Lebih jimat. Kini Samsung sedia beli telefon lama jika ingin tukarkan yang baru.

Terkini Viral

Mesti ada dikalangan anda mahu memiliki peranti terbaru dari Samsung tetapi masih belum cukup bajet. Kalau anda nak tahu, Samsung boleh membantu anda untuk mendapatkan telefon pintar Samsung Galaxy terkini dengan harga terendah tau! Dengan programĀ Tukar BeliĀ oleh Samsung, mereka bukan sahaja dapat membantu dari soal kewangan, tetapi anda juga sedikit sebanyak dapat memelihata alam sekitar. Kini anda bukan sahaja dapat menukar atau menjual satu peranti untuk menerima diskaun, malah lebih, iaitu sehingga (5) lima peranti untuk menerima potongan harga yang lebih baik dari pembelian baru anda.

Cukup bawa peranti lama anda (telefon pintar, tablet dan jam pintar) ke outlet yang mengambil bahagian, pilih telefon pintar Samsung baru yang anda mahukan. Kemudian Samsung akan bersedia untuk menilai peranti lama anda untuk pertukaran. Jadi anda hanya membayar nilai peranti terbaru setelah diskaun ditolak dari peranti lama. Oleh itu, jangan buang telefon pintar, tablet dan jam pintar lama anda kerana semua itu ada nilainya. Anda boleh mendapatkan diskaun sehingga RM4,680 sekaligus mengurangi buangan yang boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar. Apa-apa jom lihat apa syarat-syaratnya.

Peranti dan syarat yang layak

Mestilah terdiri daripada telefon pintar, tablet dan / atau jam pintar lama, dan ia harus memenuhi syarat berikut

1. Anda mestilah pemilik sah peranti pertukaran. 2. Peranti pertukaran anda tidak boleh terikat dengan kontrak sedia ada dengan mana-mana Telco. 3. Untuk peranti telefon pintar, telefon bimbit dan tidak boleh IMEI disekat, dilaporkan sebagai diambil tanpa izin atau palsu. 4. Peranti mesti dibuka dari akaun iCloud dan Google. Menarik bukan? Untuk mengetahui bagaimana anda dapat memanfaatkan peranti lama anda dengan program Tukar Beli, klik www.samsung.com

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.