Sanggup ambil ubat perancang untuk tidak hamil. Tapi nasib tak menyebelahi bila dia disahkan hamil. Namun semuanya berubah setelah si isteri berhenti dari kerja

Kisah Rumah Tangga

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Aku Amira (bukan nama sebenar), baru sahaja berumur 29 tahun, lulusan sarjana muda dalam bidang perbankan. Aku sudah berkahwin selama 5 tahun dengan Akmal (bukan nama sebenar), classmate aku masa aku degree dulu. Perkahwinan kami dikurniakan sepasang anak, Athif 2tahun, dan Aleah 6 bulan.

Sejujurnya berlaku Perubahan 360 darjah. Apa yang ingin aku kisahkan di sini, hanya secebis kisah hidupku. dulunya aku seorang wanita yang bekerjaya. Seorang esekutif pemasaran di sebuah syarikat ternama di Utara Malaysia. Aku dan Akmal sama2 sudah berjanji, kami akan sama2 berusaha kuat demi masa depan keluarga.

Akmal juga berjawatan tinggi dan bergaji agak besar. Di samping kehidupan makan gaji, kami suami isteri juga ada perniagaan jersi yang kami jalankan secara online bersama-sama. Pendek kata, duit bukanlah masalah yang besar dalam rumah tangga aku dan Akmal

Segalanya indah, berlaku bagai yang kami percaturkan. Tahun ketiga perkahwinan, aku melahirkan Athif. Athif bayi yang tidak banyak ragam. Aku dan Akmal sudah merancang, selesai cuti confinement, kami nak hantar Athif ke rumah pengasuh. Aku juga dah start ambil perancang depo, cucuk setiap 3 bulan untuk mengelak mengandung dalam masa yang terdekat.

Tapi kita manusia, Allah jugalah sebaik-baik perancang. Aku disahkan hamil semula sewaktu Athif berusia 11 bulan. Aku menangis kerisauan, padahal aku tak pernah miss cucuk depo 3 bulan sekali. Aku melalui fasa mengandung kali yg kedua dengan sangat teruk. Morning sickness, pngsan, sakit kepala, bngkak kaki. Memang waktu tu aku umpama pelanggan setia di hospital.

Kes aku pula dirujuk ke hospital besar kerana kandungan aku kali ini agak berisiko. Anak kedua aku kali ini perempuan dan aku namakannya Aleah. Dilahirkan secara emergency ceaser sewaktu 33minggu kerana air ketubn aku dah kering total. Aleah ialah baby pramatangg. Menjaga baby pramatangg adalah sangat mencabar. Dan di sini cabaran aku bermula.

Walaupun Aleah lahir secara pramatangg, dia tak ditahan di wad lama, mungkin kerana Aleah sihat, berat badannya mencukupi, dan tiada sebarang masalah kesihatan lain yg membimbangkan. Selepas 2 minggu, aku bawak pulang Aleah ke rumah dan berpantang seperti biasa. Minggu ke 4, Aleah terkena jangkiitan kumann di paru-paru.

Aku berkampung di hospital selama 3 minggu sebelum Aleah dibenarkan pulang ke rumah. Pulang saja ke rumah, aku sudah pun habis pantang. Dan aku sambung cuti confinement aku yang berbaki lagi dua minggu. Dua minggu selepasnya, aku masuk kerja dan decide hantar Aleah tempat mengasuh yang sama dengan Athif. Hari ketiga Aleah di rumah pengasuh, pengasuh laporkan pada aku yang Aleah banyak meragam, dan nafasnya seperti laju.

Aku dan Akmal terus bawa Aleah ke hospital dan Aleah ditahan di wad lagi. Aku menangis tengok keadaan Aleah malam tu. Kali ni Aleah berkampung di hospital selama 11 hari. Aku lah yang terpaksa ambil cuti untuk temankan Aleah. Dalam wad, aku banyak spent time dengan Aleah, direct breastfeed dia, dan aku terasa amat dekat dengan Aleah.

Athif dulu juga menyusu badan, tapi aku selalu pam saja susu aku diberi dalam botol pada Athif. Memang lain betul perasaan direct breastfeed ni, sambil pandang muka baby. Allahu terasa sayu sangat. Malam tu aku menangis teruk. Teringat Athif, teringat betapa aku terlampau sibuk kerja, hingga kadang aku lupa tanggungjawab aku sebagai seorang ibu.

Mungkin keadaan Aleah yang tak berapa sihat ni merupakan salah satu cara Allah nak tegur aku dan Akmal. Aku nekad, setelah berbincang dengan AKMAL, aku suarakan yang aku nak resign, dan jadi surirumah sepenuh masa jaga anak2 aku. Akmal setuju, dan Akmal adalah orang yang paling gembira sekali dengan berita ni. Aku ingatkan Akmal nak marah aku sebab nak berhenti kerja.

