Saat malam pertama isteri takut sangat aib dia terbuka sampai dia sanggup buat macam ni pada suami. Terkedu satu malam tu ini yang terjadi pada isteri buat dia menyesal seumur hidup.

Kisah Rumah Tangga

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua.. Nama aku Ayu. Umur 30 an sudah berkahwin dan mempunyai 4 orang cahaya mata. Aku nak berkongsi kisah hidup aku dahulu yang penuh dengan dsa. Ayah aku seorang yang kuat agamanya rajin ke surau. Tapi aku anaknya tak seperti dia. Aku malas belajar, tak pernah solat, puasa pun tak.

Aku dahulu suka pakai pakaian yang menjolok mata. Seluar ketat, baju lengan pendek tetapi bertudung. Ayah selalu memarahi aku dan aku ingkar lalu alhamdulillah kena penypak ayahku. Aku dulu ramai teman lelaki. Bertukar tukar kekasih ibarat menukar baju. Hidup aku dulu serabut tak pernah temui ketenangan.

Semenjak aku dikecewakan semasa cinta pertama sewaktu sekolah dahulu. Aku berdendam dengan semua lelaki. Bagi aku lelaki semua jahat, mempermainkan hati perempuan. Oleh kerana kecewa dengan lelaki tu, aku melukakan hati lelaki lain. Di mulai dengan seorang lelaki berbangsa cina, aku gda dan menghabiskan duit dia. Termasuk ramai lelaki lagi.

Tak sanggup rasa nak cerita panjang panjang pasal lelaki. Hidup bergelumbang dsa. Kawan kawan ayah ramai yang nampak aku bersama lelaki bermesra sana sini. Allahuakhbar aku anak yang tak guna sebab pernah memalukan ayah dan mak.

Akibat perangai aku yang asyik tak tetap hubungan dengan mana mana lelaki. Ayah menjodohkan aku dengan seorang lelaki bernama Muhamad. Baik orangnya dan tua 10 tahun dari aku. Yang peliknya aku tak banyak soal hanya menurut.

Sudah jodoh aku bersamanya bertapa mudah urusan kami untuk berkahwin. Tak pernah kenal dan berhubung walaupun melalui handphone. Pertama kali bercakap semasa hari nikah. Takut. Memang sangat takut. Perempuan penuh dosa ini takut di saat suami nak bersama dengannya.

Aku dah tak suci. Apakah suami akan tahu dan membenci serta mencerraikanku. Takut sehinggakan aku berkata, “sorry abang, saya tengah period”. Ya Allah ampunkan dsaku. Sehingga ke hari ni dia tak pernah tahu siapakah aku dahulu dan aku masih suci ke tidak. Tak pernah aku ceritakan apa apa pada dia. Dan tak pernah aku dengar apa apa rungutan yang keluar dari mulut dia.

Alhamdulillah. selang berapa bulan aku mengandung. Suami sangat sangat happy. Semenjak aku kahwin aku masih on off solat dan puasa. Kejap puasa kejap tak. Kejap solat kejap malas. Jarang solat berjemaah. Suami suruh solat aku pura pura solat kat dalam bilik tutup pintu tapi sebenarnya aku tidur.

Aku kerap brbalah dengan suami aku. Sampai aku melampaui batas mengasari dia. Dia bersabar dengan karenah aku. Ada sekali kesabarannya tergugat, dia menypak kaki aku macam bola habis lbm kaki aku. Padan dengan muka aku.

Hidup aku masih tak menemui ketenangan. brbalah hampir setiap hari. Di tambah lagi dengan masalah kewangan. Rasa tak bahagia. Sehinggalah penghujung tahun 2018. Aku scroll handphone terbaca berita pemergian beberapa orang ahli bomba akibat lemas. Hati aku tersentak. Aku takut fikirkan pasal pemergian. Bagaimanakah pemergian aku nanti. Jantung aku berdegup laju. Rasa macam aku dah nak pergi.

Dengan pantas aku bangun menuju ke bilik air dan mengambil wudhuk. Aku solat sunat taubat. Solat sambil mengigil gigil badan aku menahan ketakutan seperti merasakan malaikat sedang menghampiri. Aku berdoa kepada Allah ampunkan dsa aku yang terdahulu sekarang, juga akan datang. Usai solat. Hati aku masih tak tenang, masih rasa takut. Aku mengambil tasbih dan berzikir sebanyak mungkin sehinggalah aku terlelap.

