Kekok menjadi selekeh kerana tidak biasa berpenampilan sebegitu. Ruhainies dedah sesuatu tentang dirinya yang ramai tak tahu

Artis

Nur Ruhainies Farehah binti Zainul Ilyas atau lebih gemar disapa Ruhainies tampil dedahkan sesuatu yang ramai tak sangka. Dia yang kerap memegang watak utama dalam drama di televisyen,dan dia juga sinonim dengan watak gadis cantik yang bergandingan dengan ramai pelakon hebat.

Tambahan pula, Ruhainies sanggup ketepikan imejnya yang kemas dan sentiasa kelihatan cantik demi menjayakan watak gadis kampung yang kurang berdandan.Dia mengakui bahawa kekok menjadi selekeh kerana tidak berpenampilan seperti itu memandangkan amat mementingkan penjagaan diri.

Jelasnya lagi, bagi watak untuk drama terbarunya yang diadaptasi dari novel karyaa Siti Rosmizah berjudul Cukup Derita Itu dia sanggup menyahut cabaran tersebut.“Dalam drama berkenaan saya lakonkan watak Ellani. Karakter Ellani begitu mencabar kerana sangat berbeza dengan watak yang sering dibawakan sebelum ini. Selain bekerja di warung dan menoreh getah, Ellani juga tidak suka bersiap.”

“Saya pula seorang yang mementingkan penampilan diri, jadi apabila diminta untuk tidak bersiap, kekok sungguh hendak menunaikan permintaan itu. Namun, kali ini saya mencabar diri membawakan sesuatu yang keluar dari zon selesa,” kata Ruhainies.

Namun begitu, Ruhainies mengakui sangat mendambakan watak sebegitu kerana berbeza dengan lakonan-lakonannya sebelum ini.Dia akui bahawa ketika melakukan watak tersebut, ada sedikit rasa janggal, namun disebabkan ramai yang memberi sokongan dan tunjuk ajar, dia mulai selesa serta mutu lakonannya juga semakin baik.

“Sudah lama saya mendambakan watak seperti ini dan akhirnya rezeki datang selepas enam tahun berkecimpung dalam bidang lakonan.”“Dalam drama ini juga, kali kedua saya bekerjasama dengan pelakon senior Jasmin Hamid selepas gandingan beberapa tahun lepas. Banyak benda yang saya dapat pelajari daripada Kak Jasmin dan pada hari pertama lagi kami sudah dapat mencipta keserasian,” kata.

Untuk makluman ,Ruhainies merupakan adik kepada pelakon Nur Risteena Munim yang mulai mencipta nama dalam drama bersiri Hello Mr. Perfect! bergandingan dengan Fattah Amin.Dia mulai aktif bekarya dengan membintangi pebagai drama sejak tahun 2014 sehingga kini.

Layanan Yang Diberi Kakitangan Perubatan Itu Dikatakan Agak Kasar. Sekali Ini Respon Padu Dari Ruhainies

Terbaru Ruhainies yang merupakan pelakon, mengaku dia berasa takut da tidak senang duduk selepas dipaksa melakukan ujian calitan. Membuang perasaan itu, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas tetap menjalankan tanggungjawabnya demi keselamatan diri dan orang di sekeliling.“Ini dia video swab test saya siang tadi. Bukti yang menunjukkan saya pun berani okay buat swab test.

“Sampai gementar tangan dengan kaki. Tapi takpa, ini pun untuk keselamatan diri sendiri dan orang lain.“Saya fikir takda kontak rapat, duduk rumah diam-diam tak keluar boleh selamat dah tak payah swab test hahaha. Tkut punya pasal.“Tapi dah nak mula masuk set penggambaran untuk kerja, kena jugak buat. Aduh!” kongsinya

Berdasarkan perkongsiannya di IG, adik kepada aktres Risteena ini memaklumkan dia perlu menjalani ujian saringan sebagai syarat utama sebelum memulakan penggambaran.Dalam pada itu, pelakon drama Menantu Ting Tong melahirkan rasa syukur apabila keputusan ujian yang diperoleh adalah negatif.

