Rupanya langsung tak larat nak angkat Janna Nick. Akhirnya terbongkar cara menarik sampai Andi Bernadee boleh angkat Janna

Artis

Siapa kata orang kurus tak mampu nak angkat sesuatu yang melebihi daripada berat badan dia? Baru baru ini pelakon dan penyanyi ANdi Bernadee dikatakan sanggup mengangkat Janna Nick ketika menjayakan satu babak di dalam drama Melastik ke Hatimu walaupun pada hakikatnya ada yang membantu dari tepi.

Menerusi video behind the scene drama tersebut yang dikongsikan oleh akaun IG Drama Sangat,ramai penonton terhibur melihat aksi mereka.Jika dilihat mungkin kita dapat menganggap bahawa Andi ‘tak cukup kuat’ untuk mengangkat Janna tetapi demi menjayakan bab4k berkenaan, mereka terpaksa mendapatkan bantuan tangan ‘gh4ib’.

Dapat dilihat, Terdapat dua orang krew dilihat mengangkat kerusi yang menjadi penahan untuk Janna supaya dapat memudahkan Andi untuk mengendong pelakon berusia 26 tahun itu.Ramai terhibur melihat gelagat mereka dan turut berharap agar ada sambungan kedua untuk drama ini.

Bila tengok dekat TV, nampak macam Andi sendiri yang angkat Janna, rupa-rupanya kita ‘ditpu’ ya!Apa pun itu merupakan pengorbanan yang perlu dilakukan oleh seorang pelakon itu demi menjayaka watak yang diberikan.

Janna Nick Muat Naik Permohonan Maaf Kepada Warganet. Mengejutkan Rupa Rupanya Ini Punca Dia Buat Permohonan Maaf Tu.

Pelakon dan pengacara Janna Nick telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua warganet terutamanya mereka yang menonton video tersebut yang dimuatnaik menerusi IGTV nya malam tadi. Akui akan kekhilafannya sebelum ini, menurut Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah binti Muner dia berasakan tahun 2021 ini telah dimulakan dengan pelbagai unsur negatif. Malah dia turut berasakan tidak sepatutnya berg4duh dengan warganet sebelum ini di media sosial.

“Hari ini 1 Februari 2021, saya buat video ini untuk buat permohonan maaf secara terbuka kepada semua yang menonton video ini, kepada semua yang sakit hati dengan Janna Nick, jadi saya minta maaf sangat-sangat sebab tak tahulah saya rasa saya mulakan tahun 2021 ini dengan negatif, faham tak? brbalah dengan warganet, bdhnya aku ini. Saya mengaku saya bdh. Saya mengaku sayalah ‘loser itu’. Saya tak patut brbalah dengan warganet” luah Janna

Janna Menangis Terharu

Dalam pada itu, Janna turut dilihat mengalirkan airmata setelah berasa terharu dengan sokongan yang diberikan oleh warganet terhadap drama lakonannya yang mendapat sambutan hangat biarpun sebelum ini terdapat perselisihan faham dengan mereka.

“Sebab bila drama saya keluar, bila anda sokong drama itu, trending kan drama itu dan betul-betul sukakan drama itu, saya rasa macam sedlh sangat. Aku ni gadh dengan orang, gadh dengan peminat, gadh dengan orang yang support aku tapi akhirnya korang juga yang support drama saya” tambahnya

Di kesempatan itu, Janna turut memohon maaf atas kenyataannya sebelum ini yang telah mencetuskan kontroversi dikalangan warganet dan enggan lagi mempunyai masalah. Janna berharap agar orang ramai dapat memaafkannya serta ingin memulakan tahun ini dengan positif

“Janna 1, Warganet 0 itu memang bull****.I’m so sorry and truly sorry. Saya tak nak brblah lagi dengan korang. Statement yang pasal saya ada cakap orang biasa dengan artis itu betul-betul tak ada niat nak bezakan artis dengan orang biasa. Tapi saya tetap mengaku salah saya”

