Reaksi 2 anak kecil buat ujian swab test raih perhatian. Ibu kepada 2 anak kecil luah rasa tak sampai hati dan tak sangka begitu tenang dua kanak kanak itu

Viral

Tak dinafikan mungkin ramai yang berasa seram apabila melihat prosedur ujian calitan atau swab sebagaimana yang dipaparkan di kaca televisyen ataupun media sosial. Mereka seolah olah dapat membayangkan betapa peritnya apabila batang swab dijolok masuk ke dalam lubang hidung untuk beberapa saat.

Namun dalam pada ramai yang beranggapan sedemikian, satu klip video di aplikasi TikTok yang memaparkan dua kanak-kanak lelaki begitu tenang ketika petugas kesihatan menjalankan ujian calitan, begitu mengkagumkan warganet.Menerusi video berdurasi 35 saat itu, kelihatan dua kanak-kanak lelaki yang merupakan adik beradik itu begitu tenang duduk di kerusi belakang kereta dan memberikan kerjasama yang baik kepada petugas kesihatan yang mahu mengambil sampel mereka.

Dalam tempoh 24 jam, video tersebut meraih melebihi 14,000 jumlah tontonan dengan warganet menyatakan rasa kagum mereka dengan semangat dan keberanian dua kanak-kanak tersebut.Menurut ibu mereka yang hanya magu dikenali sebagai Saliza, rakaman tersebut dilakukan ketika mereka sekeluarga menjalani ujian calitan kali kedua pada Jumaat.

“Kami empat beranak temasuk bapa mereka perlu menjalani ujian calitan kerana kami kontak rapat kepada abang sepupu saya yang disahkan positif C0vid-19 pada 1 Januari lalu.“Ini ujian yang kedua… kali pertama kami lakukan pada Ahad minggu lalu dan keputusannya negatif. Ketika ini (semasa ditemubual) kami sedang menunggu keputusan ujian kali kedua dan kami berdoa agar ia negatif.

Saliza dan keluarganya perlu menjalani ujian calitan selepas menjadi kontak rapat kepada kes positif C0vid-19.“Sekarang kami sedang menjalani kuarantin di rumah. Jika semuanya baik-baik sahaja, insyaAllah kami akan memotng gelang pink pada 12 Januari ini,” katanya kepada mStar.Bercerita lebih lanjut, wanita berusia 30 tahun yang menetap di Serkam, Melaka ini berkata, mereka berkemungkinan mendapat jangkitan berkenaan ketika melawat ibu bapanya di Duyong.

“Kami pulang melawat ibu dan bapa saya sebab dah lama tak menjenguk mereka kerana pandemik Covid-19. Ketika itu, abang sepupu pun ada berkunjung ke sana. Namun ketika itu dia pun tidak tahu dirinya pembawa virus Covid-19.“Selepas pulang ke rumah, isteri kepada abang sepupu hubungi dan beritahu khabar itu dan meminta kami buat ujian saringan. Saya terdiam seketika, tak tahu macam mana rasanya. Dalam hati saya bertanya, ‘Ya Allah, betul ke apa yang aku dengar?’.

“Namun kami tenang dan anggap ini merupakan ujian Allah buat keluarga kami,” katanya sambil menambah, ibu bapa, adik beradik dan anak-anak buahnya turut menjalani ujian saringan C0vid-19.Ujarnya, ketika kali pertama mahu membuat ujian tersebut, kedua-dua anaknya, Akmal Shakil, 6, dan Afnan Syauqi, 5, beranggapan mereka mahu keluar berjalan-jalan.

“Namun saya terangkan kepada mereka situasi sebenar. Sampai klinik, mereka cuak juga bila lihat petugas kesihatan memakai sut PPE. Namun saya beri kata-kata semangat supaya mereka tenang dan tak takut.“Alhamdulillah, mereka berikan kerjasama yang baik dan tak meronta-ronta pun. Memanglah sebagai ibu, tak sampai hati lihat muka mereka tahan sakit tapi kita kena kuat supaya mereka pun kuat.