“Balik rumah baru terfikir kenapa tak sumbat saja batang test tu dalam hidung sendiri. Mesti tak setkut ni. Oh tak boleh ka..“Alhamdulillah, keputusan saya adalah negatif,” tulisnya lagi. Namun begitu, situasi dalam video itu telah menjadi bualan warganet apabila mendkwa layanan yang diberi kakitangan perubatan itu terlampau kasar.

Namun, Ruhainies tampil mempertahankan frontliner yang bertugas dengan menyalahkan diri sendiri yang tak duduk diam ketika ujian dijalankan.“@aqieylahhh: Nanti mesti ada orang pertikaikan cara doktor tu buat swab test dan ada sesi kec4m mengec4m.“@ruhainies7: Haha jangan la. Sebab saya yang tak duduk tak diam. Dia kena laju sebelum tiba-tiba saya bangun dan balik.

Masih Tak Selesaikan Bayaran Sebanyak RM200 Ribu. Ruhainies Tampil Bongkar Tentang Syarikat Ini Yang Masih Berdiam Diri

Baru baru ini, Ruhainies menyatakan dia belum menerima bayaran berjumlah lebih RM200,00 daripada sebuah syarikat insurans terkemuka. Dia meluahkan rasa terkilan dengan hal tersebut. Berdasarkan hantaran sama Ruhainies juga turut memberi tempoh masa selama tiga hari kepada syarikat tersebut untuk selesaikan bayaran tersebut sebelum tindakan seterusnya.

Pada masa yang sama,Ruhainies menasihatkan orang ramai agar berhati hati membeli insurans dengan memilih syarikat yang reputasinya terbaik. Bagi Ruhainies, majoriti syarikat insurans bijak memujuk ketika mencari pelanggan namun berdiam diri jika berlaku sesuatu masalah.

Dia juga akui hampir setahun bersabar dengan syarikat tersebut menyebabkan dia ambil tindakan. Di saat diminta untuk ulas mengenai tindakannya memeberikan amaran kepada syarikat tersebut menerusi media sosial,Ruhainies jelaskan dia terpaksa beruat sedemikian kerana ini sahaja cara untuk tarik perhatian mereka.

“Dah lama sangat kes ini bertangguh, e-mel tidak berjawab…Senyap sunyi semua. Jujur saya katakan, tahap kesabaran saya ini ada hadnya.“Apapun saya akan tunggu sehingga Jumaat ini untuk pihak mereka tampil memberi penjelasan dan melunaskan bayaran yang dituntut,” katanya

Asyik Belikan Beg Tangan Puluhan Ribu. Mengejutkan Tiba Tiba Teman Lelaki Ruhainies Tampil Bersuara Dedahkan Kenapa Masih Tak Kahwin Lagi Dengan Ruhainies.

Kekasih hati pelakon Ruhainies, ahli perniagaan yang juga yang dikenali sebagai Mr. E menghadiahkan beg tangan mewah edisi terhad sempena ulang tahun kelahiran yang ke-28 pelakon itu semalam. Mr. E berkata, dia sudah menghadiahkan lebih enam beg tangan kepada pelakon itu dan setiap satu dianggarkan bernilai puluhan ribu.

” Sebenarnya, Ruhainies amat menyukai beg tangan. Beg tangan terbaharu yang saya hadiahkan sempena ulang tahun kelahirannya adalah beg yang keenam buatnya. ” Sebelum ini pun, saya ada hadiahkannya beberapa aksesori lain seperti jam tangan.

” Macam beg tangan, harganya tidak perlulah saya kongsikan. Cuma ya, saya boleh kata dalam puluhan ribu. ” Hadiah istimewa untuk yang tersayang, mengapa tidak? ” Lagipun saya memang suka berikan hadiah edisi terhad yang tidak mudah didapati di mana-mana untuk Ruhainies.

