Sakit sampai berguling guling. Fizz Fairuz bongkarkan ini yang terjadi pada Almy Nadia sampai terpaksa buat operasi hari ini. Rupa rupanya dah sebulan Almy Nadia sakit macam ni.

Artis

Pelakon Datuk Fizz Fairuz mengesahkan isterinya, Datin Almy Nadia akan menjalani operasi batu karang dalam hempedu hari ini selepas menderita sakit tersebut selama sebulan. Menurut Fizz ia merupakan jalan akhir selepas mereka mencuba pelbagai perubatan lain bagi menyembuhkan penyakit tersebut.

“Sebenarnya Almy dah sakit sejak sebulan lalu. Sebelum ini dia dah buat segala pemeriksaan dan diberi ubat. Ketika itu nampak seperti sudah sembuh. “Namun, tidak lama selepas itu sakitnya datang balik meskipun kita dah cuba pelbagai perubatan lain.

“Hinggalah doktor mengesahkan ia tidak boleh ditangguh lagi dan Almy perlu menjalani operasi untuk membuang batu karang tersebut pada tengah hari ini,” katanya kepada Astro Gempak. Menurut Fizz, pada mulanya dokor mengesahkan ia hanya sakit gastrik biasa sebelum berjumpa dengan doktor pakar di Hospital Ampang Puteri.

“Setiap kali ke hospital doktor hanya ingatkan ia gastrik biasa tapi dari kesakitan yang ditangguh sehingga lemah saya jadi pelik. “Saya pun meminta Almy menjalani pemeriksaan endoskopi dan doktor jumpa sesuatu dalam perutnya dan meminta ia dibuang segera untuk tidak membahayakan.

“Saya minta semua doakan operasi ini berjalan lancar dan Almy selamat,” katanya lagi. Sebelum ini, Fizz yang mendirikan rumah tangga dengan pelakon itu pada tahun 2014 berkongsi foto Almy terlantar di hospital menerusi Instagram (IG) miliknya.

Ramai Yang Kritik Gara Gara Saman Ali Puteh. Sekali Tiba Tiba Datuk Fizz Fairuz Datang Untuk Ini. Mengejutkan Bila Tiba Tiba Noor Hidayah Dedahkan Sesuatu.

Balu Abam, Nor Hidayah Mohd Ali, 28, berkongsi momen berharga apabila anak lelakinya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey sudah pandai berjalan buat pertama kali. Hidayah melahirkan rasa syukur selepas melihat pencapaian Hamzah yang kini berusia setahun tiga bulan.

“Momen anak kesayangan saya. Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Hamzah sudah tahu berjalan.  “Jatuh dan bangun adalah perkara biasa, proses pembelajaran. Teruskan dan anda boleh melakukannya,” tulisnya di Instagram (IG) miliknya.

Rakaman video yang berdurasi 2:26 saat itu menunjukkan Hamzah sedang berjalan di dalam rumah.  Dalam pada itu, Hidayah turut mendoakan agar anaknya membesar menjadi seorang anak yang soleh. “Semoga Tuhan memberkati anda dan membesar menjadi anak yang baik,” tulisnya lagi.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Hidayah tumpang gembira melihat perkembangan Hamzah. “@nadia.fitriah: Alhamdulillah, anak soleh dah boleh berjalan. “@sutera.b: Besar dah duhai anak. Membesar dengan sihat ye sayang. Ramai sayang kamu nak. “@mama_puspa: Alhamdullah, dah pandai jalan, comel lah Hamzah.“@mk_tayu: Eh eh ehhhh kemain. Ye dapat kaki. Jenuh laa mama nak ligan pasni,” antara komen-komen yang ditulis.

TERBARU HIDAYAH KONGSI FOTO BERSAMA FIZZ FAIRUZ TARIK PERHATIAN

Hidayah dan Abam berkahwin pada 8 Disember 2017. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang berusia setahun tiga bulan. Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, menghembskan nafas terakhir di kediamannya pada pagi Isnin (10 Februari) akibat demm panas. 

“Apa Sahaja Yang Saya Buat Semua Demi Anak” – Isteri Abam Bocey Komen Isu Samn Ali Puteh

Balu Abam, Nor Hidayah Mohd Ali, 28, memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenai isu saman yang dikeluarkan adik iparnya, Ali Puteh. Menurut Hidayah, dia percaya kebenaran pasti akan terbongkar suatu hari nanti.

“Buat masa sekarang ini, saya nak diamkan diri dulu. Nanti akan tahu juga perkara yang sebenar,” katanya ketika dihubungi Gempak Tambah Hidayah, apa sahaja yang dilakukannya hanya semata-mata untuk anak, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.