“Saya nak bagitau yang orang biasa, artis itu pun orang biasa. Saya orang biasa, saya buat salah dan saya minta maaf. Jadi saya dekat sini, semua sekali maafkan saya. Siapa yang kenal saya, tolong maafkan saya. Saya cuma nak mulakan tahun 2021 ini dengan posltif okay?” katanya lagi

Terdahulu, Janna telah brbalah dengan warganet mengenai kepentingan penaplsan filem sebelum dia dikritik hebat oleh segelintir daripada mereka yang tidak bersetuju dengan pandangannnya. Difahamkan, isu tersebut tercetus selepas pengacara

Melodi itu menyalahkan filem The Purge sebagai punca serangan penyokong Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump di bangunan Capitol pada awal Januari lalu. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://murai.my/2021/97499/janna-nick-menangis-mohon-maaf-kepada-

Isu Pergolakan Rumah Tangga Shuk Sahar Tengah Hangat Diperkatakan. Sekali Janna Nick Tampil Sound Warganet Suapaya Tak Campur Urusan Peribadi Shuk Sahar.

ISU pergolakan rumah tangga yang sedang dihadapi pelawak Shuk Sahar masih terus hangat diperkatakan dalam kalangan warganet. Perkara itu turut menarik perhatian pelakon Janna Nick yang mempunyai pendapat tersendiri berhubung kisah yang melibatkan kehidupan peribadi rakan selebriti itu.

Janna yang meluahkan pandangannya di laman Instagram meminta agar masyarakat tidak perlu mencampuri urusan peribadi seseorang artis berbanding dengan kerjaya mereka. “Bukan nak backup Shuk, tapi kita tidak tahu perjalanan hidup kita ni macam mana. Ramai lagi orang di luar sana yang ada orang lain semua, bezanya mereka bukan artis.

“Tak perlu campur urusan peribadi dia dengan kerjaya.“Ni sembang lebih-lebih, satgi kena marah…” katanya. Isu-isu dalam kain ini kita tidak tahu siapa betul, siapa salah. Kena batang hidung sendiri baru kita nak sedar. Janna berkongsikan pendapatnya di Instagram.

Menurut Janna lagi, orang luar tidak perlu melontarkan komen buruk mengenai kisah peribadi artis kerana risau ia akan memakan diri satu hari nanti. “Isu-isu dalam kain ini kita tidak tahu siapa betul, siapa salah. Kena batang hidung sendiri baru kita nak sedar.

“Jadi lebih baik kita doakan yang baik-baik. Kita dok pulun kutuk sana kutuk sini pun tak guna. “Silap-silap esok-esok mereka suami isteri baik balik,” ujarnya. Menerusi laporan mStar pada Sabtu, isteri Shuk, Rossalennah Natassyiah Asshaferah mengatakan suaminya berlaku tidak setia sekali lagi dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh.

Bagaimanapun menerusi pengakuan secara eksklusif kepada mStar, Fara berkata hubungannya dengan Sudah lama berakhir sejak kali pertama isu tidak setia antara mereka dihidu pihak media. Untuk rekod Fara adalah individu yang sama dikaitkan menjalinkan hubungan dengan Shuk sekitar Julai 2020.

Shuk di gantung kerja

SUSULAN isu melibatkan rumah tangga Shuk Sahar yang menjadi perbualan hangat, stesen radio Hot FM mengambil langkah untuk mengantungkan perkhidmatan pelawak itu sebagai penyampai radio berkuat kuasa pada Isnin.

Perkara tersebut diumumkan oleh pihak pengurusan stesen radio Hot FM dan mengesahkan perkhidmatan Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar digantung serta merta. Menerusi kenyataan rasmi itu juga mengatakan perkembangan terkini penggantungan Shuk akan diumumkan oleh pihak pengurusan Hot FM selepas siasatan dalaman selesai.

