peminjam PKS meneruskan bayaran pinjaman masing-masing,” katanya.

Sumber: bh

Ada Sebabnya Kenapa Ada Yang Tak Lulus. Akhirnya Pihak Kwsp Tampil Bersuara Lantang Bongkarkan Sebab Sebenar Buat Warganet Terkedu. Rupa Rupanya Ini Sebabnya Yang Ramai Tak Sangka.

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) setakat ini sudah meluluskan 2.5 juta permohonan i-Sinar daripada jumlah keseluruhan sebanyak 3.88 juta, sejak permohonan di bawah Kategori 1 dibuka bermula 21 Disember lalu.

KWSP dalam satu kenyataan berkata, jumlah pengeluaran yang diluluskan adalah sebanyak RM 19.62 bilion, dengan pembayaran bulan pertama berjumlah RM 10.07 bilion yang dibuat secara berperingkat bermula 5 Januari lalu.

“KWSP maklum bahawa sebahagian besar daripada 1.4 juta permohonan yang masih belum diluluskan, berada di dalam krlteria Kategori 2, yang akan dibuka untuk permohonan mulai 11 Januari ini. “Bagi ahli yang termasuk dalam Kategori 2, mereka disarankan untuk menyediakan dokumen yang berkaitan seperti slip gaji rasmi yang tertera jumlah keseluruhan gaji atau penyata bank untuk dimuat naik di i-Sinar Online.

“Untuk memastikan proses permohonan berjalan dengan lancar dan pantas, ahli hendaklah memastikan semua dokumen yang dihantar adalah jelas, sah dan dapat menyokong permohonan mereka,” menurut kenyataan itu, di sini, hari ini.

Jelasnya lagi, daripada jumlah keseluruhan 3.88 jvta permohonan diterima, 701 permohonan tidak dapat diluluskan atas beberapa sebab seperti perbezaan nombor akaun bank, permohonan dibuat untuk ahli yang sudah pergi menghadap illahi atau ahli sudah pun berumur 55 tahun berikutan layak untuk mengeluarkan kesemua simpanan KWSP mereka.

“KWSP memberi jaminan kepada ahli bahawa setiap aspek keselamatan diambil kira bagi mengelakkan pihak ketiga atau penipu yang tidak bertanggungjawab daripada membuat permohonan palsv dan menj.ejaskan slmpanan persaraan ahli.

“KWSP juga ingin menasihatkan ahli untuk tidak berkongsi gambar atau dokumen berkaitan permohonan i-Sinar mereka di platform media sosial, kerana ia boleh mend3dahkan mereka kepada penlpuan dan aktiviti penlpuan,” menurut kenyataan itu.

Dalam masa yang sama, mengambil kira situasi semasa C0VID-19, ahli adalah digalakkan untuk memohon secara dalam talian melalui isinar dan tidak perlu hadir di cawangan KWSP. Permohonan i-Sinar akan terus dibuka sehingga 30 Jun ini.

Sumber : BHOnline

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://mediabawang.net/awat-tu/

Pegawai Eksekutif KWSP Mejangkakan Rakyat Akan Miskin Tahap Papa Kedana Jika Mengeluarkan Wang Dalam Akaun 1. Ini Anggarannya Buat Orang Yang Sudah Keluarkannya.

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjelaskan sebanyak 43 peratus atau 5.38 juta ahli di bawah umur 55 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 dalam akaun satu. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tunku Alizakri Alias berkata, ini bermakna mereka akan menjalani kehidupan persaraan dengan pendapatan kurang daripada RM41 sebulan sepanjang tempoh 20 tahun sekiranya simpanan mereka tidak bertambah.

“Umum mengetahui purata jangka hayat rakyat Malaysia kini menjangkau usia 75 tahun, namun KWSP terus mengekalkan pengeluaran bagi akaun satu pada usia 55 tahun. Jadi ada tempoh selama 20 tahun lagi selepas persaraan. Selain itu, sebanyak 54 peratus atau 137,000 daripada 245,000 ahli berumur 54 tahun pada 2020 mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000 dan bakal menjalani kehidupan persaraan dengan pendapatan hanya RM200 sebulan bagi tempoh 20 tahun,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat KWSP di sini semalam.