” Bagi saya, dia seorang yang cukup istimewa di mata dan ia bukti cinta sejati saya terhadapnya,” katanya ketika ditemui pada majlis sambutan hari jadi Ruhainies yang diadakan di Hotel W, di sini, semalam. Selain keliibat Mr.E, majlis terbabit turut dihadiri rakan terdekat dan peminat tercinta pelakon itu.

Menurut Mr E, dia mengakuii sudah bersedia untuk memiikul tanggungjawab sebagai suamii kepada aktres itu. ” Saya sudah bersedia menjadi suamiinya sampai bila-bila. Hal ini juga sudah kami bincangkan secara serius.

Permintaan ibu bapa Ruhianies, tunggu kakaknya kahwiin dahulu

” Insya Allah jika tiada aral meliintang, kami akan mendirikan rumah tangga selepas kakaknya berkahwiin, sebagaimana permintaan ibu bapa Ruhainies. ” Kalau bukan tahun ini, kami mungkin akan mendirikan rumah tangga tahun hadapan.

” Apa pun, kami akan kongsikan berita gembira itu kepada semua nanti. Doakan yang terbaik,” katanya. Lahir 27 Julai 1992, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Binti Zainul Ilyas berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang.

Beliau mula dikenali ramai menerusi drama Hello, Mr. Perfect! yang mana beliau memegang watak sebagai Alya Adriana dan Nurul Ain. Selain bergelar pelakon, Ruhainies juga merupakan duta kepada produk jenama Ruza dan Ruhainies Rosy Secret. Beliau juga ialah adik kepada pelakon Risteena Munim.

Sementara Risteena yang kini berusia 30 tahun sudah bertunang dengan pelakon Isa Khan pada 23 November lalu sewaktu bercuti di Bali, Indonesia. Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: asiakini via klmenjerit

Sumber : TTK

Ruhainies tak guna produk mahal untuk cantik

PELAKON popular Ruhainies menghabiskan hampir RM2,000 sebulan untuk penjagaan badan dari hujung rambut ke hujung kaki. Ruhainies, 27, atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas berkata, dia tidak menggunakan produk mahal untuk penjagaan kulit wajah.

“Saya tak pakai produk mahal pun untuk menjaga kulit. Pemikiran kebanyakan orang pakai produk mahal baru kulit cantik. “Alhamdulillah, kulit saya tak perlukan produk mahal untuk kekal sihat dan tak bermasalah. Produk saya gunakan pun biasa-biasa saja.

”Saya peruntukan kurang RM2,000 sebulan untuk keseluruhan penjagaan badan,” katanya kepada Harian Metro. Ruhainies yang ditemui pada pelancaran cawangan kelima sebuah butik kecantikan di pusat beli-belah di Puchong berkata, dia juga tidak mempunyai tip tertentu dalam penjagaan kecantikan dan kekal langsing.

“Setiap minggu saya luangkan masa sekali pergi urut dan spa. Selain itu saya berenang untuk kesihatan dalaman. Saya memang tak pergi gimnasium. “Untuk kekal langsing saya tidak ada tip. Saya beruntung sebab metabolisma tinggi. Jadi, kalau makan nasi jam 2 ke 3 pagi pun, saya okay. Saya tak kawal sangat. “Orang kata apabila sampai satu tahap umur tahap metabolisma makin turun dan badan akan cepat naik. Waktu itu baru saya akan jaga. Buat masa sekarang nak nikmati apa saja makanan,” katanya.

Dugaan terbesar Ruhainies

TIGA tahun bercinta bukan tempoh yang singkat. Dalam pada diulit bahagia, tentu ada dugaan kecil yang perlu dihadapi setiap pasangan bercinta.Situasi sama dilalui pelakon cantik, Ruhainies yang kini hangat bercinta dengan jejaka yang dikenali sebagai Mr E. Kisah bahagia mereka sering menjadi perhatian banyak pihak termasuk media dan peminat.

