Lima sekawan akhirnya terima surat saman dari Siti Nordiana. Terkejut sekali ini bayaran yang dituntut setiap seorang.

Artis

Kes melibatkan Siti Nordiana dan juga ‘lima sekawan’ iaitu Lan Solo dan isteri, Syura Badron, jurusolek Aida G, Sam Samin diteruskan lagi apabila mereka mengesahkah telah menerima surat tuntutan permohonan maaf daripada penyanyi itu sejak daripada hari Isnin yang lalu.

Perkara tersebut dimaklumkan kepada sebuah portal media hiburan di mana Siti Nordiana turut menuntut amaun bayaran sebanyak RM200,000 setiap seorang selain surat tuntutan permohonan maaf. Mereka berlima yang diwakili peguam terkenal, Alan Razak berkata telah menyerahkan surat tuntutan tersebut kepada pihak berkenaan.

Kami (Lan, Shiela, Syura, Aida G dan Sam) telah menerima surat tunturan daripada pihak Siti Nordiana yang kandungannya meminta agar kami membuat kenyataan terbuka memohon maaf dalam tempoh 24 jam. Turut diberi beberapa syarat lain, selain bayaran sebanyak RM200,000 setiap seorang.

Kenyataan itu dikeluarkan Sam sebagai wakil mereka berlima kemudiannya enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut apabila ditanyakan sama ada mereka sedar Siti Nordiana sudah meneruskan saman setelah 24 jam tuntutan permohonan maaf itu tidak dijawab.

Siti Nordiana difahamkan telah melantik firma guaman, Tetuan Abang Azlan & Associates untuk mewakili kes berkenaan. “Nana terpaksa mengambil tindakan und4ng-und4ng bagi membersihkan nama dan imej yang tercalar akibat kenyataan sedemikian, sama ada secara langsung atau sebaliknya akibat sesi siaran langsung IG itu” ujar peguam yang mewakili Siti Nordiana.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MV

Sumber: Beautifulnara

Siti Nordiana akui perlu pertahankan maruah mereka. Boleh pula sebabkan sesuatu ini sampai namanya tepalit.

Sebelum ini, isteri kepada Lan Solo iaitu Sheila Razlan tampil menjawab segala persoalan yang timbul mengenai hubungan mereka dengan Siti Nordiana. Menurut Sheila, isu ini menjadi semakin panas apabila dia menerima satu kiriman ‘direct message’ dipercayai daripada peminat Siti Nordiana di Instagram Live. Terbaharu, Siti Nordiana meluahkan rasa terkilan apabila isu tersebut dibangkitkan di media sosial.

‘Saya rasa terkilan’

Saya dimaklumkan peminat mengenai sesi IG Live ini, namun tidak menontonnya kerana sudah masuk waktu tidur. Saya menerima terima banyak mesej bertanyakan kesahihan luahan yang dibuat, sepanjang hari ini. Jauh di sudut hati, saya rasa sangat terkilan. Kenapa perkara seperti ini perlu dibangkitkan dalam media sosial? Apa motif mereka mengheret nama saya dalam perbincangan mereka.

Saya sentiasa menjaga adab terutama dalam media sosial. Sebolehnya, saya mengelakkan diri daripada terkena tempias negatif. Jika ikutkan, saya tidak mahu perkara ini diperbesarkan, apatah lagi, ia membabitkan rakan-rakan saya.

Menurut Siti Nordiana, dia terkilan apabila namanya turut diheret dengan dkwaan dan perbincangan secara terbuka membabitkan beberapa teman baiknya semalam. Terkejut mengenai topik perbualan tersebut, Nana mempersoalkan tindakan kesemua individu berkenaan termasuk Syura Badron, jurusolek, Aida G dan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin.

‘Saya tidak boleh komen lanjut’

Namun, saya perlu mempertahankan maruah apabila nama diheret dengan dkwaan secara terbuka dalam media sosial. Peminat yang kenal rapat saya mungkin tahu keadaan sebenar, tetapi orang luar barangkali lain pula pandangan mereka. Disebabkan itu, saya perlu merujuk perkara ini kepada peguam. Buat masa ini, saya tidak boleh komen lanjut, tunggu keputusan peguam untuk tindakan selanjutnya.

Terdahulu, Sheila mendkwa, Nana dan pengurusnya, Anas Osman menyebarkan cerita tidak baik mengenainya dan Lan kepada rakan di stesen televisyen (TV), selain menuduh Lan menumpang popularitinya. Dakwa Sheila, hampir semua rakan di stesen TV bercakap perkara sama dan bertanya mengenai isu makan tidak bayar.

Sumber: BH Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tular perkongsian dakwah kecil Aishah Azman dikritik oleh warganet. Kini ada pula individu yang dikatakan Aishah tidak layak dalam soal ini.

Meskipun video-video dakwah kecilnya menerima kritikan warganet, pelakon cantik Aishah Azman tidak akan serik untuk terus berkongsi ilmu berkaitan hukum-hakam agama dalam media sosial. Terbaharu, hantara video mengenai hukum mencuci tuala wanita menuai perhatian ramai sehingga ada yang berpendapat Aishah bukan individu yang layak untuk berkongsi tentang perkara tersebut.

Bahkan ada yang menganggapnya ingin mengajar wanita lain menjadi seorang pengotor kerana menulis bahawa hukum mencuci tuala wanita adalah sunat. Enggan mengambil pusing kritikan warganet, pelakon drama Suri Katriana itu memberitahu, niatnya hanya untuk berkongsi ilmu dan hukum mengenai perbuatan mencuci tuala wanita.

“Niat saya cuma hendak berkongsi mengenai hukum menjaga kebersihan tuala wanita yang telah digunakan kerana beranggapan masih ramai yang tidak tahu tentang perkara tersebut. Namun, saya tidak ajar pula mereka supaya jadi pengotor. Jika wanita itu nak pilih untuk tidak mencuci perlulah seiring dengan cara yang betul iaitu balut rapi dan jaga kebersihan,” katanya. Tambah pemilik nama lengkap Nor Aishah Afika Azman Shah itu, bagaimanapun hukum yang dikongsinya itu hanya terpakai ketika keadaan darurat.

“Hukum yang saya kongsi digunapakai ketika darurat, seperti berada di hutan. Saya juga hendak tekankan bahawa Islam itu mudah dan sangat bersih. Apapun, saya tidak mendesak dan terpulang kepada individu sama ada hendak cuci atau tidak,” katanya lagi. Dalam pada itu, dia juga tidak akan serik untuk terus berkongsi hukum dan ilmu berkaitan agama kepada orang ramai.

“Saya tidak akan serik. Malah sebelum berkongsi ilmu saya akan baca dahulu kenyataan daripada mufti. Rasa berdosa jika tak kongsi perkara yang sahih kepada orang ramai. Harap penyampaian saya sampai dan jelas kepada semua yang baca,” tutur adik kepada pelakon Afiq Muiz itu.

Terdahulu, Aishah berkongsi sebuah video mengenai hukum membersihkan tuala wanita dalam TikToknya. Antara kandungan yang dinyatakan Aishah dalam video tersebut ialah hukum mencuci tuala wanita tidak wajib, sunat ditanam dan harus dibuang ke dalam tong sampah.

Sumber : K! ONLINE

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.