Menurutnya, daripada data KWSP itu, jumlah berkenaan sangat jauh daripada paras kemiskinan negara iaitu RM2,208 untuk isi rumah dan RM2,450 untuk perbelanjaan asas seorang warga emas seperti dinyatakan dalam kaji selidik oleh Social Wellbeing Research Centre.

“Katanya, pada masa ini pihaknya sedang memperhalusi dan memperincikan kemudahan bagi tujuan pengeluaran daripada akaun satu seperti diumumkan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Belanjawan 2021 Jumaat lalu dan akan diumumkan dalam masa terdekat. Jumaat lalu, kerajaan mengumumkan kemudahan pengeluaran simpanan KWSP daripada akaun satu secara bersasar sebanyak RM500 setiap bulan dengan jumlah sehingga RM6,000 bagi tempoh 12 bulan untuk meringankan beban seramai kira-kira 600,000 ahli yang dibuang kerja. Tunku Alizakri meminta pencarum menjadikan pengeluaran caruman KWSP akaun satu sebagai langkah terakhir sekiranya terdapat kaedah lain bagi membantu kekangan kewangan yang dihadapi ketika ini.

“Pertama buat anggaran perbelanjaan ketika ini dengan tidak meletakkan keperluan semasa terlebih dahulu berbanding kehendak. Lihat juga kepada bantuan-bantuan yang diberikan oleh kerajaan dan sekiranya ia tidak mencukupi barulah melihat kepada simpanan hari persaraan sebagai pilihan terakhir. Selain itu ahli juga boleh mendapatkan nasihat kewangan daripada Bank Negara Malaysia, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso),” ujarnya. Katanya, KWSP memikul beban yang berat untuk melihat situasi semasa dan memainkan peranan bagi memastikan semua ahli mempunyai wang pada masa depan iaitu selepas hari persaraan.

KUALA LUMPUR: Kebimbangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengenai cadangan pengeluaran wang daripada Akaun 1 bukan hanya kerana kemerosotan dana organisasi pengurusan tabung persaraan itu, tetapi juga atas pertimbangan kepada masa depan pencarum. Ini kerana, mandat dan sasaran utama KWSP adalah menyediakan dana persaraan yang mencukupi buat setiap pencarum selepas persaraan.

Pakar kewangan, Dr Zaharuddin Abdul Rahman, berkata kebimbangan KWSP adalah mengenai literasi pengurusan kewangan dalam kalangan rakyat. Ini kerana, katanya, hasil kajian mendapati hanya 35 peratus rakyat Malaysia termasuk pencarum KWSP mempunyai literasi pengurusan kewangan yang baik iaitu kadar masih rendah.

Kerajaan wajar utamakan KWSP terbabit projek pembangunan, pelaburan
“Di Singapura kadar literasi pengurusan kewangan ini tinggi hingga 75 peratus yang mana tidak timbul kebimbangan mengenai pengurusan kewangan rakyat. Dalam hal ini, saya berpandangan kebimbangan bukan kepada dana yang ada dalam KWSP itu saja yang kini bernilai RM900 bilion. Tetapi mungkin perlu diambil kira adalah kecukupan wang persaraan pencarum kelak, kecukupan wang caruman dalam bentuk tunai juga perlu pertimbangan kerana ada yang digunakan dalam pelaburan ekuiti, dalam aset dan hartanah. Pelaburan sebegini memerlukan masa untuk dicairkan. Begitu juga sistem serta polisi sedia ada, sama ada ia boleh dipinda dengan cepat dan pantas tanpa mengakibatkan masalah lain,” katanya.Beliau mengulas cadangan pelbagai pihak supaya kerajaan membenarkan rakyat yang kini terkesan akibat penularan COVID-19, mengeluarkan antara RM5,000 hingga RM10,000 daripada Akaun 1 KWSP mereka.

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sukar bagi kerajaan membenarkan pengeluaran itu walaupun menyedari cadangan itu dibuat berikutan rakyat terbeban dengan impak ekonomi akibat penularan wabak berkenaan. Zaharuddin yang juga Profesor Adjung di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Selangor (UNISEL) berkata, beliau setuju pada masa ini ada keperluan mendesak dalam kalangan pencarum yang perlukan wang untuk berhadapan kehidupan yang mencabar pada masa pandemik. Namun katanya, jika hendak dibenarkan, lebih baik diberi secara bersasar kerana tidak semua yang sangat memerlukan wang berkenaan bagi meneruskan kehidupan kerana ada yang masih boleh bertahan.