“Penggantungan sementara perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio adalah untuk memberi ruang kepada pihak pengurusan untuk melakukan siasatan dalaman tentang isu beliau yang sedang tular di media sosial,” tulis kenyataan yang diberikan kepada pihak media.

Sejak Sabtu lalu, krisis rumah tangga Shuk menarik perhatian warganet apabila isterinya iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah mendakwa suaminya berlaku tidak setia sekali lagi dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh.

Menerusi laporan mStar pada Sabtu, Rossalennah menerusi laman sosial miliknya turut berkongsi beberapa rakaman video dia menerjah sebuah rumah mencari suaminya. Bagaimanapun, Rossalennah mendakwa terpaksa beredar dengan hampa kerana dihalau ketika tiba di rumah berkenaan.

Shuk dan isteri mempunyai dua cahaya mata perempuan. Rossalenna turut meluahkan rasa kecewa apabila suaminya tidak bercakap benar demi mempertahankan hubungan bersama wanita lain. Sementara itu, wanita yang dikaitkan mempunyai hubungan dengan Shuk iaitu Fara Salleh ketika ditemu bual mStar secara

eksklusif tampil membuat laporan polis bagi mendapatkan perlindungan keselamatan. Menurut wanita berusia 28 tahun itu, dia kesal apabila isteri kepada Shuk iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah bertindak menyebarkan maklumat peribadinya termasuk alamat rumah dan nombor telefon bimbit.

Warganet bukan saja marah di IG Shuk, malah IG Hotfm pun kena

Sementara itu berdasarkan semakan di Instagram Shuk, pelawak dan pengacara berasal dari Pulau Pinang itu dilihat belum memuatnaik apa-apa kenyataan balas berhubung pendedahan isterinya. Namun itu tidak menghalang warganet datang tinggalkan komen dengan mengkritik Shuk atas perbuatannya.

Namun lebih tervk, bukan sahaja IG peribadi Shuk yang kena srbu, ‘tentera bawang’ dilihat turut marah di IG rasmi stesen radio Hotfm. Meskipun Shuk cumalah penyampai radio di Hotfm, namun kebanyakan ruangan komen ditinggalkan warganet menyentuh isu membabitkan Shuk walaupun entri ditulis tiada kena mengena.

Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi yang kini berusia setahun. Apa kata anda? Kongsikan bersama kami.

Perlu Tanggung Dua Orang Anak. Isteri Kepada Pelawak Terbabit Mendedahkan Dia Akan Teruskan Kehidupan Dengan Dua Orang Anaknya Dan Cerita Hal Sebenar

Sejak kebelakangan ini,nama pelawak dan pengacara popular iaitu Shuk Sahar menjadi bualan selepas dia dikatakan menduakan dan tidak pulang ke rumah. Perkara ini didedahkan sendiri oleh isterinya,Rossalennah Natassyiah Asshaferah menerusi laman IG miliknya.

Terkini,Rossa memuat naik satu posting bahawa dia akan meneruskan kehidupan bersama dua orang anaknya iaitu Nur Qurratu Ain dan Nur Assyifatu Aimy. No matter what happen,life must be go on sebab ada dua anal lagi Sera nak kena tanggung. I am a strong women because a strong women raised me.

Menerusi Instagram, Rossa memuat naik satu kapsyen di mana walau apa jua berlaku, kehidupan masih perlu diteruskan. Ini kerana, dia perlu menanggung dua orang anak. Tambahnya, dia seorang wanita yang kuat dan wanita yang kuat juga telah membesarkannya. Menjengah di Instagram Storynya pula, Rossa dipercayai masih meneruskan kerja-kerja ‘paid reviewnya’.

Terdahulu, Rossa telah bertindak ke rumah Farah selepas suaminya dikatakan tidak pulang. Namun dia dihalau walaupun dia yakin Shuk berada di dalam rumah tersebut memandangkan Farah tidak mengizinkan dirinya untuk memeriksa dalam rumah itu.Rossa turut meluahkan rasa kecewa apabila dirinya pernah merayu kepada Shuk untuk kembali semula, namun segalanya gagal. Malah dia mendakwa sering dit1pu sehingga perkara ini berlarutan dalam rumah tangga mereka.

