Ramai yang tertanya tanya kenapa Dayah Bakar tak pakai pelitup muka. Sekali tak boleh berdiam akhirnya Dayah Bakar tampil dedahkan keadaan terkini di Canberra buat warganet terkedu.

Artis

Pengacara dan penyanyi Dayah Bakar kini berada di Australia setelah lebih setahun berjauhan dengan suaminya. Pertemuan semula mereka itu sememangnya dinantikan beliau yang sudah bergelar seorang ibu kepada bayi lelakinya.

Pada 4 Februari 2021, Dayah telah berkongsi satu video di Instagram milik beliau. Beliau menulis pada ruangan caption:- “Assalamualaikum semua . Sharing with all of you a glimpse of Allah’s creation, dan hopefully buat korang rasa tenang dan a bit relax to start the day .

Bila Dayah sampai Weston Park, Dayah tak stop cakap “ Ya Allah cantiknyaaa, masha Allah subhanallah” Looks like a painting but it’s real ”  Dayah berkongsi video keindahan taman yang dilawatinya di negara itu bersama dengan suami dan anak tercinta.

Memang cantik dan kelihatan sangat tenang! Dalam pada itu, Dayah juga menjelaskan tentang persoalan yang sering diajukan kepadanya, berkenaan beliau di sana yang tidak memakai pelitup muka walaupun berada di tempat awam:-

“Anyway, Dayah dapat banyak sgt soalan tak perlu pakai mask ke dekat sini , tak ada covid ke ? Let me answer once and for all ya. Dekat Canberra dah months tak ada case Covid . Tidak perlu pakai mask , but they still practise SOP seperti social distancing , sanitize tangan selalu . ( walaupun 0 case , reminder is everywhere ) I hope this explains ! ”

Menurut Dayah, di Canberra sudah berbulan-bulan tiada kes baharu C0VID-19, wah bestnya! Semoga negara kita pun akan bebas daripada virvs ini suatu masa nanti. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber  :  https://www.hotfm.com.my/

Hampir Setahun Berpisah Dengan Suami. Dayah Dedah Akhirnya Anak Baru Boleh Jumpa Ayahnya Buat Kali Pertama Di Australia

Setelah hampir setahun terpisah, personaliti TV, Nur Hidayah Abu Bkar, atau lebih dikenali sebagai Dayah Bkar, akhirnya tiba di Australia hari ini bersama anak lelakinya untuk bertemu semula dengan suami tercinta, Kapten Hanif Hamidi.

Dayah yang sebelum ini terpaksa mengandung dan membesarkan anaknya tanpa kehadiran suami, terpisah dengan pasangannya pada awal tahun lalu akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan tuntutan Kapten Hanif kepada negara.

Menerusi perkongsian di Instaram rasmi Dayah Bkar dan Dayahlova, personaliti berusia 32 tahun itu membawa bersama anak lelakinya, Achbar Muhammad Fahri untuk menetap bersama di sana.Malah, ini merupakan  pertemuan secara fizikal buat kali pertama antara Kapten Hanif bersama anaknya sejak awal kehamilan sehingga Fahri sudah berusia empat bulan.

Mengiringi pemergian Dayah dan Fahri adalah ahli keluarga pengacara Borak Kopitiam TV3 itu yang turut hadir ke lapangan terbang sebelum mereka berlepas ke Australia.Rata-rata peminat yang membanjiri runagan komen, turut mendoakan semoga Dayah dan Fahri selamat tiba di Australia dan bersatu bersama suaminya.

Malah, ada di antaranya merasa sebak melihat tangisan Dayah sebelum tinggalkan tanah air dan berjauhan dengan keluarga di Malaysia.Terdahulu, video perpisahan terakhir Dayah Bkar bersama suaminya pada awal tahu lalu, pernah menjadi tular apabila mendapat 1.4 juta tontonan kerana begitu menyentuh hati ramai.Dayah dan Kapten Hanif Hamidi berkahwin pada tahun 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

Suami berkhidmat jauh di Australia, Dayah reda lalui proses bersalin sendiri – “Saya kumpul doa dia dan orang sekeliling”

BUKAN mudah untuk seorang isteri melalui pengalaman mengandung dan melahirkan cahaya mata sulung tanpa suami di sisi.Begitulah pengorbanan yang perlu dihadapi pengacara Dayah apabila suaminya yang bertugas sebagai pegawai tentera iaitu Kapten Muhammad Hanif Hamidi tidak dapat pulang ke Malaysia bagi menatap wajah anak sulung mereka yang lahir pada 17 Ogos lalu.

Menurut Dayah atau nama sebenarnya Nur Hidayah Abu , 31, suaminya kini bertugas di Australia bagi menghadapi gelombang kedua Covid-19 dan masih menantikan keputusan untuk pulang ke tanah air.”Suami saya nak balik sangat-sangat. Saya pun tak jumpa dia langsung sejak awal kami dapat tahu yang saya hamil, sampai la saya dah bersalin.

“Dia masih menunggu jawapan samada dia boleh balik atau tak. Australia sekarang ni sedang menghadapi gelombang kedua Covid-19 jadi peraturan di sana semakin ketat.”Memang satu momen yang takkan dilupakan, 2020 merupakan tahun saya dan suami dikurniakan rezeki anak dan ia juga tahun di mana ada satu pandemik yang melanda,” katanya kepada mStar.

Bercerita tentang pengalaman pertama bergelar seorang ibu, Dayah berkata dia turut merasa gementar dan takut untuk menjalani proses bersalin.Tambah Dayah, dia pada awalnya tiada keyakinan untuk menghadapi pengalaman bersalin tanpa insan tercinta di sisi.Namun, Dayah mengumpul semangat dan doa-doa orang sekeliling di samping meletakkan kepercayaan bahawa terdapat wanita di luar sana yang melalui situasi yang sama.

