Rasa pelik bila mertua tak galakkan ada anak masa mula berkahwin . Lepas setahun usia perkahwinan si isteri terus minta penjelasan dari suami. Bila dah tahu terkejut si isteri bila dapat tahu ini faktor utama

Kisah Rumah Tangga

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum wbt. Terima kasih admin kerana sudi menyiarkan cerita aku. Confession ni mungkin sesuai dibaca bagi yang dah berkahwin atau 18 tahun ke atas. Tetapi mostly apa yang aku cerita ni adalah knowledge yang sangat berharga di mana aku rasa aku patut share untuk pengetahuan semua terumata yang telah mendirikan rumah tangga.

Nama aku Su. Umur aku 29 tahun. Suami aku 2 tahun lebih tua dari aku dan dia satu satunya anak lelaki dalam keluarga sebab abang suamiku telah tiada. Kami mendirikan rumah tangga baru tiga tahun. Orang kata masih early stage dalam perkahwinan. Kami nikah atas dasar suka sama suka. Berkawan bertahun tahun sebelum memilih untuk mendirikan rumah tangga.

Masih lagi segar dalam ingatan aku, selepas kami nikah, mertua aku ada sebut ‘kalau boleh jangan lah ada anak lagi dalam waktu terdekat, rancang dulu’.Aku terkedu. Kerana aku memang niat aku nikah sebab aku betul betul bersedia untuk menjadi isteri dan ibu kepada anak anak aku.Sungguhpun mertua aku nasihatkan aku supaya tidak mengandung, namun sejak dari kami nikah aku dah fikirkan cara terbaik untuk aku mengandung.

Setiap bulan aku beli OPK (ovulation monitoring kit) di samping catat dalam apps kesuburan untuk aku tahu hari apa yang aku paling subur.Jadi bila tiba hari paling subur kami akan mencuba bersungguh sungguh. Hanya kami berdua saja yang tahu struggle itu.Fast forward, ketika usia perkahwinan genap setahun, aku masih belum mengandung. Dipendekkan cerita, satu hari, aku ajak suami aku pergi ke sebuah hospital untuk check sama ada aku ni ada masalah untuk mengandung.

Oh ya untuk pengetahuan aku datang bulan pada setiap bulan biasanya tepat pada waktu. Berat badan aku normal. Begitu juga dengan suamiku, sihat, normal dan tidak mempunyai masalah berat badan.Prosedur pertama, adalah dari part isteri. aku perlu membuat ujian pap smear, kemudian ujian h0rmon. Drah aku diambil untuk diuji sama ada h0rmon aku stabil atau tidak.

Kemudian aku perlu membuat trnsvaginal ultrasound, supaya dktor dapat melihat sama ada aku dapat menghasilkan telur (0vum) yang normal. Dan ujian yang terakhir adalah HSG. Iaitu untuk mengesan sama ada tiub fall0pian aku tersumbat atau tidak.Dan alhamdulillah semua ujian itu aku berjaya dan keputusannya aku tidak mempunyai apa apa masalah. Oh ya untuk part aku ni bukan ambil masa sehari ya untuk settle. Berbulan juga sebab bergantung pada hari subur dan hari kita datang bulan.

Settle part isteri, tiba masa suami aku membuat ujian sp3rma. Suami diarah untuk mengeluarkan semen dia supaya doktor boleh lihat sama ada dalam semen dia mempunyai sp3rm – sp3rm yang normal.Cara dia keluarkan semen tu jangan la dibayangkan ya para pembaca. Suami kena keluarkan sendiri, ada bilik khas yang disediakan di hospital. Keputusan untuk suami cuma mengambil masa beberapa jam saja. Jadi kami decide untuk tunggu di hospital.

Selang beberapa jam, nama kami dipanggil untuk masuk ke bilik. Aku cool saja sebab memang fikir yang baik baik inshaAllah tiada apa apa yang burok. Aku yakin.Tiba tiba keputusannya adalah “az0osepemia” . Aku macam “oh okay” mungkin ada sesuatu tapi aku tak adalah terkejut sebab aku pun tak tahu apa itu azo0spermia.. Kemudian doktor jelaskan azo0ospermia adalah keadaan di masa seseorang lelaki tidak menghasilkan/produce sp3rm langsung.