“Mungkin sesetengah kanak-kanak akan meronta dan menangis, tapi syukur, kali kedua pun mereka beri kerjasama yang baik dan kami tak perlu pegang mereka pun.“Alhamdulillah, kami sihat-sihat saja, tak ada simptom. Saya paling risaukan ibu bapa kerana mereka berusia dan ada darah tinggi serta kencing manis. Saya hari-hari berhubung dengan mereka untuk tanyakan keadaan. Alhamdulillah, mereka pun sihat,” ujarnya lagi.

Ramai warganet memberikan komen positif dan memuji keberanian dua anak Saliza.Saliza berkata, tujuannya berkongsi video itu di media sosial sebagai mengabadikan kenangan yang mungkin takkan dilupakan sampai bila-bila.“Tak sangka pula viral dan ramai yang beri komen positif… mereka puji anak-anak saya ‘good boy’ dan sebagainya.

“Apapun, mudah-mudahan video tersebut boleh memberi semangat kepada ibu bapa lain yang mungkin berdepan situasi sama seperti kami… mereka boleh tunjukkan video itu kepada anak-anak mereka.“Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan anak-anak saya dan kami sekeluarga,” katanya lagi.

Tidak perlu panik – Ismail Sabri.Dalam perkembangan lain Kerajaan akan memberi tempoh secukupnya untuk rakyat bersedia sebelum melaksanakan sebarang tindakan mengawal jangkitan Covid-19 yang menunjukkan trend peningkatan sejak kebelakangan ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.Beliau menasihati rakyat supaya tidak membuat pembelian p4nik berikutan adanya spekulasi kerajaan akan melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

16 Sekeluarga Termasuk Seorang Kanak Kanak Berusia 2 Tahun Di Johor Disahkn Positif COVID19. KKM Tampil Jelaskan Berkenaan Isu Ini

Sehari selepas pemergian warga emas, salah seorang saudara perempuannya didapati positif Covid-19, kata sumber itu. 16 sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak berusia dua tahun di Labis, Segamat, Johor disahkan positif Covid-19 selepas menghadiri perjumpaan di Lembah Klang.

Menurut sumber Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kesemua mereka tinggal di sebuah rumah yang sama di Labis, dan telah mengunjungi ahli keluarga lain di zon merah di Kuala Lumpur dan Selangor antara 17 dan 25 Disember.Difahamkan, perjumpaan keluarga itu turut dihadiri seorang warga emas berusia 60 tahun yang pergi buat selamanya akibat wabak itu pada 3 Januari.

Individu yang sudah tiada menghidap sakit diabetes dan tekanan drah tinggi, mula menunjukkan simptom selepas kembali ke Segamat.16 sekeluarga itu turut pulang ke Segamat pada hujung Disember untuk melawat wanita itu.Dia dihantar ke Hospital Segamat untuk menerima rawatan sebelum meninggal dunia.

Sehari selepas pemergian warga emas, salah seorang saudara perempuannya didapati positif Covid-19, kata sumber itu.”Pengesanan kontak dan tindakan susulan yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan mendapati bahawa 16 anggota keluarga warga emas itu menghidap Covid-19.”Mereka dikuarantin sementara ada yang ditahan di hospital untuk rawatan yang diperlukan,” katanya. – The Star.

Pengantin Perempuan Disahkan Positif COVID19. Pasangan Ini Sanggup Sarung PPE Dan Teruskan Perkahwinan Di Pusat Rawatan

Sebuah video dimuat naik di Twitter menunjukkan satu pasangan di India disatukan dalam suasana lain daripada yang lain telah mendapat perhatian ramai.Menurut India Times, video itu menunjukkan majlis perkahwinan satu pasangan yang diadakan di sebuah pusat rawatan Covid-19 Kelwara di Shahbad. Pasangan itu serta paderi yang menyatukan mereka dilihat memakai PPE selepas pengantin perempuan disahkan positif pada hari perkahwinan mereka.

Melalui video tersebut, mereka dilihat mengenakan persalinan lengkap PPE dan melafazkan ikrar perkahwinan. Selain mereka bertiga, terdapat seorang dua individu lain dipercayai ahli keluarga yang turut hadir dan memakai persalinan PPE.

