Ramai yang masih tertanya tanya dan tidak faham syarat yang dibenarkan dan tidak dibenarkan soal pelaksanaan PKP di kawasan ini. Di sini ada jawapannya.

Fakta Keselamatan Terkini

Seperti yang telah diketahui ramai, baru-baru ini Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan kawasan-kawasan yang akan melaksanakan PKP, PKPB dan juga PKPP di seluruh negara bagi menangani wabak Covid-19 yang sedang menular di seluruh negara pada masa kini.

Dalam satu perutusan khas pada hari Isnin pukul 6 petang, PM berkata pelaksanaan ini akan dilaksanakan untuk 14 hari sahaja iaitu pada 13 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021.Tetapi tahukah anda antara syarat-syarat pelaksanaan perintah kawalan yang dibenarkan mengikut pelaksanaan di kawasan masing-masing? Tidak mustahil walaupun pada waktu ini sekalipun masih ada rakyat yang terbelenggu dengan tanda tanya soal pelaksanaan ini. Berikut di bawah ada jawapan bagi tanda tanya anda semua. Bagi kawasan SOP am Perintah Kawalan Pergerakan ( Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka, Johor dan Sabah)

Antara senarai aktiviti yang dibenarkan. Kawalan pergerakan :

  • PDRM bertanggungjawab melaksanakan kawalan ke atas kawasan tempatan jangkitan dengan bantuan ATM,APM dan RELA. Laluan keluar masuk kawasan PKP juga akan dikawal dan ditutup kemasukan oleh PDRM.
  • Semua penduduk di kawasan PKP tidak dibenarkan keluar dari kediaman masing-masing kecuali dua oang sahaja wakil isi rumah untuk membeli makanan,ubat, penokok diet dna keperluan asas dalam radius tidak melebihi 10 kilometer dari kediaman masing-masing.
  • Maksimum 3 orang sahaja termasuk pesakit dibenarkan keluar untuk mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatanatau perubatan dalam radius tidak melebihi 10 kilometer dari kediaman masing-masing.
  • Pelajar dan calon SPM tahun 2020 dan 2021, STPM, SVM, STAM, SKM, DVM, Pentaksiran kemasukan sekolah tingkatan 1 dan tingkatan 4dan peperiksaan antarabangsa yang setara dibenarkan hadir ke sekolah merentasi kawasan PKP atau PKPB atau PKPP mengikut takwim persekolahan yang sudah ditetapkan.
  • Kolej Matrikulasi dibenarkan dalam tempoh PKP. Pelajar yang berada di sekolah berasrama, Universiti, Institusidibenarkan untuk berada di sekolah tersebut dan meneruskan pembelajaran secara hibrid.
  • Peperiksaan antarabangsa dan badan professional serta aktiviti penyelidikan yang memerlukan kemudahan makmal di IPT dibenarkan mengikut SOP IPT berkenaan dan pergerakan perlu disertakan dengan pengesahan dari KPT atau IPT berkaitan.
  • Pergerakan pensyarah,guru atau tenaga pengajar bagi tujuan Pengajaran dan Pembelajaran kelas-kelas yang terlibat dalam peperiksaan dengan pengesahan daripada KPM dan KPT.
  • Pelajar yang berkeperluan perlu mendapatkan surat kebenaran pergerakan bagi merentas negeri atau daerah untuk pulang ke kampus dari IPT berkenaan.
  • Pergerakan dalam, keluar- masuk kawasan PKP bagi kes kecemasan seperti kehilangan dibenarkan setelah mendapatkan kebenaran daripada PDRM.
  • Pergerakan bantuan bencana/ kemanusiaan oleh NGO perlu mendapatkan kebenaran PDRM dan bantuan tersebut disalurkan melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana di bawah NAMDA.
  • Kawalan pergerakan keluar masuk ke negeri Sabah dalam tempoh PKP adalah mengikut SOP PKP bagi seluruh negeri Sabah.
  • PCA dab RGL antara Malaysia dan Singapura diteruskan berdasarkan perjanjian yang telah dipersetujui.