Rupanya dia lagi suka aku jaga anak2 kami di rumah saja. Aku fikir jadi seorang suri rumah itu senang. Rupanya aku salah. Susah sebenarnya jadi suri rumah ni. Nasib aku baik, Akmal memang terlalu banyak membantu aku melakukan kerja2 rumah. Sekarang rutin harian aku, aku bangun subuh, cepat2 masak mana yang patut, dan Athif selalunya akan bangun selesai aku masak.

Bersilat dengan Athif yang sepahkan rumah dengan segala toys dia, menjrit tantrum, tiba2 dah pkul 11. Aleah akan selalu terjaga waktu2 macamni. Dan Aleah juga adalah seorang baby yang agak manja dan mengada ngada. Aku tak boleh lekang dari pandangan dia. Jauh saja sikit, Aleah akan menangis sampai macam nak terkeluar anak tekak.

Athif pula macam masih tak faham bahasa, ya lah Athif secara perkiraannya baru 1tahun 11 bulan. Pernah saja sekali tu aku tak tahan sangat nak ke toilet, aku terpaksa tinggal sekejap Athif dengan Aleah, bila aku keluar je dari toilet, Athif tengah tunggang belakang Aleah yang tengah meniarap, dan Aleah menangis macam nak tercabut anak tekak. Lepas dari tu, aku kadang2 jenuh mencuri masa nak pergi tandas.

Kadang2 sampai tunggu Akmal balik kerja pkul 6,baru aku sempat mandi, makan. Ada masa aku nak kena sidai kain baju, masak, lipat baju, kemas rumah. Akan ada masa setiap hari Rabu juga aku akan ke pejabat pos untuk pos barang customer. Bayangkanlah aku yang berat 45kg ni pakai baby carrier dukung Aleah, Athif pula buat perangai tiba-tiba dia juga minta nak didukung.

Bergendongan lah kami anak beranak. Sekarang dah dua minggu aku minta abang posmen collect parcel kat rumah je. Tak daya dah rasa nak hert semua ke pejabat pos. Tiba pula waktu anak2 kena simptom2 demam dan cirit birit, aku tekejar2 siapkan mana yang patut. Nak beli barang dapur pun aku nak kena tunggu pergi sekali dengan Akmal. Aku risau aku tak mampu handle Athif dan Aleah in public.

Sungguh, aku terasa terkejar2 buat kerja. Kadang aku menangis, aku solat pun jenuh mencuri2 masa. Athif ni seorang morning person, dia akan bangun tidur awal seawal subuh, dan tak akan tidur siang langsung, dan Athif akan aktif sepanjang hari. Berlari-lari, memanjat tangga, menyepahkan mainan, tantrum sesuka hati, kacau Aleah. Tapi malam Athif tidur awal lah.

Pkul 8 malam dia tidur sampai esoknya subuh baru dia jaga. Aleah pula suka berjaga malam, siang hari dia banyak tidur, itu pun masa siang hari selang 20 minit Aleah akan bangun untuk breastfeed dgn aku. Entah lah.. Bagi aku menjadi suri rumah ni sangatlah penat. Bukan niat aku untuk merungut, tapi setelah menjadi suri rumah sepenuh masa, dengan dua orang anak kecik kat rumah, aku rasa aku baru faham erti sebenar keletihan jadi suri rumah tu.

Jika dulu aku kerja, cukup masa aku keluar lunch dengan kawan2, cukup masa aku balik rumah, buat ot dapat duit lebih, dapat sembang2 dengan officemate, cukup bulan cucuk kad atm keluarkan duit gaji. Masa kerja dulu if ada apa2 situation yang buat aku stress je, memang aku akan terfikir, baik aku duduk rumah lagi senang, boleh goyang2 kaki, tak payah fikir hal kerja ni semua.

Rupanya selama ini aku salah. Duduk rumah rupanya penat juga. 24jam aku terasa tak cukup. Bulan2 memang aku tak bergaji, senyuman dan keletah anak2 la bayaran buat aku. Tu sudah cukup bermakna buat aku, Walaupun aku letih separuh maati. Aku ada berbincang dengan Akmal, bila tiba masa yang sesuai suatu hari nanti, aku akan kembali bekerja, kerana aku kadangkala rindu pada suasana di alam pekerjaan.

Doakan aku ya agar suatu hari nanti aku dapat bekerja semula. Buat suami yang isterinya suri rumah, jangan pandang rendah pada isteri anda, jadi suri rumah adalah meletihkan. Dan buat isteri yang bekerja juga, Kerja juga meletihkan. Kita sama saja, tiada diskriminasi. Apapun kita sudah cuba berikan yang terbaik buat anak2 kita.