“Tipulah kalau bercinta tidak ada dugaan. Saya pun macam orang lain juga, ada pancaroba dalam perhubungan. “Saya dapati orang sekeliling saya pun berdepan pelbagai dugaan dalam perhubungan mereka. Namun, saya percaya pada takdir Allah SWT. Tidak kisahlah lama atau sekejap bercinta, jika tertulis itu jodoh kita, maka ia akan terjadi,” katanya.

Menurutnya, antara dugaan terbesar dalam hubungan cintanya ialah kemunculan individu yang juga memancing hati Mr E. “Ada juga orang yang cuba kacau kekasih saya. Buat saya lebih keliru, dalam kalangan artis pun ada yang mencuba nasib. Apabila jumpa depan mata, pijak semut pun tak mti. Belakang saya, mereka galak mencuba.

“Konsep saya mudah saja, kalau yakin boleh dapat, cubalah,” Katanya. Berkongsi lanjut mengenai kisah cintanya, Ruhainies berkata dia tidak mahu terburu-buru untuk menyimpul hubungan itu dengan perkahwinan kerana ingin memberi laluan kepada kakaknya yang juga pelakon, Nur Risteena untuk berumah tangga terlebih dulu.

“Saya nak tunggu kakak dulu dan kalau boleh tak mahu melangkah bendul. Namun, kalau ditakdirkan saya berkahwin dulu sebelum kakak, saya okey. “Kekasih saya pun ada bercakap dengan saya, kalau boleh nak mempercepatkan supaya kami dapat hidup bersama. Bagaimanapun, seboleh mungkin saya nak bertunang dulu. Lagipun, saya masih muda,” katanya.

Beralih perihal kerjaya, Ruhainies berkata dia kini perlu membahagikan masa antara dunia lakonan dan perniagaan. “Setiap benda yang saya lakukan, saya akan buat bersungguh-sungguh. Tak kiralah dalam lakonan ataupun perniagaan. “Tahun ini saya buka kafe yang diberi nama Bites Dessert. Insya-Allah, tahun depan saya akan mantapkan lagi kerjaya lakonan dan pada masa sama mengembangkan perniagaan yang diusahakan,” katanya.

Meskipun seronok berniaga, Ruhainies tidak akan sesekali memperlahankan kembara seninya. “Sesibuk mana pun, saya tetapi akan berlakon macam biasa. Alhamdulillah, kekasih saya pun menyokong keputusan ini dan bersama-sama mencari idea untuk mengukuhkan bisnes,” katanya.

Terbaharu, Ruhainies baru selesai penggambaran dua telefilem iaitu Ustaz Rock dan Ara. Selepas ini, dia akan terbabit dengan drama 26 episod, Bisikan Cinta Ramadan yang akan memulakan penggambaran Disember nanti.

Ruhainies tak ambil pusing

BELUM pun reda kisah makan nasi kandar dalam kereta Ferrari, nama pelakon cantik, Ruhainies kembali ‘berkicau’ apabila berkongsi anggaran perbelanjaan penjagaan kecantikan RM2,000 sebulan dan memuat naik kekasihnya membeli anggur RM148.

Meskipun pelbagai tanggapan dan kritikan dilemparkan kepada pemilik nama sebenar Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, ia sedikit pun tidak berbekas di hatinya. Malah pelakon berusia 27 tahun ini menganggap perkara itu seperti angin lalu. Apatah lagi mereka yang berkata sedemikian hanya berani menulis di laman sosial dan bukannya bercakap depan mata.