Isu Rumah Tangga Masih Belum Selesai. Isteri Masih Selamba Post Iklan Di IG Dan Ini Jawapan Dari Rossa Sendiri Sehinggakan Warganet Bersetuju Dengannya

Rossalennah Natassyiah Asshaferah Mohd Salleh atau Sera selamat bernikah dengan jejaka pilihan, Mohammad Shukri bin Mohamed Sahar atau lebih dikenali sebagai Shuj ialah seorang pelawaj,pengacara dan pelakon TV yang berasal dari Pulau Pinang,Malaysia pada 20 Disember 2015.

Rossalennah Natassyiah Asshaferah Mohd Salleh atau Sera kini memiliki dua cahaya mata.Pada 13 Julai 2019 beliau selamat menimang cahaya mata perempuan kedua pada Sabtu lalu. Mereka menimang anak kedua tiga minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan.Rossalennah Natassyiah Asshaferah, 27, melahirkan puteri kedua mereka seberat 2.7 kilogram, pada pukul 3.05 pagi, 13 Julai tahun lalu.Berita gembira ini turut dikongsi oleh laman Instagram stesen radio tempat Shuk bertugas, Hot FM.

Aktif Berniaga Di IG.Jika dilihat di IG Sera , beliau begitu aktif menjual pelbagai minuman kesihatan dan beberapa produk kosmetik. Maka tidak hairanlah beliau dan Suami di murahkan rezeki sehingga mampu memilik kediaman mewah

Warganet tegur Rossa.Nampaknya Isu baru baru ini deejay radio HotFM dan pelawah Shuk Sahar masih belum reda.Jika dilihat pada instagram isteri Shuk, Rossa beliau telah memuatnaik beberapa iklan (paid review) di insta story dan instagram feed.

Disebakan itu terdapat beberapa warganet yang menegur Rossa. Tengah sedih sedih suami dengan wanita lain sempat lagi post iklan.Rossa tidak berdiam diri dan mengambil keputusan untuk membuat satu kenyataan tentang itu.“Ya mmg hidup ini teruk tapi aku pun x menolak rezeki. Skurang2nya ak cari duit HALAL. BUKAN MEMINTA MINTA DUIT ORANG MENGIKIS DUIT KELUARGA ORANG. SEKIAN TERIMA KASIH” – Rossa.Betul kata Rosa, apa pun yang berlaku, hidup tetap perlu diteruskan. Lebih lebih lagi Rosa masih mempunyai dua anak untuk di jaga

Sebelum Ni Ramai Warganet Teruja Tengok Rumah. Lebih Mengejutkan Sekali Dengar Suara Perempuan Menangis Ketika Dia Sedang Buat Live

Perkongsian Shuk Sahar sebelum ini meraih perhatian ramai apabila dia pernah berkongsi sesuatu yang agak menakutkan di IGnya. Shuk dikatakan pernah memuat naik video pendek daripada live IG ketika membuat satu permainan teka teki di dalam lif.

“Saya betul-betul tak perasan dengan suara yang masuk dalam live saya. Saya memang tak dengar apa pun waktu live tu. Mula-mula saya live biasa je. Lepastu kami main teka-teka umur dan nama. Siapa menang dia dapat duit rm150.“Kemudian saya tengok kat ruang komen semua kata ada suara orang menangis padahal saya tak dengar apa pun,” tulis Shuk pada entri video live tersebut.

Tambah Shuk, dia hanya menyedari perkara tersebut apabila ada orang yang menghantar rakaman live tersebut kepadanya dan mendengar sendiri bunyi seorang perempuan sedang menangis.“Jujur saya cakap rumah saya ni baru duduk @rossa.sera ..dan belum sempat buat doa selamat lagi. Takpa esok saya cuba panggil ustaz untuk check benda apa sebenarnya,” tulis Shuk lagi.