Aktiviti dalam kawasan PKP:

  • Semua aktiviti selain daripada yang tersenarai dalam senarai perkhidmatan perlu adalah tidak dibenarkan.
  • Restoran, kedai/gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera/ pusat penjaja, gerai makan tepi jalan/ kiosk, kedai runcit dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi antara 6 pagi hingga 8 malam.
  • Aktiviti pembekalan atau penjualan makanan hanya dibenarkan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran sahaja bermula 6 pagi hingga 8 malam.
  • Hospital, klinik dan makmal perubatan boleh beroperasi sehingga 24 jam atau mengikut lesen kebenaran beroperasi.
  • Kedai farmasi boleh beroperasi dari 6 pagi hingga 8 malam.
  • Kedai keperluan harian boleh beroperasi dari jam 6 pagi hingga 8 malam.
  • Stesen minyak boleh beroperasi dari 6 pagi sehingga 10 malam kecuali stesen minyak di lebuhraya boleh beroperasi sehingga 24 jam.
  • Pasar harian dan pasar tani boleh beroperasi dari jam 7 pagi hingga 2 petang.
  • Pasar borong boleh beroperasi dari 12 pagi sehingga 6 pagi dan 11 pagi sehingga 4 petang.
  • Klinik dan kedai makan haiwan dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 8 malam.
  • Kedai dobi kecuali dobi layan diri dibenarkan beroperasi dari 6 pagi hingga 8 malam.

Kebenaran operasi dan pergerakan bagi perkhidmatan perlu :

  • Semua sektor dalam senarai perkhidmatan perlu yang berdaftar dengan kementerian / agensi yang berkaitan boleh beroperasi dalam tempoh PKP. Pergerakan pekerja adalah tertakluk kepada pendaftaran/ surat kelulusan beroperasi dalam tempoh PKP. Pergerakan pekerja adalah tertakluk kepada pendaftaran / surat kelulusan beroperasi dan pas pekerja / surat pengesahan majikan.
  • Pergerakan urusan rasmi kerajaan perlu disertai oleh dokumen pengesahan majikan.
  • Kapasiti kehadiran pekerja bagi perkhidmatan perlu terhad kepada pekerja yang perlu hadir secara fizikal ke tempat kerja bagi tujuan melaksanakan tugas dan kategori pekerja lain dalam perhidmatan perlu boleh bekerja dari rumah bagi mengurangkan bilangan orang di tempat kerja kepada kadar yang perlu.

Aktiviti masjid/ surau dan rumah ibadat :

  • Bagi tujuan pengurusan masjid/surau dan rumah-rumah ibadat, ahli jawatankuasa dibenarkan hadir seramai 5 orang.
  • Solat jumaat di wilayah persekutuan, Labuan, dan Putrajaya dibenarkan maksimum seramai 30 orang manakala di negeri selangor, Pulau Pinang tertakluk kepada pihak kerajaan negeri dan pihak berkuasa agama islam negeri.

Kelonggaran aktiviti riadah :

  • Aktiviti berjogging dibenarkan dalam kumpulan tidak melebihi 2 orang hanya di dalam kawasan kejiranan sahaja.
  • Aktiviti berbasikal berkumpulan tidak dibenarkan. Aktiviti berbasikal secara berseorangan tidak melebihi 10 km dari tempat adalah dibenarkan.

Pusat Asuhan kanak-kanak, taska, tadika dan Tabika :

  • Pusat Asuhan kanak kanak, Taska, tabika dan tadika dibenarkan beroperasi dengan kebenaran beroperasi oleh Kementerian / agensi berkaitan.
  • Ibu bapa/penjaga yang menghantar anak-anak ke pusat jagaan kanak-kanak dibenarkan menggunakan kenderaan dengan jumlah penumpang kanak-kanak mengikut kapasiti kenderaan.

Antara senarai aktiviti yang tidak dibenarkan. Aktiviti ekonomi :

  • Operasi pasar malam dan bazar larut malam.
  • Operasi kedai pakaian, dobi layan diri, kedai cermin mata, gunting rambut, salon , spa dan refleksologi.
  • Kelas tuisyen, kelas muzik, kelas tarian, seni, kelas mengaji, kelas bahasa dan sebagainya.

Aktiviti hiburan :

  • Aktiviti di kelab malam atau pub.
  • Aktiviti di taman tema, indoor playground, karaoke keluarga dan panggung wayang.
  • Aktiviti konsert atau acara langsung.

Mesyuarat :

  • Mesyuarat bersemuka agensi kerajaan dan swasta melibatkan kehadiran wakil agensi luar dan boleh dilaksanakan secara sidang video.

Seminar/bengkel / pesidangan/ pameran :

  • Semua seminar / bengkel /kursus / latihan/ persidangan / ceramah/ pameran dan aktiviti berkaitan dengan Meeting, Incentives, Conventions and Exhibitions (MICE).