Pada masa sama, Ruhainies yang mula dikenali menerusi drama Hello Mr Perfect! sentiasa bersikap positif terhadap semua orang. Paling penting dia enggan terperangkap dalam aura negatif. “Kalau perasan, saya tidak pernah beri maklum balas terhadap apa saja yang sengaja ditularkan warganet. Saya hanya gelak sebab lucu melihat sikap mereka. Perkara sebegitu pun mereka nak jadikan isu besar.

“Nampak sangat mereka menjadi ‘stalker’ tegar saya di IG. Saya okey dan positif saja. Tidak pernah pun lagi saya menangis atau memberontak disebabkan komen mereka. “Namun, sekali mereka jentik atau mengaitkan dengan maruah dan keluarga, ketika itu saya takkan berdiam diri. Mungkin saya akan mengikut jejak langkah beberapa rakan artis yang membuat aduan ke pihak berkuasa.

“Bagi saya, waranet tidak boleh diberi muka. Kalau dibiarkan, mereka akan bermaharajalela. Sesuka hati saja menghina dan memftnah orang lain,” katanya. Ruhainies berkata, apa yang membuatkan dia masih boleh bertahan dengan permainan media sosial ialah kerana tidak suka ambil pusing.

Menurut Ruhainies, dia sentiasa inginkan kehidupan tenang dengan dikelilingi mereka yang menyayangi dirinya. “Saya percaya, kalau kita baik dengan orang, mereka akan buat perkara sama. Namun, saya sentiasa pesan kepada diri, baik itu perlu berpada-pada. Memang saya nampak pendiam dan pemalu, tetapi sebenarnya seperti pepatah ‘diam-diam ubi berisi’.

“Cuma, apa yang saya sentiasa lakukan adalah menjalani kehidupan seharian dengan positif. Kalau ada masalah, saya cuba selesaikan. Saya tidak suka bawa pergi kerja atau biarkan ia tertangguh. Nanti hati jadi tak tenang. Nak bekerja pun susah.

“Disebabkan itu pentingnya orang sekeliling yang juga bersikap positif. Tak bermakna saya tidak bergaul dengan orang lain, cuma pastikan ia kena dengan cara,” katanya. Siapa sangka penampilan dan gaya hidup dipaparkan Ruhainies di IG menjadi rujukan dan ikutan orang lain untuk menjadi sepertinya.

“Sudah lama saya perasan perkara ini, tetapi diamkan saja. Saya anggap ia mungkin kebetulan. Bagaimanapun, apabila membabitkan kehidupan peribadi, ia dikira sudah tahap obses. “Sejak itu saya mula perhatikan setiap apa yang dimuat naik di IG. Ternyata ia benar. Tidak mengapa, saya anggap dia mengagumi saya. Selagi dia tidak menyusahkan atau mengganggu ketenteraman saya, buatlah apa nak buat pun.

“Kadang-kadang terfikir juga kenapa perlu menjadi orang lain. Kenapa tidak mahu menjadi diri sendiri? Bagi saya, ia lebih baik,” katanya. Berkongsi mengenai kerjaya seni, Ruhainies sibuk menjalani penggambaran telefilem selain laris mendapat jemputan menghadiri acara jenama terkenal. Selain itu, Ruhainies juga bersyukur apabila dilantik menjadi duta beberapa jenama terkenal. Kesibukan itu juga tidak menghalangnya fokus dengan perniagaan kafe Bites Dessert yang beroperasi dua bulan lalu.

Suhu Dia Tinggi Iaitu Mencecah 43 Darjah Selsius. Isa Khan Dedah Faktor Abangnya Terkena COVID19 Dan Perkembangan Terkini Aliff Alli

Isa Khan yang merupakan pelakon kini berasa lega apabila abangnya yang juga pelakon Indonesia, Aliff Alli,30, sudah stabil dan dibenarkan keluar dari hospital selepas dijangkiti wabak covid19 sejak pertengahan Disember tahun lalu. Menurut Isa,28, ALiff kini sedang berehat di kediamannya di Jakarta,Indonesia selepas disahkan bebas daripada wabak itu pada Rabu.