Bermula dari hari itu lah aku berubah. Mula pergi ke masjid. Haid aku normal tiap tiap bulan pasti akan datang. Tetapi kuasa Allah. Sejak aku mula ke masjid. Haid aku tak datang selama 4 bulan berturut turut. Aku ingatkan aku pregnant. Tetapi bukan. Selama 4 bulan tu, tiap2 hari aku ke masjid bawa anak anak aku sekali bersama suami. Siang kalau tak kerja pun ke masjid malam pun ke masjid.

Aku temui ketenangan. Aku mula ikhlas untuk solat, belajar solat sunat. Mula mengaji. Bertemu dengan orang2 masjid yang baik2 selalu memberikan senyuman yang manis padaku. Tetapi perangai aku yang kerap marah2 dan tak mudah sabar dengan dugaan masih sukar untuk aku bendung. Aku selalu memarahi suami. Menengking suami.

Sewaktu sedang marah memang aku tak fikir apa. Selepas tu aku tersedar aku minta maaf pada suami dan suami memaafkan aku. Aku menyesal dengan corak kehidupan aku yang lalu. Teramat menyesal. Kalau aku boleh putarkan masa. Aku nak jadi baik. Nak belajar agama. Nak belajar mengaji. Tetapi tak boleh.

Apa yang boleh sekarang aku terus berjalan ke hadapan dan melakukan kebaikan dan apa yang Allah suruh. Aku teringin sangat nak pakai niqab. Tetapi layakkah aku..? Kepada anda yang sudi membaca kisah aku yang tak seberapa ni, tolong doakan semoga aku diberikan kesihatan yang baik untuk aku mengqado solat2 aku, puasa2 aku yang pernah aku tinggalkan dulu.

Dan doakan semoga aku dimurahkan rezeki agar aku dapat membayar fidyah akibat aku tak pernah puasa dulu. Dan terakhir tolong doakan aku menjadi isteri solehah buat suamiku. Semoga yang baik2 juga untuk kalian. Terima kasih. Assalamualaikum.

Reaksi warganet

Syafina Zul – Aamiin. Semoga murah rezeki Dan berkekalan dalam kebaikan untuk ayu, jua untuk saya. Syukur kerana telah berhijrah. Untung ayu kerana telah sedar Dan bertaubat. Semoga terpadam semua dsa lalu pada buku catatan amal. Aamiin. Doakan saya jua.

Suriyani Poniran – Bukan setakat dsa dengan suami je kena ingat dan taubat. Dsa dengan mak ayah pun kena mintak ampun jugak. Kahwin mungkin baru beberapa tahun. Sebelum kahwin banyak kita kecewakan mak ayah. Semoga puan beroleh ketenangan.

Nadia Violet – Hai ayu. Jangan bimbng. Pintu taubat terbuka luas. Syurga awak ialah suami. Jaga hati dan tggungjwab dengan suami insya allah ke syurga nanti. Aminn

Iena Najla – Teringin nak pakai niqab?. Perasan tak yang sekarang kita dah dapat kesempatan tu. Disebabkan cvid, kita keluar sekarang pakai mask, nampak 2 biji mata je. Ala2 pakai niqab jugak la. Cuma tak labuh macam niqab kain tu..

Cahaya Nur Penyayang – Jangan buka aib kita walaupun kepada pasangan. Apa yang telah berlalu, biarkan. Masa lalu tak boleh diundur. Tapi, masa hadapan masih ada harapan. Jadi yang terbaik dan buat yang terbaik. Saudari perlu bersyukur apabila Allah tutup aib saudari dari manusia yang lain. Maka, sekarang saudari kena hargai suami yang ada di sisi. Kuatkan iman dan semangat untuk berubah menjadi lebih baik. Buka buku baru. Tutup buku lama. Setiap orang ada berbuat dsa. Bezanya, bertaubat atau tidak.

Sumber – Ayu (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Gadis Ini Terpaksa Kahwin Dengan Lelaki Pilihan Keluarga. Sampaikan Malam Pertama Isteri Halau Suami Tidur Bawah Katil. Akhirnya Ini Yang Jadi Pada Isteri Buat Suami Tergamam.

Perkahwinan, adalah sesuatu yang amat indah lebih-lebih lagi pasangan kita berkenaan adalah orang yang kita sukai atau kasihi. Ada pasangan yang dipaksa berkahwin atas kehendak ibu bapa, maka adatlah dalam perkahwinan ada yang kekal dan ada yang tidak, namun, atas faktor paksaan ini bukanlah semunya buruk kita dengar kisahnya selepas berkahwin.

