Rupanya dalam diam hubungan telah diketahui isteri sejak 2019 lagi. Tak boleh berdiam akhirnya Ayus Sabyan tampil bersuara dedahkan sesuatu pasal benda ni buat ramai yang terkedu.

Viral

Terdahulu, adik kepada pemain keyboard kumpulan Sabyan Gambus iaitu Fadhila Nova mendedahkan abangnya, Ayus didkwa menjalin hubungan dengan vokalis kumpulan itu, Nissa Sabyan. Dihimpit dengan pelbagai spekulasi dan kontroversi, akhirnya, Ayus Sabyan tampil buka mulut menjawab dakwaan tersebut. Dia turut mengakui kekhilafannya terhadap isteri.

Memetik laporan Kumparan, Ayus Sabyan tidak menafikan telah menjalin hubungan dengan Nissa Sabyan, malah, dia mengakui kekhilafannya dan memohon maaf kepada isterinya dan keluarga. Assalamualaikum. Saya, Ayus Sabyan, ingin menyampaikan tentang berita yang sedang beredar saat ini.

Saya, dengan penuh kesedaran dan ketulusan, ingin memohon maaf kepada isteri, keluarga, teman-teman Sabyan, dan semua yang merasa tidak nyaman dengan kekhilafan yang saya lakukan. Mohon doanya semoga saya bisa menjadi lebih baik lagi ke depannya. Terima kasih. Wassalamualaikum.

Sementara itu, isteri kepada Ayus iaitu Ririe Fairus telah mengetahui hubungan perslngkhan suaminya bersama vokalis kumpulan itu sejak 2019 lalu. Difahamkan, Ririe telah terbca mesej antara mereka berdua di telefon bimbit suaminya.

Ririe juga pernah bersemuka dengan Nissa dan berbincang mengenai soal hubungan tersebut. Nissa Sabyan ketika itu mengakui khilaf dan memohon maaf kepada Ririe dan akan cuba untuk melepaskan Ayus. Namun, tidak disangka hubungan Nissa dan Ayus masih diteruskan.

Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my/2021/02/22/hubungan-telah-diketahui-isteri-sej4k-2019-tapi-ayus-sabyan-akvi-sil4p-moh0n-maaf/

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: oh bulan

Nissa Sabyan Dikatakan Rampas Suami Orang. Rupanya Dalam Diam Dah Bertahun Tahun Dia Simpan Rahsia Ni. Akhirnya Individu Ni Tampil Bongkarkan Cerita Sebenar.

Nama vokalis band Sabyan Gambus, Nissa menjadi bualan ramai apabila dikatakan menjadi punca keretakan rumah tangga pemain keyboard kumpulannya, Ayus. Perkara itu didedahkan menerusi akaun Instagram @mak_nyinyir. Dalam entri terbabit, seorang individu yang memperkenalkan dirinya sebagai sepupu kepada isteri Ayus tampil bersuara.

“Jadi Ayus Sabyan itu yang punya band Sabyah dan ada hubungan sama vokalisnya, Nissa Sabyan. Sudah bertahun-tahun isterinya menutup rapat aib suami tapi mereka berdua tidak mahu berpisah. “Isterinya akhirnya meminta pisah. Aku sepupu isterinya,” tulis entri berkenaan.

Mengukuhkan perkara itu, isteri Ayus sendiri, Ririe Fairus turut memuat naik pendedahan di Instagram peribadinya. “Akan ada hati yang selalu menyayangimu walaupun kamu telah menyakitinya berkali-kali,” tulis Ririe. Akaun Instagram Nissa sendiri telah disrang oleh warganet yang mahukan kesahihan berita tersebut namun penyanyi itu masih berdiam diri hingga kini.

Memetik DetikHot, adik Ayus, Fadhila Nova mendakwa Nissa merupakan orang ketiga yang menganggu rumah tangga abang dan kakak iparnya, Ririe Fairus. “Iya benar, orang ketiga adalah Nissa Sabyan. “Memang benar mereka bercinta. Abang saya dan Nissa sendiri mengaku yang mereka saling mencintai satu sama lain,” kata Nova.

Menurut Nova lagi, keluarga mereka sudah mengetahui mengenai kisah tidak setia abangnya sejak dua tahun lalu. Sehubungan itu, isteri Ayus dikatakan sudah memfailkan tuntutan untuk berpisah di Mahkamah Syariah Jakarta Utara, baru-baru ini.