“Alhamdulillah, sekarang abang saya dah dibenarkan pulang ke rumah dan dia sekarang tengah dalam proses recovery.“Doktor pun dah sahkan dia bebas daripada Covid-19.”Sekarang memang kami sekeluarga buat panggilan video dengan dia, nak tahu perkembangan terbaharu dia. Dia duduk seorang di rumahnya dan memang hari-hari sekarang dia buat senaman ringan untuk keluarkan peluh.

“Alhamdulillah, selera makan dia pun dah kembali macam biasa,” katanya kepada mStar.Aliff Alli kini sedang berehat di kediamannya di Jakarta.Menceritakan pengalaman abangnya berhadapan dengan wabak tersebut, Isa berkata, Aliff berkemungkinan besar dijangkiti daripada rakan perniagaannya ketika menghadiri mesyuarat.

“Aliff ada beritahu kemungkinan dia dijangkiti ketika menghadiri mesyuarat. Lepas dia balik daripada mesyuarat itu terus dia rasa tak sedap badan dan lepas periksa memang suhu dia tinggi iaitu mencecah 43 darjah selsius.”Dia ke hospital dan disahkan positif Covid-19 dan dalam tiga hingga empat hari dia mengalami kesukaran untuk bernafas sehingga memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Masa dia dalam keadaan itu saya dah rasa macam nak ‘lari’ ke Indonesia dah. Nak buat surat untuk lepas ke luar negara sebab benda kecemasan kan… tapi Alhamdulillah, sekarang dia dah semakin okay, lega sikit rasa,” katanya.Terdahulu, media Indonesia melaporkan Aliff menjalani rawatan rapi di Rumah Sakit Wisma Atlet, Jakarta hampir tiga minggu lalu dan keadaan kesihatannya dikatakan semakin kritikal.

Keadaan Aliff Alli Makin Teruk Akibat COVID19 Dan Kena Guna Alat Bantuan Pernafasan. Ini Keadaan Terkini Aliff Alli Yang Merpakan Adik Beradik Beradik Kepada Isa Dan Miller Khan

PELAKON yang mencipta nama di Indonesia, Aliff Alli disahkan positif covid 19 dan dilaporkan berada dalam keadaan teruk di Rumah Sakit Wisma Atlet, Jakarta.Menurut peguamnya, Asgar Sjarfi, adik-beradik kepada pelakon Isa Khan dan Miller Khan ini masih belum menunjukkan tanda-tanda semakin pulih biarpun sudah tiga minggu mendapatkan rawatan.

Malah, tambahnya, aktor itu kini perlu menggunakan alat bantuan pernafasan.”Selalunya selepas 14 hari dah boleh keluar, tapi keadaan semakin bertambah teruk malah makin teruk dan tidak menunjukkan tanda-tanda semakin pulih.”Keadaannya bertambah buruk sejak memasuki minggu ketiga pengasingan di Wisma Atlet. Ia disebabkan Aliff menghadapi tekanan dan stres kerana berdepan dengan proses kes perpisahan bersama bekas isterinya Aska Ongi yang masih berjalan,” ujarnya seperti dipetik CNNINDONESIA.

Sebelum itu, pada Selasa, Aliff tidak dapat hadir di perbicaraan kes gugatan itsbat nikah dan perpisahannya dengan Aska Ongi yang berlangsung di Pengadilan Agama Jakarta Pusat Selasa (6/1) kerana dijangkiti Covid-19.Aliff berpisah pada 11 November 2019 dengan Aska Ongi selepas 11 bulan mendirikan rumah tangga.

Adik Isa Khan berpisah selepas 11 bulan berkahwin secara rahsia dengan instafamous Indonesia

Aliff dan Aska Ongi mempunyai seorang anak perempuan yang kini berusia lapan bulan.TIDAK sampai setahun mendirikan rumah tangga, pelakon yang mencipta nama di Indonesia iaitu Aliff Alli dilaporkan berpisah dengan isterinya Aska Ongi selepas 11 bulan mendirikan rumah tangga.