“Saya hanyalah ibu tunggal yang mencari rezeki dengan titik peluh sendiri menjual cempedak goreng untuk menyara anak,” katanya lagi. Hidayah dan Abam berkahwin pada 8 Disember 2017. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang berusia setahun dua bulan.

Sebelum ini, Ali mengaku mengeluarkan samn terhadap Hidayah selepas kakak iparnya itu mengeluarkan saman terhadapnya terlebih dahulu. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Kucing Media Online

Sumber : GEMPAK

Perut sakit sangat sampai tak boleh pegang. Almy Nadia masuk hospital lagi. Tapi kali ni apa yang jadi buat warganet terkedu.

SUAMI kepada pelakon Datin Almy Nadia iaitu aktor Datuk Fizz Fairuz memberitahu isterinya dimasukkan ke Hospital Columbia Asia di Setapak kerana menghadapi masalah batu karang dalam hempedu. Fizz atau nama sebenar Mohd Fairuz Zainal Abidin, 40, berkata, Almy akan menjalani pemeriksaan pengimejan resonans magnet (MRI) bagi menentukan rawatan yang sesuai untuk membuang batu karang itu.

“Dia ada batu karang dalam hempedu yang tak begitu teruk tapi banyak dan halus-halus. “Doktor syak batu karang tu dah jatuh ke dalam usus, jadi untuk kepastian, Almy akan menjalani pemeriksaan MRI. “Lepas tu baru doktor akan buat keputusan sama ada nak buat operasi laser atau makan ubat sahaja,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Fizz berkata keadaan Almy atau nama sebenar Ungku Almy Nadia Ungku Aminuddin Shah, 34, berkata, isterinya mengalami sakit perut yang teruk pada Isnin. Bagaimanapun, keadaannya kini lebih baik selepas mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.

“Alhamdulillah keadaan dia dah okey sikit berbanding semalam… kalau semalam dia sakit sangat sampai perut pun tak boleh pegang,” ujarnya. Almy sebelum ini pernah dimasukkan ke hospital akibat kegvgvran kandungan yang baru berusia enam minggu pada 28 Mei lalu.

Aktres itu turut mengalami kegvgvran kali pertama pada Februari lalu semasa usia kandungan 14 minggu. Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Nur Afrina Arianna, 5, Nur Afrina Aurora, 4, dan Nur Afrina Ayra yang kini berusia setahun.

Fizz reda dengan keguguran kali kedua Almy…

PELAKON Datuk Fizz Fairuz, 40, reda apabila isterinya, Datin Almy Nadia kegugvran anak kelima mereka kerana mengalami pndrhn rahim pada 22 Mei lalu. Fizz atau nama sebenar Mohd Fairuz Zainal Abidin berkata, Almy mulanya mengadu pedih serta sakit di bahagian perut dan tiga hari sebelum raya mengalami pndrhan tanpa henti setiap hari pada pagi dan petang.

 “Apabila jumpa doktor, kami diberitahu itu cairan merah itu kotor. Termasuk, ia dikata berpunca daripada cairan merah beku yang sudah pecah.    “Setiap hari perut Almy disuntik dan Alhamdulillah nampak ada perubahan, tapi masih ada juga pndrhan.

 “Dia juga buat proses imbasan (scan) bahagian perut dan apabila dilihat dalam monitor macam ada perubahan. Apabila berjumpa doktor lagi, dia disahkan mengandung,” katanya kepada Harian Metro. Menurut Fizz lagi, kandungan isterinya itu berubah-ubah saiz kerana setiap hari mengalami perubahan.

 “Hari ini nampak sikit, esoknya dia jadi besar. Sepertinya cairab merah beku, semakin hari ia semakin membesar. Daripada satu sentimeter, naik ke dua sentimeter dan seterusnya enam sentimer. “Kami jumpa doktor untuk pemeriksaan selanjutnya dan dapati luka dalam perut yang kelihatan seperti ulser semakin masalah,” katanya.

 Fizz berkata, Rabu lalu Almy mengadu terlalu sakit dan semalam mereka sekali lagi buat pemeriksaan doktor. “Doktor akhirnya buat keputusan melakukan operasi membuang cairan merah beku dan mencuci rahim. “Kami setuju dengan keputusan ini kerana bayi pun dah tiada. Yang penting nyawa Almy selamat kerana dia terlalu lemah akibat kehilangan banyak cairan merah.

“Kandungannya pula berusia enam minggu tiga hari. Namun, kini kami masih menanti penjelasan lanjut daripada doktor,” katanya. Operasi berlangsung semalam pada jam 3.30 petang di hospital swasta di Setapak, Kuala Lumpur yang mengambil masa lebih dua jam.