“Sebenarnya tak pernah terfikir saya akan bersalin tanpa suami di sisi. Seperti wanita lain sudah tentu saya pun ada rasa gementar, takut.”Mula-mula saya tertanya-tanya boleh ke saya lalui perkara ni. Tapi bila hari tu semakin dekat, saya kumpul semangat dan fikir yang apa-apapun, saya kena lalui juga.

“Tapi saya yakin Allah ada, doa suami saya sentiasa mengiringi dan jika orang lain boleh lalui, saya pun boleh lalui juga. Saya kumpul doa-doa orang di sekeliling saya,” jelasnya.Dayah dan Hanif berkahwin pada 29 Jun 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Achbar Muhammad Fahri kini berusia sembilan hari.

Jiran Zaman Kanak-Kanak Pilihan Dayah

PENGACARA program Nasi Lemak Kopi O, Dayah tidak menyangka akan bertemu jodoh dengan jiran rumahnya semasa mereka kecil.Dayah atau nama sebenarnya Nur Hidayah Abu , 28, berkata dia dan bakal suaminya, Hanif Hamidi, pernah belajar di sekolah yang sama selama tiga tahun.”Saya dan Hanif belajar di sekolah yang sama ketika kami tingkatan satu hingga tiga. Tapi kami membesar dari kecil sama-sama sebab rumah dekat.

“Bila dah besar, masing-masing ada kehidupan sendiri. Tak sangka pula saya akan bertemu jodoh dengan jiran rumah,” kata Dayah ketika dihubungi mStar Online.Kebetulan Dayah masih menyimpan gambar mereka berdua ketika di bangku sekolah. Kisah Dayah dan Hanif mendapat perhatian warganet di laman sosial apabila dia memuat naik foto mereka ketika zaman kanak-kanak.

Mereka belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan King George V, Seremban, Negeri Sembilan.Tambah Dayah lagi, dia pernah menerima surat cinta daripada Hanif, 28, namun ketika itu hanya menganggap lelaki itu hanya kawan.Namun, pertemuan semula pada penhujung tahun lalu membuatkan hubungan mereka semakin rapat dan akhirnya mengikat tali pertunangan pada Sabtu lalu.

“Saya pernah terima surat cinta daripada Hanif tapi masa itu anggap dia sebagai kawan sahaja. Tak ada perasaan apa-apa.Hanif menyimpan perasaan terhadap Dayah sejak 15 tahun lalu. “Selepas kami berpindah ke sekolah asrama, kami hanya berhubung di laman sosial sahaja. Namun, pada penghujung tahun lalu dia ada hubungi saya untuk bertanya khabar.

“Sejak dari itu, kami selalu berhubung dan berjumpa. Lama-lama hati saya terpaut dengannya setelah 15 tahun dia menyimpan perasaan terhadap saya,” ujarnya.Dayah merancang untuk bernikah dengan pegawai tentera berpangkat Kapten itu pada bulan Jun tahun hadapan.Dalam perkembangan lain, Dayah bakal mengeluarkan single pertama berjudul Imamku selepas beberapa tahun menyimpan hasrat menjadi seorang penyanyi.

“Akhirnya selepas beberapa tahun simpan hasrat ini, saya bakal keluarkan single pertama berjudul Imamku pada awal tahun depan.”Lagu ini saya cipta sendiri dah lama. Cuma takut nak bagi orang dengar. Tapi kalau kita tak cuba, tak tahu kan,” katanya.Tags/Kata Kunci:

Dayah Terharv Mentua Sanggup Rentas Negeri Datang Ziarah ‘Baby’

Memasuki usia kehamilan enam bulan, pengacara Borak Kopitiam TV3 iaitu Dayah terharu apabila bapa dan ibu mentuanya sanggup merentas negeri dari Kuala Pilah bagi bertemu dia di ibu kota.Menerusi laman Instagram, pengacara berusia 31 tahun itu berkongsi sekeping gambar yang kelihatan ceria di sisi mentua selain berterima kasih kerana sudi menziarahi dirinya.

“Tengok siapa yang datang melawat saya dan si kecil. Mak dan ayah all the way dari Kuala Pilah merentas Kuala Lumpur. Uwan nak ikut tapi tak boleh lagi, tunggu keadaan reda sikit.“Terima kasih mak ayah datang melawat. Your presence means so much to me. Bila tengok mak ayah, terbayang Hanif. Love you both,” tulisnya.

Tambah Dayah atau nama sebenarnya Nur Hidayah Abu , memiliki mentua yang baik juga adalah satu rezeki malah perlu tahu mengambil hati serta memberi layan sebaiknya terhadap keluarga kepada pasangan.“Dapat mertua yang baik adalah rezeki. Remember bila kita berkahwin, we’re not only marrying the person we love, we are marrying the family too.

“Yang muda kena pandai sesuaikan diri, bijak ambil hati. Treat them well, love them wholeheartedly,” katanya.Posting tersebut mendapat pelbagai reaksi positif warganet dimana rata-rata tumpang gembira malah mengakui Dayah beruntung memiliki mentua yang sangat penyayang.

Namun tidak kurang ada juga yang mendoakan Dayah dan bayi sulung dalam kandungan agar sentiasa sihat serta dipermudahkan urusan.Dayah mendirikan rumah tangga dengan pegawai tentera, Kapten Muhammad Hanif Hamidi pada 29 Jun 2018 di Ampang Hilir, Kuala Lumpur