Pendedahan itu dibuat selepas peminat bertanyakan mengenai status perkahwinan mereka di ruang komen salah satu foto yang dikongsikan Aska Ongi di Instagramnya.Menurut Aska Ongi, dia sudah tidak tinggal bersama adik kepada pelakon Miller Khan dan Isa Khan selepas perkahwinan yang dibina secara rahsia itu telah berakhir pada 11 November tahun lalu.

Aska Ongi dedah dia dan Aliff sudah berpisah pada 11 November tahun lalu.“Sudah berpisah pada 11 November tahun lalu dan saya juga sudah berpindah,” tulisnya.Pada Jun tahun lalu, sebuah portal melaporkan pasangan itu berhadapan dengan masalah rumah tangga selepas dikurniakan cahaya mata pada 2 Mei 2019.

Dalam pada itu, Aska Ongi turut mengakui dia tidak berasa kesal dan menganggap perpisahan itu merupakan keputusan yang terbaik buatnya.Katanya, biarpun perkahwinan mereka hanya sekejap namun kehidupan perlu diteruskan kerana keutamaan kini adalah anaknya.

Sehingga kini, Aliff mengambil langkah berdiam diri mengenai perpisahannya.Manakala menerusi laporan Kapanlagi, sehingga kini Aliff masih mengunci mulut mengenai perpisahan mereka.Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 19 Disember 2018 dalam sebuah majlis tertutup di Bali, Indonesia dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Alyssa Ismillah Khan.Sebelum ini, Aliff pernah berkahwin dengan model bernama Nora Alexandra pada 2016 namun rumah tangga mereka hanya bertahan selama setahun

Miller Khan belum tahu hubungan Isa dan Risteena – “Kalau mereka pilih nak kahwin dan tanggung risiko, baguslah”

Miller diminta mengulas mengenai hubungan Isa dengan kekasihnya yang dipercayai pelakon Nur Risteena.PELAKON Miller Khan mengakui terkejut apabila mengetahui kekasih adiknya yang juga pelakon Isa Khan iaitu Nur Risteena pernah bertunang dengan ahli perniagaan dan sepatutnya berkahwin pada tahun ini.

Bagaimanapun, Miller, 32, berkata dia tidak mengetahui lebih lanjut mengenai hubungan cinta mereka memandangkan adiknya belum bersedia untuk berkongsi perkara itu.”Saya agak terkejut juga bila dapat tahu Risteena sebelum ini sudah bertunang dan sepatutnya berkahwin pada tahun ini.

Warganet membuat andaian individu disebalik foto lelaki yang dikongsi Risteena adalah Isa Khan.“Saya ada hubungi dia (Isa), cuma mungkin dia tak berani dan belum terbuka lagi nak kongsi mengenai hubungan cinta mereka itu.”Bagi saya, masing-masing dah dewasa. Kalau mereka pilih untuk berkahwin, nak tanggung risiko dan bersedia dengan komitmen itu baguslah,” katanya kepada mStar.

Miller atau nama sebenarnya Mohammad Suhaemi Ali Dad Khan ditemui ketika sesi fotografi bersama mStar di Menara Star, Petaling Jaya, pada Jumaat.Risteena sebelum ini dikatakan sudah bertunang dan bakal berkahwin dengan pelakon dan ahli perniagaan, Ikhwan Khairudin sepatutnya berlangsung pada November ini.

Bagaimanapun, khabar angin mengenai hubungan Isa dan Risteena mula menjadi perbualan hangat apabila aktres itu berkongsi video pendek di Instagram yang memperlihatkan dia disuap seorang lelaki. Warganet mula membuat andaian bahawa individu disebalik perkongsian Risteena itu adalah Isa memandangkan aktor tersebut juga ada berkongsi foto seorang wanita tanpa mendedahkan wajah.