Ini keguguran kali kedua membabitkan Almy kerana dia pernah mengalami perkara sama ketika kandungannya berusia 14 minggu pada Februari lalu. Fizz mengaku simpati dengan isterinya dan mahukan Almy berehat panjang sebelum mengandung semula. “Saya sangat ambil berat kesihatan isteri. Tambah lagi, apa yang berlaku membabitkan bahagian dalaman,” katanya berharap Almy cepat sembuh.

Fizz tidak cukup rehat jaga isteri

Siapa yang tidak teruja untuk bergelar bapa? Apatah lagi anak sulung yang bakal menjadi pengikat kasih sayang dalam rumah tangga. Begitu juga pelakon yang dikenali dalam filem Mat Tudung, Fizz Fairuz, 35, yang kini menghitung hari menanti isterinya yang juga pelakon Almy Nadia, 28, melahirkan anak mereka pada Februari nanti.

Almy yang kini sarat mengandung lapan bulan dijangka melahirkan anak pada tanggal 27 Februari depan. Walaupun agenda seninya padat dengan projek drama dan filem, Fizz mengakui dia tetap tidak mengabaikan tanggungjawabnya pada rumah tangga. Antara drama dan projek filem terbarunya ialah Cinta Ros Putih dan filem Mat Tudung 2.

“Ramai yang bertanya kenapa saya nampak kurus, sejak kebelakangan ini. Hakikatnya, saya tidak cukup rehat kerana perlu membahagikan masa antara karier seni dan menjaga isteri yang mengalami alahan yang teruk ketika mengandung.

“Saya juga tidak berani tinggalkan isteri seorang diri di rumah terutama pada waktu malam kerana Almy pernah diganggu makhluk halus dan terpaksa berubat secara tradisional sebelum ini,” katanya. Bercerita lanjut ketika menjaga Almy, kata Fizz, isterinya itu mengalami alahan yang teruk dalam tempoh tiga bulan pertama mengandung.

“Jika wanita mengandung lain mengalami ‘morning sickness’ pada waktu pagi, Almy pula muntah-muntah, sakit kepala dan kurang sihat pada waktu malam. “Penat macam mana pun balik dari lokasi penggambaran, saya perlu meluangkan masa dengannya dan membantunya mengatasi alahan berkenaan. Malah, saya perlu mengambil alih tugas memasak bila dia kurang sihat akibat alahan mengandung,” katanya.

Fizz ditemui pada majlis pelancaran Go Motorshow (Gomoma) Malaysia 2015-2017 anjuran UGDC Intensione Sdn Bhd dengan kerjasama Kazanah Bangsa yang berlangsung di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Acara itu disempurnakan Tengku Besar Putra Sela-ngor Tengku Datuk Seri Ismail Shah Sultan Hishamudin Alam Shah.

Sebagai suami penyayang, Fizz berusaha memenuhi apa saja keinginan isterinya sepanjang tempoh mengandung itu. “Saya sangat memahami wanita yang mengidam ketika mengandung. Sebelum ini, saya sudah memenuhi keinginan Almy untuk makan telur penyu dan jeruk asam boi dan sekarang dia mengidam untuk makan buah kundang pula.

“Saya sudah berusaha mencari buah kundang di serata tempat tapi tidak berjumpa kerana kini bukan musim buah itu sekarang. Justeru, saya berharap jika ada peminat atau orang ramai yang tahu di mana saya boleh mendapatkan buah kundang, silalah hubungi saya dengan segera,” katanya.

Almy rancang kembali berlakon selepas pantang. Sepanjang tempoh me-ngandung, Almy mengakui dia terpaksa membataskan karier seninya kerana memberi tumpuan pada anak dalam kandungannya. Malah, Almy juga lebih selesa menguruskan karier seni suaminya sendiri ketika ini.

Namun kata Almy, dia tetap merancang untuk kembali berlakon selepas selesai tempoh berpantang nanti. “Fizz tidak menghalang saya untuk kembali berlakon kerana dia tahu bidang lakonan sudah sebati dengan diri sejak dulu. Apa yang penting, saya tahu batas yang perlu dijaga sebagai isteri.

“Pada masa sama, saya lebih suka ada duit sendiri dan tidak suka bergantung dengan suami semata-mata,” katanya. Ditanya soal jantina bayi pula, kata Almy, dia juga dijangka melahirkan bayi perempuan nanti. Pasangan ini juga memiliki seorang anak angkat, Nur Afrina Darwi-sya, 6, yang dijaga neneknya di kampung.

“Kami tidak kisah soal jantina anak kerana yang penting bayi yang dilahirkan itu sihat dan cukup sifatnya nanti. “Setakat ini semua persiapan untuk menyambut kelahiran bayi sudah siap terutama hospital untuk bersalin, pakaian serta peralatan untuk bayi juga sudah dibeli,” katanya.