Tidak melupakan adat dan budaya, meskipun menyarung PPE pengantin lelaki tetap memakai serban tradisional. Pengantin perempuan juga dilihat memakai pelindung muka dan kedua-duanya dilihat memakai sarung tangan sepanjang upacara itu berlangsung.

Majlis mereka itu dijalankan mengikut norma baharu Covid-19 dan protokol yang telah ditetapkan oleh kerajaan tempatan. Disebabkan kenaikan kes Covid-19 di Rajasthan, Ketua Menteri Ashok Gehlot memutuskan untuk melanjutkan perintah berkurung sehingga 31 Disember 2020.

Wanita Ini Sanggup Botakkan Kepala Semata Nak Taja Majlis Perkahwinan. Lebih Menarik Sekali Ini Yang Kawan Dia Buat Lepas Kantoi Dan Siap Ada Yang Nak Derma Wang Sebab Lakonan Menjadi

Toni Standen (kanan) turut membotakkan kepalanya untuk menjadikan pembohongan itu lebih nyata.LAIN manusia lain ragamnya.Begitu juga dengan seorang wanita ini yang sanggup mengaku kononnya dia mempunyai sakit teruk atau knser terminal.Lebih teruk, Toni Standen, 29, turut membotakkan kepalanya untuk menjadikan pembohongan itu lebih nyata.

Perbuatan itu berjaya membohongi rakannya sehingga ada yang bersimpati dan menaja majlis perkahwinannya.Di Facebook, dia turut memuat naik kenyataan bahawa hayatnya hanya berbaki dua bulan lagi.Tidak lama kemudian, rakan-rakan mula menghidu pembohongannya.

Malah, dia tampil dengan idea baharu, kononnya dijangkiti Covid-19 pula.Namun segalanya terbongkar sehingga menyebabkan rakannya berang.Malah, salah seorang rakan yang menderma wang mendakwa lakonan wanita itu boleh melayakkan dia untuk memenangi Anugerah Oscar. – Daily Star.

Tiga Beranak Termasuk Pengantin Perempuan Hembuskan Nafas Terakhir Setelah Dapati Mereka Positif Covid19. Berikut Kisah Tentang Kluster Kenduri Kahwin Yang Berlaku Di Indonesia

Seorang pengantin perempuan yang baru saja beberapa hari melangsungkan perkahwinannya dilapor sudah menghembuskan nafas terakhirnya setelah dijangkiti COVID-19.Lebih memilukan, jangkitan itu turut mengambil nyawa kedua orang tuanya — dalam satu kejadian yang berlaku di Kabupaten Sragen, Jawa Tengah, Indonesia.

CNN Indonesia melaporkan, pengantin perempuan didapati baru pulang dari Jakarta pada 22 Oktober lalu, iaitu dua hari sebelum majlis pernikahannya.Dia kemudiannya mengadu sakit pada 26 Oktober dan dimasukkan ke hospital selepas disahkan positif COVID-19.Setelah beberapa hari diletakkan dalam kuarantin, pengantin perempuan tersebut akhirnya hembuskan nafas terakhirnya pada 5 November.

Sehari kemudian, ibunya pula disahkan positif dan hembuskan nafas terkahirnya pada 6 Oktober. Ia turut disusuli bapanya yang hembuskan nafas terakhirnya pada 9 November.Kes tersebut turut diklasifikan sebagai kluster baru yang dikesan pada 24 Oktober lalu. Menurut laporan jabatan kesihatan tempatan, susulan itu seramai 113 kontak rapat dikesan dan diarah menjalani swab test secara berperingkat.

Tular Majlis Perkahwinan Yang Berlangsung Di Amerika Syarikat. Majlis Tersebut Terus Jadi Super Spreader Sehinggakan Lebih 100 Orang Terkena COVID19 Malah Kes Pemergian Juga Direkodkan

Sekurang-kurangnya tujuh pemergian manakala 177 yang lain disahkan dijangkiti virus Covid-19 selepas hadir satu majlis perkahwinan yang diadakan di Millinocket, Maine, Amerika Syarikat, lapor CNA.Majlis perkahwinan yang diadakan pada awal bulan Ogos lalu telah dihadiri oleh 65 orang tetamu yang secara tidak langsungnya telah melnggar had rasmi yang ditetapkan kerajaan iaitu 50 orang.