Dalam erti kata lain, semen yang dikeluarkan oleh lelaki tersebut adalah kosong sahaja. Tanpa sp3rm. Di mana sepatutnya seseorang lelaki menghasilkan berjuta juta sp3rm ketika ej4kulasi, tetapi suamiku kosong.Di atas kertas tu tercatat -NIL-. Doktor jelaskan, az0ospermia boleh terjadi sekiranya kilang sp3rm r0sak atau saluran sp3rmnya tersumbat.Dan doktor pesan, satu satu nya kaedah untuk kami mendapatkan zuriat hanyalah IVF. Itu pun sekiranya suami aku punya masalah adalah saluran sp3rmnya tersumbat. Di mana doktor akan cucvk ball dia dan terus sedut keluar semen dari ball dia.

Sekiranya ada sp3rm jadi doktor akan terus snyawakan dengan 0vum aku. Tetapi sekiranya tiada juga doktor sarankan untuk ambil anak angkat saja.Fikiran aku tiba tiba jadi kosong. Pandangan aku gelap. Apa yang harus aku buat aku tak tahu. MENANGIS ? MARAH ? SEDIH ? Entah aku sendiri tak tahu.Kami decide untuk ulang sekali lagi ujian untuk suami lagi 2 bulan. Sebab nak betul betul kepastian. Dalam waktu 2 bulan itu macam macam yang suami aku amal. Healthy food dan healthy lifestyle .

Selain ambil pelbagai jenis supplment dan v1tamin. Dalam tempoh 2 bulan ni juga tempoh yang betul betul menduga sebab suami aku kadang kadang hilang pertimbangan.Dia rasa dia useless dan tak mampu berikan aku anak, dia nak lepaskan aku. Bergduh almost everyday sebab aku asyik menangis je. Aku menangis kenapa Allah duga macam ni.Fast forward, dah selang 2 bulan kami buat ujian lagi sekali untuk suami. Dan keputusannya masih sama. Cuma waktu ini aku dah tak terlalu sedih dan terkejut kerana aku memang tak nak letak high expectation supaya aku tak kecewa.

Sekarang aku dah redha dengan perancangan Allah. Cuma aku tak boleh terima kalau orang asyik tanya soal anak. Paling aku tak boleh terima kalau orang siap pegang perut aku dan tanya ‘bila nak ada isi ni, dah lama dah’ . Aku cuma cakap “inshaAllah, doakan ya.”Kenapa ya asal tak ada anak je, isteri yang dikatakan mndul dan tak sbur. Sedih betul aku. Aku rasa ann0ying sangat. Kenapa orang tak faham? Orang dekat luar tak faham betapa kami suami isteri nakkan zuriat.

Aku dengan suami aku, kalau tengok budak kecil atau baby dkt luar kami boleh tersenyum sendiri sebab seronok tengok keletah diorang. Apa yang kami dah lalui, naik turun hospital, check sana sini, susah payah kumpul duit untuk IVF, Orang tak tahu.Jadi di sini aku nak pesan, aku minta tolong sangat sangat sangat, kalau dah tak ada benda baik nak cakap, lebih baik diam, dari menyak1ti perasaan orang.

Family aku tak tahu hal ini kerana aku tak mahu menga1bkan suamiku. Tapi keluarga mertua aku semua tahu kerana kami decide untuk cerita.Tapi sekali lagi aku rasa ann0ying sebab jujurnya aku tak suka bila keluarga mertua aku nasihatkan pergi berurut, makan itu ini untuk tingkatkan kesburan suami aku.Kalau korang tak ada dalam situasi aku, tolong jangan nasihat yang bukan bukan. Aku bukan tak percaya urut batin ni, tapi bila kita dah tahu apa solution untuk dapatkan anak, kita terima dan teruskan jela apa rancangan dari doktor.