Ramai peminat yang tinggalkan komen turut mengakui mendengar suara perempuan menangis tersebut.“Seriuslah tadi saya ingat ada orang main-main sebab abg Shuk macam tak kisah,” tulis rihhadatul_978.“Seram bai. Dahlah den dok rumah sorang-sorang. pi dengar pulak. Menyes4l,” tulis mahdaut.

“Dari awal live lagi saya dengar tapi buat tak endah jer. First masa teka beg tu lagi. Time tu dah ada bunyi nangis tapi buat bodo jer. Tak tau pula ada yang lain lagi. Seram,” komen uchopp_yus.“Saya dengar dari first tadi. Masa Shuk nak vc pemenang nama sue. Tetiba dengar suara menangis. Ingat pendengara salah dengar. Tapi still sama dengar benda sama. Pastu first komen semua cakap benda sama. memang betul dasyat real first time dengar suara macam ni dalam live orang,” komen hairul_1692.

“Tu suara bini kau n4ngis!”Susulan daripada itu, Instagram Shuk telah didatangi oleh warganet terutamanya di ruangan komen posting terakhirnya yang turut tular kerana mendengar suara wanita menangis ketika dia sedang melakukan live IG bersama peminat.

Bini kau nangis dengan per4ngai kau tu.Dalam video tersebut, memang kedengaran dengan jelas suara wanita menangis dalam beberapa detik tanpa disedari pelawak terbabit sebelum dimaklumkan oleh warganet .Melalui komen yang diterima, ramai yang memerli Shuk apabila suara tangisan tersebut mungkin suara isterinya yang sedih mengenangkan perangai suami tercinta bermain kayu tiga dibelakangnya.

Rumah Shuk Jadi Perhatian.Katanya rumah Shuk Sahar yang baru siap deko, ada pool table & bilik gaming.Cantik luas, tapi kenapa kasut sendiri ada kat rumah perempuan lain?Kasut hitam yang didakwa milik Shuk Sahar ketika Isteri beliau datang ke rumah skand4l suaminya itu

Episod Rumahtangga Pelawak Ini Masih Berlarutan. Terkini IG Hotfm Juga Tidak Terlepas Dari Komen Dari Warganet

Episod rumahtangga Shuk dan orang serta Fara Salleh masih berlarutan sehingga ke hari ini. Terkini warganet bukan sahaja datang komen di IG Shuk,malahan di IG Hotfm pun kena. Manakala berdasarkan semakan di IG Shuk,pelawak dan pengacara berasal dari Pulau Pinang itu dilihat belum memuatnaik apa apa kenyataan balas berhubung pendedahan isterinya

Namun itu tidak menghalang warganet datang tinggalkan komen dengan mengkritik Shuk atas perbuatannya.Namun lebih teruk, bukan sahaja IG peribadi Shuk yangdidatangi warganet, ‘tentera bawang’ dilihat turut tinggalkan komen IG rasmi stesen radio Hotfm.Meskipun Shuk cumalah penyampai radio di Hotfm, namun kebanyakan ruangan komen ditinggalkan warganet menyentuh isu membabitkan Shuk walaupun entri ditulis tiada kena mengena.

Rata-rata meminta pihak Hotfm mengambil tndakan ke atas Shuk, malah ada yang meminta supaya Hotfm dibo1kot.” Saja nk bgtau, nnti buang jela shuk tu, berlambak lagi org boleh gantikan tempat dia kt hotfm tuh. Sekiann.” tulis Ida” Hotfm better bu4ng shuk. Drpd radio korang kena bo1kot. Kami pun xselera dgr suara syuk. Please hotfm,” tulis Jep

Isteri Shuk Terduduk Depan Pintu Sambil Merayu Suruh Suami Dia Keluar. Fara Salleh Tanpa Ragu Terus Bongkar Hal Sebenar Lepas Dikrtik Teruk Oleh Warganet

Heboh betul di media sosial berkaitan pendedahan Rossalennah Natassyiah Asshafera yang menyatakan suaminya,Shuk yang merupakan penyampai radio HotFm dan pelawak berlaku menduakan si isterinya. Melalui entri di IG,Rossalennah mendedahkan suaminya itu masih menjalinkan hubungan dengan wanita sama iaitu Fara Salleh.