Menerusi laporan mStar pada 31 Oktober lalu, Isa, 26, memberitahu dia hanya memerlukan sedikit masa lagi bagi membuat pengumuman istimewa termasuk mendedahkan identiti kekasihnya.Miller rancang kahwin ketika usia cecah 40 tahun memandangkan kekasihnya masih muda.

Dalam pada itu, pelakon yang menempa nama di Indonesia ini memberitahu dia tidak kisah jika adik bongsunya itu ingin berkahwin terlebih dahulu.Menurut Miller, dia merancang untuk menamatkan zaman bujang apabila usia mencecah 40 tahun berikutan kekasihnya masih muda.”Tak apa la kalau dia nak kahwin terlebih dahulu sebelum saya. Adik saya yang seorang lagi iaitu Aliff pun sudah berkahwin.”Mungkin perancangan untuk saya kahwin dalam sekitar usia 40 tahun. Lagipun kekasih saya masih muda,” ujarnya.

“Tuhan kirim kamu sebagai jodohku” – Foto cium kepala Risteena? Isa Khan akan umum sesuatu tidak lama lagi

TEKA-TEKI hubungan percintaan antara pelakon Isa Khan dan Nur Risteena masih menjadi tanda tanya berikutan kedua-duanya masih mengunci mulut apabila ditanya tentang hal itu.Isa, 26, yang dihubungi mStar berkata, dia hanya memerlukan sedikit masa sahaja lagi bagi membuat pengumuman itu termasuk mendedahkan identiti kekasihnya.

Isa meluahkan perasaan terhadap kekasihnya.“Apa yang saya tulis di IG itu saja yang mampu saya cakap buat masa sekarang ini. Demi menjaga hati beberapa pihak, saya minta maaf.”Nanti saya akan umumkan tak lama saja lagi,” kata Isa secara ringkas pada Khamis.Isa diminta mengulas mengenai foto yang memperlihatkan dia mencium kepala kekasihnya dengan kapsyen luahan perasaan terhadap wanita tersebut di Instagram.Adik kepada pelakon terkenal Indonesia Miller Khan ini menganggap kehadiran wanita itu membawa semangat baharu dalam kehidupannya.

“Sayang, kamu telah muncul dalam hidup aku pada saat aku tak punya siapa pun. Kamu telah memberi segala erti dan semangat yang baharu dalam hidup aku.”Kamu telah menerima aku walaupun banyak manusia jahat cuba untuk meracun fikiran kamu, kamu tetap berani untuk mencintai aku.

“Walaupun semuanya terjadi dengan sangat cepat, aku rasa kita sudah lama kenal. Kamu seorang wanita yang sangat sempurna, sayang. Aku janji dengan kamu, aku akan menjadikan kamu wanita yang paling bahagia di dunia ini,” tulisnya.Dalam pada itu, Isa memohon maaf kepada pihak media kerana tidak dapat mengeluarkan sebarang kenyataan buat masa kini namun mengharapkan segala urusannya dipermudahkan.

Peminat membuat andaian lelaki dalam gambar disebalik bunga yang dimuat naik Risteena di IG adalah Isa Khan.“Kepada sahabat media, minta maaf saya tak boleh beri apa-apa kenyataan buat masa sekarang. Minta doa daripada anda semua untuk permudahkan urusan saya dan dia,” katanya.

Khabar angin mengenai hubungan Isa dan Risteena mula menjadi perbualan hangat peminat apabila kakak kepada pelakon Ruhainies itu memuat naik video pendek di Instagram yang memperlihatkan dia disuap oleh seorang lelaki.Dia juga pernah berkongsi gambar seorang lelaki bertopi dan berbaju hitam disebalik sejambak bunga.Menerusi foto tersebut, warganet mula membuat andaian bahawa individu dalam gambar tersebut adalah Isa Khan.