Semoga Allah memberkati usaha kita semua ibu2 dan bapa2 dalam membesarkan dan mendidik anak2. Jika sesiapa ada tips untuk pengurusan rumah tangga yang lebih efisien, sudi-sudilah berkongsi. Semoga kita menjadi yang lebih baik lagi. In sha Allah!

Kami hidup susah,mak pula jaga opah sakit.Tapi lepas opah tiada,hidup kami berubah

Mak ada 10 orang adik beradik. Anak ke 5. Mak aku memang dh biasa susah. Mak aku ni boleh tahan gak dia skor masa spm. Tapi di sebabkan kesusahan hidup, habis belajar mak terus kerja sebagai kerani. Memang kerja kerajaan tapi bawah mak aku ramai lagi adik2 tengah belajar. Start dari hari pertama mak aku kerja,memang setiap bulan mak tak pernah miss bagi opah dan atuk aku duit belanja. Aku tak lahir lagi time ni. Tapi opah yang cerita balik kat aku. Lepas beberapa thun kerja, mak aku pun kahwin dgn ayah aku dan kemudian atok aku tiada dunia pada usia 50+.

Kehidupan mak ayah dulu tak senang. Ayah aku askar kerja luar negeri (ayah aku askar pangkat paling rendah).Lepas aku lahir baru kami tinggal bersama. Mak aku lah sorang2 jaga adik beradik lain kt rumah. Aku salah seorang saksi kejadian. Memang selalunya setiap bulan tak cukup duit. Mesti korek duit simpanan yg mak simpan sikit. Tapi mak tetap bagi wang belanja kat opah. Tak pernah kurang dari rm100. Kalau ada lebih bg lebih tp kalau tak cukup, rm100 tetap ada untuk opah di kampung.

Bila dah kahwin ayah aku pun macam mak aku. Memang tak pernah lupa pada ibu kat kampung walaupun ayah hidup susah(atok sebelah ayah aku pn dah tiada. Memang dalam tempoh 7-8 tahun rezeki tak nampak. Tapi sepanjang hidup kami cukup makan pakai. selepas bertahun-tahun rutin ni jadi amalan mak dan ayah pada ibu mereka memang nampak rezeki mak ayah aku murah sangat.

Ayah dan mak dapat tunaikan haji, beli rumah, beli kereta. Walhal dulu mak ayah nak buat simpanan dari duit gaji pun belum tentu ada. Konsep mak ayah aku senang. Dapat gaji je pertama sekali cukup ke tak cukup opah mesti no 1. Lepastu selebihnya baru lah fikir hutang2 yg hendak dilangsaikan.

Aku dengan opah memang rapat. Kalau kami tidur sekatil jwapnya pkul 12 pn belum tentu tidur sebab kami akan menyembang sampai aku sendiri tertidur. Haha. Bila opah sebelah mak aku dah sakit , opah nak tinggal dengan kami. Adik beradik mak aku pun ada membantu kalau mak ada kursus opah tinggal sementara dengan mereka. Waktu tu aku spm. Aku tak duduk asrama,aku sek biasa. Kali ini wang ringgit bukan pertaruhan tapi tenaga dan kesabaran dalam menjaga opah. Mak aku adalah orang yang tak pernah mengeluh penat jaga opah. Opah pernah marah2 taknak pakai lampin. Jadinya opah aku berak merata dalam rumah.

Kncing pun sama. Kat ruang tamu pun pernah. Ibarat kalau masuk je pintu rumah memang ada bau. setiap kali opah ke tandas lantai mesti kena mop. Sebab kencing tak lawas. (Tandas kt dapur tak ada dalam bilik). Nasib ayah faham dan tak pernah marah. Kami gilir2 mop lantai. Bayangkan sehari berapa kali kena mop gilir2.

Wang perbelnjaan opah tetap ada walaupun opah tinggal dengan kami. Saja mak aku buat begitu sekurang2nya bila mak aku tak ada duit boleh pakai untuk rawatan opah. Sepanjang menjaga opah, kami dimurahkan rezeki lagi. Mak ayah dapat naik pangkat. Daripada rumah kecil kami dapat pindah ke rumah banglo yang selesa. Tapi opah tak sempat merasa semua tu. Opah tiada dunia sebelum rumah baru kami siap. Lepas opah tiada, rezeki memang datang mencrah curah. rezeki datang tanpa di duga. Alhamdullilah. Dari kereta kecil dah boleh beli mpv. Adik beradik kami pun dimudahkan jalan untuk belajar dan mencari rezeki. Dan sekarang semua dah bekerjaya.

Bila difikirkan semula aku yakin inilah berkat menjaga orang tua. Kami dah terikut apa yang mak ayah buat pada opah. Setiap kali gaji tak pernah kami terlupa bagi wang belanja pada mak ayah. Segala keinginan mereka kami turuti mengikut kemampuan. Kami adik beradik saksi kejadian betapa setia kasih sayang mak ayah pada ibu mereka. Kami sendiri berjanji pada diri kami yang kami akan layan mak macam mak dan ayah layan opah. First class punya.! InsyaAllah.