“Dibimbangi ada yang melaburkan wang terbabit ke dalam skim cepat kaya atau lain-lain yang tidak benar-benar mendesak. Turut dibimbangi jika kebenaran pengeluaran secara terbuka diberikan walaupun pada kadar rendah mungkin antara satu hingga 10 peratus sekali pun, ada kebarangkalian ada pihak menyalahgunakannya. Jika dibenarkan (secara terbuka) perlu ada pengendalian dan syarat yang sesuai dan tidak dibuka kepada semua. Jika dibuka kepada semua tanpa dihadkan jumlah pengeluaran dibimbangi berlaku pengeluaran besar-besar yang akan mengganggu dana KWSP. Pada saya lebih baik tumpu pada skim pengeluaran sedia ada daripada kita mengambil daripada Akaun 1. Skim sedia ada diperluaskan saja dan pengeluaran dihalakan terus kepada jenis-jenis tambahan penerima yang diiktiraf seperti bayaran hospital, makanan asasi dan pendidikan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Ekonomi Pusat Penyelidikan Pasaran Buruh Masa Hadapan, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Prof Madya Dr Yusof Saari, berkata jika pengeluaran Akaun 1 dibenarkan akan memberi sedikit kelegaan kepada pekerja terutamanya bagi mereka yang masih belum mendapat pekerjaan atau pekerja dibayar gaji harian dan upah yang lebih rendah. Namun, katanya ada risiko kepada pekerja dan negara termasuk menjejaskan simpanan pekerja untuk umur persaraan dan negara akan kehilangan dana pelaburan ekonomi. Dana pelaburan domestik akan terjejas yang seterusnya akan memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi jangka masa panjang. Selain itu, dana KWSP juga digunakan oleh pihak kerajaan sebagai salah satu sumber pinjaman dalam negara,” katanya. Sumber: FUH Sumber: Media Online News

Si Isteri Menangis Apabila Gagal Keluarkan Wang KWSP Suami Yang Telah Tiada. Bila Tunjuk Surat Apa Pun Semuanya Dah Jadi Tak Laku. Sekali Ini Respon Dari Perunding Takaful.

Kisah yang dikongsikan oleh seorang perunding takaful mengenai seorang wanita yang gagal mengeluarkan wang EPF suaminya bertujuan membuka mata orang ramai akan pentingnya melakukan persediaan awal. Tiada siapa yang mampu meneka bilakah mereka akan dijemput menghadap pencipta-Nya.

Justeru, adalah digalakkan untuk setiap daripada kita khususnya ketua keluarga untuk melakukan persediaan awal bagi menghadapi apa jua kemungkinan andai kata dijemput secara mengejut. Mungkin ramai yang masih belum sedar atau menganggap ia isu yang tidak perlu dirisaukan, tetapi hakikatnya ketiadaan persedian awal daripada pihak suami atau ketua keluarga bakal menyebabkan timbulnya pelbagai masalah berkaitan urusan pembahagian harta sebagaimana yang dikongsikan seorang perunding takaful bernama Asyraf Zakhi ini.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, Asyraf turut menceritakan kisah benar yang berlaku di mana seorang isteri tidak dapat mengeluarkan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (EPF) milik suaminya yang sudah pergi menghadap illahi Hal tersebut berlaku kerana suami kepada wanita berkenaan tidak meletakkan penama di dalam akaun EPF miliknya dan wanita tersebut tidak mempunyai surat kuasa bagi tujuan pengeluaran wang berkenaan. Walaupun wanita berkenaan mengemukakan sijil kehilangan suaminya dan surat nikah, namun dokumen tersebut tidak boleh digunakan bagi tujuan pengeluaran wang EPF tersebut kerana sudah menjadi prosedur institusi kewangan itu.