Penganjuran majlis keramaian :

  • majlis rasmi dan tidak rasmi kerajaan dan swasta,majlis sosial seperti kenduri-kendara, majlis perkahwinan dan pertunangan, resepsi, majlis aqiqah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, reunion, retreat dan lain-lain majlis sosial.
  • Penyertaan pegawai kerajaan dan swasta bagi Majlis Rasmi dan Tidak Rasmi dari kawasan PKP, PKPB dan PKPD ke luar kawasan.

Aktiviti sukan dan rekreasi :

  • Semua aktiviti sukan dan riadah kecuali kelonggaran aktiviti berjogging dan berbasikal seperti yang dinyatakan di dalam SOP ini.
  • Aktiviti penganjuran kejohanan / Pertandingan.
  • Aktiviti sukan dan rekreasi yang melibatkan penglibatan yang ramai dna sukar dikawal penjarakkan fizikal.
  • Acara dan pertandingan sukan yang melibatkan peserta dari luar negara.

Aktiviti pelancongan :

  • Aktiviti pelancongan ke luar/masuk kawasan PKP dan di kawasan PKPD.
  • Aktiviti pelancongan ke luar negeri oleh warganegara dan aktiviti pelancongan dalam negeri yang melibatkan pelancong asing memasuki Malaysia kecuali pelancong asing daripada negara sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri.

Lain-lain yang tidak dibenarkan :

  • Apa-apa aktiviti yang boleh menyebabkan ramai orang yang hadir di suatu tempat sehingga menyukarkan penjarakkan fizikal dan pematuhan kepada arahan ketua pengarah kesihatan
  • Lain-lain perkara yang diputuskan oleh kerajaan dari semasa ke semasa.

Ini Yang Ditunggu Tunggu. Akhirnya Kpm Keluarkan Kenyataan Rasmi Tentang Tarikh Pembukaan Sekolah. Rupanya Ini Tarikh Sesi Persekolahan Bermula.

Murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 yang belajar di negeri-negeri yang akan dikuatkuasakan perintah kawalan pergerakan (PKP) kedua akan meneruskan pembelajaran secara dalam talian di rumah.

Bagaimanapun, pelajar yang akan mengambil peperiksaan termasuk SPM, SVM, SKM, STPM, STAM dan DVM dan peperiksaan setaraf yang lain akan dibenarkan untuk meneruskan pembelajaran bersemuka. Murid sekolah berasrama penuh dan asrama sekolah harian yang akan menduduki peperiksaan tersebut dibenarkan pulang ke asrama mulai 16 Januari 2021.

Selain itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengatakan tadika swasta yang berdaftar dibenarkan terus beroperasi secara bersemuka. Berikut adalah kenyatan media KPM

– Sumber dipetik dari mykmu, Kenyataan Media KPM. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!  Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : https://mediabawang.net/buka-skolah/

Pru Boleh Diadakan Tapi Dengan Syarat Ni. Terkini Perdana Menteri Umumkan Sesuatu Pasal Pilihan Raya.

Ketika Perutusan Khas Perdana Menteri sebentar tadi, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa beliau akui ada pihak yang mendesak supaya diadakan pilihan raya. Dakwanya, bukan beliau tidak mahu melangsungkan pilihan raya tersebut dan tidak menasihati Yang Di-Pertuan Agong berkaitan perkara itu namun yang menjadi keutamaannya ketika ini adalah usaha untuk ‘memulihkan’ pandemik Covid-19 di negara ini.

PRU diadakan sebaik jawatankuasa khas bebas perakukan covid-19 dah reda atau pulih sepenuhnya dan mengatakan pilihanraya selamat diadakan..Masa tu terpulang utk rakyat pilih kerajaan mana yang layak tadbir negara” Malah ketika ini beliau juga meminta setiap ahli politik untuk ketepikan perbezaan masing-masing dan bersolidariti untuk memulihkan negara daripada COVID-19.

Terkini Agong Perkenankan Darurat. Rupa Rupanya Ini Punca Buat Rakyat Terkedu.

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenankan tempoh pelaksanaan darurat hingga 1 Ogos 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif C0VID-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata Seri Paduka Baginda turut berkenan terhadap cadangan Kerajaan bagi pembentukan satu Jawatankuasa Bebas yang akan dianggotai oleh Ahli-ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang serta pakar-pakar kesihatan dan yang berkait.