Mertua aku ni juga antara orang berada berpangkat. Tapi suami aku biasa saja. Yang buatkan aku lebih sedih, M dan jauh hati, walaupun diorang tahu masalah suami aku, diorang langsung tak support financially or mentally. Tapi bila habis kan duit pada benda benda lain tak apa.Mertua aku ada 5 orang cucu. Setiap kali cucu balik ada saja benda mahal mahal yang dibelikan. Nilai beratus ratus. Kalau dah 5 orang, dah berapa pula kan.

Aku dengan suami pula langsung tidak dikisahkan. Walaupun masalah tu datangnya dari anak diorang, diorang ignore je as if macam pnyakit suami aku ni boleh baik dengan sendirinya. Kononnya kalau ada rezeki mesti ada punya tanpa apa apa rawatan.Sampai sekarang aku susah nak terima. Bukan aku terlalu mengharap nilai ringgit, tapi sekurangnya support lah kami ni, bagi kata kata semangat pun aku syukur.

Sekarang, suami aku dah settle dah pun 0peration. Alhamdulillah sp3rmnya ada dan telah di bekukan untuk disnyawakan dengan 0vum aku. Doakan perjalanan IVF kami berjalan lancar ya kawan kawan.Dalam masa yang sama kami masih lagi dalam fasa kumpul duit sebab IVF ni sekurang kurangnya kena ada dalam 15 ribu. Tapi boleh bayar sikit sikit. Kami berdua makan gaji saja jadi memang ambil masa.

Doakan kami suami isteri kuat dan tabah harungi ujian ini bersama sama.Sekarang, kami dah ada rumah kami sendiri. Walaupun kami belum ada anak, tapi kami masih lagi bahagia alhamdulillah. Apa yang aku nak makan, apa yang aku teringin suami aku cuba penuhi.Jadi aku cuba lawan perasaan aku untuk tidak meletakkan anak itu sebagai punca kebahagiaan. Aku redha dan terima ujian ini dari Allah swt untuk menguji kesabaran kami berdua. Terima kasih sudi mendengar luahan hati aku.

Reaksi warganet.

Cheq Senah – Dulu,doc kata,suami punya sp3rm sikit. Tak sampai 10k,takde terus tengah jalan je katanya. Rezeki,lepas 3 tahun, sy pregnant. Masa pregnant, ada fibr0id pula…..doc kata,sorang saja ini lah anak awak….. sekarang,tahun ke 12 perkahwinan, sy dalam pantang anak ke-3. Baru 6 hari bersalin. Positive sis…..positive …..! Salam sayang.

SyaFinaz Roslan – Selain dari ivf,kena jugak lapangkan hati. Berbuat baik pd mak dan mentua. Ni awk berkira2 duit mentua plak. Dh mentua nak sedekah pada cucu2 dia x kisah la nilainya brpa. Saya faham awak mybe tertekan dan strsss. Kena redha sis, anggap ni ujian dn berbuat baikla sesama makhluk.

AslinanMajid – Semoga tt dimurahkan rezeki… Kita sama2 dimurahkan rezeki… Aamiinn..Ann0ying la jenis manusia yang suka hati pegang perut orang ni. Dia ingat semua orang suka ke random people suka2 sentuh perut? Dah la sentuh siap tanya bila nak ada isi lagi… Tak snsitif langsung.

Yusrina Yusof Mbbi – tak perlulah mengharapkan org tua nk support semuanye..u have to work hard ur self. lagi pulak mentua da advise plan dulu.so dont expect much.. n jangan la buat ur husband strss..cukup baik da dia sanggup buat treatment..mostly lelaki jgn hrp nk pegi..ego manjang. cuba kalau yg bermasalah tu puan..how’d u feel? so chill2 aje lepas ni..n moga ada rezeki tt menimang baby .baru 3 thn. insyallah ada rezekinye.

Mawar – Semoga ivf berjalan lancar yer sis.. Sy pon salah 1 ttc .. 4 tahun menunggu.. Org kata sy gemok x leh ngandung sp3rma x dpt pergi katanya.. Kuasa Allah tahun ke 4 pregggy.. Skrg dh 31 weeks syukur.. Sy usaha dengan diet jer… Tu ja mmpu nk buat rawatan apa kurang mampu.. Sy doakan sis n suami akan jumpa pelangi indah nnt yer.

– Su (Bukan nama sebenar) via IIUMC.