Pesan mak pada aku sewaktu opah masih ada. “Mak taknak cakap pada opah yg mak susah dan mak yakin mak tak akan jatuh susah kalau balas jasa opah dengan duit bulanan tiap2 bulan tu. Mak juga mampu jaga opah macam mana opah dulu susah2 pun mampu juga jaga mak”

Isteri nak benda murah, suami beli barang mahal, dia terus tak jadi marah, muka terus bersinar

Mahukan sebotol minuman bertenaga tetapi dapat sepasang kasut sukan berjenama mahal. Situasi itulah yang dilalui Natasha Abdul Hamid yang dianggap bertuah apabila menerima kejutan berupa sepasang kasut sukan Adidas Boost daripada suaminya, Ahmad Farhan Salleh baru-baru ini.

Semuanya gara-gara perbualan mengenai permintaan untuk dibelikan sejenis minuman bertenaga disalah tafsir oleh suaminya. Kisah lucu dikongsi Ahmad Farhan di twittr dan mendapat perhatian warganet. Postiing tersebut dengan kapsyen ‘Bini nak boost. So aku belikanlah boost ni. Sekali rupanya dia nak boost juice’ mendapat perhatian warganet dan diulang kiicau lebih 9,000 kali serta mendapat lebih 6,000 tanda suka. Ahmad Farhan ketika dihubungi mStar Online memberitahu berlaku salah faham antara apa yang dikehendaki isterinya dengan apa yang terlintas di fikirannya.

“Ada suatu malam isteri saya beritahu dia rasa macam nak ‘boost’. Saya pun cakap OK, nanti saya belikan. Saya pun masa tu terlupa pasal air yang dia minta dekat tempat kerja beberapa hari sebelum tu. “Kebetulan masa tu saya teringat isteri baru daftar masuk gimnasium. Saya tak adalah nak tanya lebih-lebih sebab masa tu tengah leka tengok TV. Kemudian isteri saya pun tak ada tanya apa-apa lepas tu,” katanya.

Bagi memenuhi permintaan isterinya itu, Ahmad Farhan membuat tempahan kasut sukan tersebut secara dalam talian. “Saya fikir isteri bersemangat nak pergi gim, jadi esoknya saya terus buka laman web dan cari kasut sukan itu. “Malam tu isteri saya tak tanya pun mana boost tu, jadi saya pun buat tak tahu saja. Saya pun tak cakap kat dia yang saya dah beli boost tu,” katanya.

Menurut Ahmad Farhan, dia menerima kasut yang ditempahnya itu empat hari kemudian. “Bila saya sampai rumah isteri nampak saya pegang kotak kasut tu. Dia tanya ‘beli kasut baru ke?’,” katanya. Jelas pemuda berusia 29 tahun itu, dia terkejut kerana isterinya seperti mahu memarahinya gara-gara memikirkan dia telah membeli kasut baharu.

“Muka dia macam nak marah sebab dia tahu perangai saya, memang ‘hantu’ kasut. Kemudian saya kata kat dia ‘eh hari tu kan awak minta boost, ni lah dia, dah beli’. “Dia pun cakap ‘eh saya minta air boost kat tempat kerja tu, bukan kasut boost ni’. Saya pun macam ‘hah’, ye ke? Ingatkan nak kasut boost untuk pakai pergi gim nanti sebab tengok dia macam tak ada kasut sukan,” katanya.

Tambah Ahmad Farhan lagi, dia tidak terfikir isterinya mahukan minuman bertenaga itu kerana dia sudah memaklumkan air tersebut sudah habis dijual di pejabatnya. “Saya dah beritahu dia air tu dah habis dan stok tak sampai lagi. Saya kata kalau dah ada di pejabat nanti saya bawa balik. Tak sangka boost yang dia nak adalah air minuman bertenaga itu,” katanya.

Natasha turut berkongsi dengan warganet kasut sukan dan air minuman dibeli suaminya. Ditanya mengenai reaksi isterinya selepas menerima kasut tersebut, Ahmad Farhan berkata isterinya amat gembira. “Dia terus tak jadi marah, muka bersinar-sinar dapat kasut baharu. Air boost strawberry yang dia nak pun terus dilupakan.

“Selepas dua hari, dia minta semula minuman tu. Balik kerja saya bawa air tu untuk dia. Akhirnya bukan je kasut tapi air pun dia dapat sekali,” katanya. Ahmad Farhan berkata dia tidak menduga posting mengenai kisah lucu itu menjadi tular di Twtter. “Saya pun tak sangka tweet tu akan jadi viiral sebab saya hanya ingin berkongsi kisah lucu itu sekadar untuk suka-suka,” katanya.