Jawatankuasa Bebas ini akan mengesyorkan kepada Seri Paduka Baginda sekiranya pelaksanaan d4rurat ini dapat ditamatkan lebih awal. Perlu ditegaskan di sini bahawa Seri Paduka Baginda amat prihatin terhadap keselamatan diri rakyat jelata,

khususnya pada ketika ini rakyat di beberapa negeri masih mengharungi bencana banjir. Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa kegusaran terhadap kesan bencana banjir dan kenaikan mendadak angka jangkitan C0VID-l9 di negara ini.

Sehubungan dengan itu, Al-Sultan Abdullah menasihati rakyat supaya bertenang, tabah dan cekal menghadapi pelaksanaan darurat ini dan Perintah Kawalan Pergerakan demi keselamatan dan kepentingan bersama.

Seri Paduka Baginda turut menyeru rakyat jelata untuk bersama berdisiplin mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan semua perintah yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dan agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan semasa pelaksanaan darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Seri Paduka menzahirkan keyakinan bahawa dengan semangat jitu dan kerjasama rakyat jelata seperti yang telah dipamerkan semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada tahun lalu, kita mampu sekali lagi membendung penularan wabak C0VID-l9 dengan berkesan.

Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan harapan agar vaksin C0ViD-l9 yang bakal diterima kelak akan melandaikan keluk pandemik, sekali gus memutuskan transmisi COVlD-l9 di Malaysia. Al-Sultan Abdullah mengambil

kesempatan ini untuk menzahirkan setinggi penghargaan kepada wira dan wirawati petugas barisan hadapan yang bersabung nywa dan bertungkus lumus tanpa mengira penat lelah serta masa dalam memikul tanggungjawab memerangi wabak C0VID-l9.

Al-Sultan Abdullah turut mengambil kesempatan ini mengajak rakyat untuk bersama Seri Paduka Baginda mendoakan semoga Malaysia sentiasa dilindungi dari segala bentuk anc4man dan w4bak ini dapat dibendung dengan berkesan dan diakhiri dengan segera. Seri Paduka Baginda turut mengajak seluruh rakyat mendoakan bencana banjir yang melanda beberapa negeri pada ketika ini tidak berpanjangan.

Baginda memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak C0VID-l9 selepas menerima menghadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin bin Yassin di Istana Negara, semalam.

Pada sesi menghadap yang berlangsung selama 45 minit bermula pada jam 5.30 petang semalam, Muhyiddin telah menyembah maklum keputusan Mesyuarat Jemaah Kabinet berkenaan cadangan pelaksanaan Pengisytiharan Proklamasi Darurat sebagai langkah proaktif untuk membendung dan melandaikan kes positif C0VlD-19 harian yang telah mencecah empat angka secara berterusan sejak bulan Disember lalu.

“Setelah memperhalusi penjelasan YAB Perdana Menteri dan sembah taklimat daripada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki bin Ali; Peguam Negara Tan Sri Idrus bin Harun; Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Haji Affendi bin Buang; Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid bin Bador,

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham bin Abdullah dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Abdul Ghani bin Salleh, maka Al-Sultan Abdullah berpandangan bahawa penularan wabak C0VlD-19 di negara ini berada di tahap yang amat kr1itikal dan adanya keperluan Pengisytiharan Proklamasi Darurat berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

Perlu dimaklumkan bahawa perkenan ini juga telah mengambil kira rundingan Seri Paduka Baginda dengan Raja-Raja Melayu. Perkenan ini turut mengambil kira keselamatan diri rakyat dan kepentingan negara. Ia juga berdasarkan statistik semasa C0VlD-l9, khususnya kekangan kemudahan-kemudahan logistik mengikut negeri-negeri yang telah dipersembahkan semasa sesi taklimat itu.

Menurut statistik, lima belas hospital C0VlD-l9 mencatatkan kadar penggunaan katil C0VlD-l9 (bukan ICU) melebihi 70 peratus. Di Lembah Klang, penggunaan katil ICU untuk pesakit C0VlD-l9 di Hospital Kuala Lumpur dan Pusat Perub4tan Universiti Malaya telah mencapai 100 peratus, manakala di Hospital Sungai Buloh 83 peratus. Kadar penggunaan katil ICU untuk pesakit C0VlD-l9 di Perak, Selangor, Melaka, Terengganu dan Sarawak pula telah melebihi 70 peratus.

Sumber : BH