Sehingga ke hari ini, Nissa dan Ayus masih berdiam diri dan tidak tampil memberikan kenyataan berhubung dakwaan tersebut. Sementara itu, pengurus Sabyan Gambus, Owan mengatakan pihak mereka tidak dapat memberikan sebarang komen lanjut berhubung isu tersebut.

Dalam pada itu, kebanyakan warganet sudah komen di laman Instagram Nissa dengan mengatakan wanita perampas. Nova bagaimanapun mengambil peluang itu dengan tinggalkan komen di Instagram Nissa, ‘memujuk’ warganet agar tidak srang Nissa. “Saya tahu anda semua sakit hati dengan perbuatan dia, sama juga dengan keluarga saya. “Tapi kita jangan balas dengan kejhatan sebab setiap perbuatan (jaht) pasti akan ada balasannya daripada Allah,” katanya.

Berikut sedikit info mengenai Nissa Sabyan 

Khoirunnisa juga dikenali sebagai Nissa Sabyan (lahir di Lumajang, Jawa Timur, 23 Mei 1999; umur 21 tahun))[1] merupakan seorang penyanyi gambus yang tergabung dalam kumpulan muzik. Sabyan Gambus sebagai vokalis. Nissa dikenal awam kerana sering menyanyikan ulang (cover) lagu-lagu bernuansa Islami ataupun shalawat nabi. Video klipnya telah ditonton jutaan kali dan sering menjadi trending di Youtube

Nissa merupakan vokalis dari Sabyan Gambus. Ia lahir di Lumajang dan tinggal di Bandung sampai kelas 6 SD kemudian pindah ke Jakarta. Selepas lulus dari SMP, Nissa masuk ke SMKN 56 Jakarta. Dari situlah Nissa yang baru memasuki usia 19 tahun pada 2018 ini bercita-cita ingin melanjutkan kuliah di jurusan muzik. Namun saat ini Nissa ingin fokus pada kumpulan muziknya dahulu.

Sabyan akan selalu ingat Malaysia

“MALAYSIA akan menjadi negara yang kami selalu akan ingat!” kata vokalis kumpulan Sabyan, Khoirunissa atau Nissa, 19, gembira pada Konsert Sabyan Live In Malaysia di Stadium Melawati, Shah Alam, malam tadi.

Konsert bermula sekitar 8.45 malam dimulakan dengan persembahan pembukaan oleh The Helmies yakni adik beradik, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi. Menariknya, mereka berdua mendedahkan perlu terbang ke Syria untuk mengikuti misi kemanusiaan musim sejuk sejurus selepas persembahan pembukaan.

Selepas persembahan mereka, penonton seterusnya dihidangkan dengan tazkirah oleh seorang penceramah jemputan yang berkongsi mengenai adab berhibur dalam Islam. Persembahan pembukaan seterusnya adalah daripada kumpulan UNIC yang mendendangkan empat lagu mereka iaitu Sedar, Hanya Tuhan Yang Tahu, Zinnirah dan Ainul Mardiah.

Kumpulan Sabyan akhirnya muncul menghiburkan peminat sekitar 9.45 malam dengan irama rancak selawat berjudul Nassim diikuti Ahmad Ya Habibi yang mendapat tepukan gemuruh daripada peminat. Sejurus selepas persembahan lagu Ya Asyiqol medley Ya Habibal, Nissa kelihatan menitiskan air mata kerana terkenangkan sahabat mereka yang meninggal dunia tahun lalu.

Ketika menyampaikan lagu yang mempopularkan kumpulan asal Indonesia ini berjudul Deen As Salam yang mencapai lebih 190 juta tontonan di YouTube, suara peminat mereka kembali bergema. “Pada momen ni juga kami ingin perkenalkan single keempat kami berjudul Sukron Lillah dan ia bercerita pasal syukur kepada setiap nikmat Allah,” kata Nissa sebelum memulakan persembahan lagu keenam.

Sementara itu, sebelum menyampaikan lagu Ya Maulana, Nisa meminta semua penonton untuk memasangkan lampu telefon bimbit bagi memberi momen indah. Sebanyak 13 lagu disampaikan oleh kumpulan Sabyan yang turut dianggotai Ahmad Fairuz aka Ayus (keyboard), Sofwan Yusuf aka Wawan (Percussion), Kamal (darbuka), Tubagus Syaifulloh aka Tebe (biola) dan Anisa Rahman (backing vokal). Konsert berakhir kira-kira 11 malam dengan lagu bonus Assalamualayk yang diberi nafas baru.

