Rita Rudaini puji Negeri Pahang. Benarkan individu belum divaksin untuk solat fardu dan solat jumaat.

Agama Artis Hiburan

Kerajaan negeri itu membenarkan umat Islam untuk menunaikan amal ibadat tanpa diskriminasi. 

Pelakon jelita, Rita Rudaini meluahkan rasa syukur apabila negeri Pahang membenarkan kehadiran jemaah yang belum divaksin untuk menunaikan solat fardu dan Jumaat di surau serta masjid.

Moga Pahang Dirahmati Allah

Perkongsian itu dibuat Rita menerusi hantaran di laman Insta Stories miliknya. Malah pelakon ini juga memuji tindakan kerajaan negeri itu yang membenarkan umat Islam untuk menunaikan amal ibadat tanpa diskriminasi.

“Alhamdulillah…Segala puji bagi Allah..Moga Pahang sentiasa dirahmati Allah. Tiada diskriminasi untuk yang belum vaksin untuk pondan/ pengkid ke masjid (dengan berpakaian ikut jantina)”- tulis Rita

“Ramaikan Masjid Bukan Ramaikan Tempat Pelancongan”-Rita Rudaini

Menurut Rita, seharusnya pihak yang terlibat seharusnya meramaikan masjid berbanding meramaikan tempat pelancongan.

“Sepatutnya lebih menggalakkan orang ke masjid…Ramaikan masjid bukan ramaikan tempat pelancongan…”-Tutur Rita.

Individu Belum Divaksin Dibenarkan Solat Fardu & Jumaat.

Menerusi laporan Harian Metro, kerajaan negeri Pahang membenarkan kehadiran jemaah yang belum menerima suntikan vaksin COVID-19 untuk menunaikan solat fardu dan Jumaat di surau serta masjid mengikut SOP baharu yang berkuatkuasa semalam.

“SOP baharu ini berkuatkuasa semalam manakala SOP lengkap kepada semua pentadbir masjid dan surau di Pahang akan disediakan oleh Jabatan Agama Islam (Jaip).

Kehadiran jemaah adalah terbuka kepada semua sama ada yang sudah divaksin atau belum”- sumber

Terdahulu, Rita Rudaini pernah meluahkan rasa kecewa apabila lesen peniaga yang enggan divaksin bakal ditarik dan mempersoalkan mengenai paksaan untuk mempunyai vaksin yang telah dikenakan terhadap peniaga biarpun mereka telah menggunakan wang sendiri untuk mempunyai lesen perniagaan yang sah.

Sumber: Murai.