Begitulah terjadi kepada seorang wanita yang menggunakan nama Farhana Ismail Berry Stoberry, beliau menceritakan kisahnya yang dipaksa kahwin walaupun dia belum bersedia di mana di dalam ceritanya dia menyatakan ketika itu amat benci kepada suaminya sehinggalah dia mengandung. Jom kita baca kisahnya.

Saja aku nak cerita, aku cukup anti dengan suami aku ni, kami kenal berbelas-belas tahun dah tapi aku pernah buat macam-macam untuk bagi hubungan kami putus, aku tidak setia, perkara tu pula mesti kantoi depan mata dia, tapi dia relax jer, cuma terus bersabar atau menangis. Dia tanya, kenapa buat macamtu dekat dia, satu soalan yang paling membosankan aku. “Sayang tak sayang ke dekat abang?”

Geli sangat-sangat akau dengar sampai rasa geli lutut-lutut bila dia cakap macamtu, aku mudah jer jawab, “Kan aku dah kata dah aku takmau dekat hang, tapi hang nak juga dekat aku kenapa…!”. Paling teruk aku uji dia, aku tak mahu kawin dengan dia 2 kali sampai kenduri pun terpaksa tangguh, hari yang ditetapkan tarik kenduri, aku pergi bercuti di Langkawi, relax sangatkan. Dalam pada masa tu, kad kenduri suami aku mereka dah edarkan kepada saudarra, bertunang pun gantung, dia datang rumah aku lari sembunyi.

Aku marah dia, aku dia semua perkataan tak senonoh, semua aku sebut hari-hari, kalau dia mesej aku, aku akan marah, dia telefon aku, aku akan marah, hanya sepupu aku yang tahu betapa aku nak elakkan sangat diri dari berkahwin. Suami aku ni pula selalu datang rumah tengok aku, tapi aku mesti tak keluar bilik, tapi pelahan-pelahan dia jolok duit masuk bawah pintu, aku marah dia sogok-sogok duit kat aku, tapi lepas dia balik, slow-slow aku tarik duit masuk dalam poket, dosa sangat aku rasa pada dia.

Mak aku dah tak larat nak ‘makan’ air mata, malu kat orang sekeliling, sebab betapa aku tak mahu kawin, macam-macam cara mak pujuk untuk suruh aku kawin, dia sogok duit beribu-ribu, dia sogok nak bagi rumah dua buah, macam-macam juga la. Pada hari kenduri tu, kawan baik aku Aslah datang bagitahu, aku kawin seminggu ja pastu pisah, sumpah aku tak bohong, asyik-asyik ayat nak pisah je aku sebut kat suami aku. Astagfirullah. Jahatnya aku masa tu.

Masa angkat nikah tengok muka dia pun aku tak mahu, dengan saudarra dia pun aku tak salam, aku buat tak tahu, malam pertama aku suruh dia tidur bawah katil, jahatnya sayang. Ingat-ingat balik memang malu, dengan perangai aku dulu bukan tak mahu dengan lelaki. Cuma waktu tu aku masih belum bersedia nak kahwin, aku nak simpan dia pun time tu sebagai stok untuk bakal jadi suami aku.

Tapi mak aku suruh aku kawin cepat, jadi terpaksa la. Segala persiapan kahwin, baju pengantin, kenduri, sampai kesemuanya aku buat tak tahu, mak aku dan suami yang handle semua, aku masa hari bersanding, muka memang macam tah*, mekap pun aku lap buang dengan kain.

Tapikan, nak cerita macammana cinta tu boleh berputik padahal dulu aku benci dia sangat, meluat sangat-sangat, mulanya bibit cinta bila aku mengandung Pelikkan, benci tapi lekat baby..hahaha. Tak sampai setahun kawin, dah mengandung dah, cepatkan rezeki anak awal. mak aku, adik beradik aku, sedarra-sedarra kalau tengok muka aku mesti akan perli, ”hat takmau takmau, sampai anak dua dah noh,”. Dari dulu sampai sekarang ayat tu aku selalu kena…hahaha. Dengan relaxnya aku jawab, “benda depan mata free, takkan nak tengok saja kot ”

Tapi serius masa tu tu memang takda feel cinta, cuma baru sayang-sayang, meluat tu banyak lagi. Suami aku ni semua orang sayang, kalah sayang kat aku, maka aku layan dia macam anak kandung sendiri, sayang yang amat, pijak katak pun tak pecah, semua orang sayang dekat dia sebab dia jenis ‘soft spoken’. Aku pula kasar sangat, macam langit dengan bumi kami berdua ni, tapi taktau la kenapa dia nak sangat dekat aku.