“Ini salah satu risiko yang bakal berlaku sekiranya pencarum EPF tidak mengemaskini penama akaun mereka. Tahu tak surat kuasa tu menatang apa? Sila ingat ya. Sijil kehilangan dan permit pengebumian saja tidak laku untuk membuat pentadbiran harta pusaka. Berlaku saja kehilangan dan setelah didaftarkan kehilangan tersebut, maka terbekulah segala harta dan aset si suami yang telah tiada itu. Jadi, semua institusi kewangan (harta alih) dan pejabat tanah (harta tak alih) akan minta surat kuasa jika waris hendak menuntut harta tersebut,” katanya yang sudah dua tahun berkecimpung sebagai perunding takaful. Jelasnya lagi, penama yang diletakkan di dalam akaun EPF itu juga bukan bermakna individu berkenaan berhak sepenuhnya ke atas tinggalan si suami itu, sebaliknya dia berperanan sebagai pengurus tadbir.

“Selalu orang ingat, letak penama maka terus penama dapat wang. Tapi sebenarnya, penama ini adalah pengurus tadbir. Ia ada beberapa peringkat proses lain. Penama hanya berfungsi sebagai pemegang amanah sahaja. Pembahagian wang EPF tersebut masih perlu dibahagi mengikut faraid atau muafakat waris. Jangan meletakkan penama anak-anak yang di bawah umur 18 tahun. Anak-anak tiada kuasa pun nak mentadbir harta tersebut selagi tak berumur 18 tahun. Selepas tahu jumlah wang, kena tolak hutang-hutang dulu, dan seterusnya proses mahkamah untuk pembahagian,” kata lelaki berusia 30 tahun ini.

Kwsp Bukan Macam Bank. Lepas Ramai Yang Pertikaikan Akhirnya Ketua Pegawai Kwsp Tampil Bersuara Lantang Bongkarkan Kenapa I Sinar Tak Boleh Lulus Automatik Untuk Semua Pencarum.

KUALA LUMPUR: Meskipun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikhususkan untuk simpanan masa depan, namun institusi itu komited untuk membantu ahlinya dalam apa juga situasi khususnya ketika negara berdepan pandemik C0VID 19.

Menurut Ketua Pegawainya, Alizakri Alias, sehubungan itu, kemudahan i-Sinar diperkenalkan bagi memperluaskan bantuan kepada pencarum selepas kemudahan i-Lestari dilaksanakan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu.

“Kami faham situasi sekarang adalah waktu genting untuk kita menolong ahli-ahli untuk bertahan dan kita sebulat suara bersetuju mahu menolong ahli kita buat masa ini, usah cakap untuk masa hadapan.

“Itu sebab kita perkenalkan i-Sinar dan i-Lestari untuk kita bantu mereka yang betul-betul terjejas aklbat C0VID-19,” katanya menerusi temu bual eksklusif dalam program Agenda AWANI pada Khamis. Dalam pada itu, Alizakri menegaskan, KWSP bukan seperti institusi perbankan yang boleh mengeluarkan wang masing-masing pada bila-bila masa.

Sebaliknya, beliau berkata, tujuan penubuhan institusi itu bagi memastikan setiap pencarum mempunyai simpanan pada usia tua kelak. “Memang saya tidak menafikan ini adalah duit ahli kita, tetapi KWSP bukan macam bank. Kalau macam bank, duit ahli boleh dikeluarkan pada bila-bila masa.

“Sebaliknya, KWSP ditubuhkan hampir 70 tahun lalu atas kebijaksanaan kerajaan terdahulu bagi memastikan rakyat Malaysia yang bekerja mempunyai wang yang cukup pada usia tua,” katanya. Selain itu, beliau menambah, KWSP juga memperkenalkan kadar penurunan caruman daripada 11 peratus kepada 7 peratus untuk membantu meringankan beban ahli dalam situasi sukar ini.

“Langkah itu bagi memastikan setiap ahli mempunyai lebihan wang untuk perbelanjaan harian. “Justeru, i-Sinar bukanlah suatu perkara yang perlu dilihat secara persendlrian, tetapi perlu dilihat secara menyeluruh daripada program i-Lestari, penurunan kadar caruman dan sekarang i-Sinar,” jelasnya.

Keputusan Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) untuk tidak meluluskan secara automatik penerima i-Lestari kepada skim i-Sinar adalah berikutan perbezaan situasl yang dihadapi negara ketika ini. Ketua Pegawainya, Alizakri Alias menjelaskan i-Lestari diperkenalkan ketika negara berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac yang menyebabkan kebanyakan ekonomi dan aktiviti sosial tidak dibenarkan beroperasi.