Gema selawat dalam stadium

WALAUPUN lebih 2,000 peminat hadir menonton Konsert Sabyan Live In Malaysia di Stadium Malawati, Shah Alam pada Sabtu lalu, lokasi yang mampu mengisi 13,000 penonton pada satu-satu masa itu tetap meriah. Apatah lagi selama sejam persembahan kumpulan anak muda asal Indonesia ini, hampir semua peminat dari Malaysia dan Indonesia yang hadir turut bersama-sama melaungkan selawat.

Ia sekali gus membuktikan persembahan skala besar pertama Sabyan Gambus tahun ini di Malaysia dikategorikan sebagai berjaya. “Malaysia akan menjadi negara yang kami selalu akan ingat. Ini persembahan pertama kami di luar negara walaupun kami masih baru,” laung vokalis kumpulan Sabyan, Khoirunissa atau Nissa, 19, gembira sebaik saja melihat sambutan penonton tempatan.

Konsert yang diacarakan Nasran Hassan bermula kira-kira jam 8.45 malam dimulakan dengan persembahan pembukaan oleh The Helmies iaitu duo adik-beradik Heliza Helmi dan Hazwani Helmi. Menariknya, adik-beradik popular ini mendedahkan mereka perlu terbang ke Syria untuk mengikuti misi kecemasan musim sejuk sejurus selepas persembahan pembukaan.

“Kami memohon penonton dapat mendoakan agar misi kali ini dipermudahkan Allah kerana kami difahamkan suhu di sana pada ketika ini ialah -12 darjah Celsius. “Kami juga mengambil kesempatan ini mengajak penonton yang hadir pada malam ini agar dapat menyalurkan sumbangan ke Misi Kecemasan Musim Sejuk Rescue Syria kerana memerlukan RM2 juta untuk tujuan ini,” kata Heliza.

Mereka mengalunkan lagu nasyid popular mereka berjudul Jom Selawat sekali gus mendapat laungan selawat daripada peminat. Selepas persembahan itu, penonton seterusnya dihidangkan dengan tazkirah daripada penceramah jemputan yang berkongsi mengenai adab berhibur dalam Islam.

Persembahan pembukaan seterusnya daripada kumpulan UNIC yang mendendangkan empat lagu mereka iaitu Sedar, Hanya Tuhan Yang Tahu, Zinnirah dan Ainul Mardiah secara akustik. Kumpulan Sabyan akhirnya muncul menghiburkan peminat sekitar jam 9.45 malam dengan irama rancak selawat berjudul Nassim diikuti Ahmad Ya Habibi yang mendapat tepukan gemuruh daripada peminat.

Sejurus selepas persembahan lagu Ya Asyiqol medley Ya Habibal, Nissa kelihatan menitiskan air mata kerana terkenangkan sahabat mereka yang pergi menghadap illahi tahun lalu. Penyanyi latar Sabyan, Anisa Rahman turut menunjukkan taring tatkala mengalunkan beberapa lagu secara solo pada medley itu sekali gus membuktikan dia juga sehebat Nissa yang lebih dikenali dalam kalangan peminat.

Ketika menyampaikan lagu yang mempopularkan kumpulan asal Indonesia ini berjudul Deen As Salam yang mencapai lebih 190 juta tontonan di YouTube, suara peminat mereka kembali bergema. “Kami ingin perkenalkan single keempat kami berjudul Sukron Lillah.

“Kami mahu mengajak anda semua untuk syukur kepada setiap nikmat Allah melalui lagu ini,” kata Nissa sebelum memulakan persembahan lagu keenam pada malam itu. Sementara itu sebelum menyampaikan lagu Ya Maulana, Nisa meminta semua penonton untuk memasang lampu telefon bimbit masing-masing bagi mewujudkan suasana indah seolah-olah bintang berkelip di waktu malam.

Ketika asyik mengalunkan lagu Ya Maulana, tiba-tiba anak pelakon Asyraf Muslim yang turut hadir menonton iaitu Sarah Asyraf, naik ke pentas memeluk Nissa. Melihat keletah Sarah, Nissa terus mengajak anak kecil itu untuk menyanyikan lagu itu bersama-sama mereka.

Sebelum mengakhiri persembahan sekitar jam 11 malam, mereka mempersembahkan lagu medley Kun Anta nyanyian asal Humood Al Khudher dan Salam Alaikum nyanyian asal Harris J. Sebanyak 13 lagu disampaikan kumpulan Sabyan yang turut dianggotai Ahmad Fairuz – Ayus (keyboard), Sofwan Yusuf – Wawan (Percussion), Kamal (darbuka), Tubagus Syaifulloh -Tebe (biola) dan Anisa Rahman (vokal latar).