Serius masa dah tahu ada baby dalam perut rasa sayang dekat dia lain macam, memang aku angau kat dia, sampai dia sendiri heran dia tak pernah sangka aku akan sayang dia, dulu nak sentuh dia pun rasa macam nak tumbuk, tapi sekarang walaupun dia hitam pun rasa sayang sangat-sangat, hodoh-hodoh laki aku pun aku sayang sangat woo, dia hitam manis hensem..what? hahaha

Sebab tu pesanan orang tua dulu kata, jangan benci sangat dah tak pasal-pasal sayang dari start lahir anak pertama sampailah ke anak kedua, aku dengan dia macam pengantin baru hari-hari. Kawan aku yang dah lama tak kontek tiba-tiba kelmarin tanya. “You dah berpisah belum dengan suami you”. Hahahaha.. aku hanya mampu gelak jer, sebab kawan aku ni dia tahu betapa aku benci kat suami akau dulu,

2 3 bulan baru kawin hari-hari aku mesej dia bagitahu aku tak sabar tunggu kena tinggal, Astagfirullah, jahat sangat rasa aku waktu tu. Abang aku pernah kata, kalau aku betul-betul tak jadi kawin dengan suami aku ni, akulah manusia yang paling rugi, dia kata aku takkan jumpa dah lelaki macam Amet dalam dunia ni, ternyata kata-kata abang aku benar. Muah sayang kat Abang Kohat dengan Abang Yazi.

Harga dunia akhirat. Alhamdulillah, ternyata jodoh kami kuat. Allah sayangkan perhubungan halal ini. Semoga Allah berikan kami kebahagiaan dunia dan akhirat, memandangkan dulu aku takdak gambar kawin yang elok-elok, tu aku ambuil gambar kawin sekali lagi..hahahaha. Tu tiba-tiba rasa nak share story ini kat wall, harap baca dengan hati murni la ya, jangan dok komen yang pelik-pelik, aku jenis jujur bila menaip ni, malas nak cover bahasa. Hitam pon hitam laaa janji hati dia putih, bukan hitam biasa-biasa tapi tahap merelit-hitam hahahahahahaha.

Aku sayang hang Khairul Amir , tak leh tag sebab tak friend. Dulu aku blok fb dia bertahun-tahun, tengok-tengok minagu lepas dia ambil henfon aku aku pandai-pandai unblok fb dia sndri. Sebenarnya dlu berat aku 75kg tp demi dia aku turunkn berat badan aku smpai 45kg.

Mertua Tak Bagi Suami Tidur Sekali Bila Malam Pertama. Dah 3 Bulan Kahwin Pun Isteri Masih Tak Disentuh Lagi. Rupanya Ini Kerja Mak Mertua Sampai Suami Jadi Macam Ni.

Pernikahan adalah antara saat indah yang kita semua nantikan. Namun tidak semuanya bernasib baik sepertimana yang lain. Perkongsian dari wanita ini di laman KRT, berkongsi pengalaman yang ditempuhi saat berkahwin dengan pemuda ‘anak mak’. 3 bulan berkahwin tidak disentuh kerana mulut mertua. Ikuti perkongsiannya di bawah.

Assalamulaikum. Min tolong hide FB saya ya? Kisah bermula macam ni. Dulu saya pernah berkahwin tapi cuma bertahan 3 bulan sahaja. Semua punca dari ibu mertua saya. Ex suami saya tu anak bongsu. Pada malam pertama pernikahan kami ibu mertua saya melarang ex suami tidur dengan saya. Dia suruh tidur dengan dia. Alasan nya ibu mertua kata sakit dada. Takut mti xada orang pulak. Xpa saya faham.

Bnda ni berlarutan Smpai 2 minggu. Lpas pada tu ex suami dah kena kerja. Kami PJJ. Saya belum di sentuh ex suami. Selepas sebulan ex suami balik. Dengan marah2. Saya hairan apa salah saya pada dia. Bila tanya tak jawab. Marah terus ja. Masam muka. Satu hari saya terjumpa dengan kawan suami. Kawan ex suami ajak sembang.

Baru la saya tahu punca suami marah selama ni. Semua kerana ibu mertua. Saya di fitnah pada semua orang. Sehingga ex suami pun marah besar. Saya balik. Saya tnya suami hal ni. Suami cakap kalau tak ada angin masakan pokok nak bergoyang. Ibu mertua cakap saya berhubungan dengan lelaki lain.