Justeru, beliau berkata, keadaan tersebut menimbulkan kebimbangan KWSP terhadap nasib ahli-ahli mereka.“Tetapi masa sekarang ini situasi telah pun berubah, kalau kita fikir PKP yang secara ketat dulu pun tidak ada lagi. Jadi, kita (rakyat) telah bekerja semula dan ekonomi sudah mula dijana. Kita juga jangan lupa, bukan semua orang hendak membuat perm0honan i-Lestari pada masa itu.

“Walaupun kriteria dan ia terbuka untuk ramai orang, bukan semua orang mahu memohon i-Lestari, sama juga dengan i-Sinar. “Mungkin keadaan sekarang dah berlainan berbanding pada Mac dan April,” katanya menerusi temu bual eksklusif dalam program Agenda AWANI di sini pada Khamis malam.

Sumber : AstroAwani

Ramai Yang Persoalkan Pasal Akaun 1 Kwsp. Sekali Ceo Kwsp Tampil Buat Ramalan Yang Mengejutkan Tentang Apa Yang Akan Terjadi Pada Rakyat Lepas Bersara Nanti.

(KWSP) menjelaskan sebanyak 43 peratus atau 5.38 juta ahli di bawah umur 55 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 dalam akaun satu. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tunku Alizakri Alias berkata, ini bermakna mereka akan menjalani kehidupan persaraan dengan pendapatan kurang daripada RM41 sebulan sepanjang tempoh 20 tahun sekiranya simpanan mereka tidak bertambah.

“Umum mengetahui purata jangka hayat rakyat Malaysia kini menjangkau usia 75 tahun, namun KWSP terus mengekalkan pengeluaran bagi akaun satu pada usia 55 tahun. Jadi ada tempoh selama 20 tahun lagi selepas persaraan.

“Selain itu, sebanyak 54 peratus atau 137,000 daripada 245,000 ahli berumur 54 tahun pada 2020 mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000 dan bakal menjalani kehidupan persaraan dengan pendapatan hanya RM200 sebulan bagi tempoh 20 tahun,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat KWSP di sini semalam.

Menurutnya, daripada data KWSP itu, jumlah berkenaan sangat jauh daripada paras kemiskinan negara iaitu RM2,208 untuk isi rumah dan RM2,450 untuk perbelanjaan asas seorang warga emas seperti dinyatakan dalam kaji selidik oleh Social Wellbeing Research Centre.

“Katanya, pada masa ini pihaknya sedang memperhalusi dan memperincikan kemudahan bagi tujuan pengeluaran daripada akaun satu seperti diumumkan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Belanjawan 2021 Jumaat lalu dan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Jumaat lalu, kerajaan mengumumkan kemudahan pengeluaran simpanan KWSP daripada akaun satu secara bersasar sebanyak RM500 setiap bulan dengan jumlah sehingga RM6,000 bagi tempoh 12 bulan untuk meringankan beban seramai kira-kira 600,000 ahli yang dibuang kerja.

Tunku Alizakri meminta pencarum menjadikan pengeluaran caruman KWSP akaun satu sebagai langkah terakhir sekiranya terdapat kaedah lain bagi membantu kekangan kewangan yang dihadapi ketika ini. “Pertama buat anggaran perbelanjaan ketika ini dengan tidak meletakkan keperluan semasa terlebih dahulu berbanding kehendak.

Lihat juga kepada bantuan-bantuan yang diberikan oleh kerajaan dan sekiranya ia tidak mencukupi barulah melihat kepada simpanan hari persaraan sebagai pilihan terakhir. “Selain itu ahli juga boleh mendapatkan nasihat kewangan daripada Bank Negara Malaysia, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit dan Pertubuhan k3selamatan Sosial (Perk3so),” ujarnya. Katanya, KWSP memikul beban yang berat untuk melihat situasi semasa dan memainkan peranan bagi memastikan semua ahli mempunyai wang pada masa depan iaitu selepas hari persaraan.

Kredit : Sinar Harian

Sumber : http://www.awatttsyeikhh.com/