” Aku dah terduduk depan pintu merayu rayu suru suami aku keluar dan balik..” Selama ni aku diam dah sabar dan bertahan. Diam demi menjaga a1b suami.” Tapi semakin lama diam diorang semakin menyakitkan hati. Satu sibuk mengejar bujang, yang bujang tak sedar diri buktikan dia tak bersalah dan tak ganggu rumah tangga orang,” katanya.

Tambah Rossalennah lagi, dia juga bertindak menrjah ke rumah Fara untuk meminta suaminya pulang ke rumah, namun terpaksa beredar dengan hampa.” Allah tu maha adil naluri isteri tak pernah salah.” Seraa ada saksi pergi sini dengan PA Shuk.. dia kol faara suruh Shuk keluar..shuk bercakap melalui fon fara kta xnak kluar.. selagi ak ada.. apa jdi dia xkan kluar..

” Bayangkan la apa perasaan aku .. aku tak pernah sesed1h ini.. sesak1t ini, aku dah cukup pendam macam2..” Allahukabar.. bila Allah menghendaki akan sesuatu tiada siapa dpt halang.. aku dah merayu mnangis depan pintu minta belas kasihan dgn kau farah.” Kau campk kasut Shuk depan aku suruh bawa balik. Apa do-sa aku sampai aku kamu buat macam ni. Aku ada anak-anak perlu jaga. Terima kasih kerana dah tinggalkan aku dengan anak-anak.

” Aku dah bertahan sampai saat ini menutup segala ce-Ia yang bvruk demi masa depan anak-anak. Tapi hari demi hari, kau buang aku dengan anak-anak.” Malam ni perjalanan aku jauh sangat, orang lain tidur, aku berkeliaran cari laki aku dimana,” katanya.Sementara itu, menerusi entri terbaru dimuatnaik sebentar tadi, Rossalennah memuatnaik paparan skrin status yang ditulis Fara berhubung Rossalennah.

Berikut adalah respon balas ditulis Fara yang didedahkan oleh Rossalennah;Fara antara lain berkata, dia tidak pernah menghalau Rossalennah, sebaliknya hanya menutup pintu dan Rossalennah telah pulang sendiri.Selain itu, Fara mendkwa dia tidak sembunyikan ‘manusia’ (Shuk) di dalam rumahnya.

” Semalam kau kata nak call JAIS kalau aku tak bagi kau masuk, aku persilakan kau call JAIS.” Aku siap bagitau call polis sekali sebab kalau kau je maaflah ya, memang aku takkan bagi masuk, sebab rumah aku.” Aku offer video call untuk tourtour rumah segala pelusuk aku boleh tunjuk kalau betul aku sembunyikan manusia dalam rumah, tapi kau taknak! Kenapa??

” Aku ada soalan;” 1- Bila masa aku h4Iau kau? Kau yang taknak balik dan nak tunggu depan rumah sampailah manusia kau cari tu keluar so then aku pun tutuplah pintu sambung tidur.” 2- Bila masa aku dirayu sambil kau menangis? Kau berikan aku arahan sis, bukan merayu kat aku, dan ugut untuk pec4hkan pintu rumah.” 3- Bila masa aku campak kasut kat kau? Aku bagi dua-dua belah tu melalui jeriji besi.” tulis Fara.

Reaksi warganet.Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata warganet membela Rossalennah dengan mendkwa Fara masih mahu menegakkan benang yang basah.Apatah lagi Fara sendiri mengakui tentang kasut Shuk yang berada di dalam rumahnya.” Dia bagi kasut shuk. Cemana pulak kasut si shuk tu ada kt rumah dia. Hahahahaha” tulis Ain.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!