Menurut CNA, majlis tersebut telah berlangsung di sebuah gereja dan kemudiannya diikuti dengan majlis resepsi di Big Moose Inn.Sepuluh hari kemudian, berpuluh-puluh orang yang hadir majlis perkahwinan tersebut telah disahkan positif Covid-19. Susulan daripada itu Pusat Kawalan dan Pencegahan Pnyakit (CDC) di Maine segera membuka siasatan berkenaan perkara itu.

Pengarah CDC Maine, Nirav Shah pada hari Khamis (18 September) telah mengeluarkan perincian berkenaan kes tersebut sambil menambah bahawa tujuh orang yang sudah tiada itu tidak menghadiri majlis perkahwinan berkenaan.Siasatan awal mendapati bahawa seorang warden pnjara yang bertugas di sebuah pnjara yang mempunyai lebih 80 kes positif Covid-19 terletak 370km daripada lokasi majlis perkahwinan itu telah dijangkiti sebelum dia hadir ke majlis terbabit.

10 kes lain pula ditemui di sebuah gereja Baptis di kawasan yang sama, sementara 39 jangkitan – dan enam pemergian – didapati di sebuah rumah jagaan 161km dari Millinocket.Bagi penduduk setempat yang telah menerapkan peraturan penjarakkan sosial seperti yang diperkenalkan pada awal krisis, berita itu telah mengejutkan mereka.“Ketika kami mendengar wabak tersebut tercetus … semua orang benar-benar berasa sedih,” kata Cody McEwen, ketua dewan bandar.

“Sebaik sahaja wabak itu tercetus, kami terus menutup bandar ini kembali sepenuhnya.”Sesetengah penduduk jelas berasa berang dengan penganjur majlis berkenaan.“Saya rasa mereka tidak seharusnya mengadakan majlis perkahwinan. Saya rasa ia seharusnya dihadkan seperti yang sepatutnya,” kata Nina Obrikis, seorang ahli gereja Baptis di mana majlis itu diadakan.“Kami tidak dapat pergi ke mana-mana atau melakukan apa-apa kini,” katanya.

Gabenor Maine, Janet Mills pada hari Khamis telah mengeluarkan amaran kepada 1.3 juta penduduk negeri itu.“COVID-19 bukan berada di sebelah pagar sana, tetapi ianya sedang berada di kawasan halaman kita kini.”Sejak tercetusnya wabak pada awal tahun ini, kejadian superspreader yang serupa telah dilaporkan di seluruh dunia.

Yang pertama berlaku di Amerika Syarikat adalah pada persidangan bioteknologi di Boston pada bulan Februari yang dihadiri sekitar 175 orang, dan satu majlis persemadian di Georgia di mana lebih daripada 100 dijangkiti dengan virus tersebut.Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, kluster jangkitan seperti itu dapat dilihat tercetus du kampus universiti sehingga memaksa pelajar mengosongkan kawasan universiti.

Universiti Oneonta, di utara New York, mempunyai lebih daripada 670 kes Covid yang disahkan dalam satu bulan.Kementerian Kesihatan Malaysia juga turut berkongsikan tentang perkara ini.“Hasil siasatan pihak berkuasa mendapati, tujuh individu yang sudah tiada tidak menghadiri majlis perkahwinan ini”Sumber: CNA

“Family paksa teruskan majlis” – Pengantin Lelaki hembuskan nafas terakhir 2 Hari Lepas Kahwin, Lebih 250 Sah Positif Dalam Seminggu

Hanya sempat bergelar isteri kurang dari seminggu, seorang wanita dari India terpaksa menerima kenyataan suaminya sudah tiada akibat Covid-19. Kenyataan itu harus ditelan selepas pasangan itu melnggar perintah berkvrung di negara berkenaan demi untuk melangsungkan majlis perkahwinan besar-besaran.Menurut USA Today, seorang pengantin lelaki berusia 30 tahun disahkan sudah tiada dan menjadi penyebar Covid-19 yang telah menjangkiti 80 orang tetamu mereka yang hadir.