Sakit hati saya. Saya cakap kalau tak percaya sentuh la saya. Sudah 3 bulan menikah tapi belum di sentuh. Tapi jawapan ex suami sangat mengguris hati. Dia cakap saya jjik. Perempuan kot0r dan macam2 lagi. Saya di lepaskan. Selepas 7 bulan berpisah. Saya kenal dengan seorang lelaki yang sangat baik.

Alhamdulillah terima saya seadanya. Saya sngat bersayaukur. Kami bernikah. Saya juga bersayaukur dapat seorang ibu mertua yang baru sangat baik. Dan penyayang walupon suami saya yang sekarang anak bongsu. Alhamdulillah. Dah 3 tahun berumah tangga. Belum ada ank. Tapi masalah pula mendatang apabila ex datang balik menagih cinta. Tapi hati saya hanya pada suami. Saya tak layan.

Tapi jahat juga dia dan mak dia. Datang kata buruk saya pada family mertua. Ibu mertua cakap dia terima saya seadanya. Biarlah apa yang di fitnahkan. Saya brsayaukur sngt. Mempunyai ibu mertua yang baik. Tapi keluarga ex seperti tak puas hati lagi. Apa perlu saya buat.? Perlu kah, saya berdepan dengan mereka? Trima kasih semua.

Luahan wanita ini mendapat reaksi pelbagai dari pembaca. Lihat apa kata mereka.

Arlin Amshah –Report polis dan saman je. Tapi sebelum tu pergi kumpol bukti. Cari saksi2 yang lepas berbual dan rekod secara senyap. Dah kukuh bukti dan hujah baru saman. Untuk selamat kan rumahtangga yang baru. Buat kerana Allah #Jangan santau berdosa. 😂

Izzati Nordin –Semoga kite same2 sebagai wanita menjadi anak isteri menantu ibu yang baik2 di dunia ini dan diterima allah dalam setiap doa Dan taubat kite. Abaikan saje si bekas suami dan bekas ibu mertua tu, jangan sesekali di layankn nanti makin menjadi. Sentiase bersayaukr dan kekal d Cc suami dn keluarga, moga allah permudhkn sgale urusanye. Report polis juga bagus untuk mengelakkan ganguan sebegitu.

Siti Shahrizan –Report dan saman, sekarang macam2 boleh buat, asal ada bukti yang kukuh, berdiam boleh kalau ia mendatangkan kebaikkan. Tapi adakalanya berdiam tu makin memudaratkan,ambik tindakkan yang tegas, tak kan selamanya nak dibiarkan orang sesuka hti mengganggu hdup kita, mengaibkan dan menfitnah orang boleh dibuat kes. Sampai bila nak biarkan ex dan mak dia yang tak betul tu mengganggu hdup TT, busuk sangat hati tengok orang bahgia ye. Syukur TT dah terlepas dari manusia macam tu.

Anita Dshop –Orang yang ada psych0 memang camni. Tak dpat secara kasar, secara haluspun dia orang rela buat. So harap TT lebih berhati2 dan ambil langkah berjaga2. Cari pendinding diri dan keluarga. Bnyakkan membaca Al Quran dan berzikir pada Allah. Saya doakan Allah permudahkan segala urusan hidup TT.. InsayaaAllah, aamiin.

Fatin Fauzi –Orang tak betul klau dilayan boleh jd tak betul. Selagi mertua dan suami awak percayekn awak. Awak jage la mereka sebaik nye. Awak jangan layan perangai meroyan ank dan mak yang sakit jiwa tu. Awak buat la report polis untuk lindungi diri. Takot di apa2 kan kemudian hari nnti susah.

Awang Jauhari –Sekarang dah bahagia bukan? Tak perlu di layan lagi manusia yang tak tahu kenang budi. Seeloknya kamu tak payahla berkawan lagi dengan mana2 lelaki termasuk ex kamu. Bukan apa. Untuk elakkan dari ada pihak yang akan ambil kesempatan untuk memburukkan kebahagiaan kamu sekarang. Yang dah berlalu biarkan berlalu. Tak perlu nak di runsingkan lagi. Hargai la apa yang ada di depan. Faham kamu rasa marah dengan mereka tapi usahlah kamu mengejar bayang2 kemenangan andai kesempurnaan telah pun kamu miliki.

Sumber : Kisah Rumah Tangga