Majlis besar-besaran itu berlangsung pada 15 Jun lepas dengan kehadiran lebih 360 tetamu di Paliganj. Keluarga pengantin lelaki tersebut juga dilaporkan tetap bertegas untuk meneruskan majlis meskipun dia mengalami demam panas sebelum itu kerana tidak mahu menanggung kerugian jika ia dibatalkan.Walaupun dia (pengantin lelaki) berasa kurang sihat pada 14 Jun dan mahu majlis ditangguhkan namun ketua keluarga kedua-dua pihak tidak bersetuju, dengan alasan akan mengalami kerugian yang sangat besar.”

Pada hari perkahwinannya, suhu badan dia dilaporkan sangat tinggi dan ramai sanak saudara mula berasa risau serta turut berharap ianya tiada kena mengena dengan Covid-19. Pihak keluarga dikatakan telah memberi ubat jenis panadol kepada lelaki tersebut namun keadaannya menjadi semakin teruk selepas itu.

Menurut New York Post, lelaki itu dilaporkan sudah hembuskan nafas terkahir dua hari kemudian ketika dalam perjalanan ke hospital namun suaminya telah dibkr sebelum sempat pihak berkuasa menjalankan ujian Covid-19 ke atasnya.Bagaimanapun, dia dipercayai menjadi penyebar utama virus itu di kawasan terbabit apabila hampir 300 individu disahkan positif hanya seminggu selepas majlis itu berlangsung.

Kampung itu kini ditutup dan dikawal ketat daripada mana-mana individu yang mahu masuk atau keluar dari situ. Jurucakap pihak berkuasa di bandar itu berkata,Keutamaan kami sekarang adalah untuk mencegah jangkitan ini dan putuskan rantaian.Pengantin perempuan itu bagaimanapun dilaporkan negatif Covid-19. Kebanyakan tetamu mereka terdiri daripada kakitangan sekolah, guru dan murid-murid kerana bapa pengantin lelaki merupakan seorang guru.-lobakmerah

“Tak ikut SOP” – Ibu & Adik hembuskan nafas terakhir, 30 Tetamu Positif Covid-19 Lepas Pengantin Buat Majlis Resepsi Besar-Besaran

Dua disahkan sudaah tiada, seorang dalam keadaan t3nat dan 30 individu disahkan positif Covid-19 gara-gara sebuah majlis pernikahan yang berlangsung, lapor Jateng Suara.Menurut Ketua Pejabat Kementerian Agama Semarang, Muhdi Zamru majlis pernikahan pasangan itu tidak diadakan secara besar-besaran di masjid. Sebaliknya, ianya hanya majlis tertutup yang dihadiri tidak lebih daripada 10 orang seperti yang sudah ditetapkan protokol Covid-19.

Tidak di masjid, tapi di rumah pengantin. Memang rumahnya di belakang masjid.”Katanya majlis yang berlangsung pada 11 Jun lepas itu diadakan di rumah pengantin perempuan dan dua individu yang sudah tiada itu merupakan ibu dan adik pengantin tersebut manakala pesakit yang tenat pula adalah bapanya.Namun, kedua-dua individu dilaporkan tidak menghadiri acara pernikahan itu dan ianya telah dilangsungkan mengikut SOP yang ditetapkan untuk proses ijab kabul di Indonesia.

Penghulu kami sudah mematuhi aturan itu. Bahkan, menurut keterangannya ibu dan adik pengantin yang sudah tiada karena Covid-19 tidak hadir di prosesi ijab kabul itu.”Bagaimanapun, apa yang tidak diketahui Muhdi rupa-rupanya pihak keluarga telah mengadakan resepsi di masjid dan dihadiri tetamu yang melebihi 30 orang.

Tugas kita hanya sebatas menikahkan. Setelah itu, kalau ada pesta bukan tanggung jawab kami. Kami hanya memastikan jika ijab kabul digelar sesuai protokol kesehatan.”Majlis resepsi itulah yang dikatakan tidak mengikut SOP pencegahan Covid-19 dan telah menyebabkan kluster baru yang menjangkiti 30 tetamu termasuklah 5 daripada 9 ahli kariah masjid.-lobakmerah