Sanggup hadiahkan piano harga RM20000 sempena ulang tahun pertama perkahwinan. Tapi rupanya ini perancangan sebenar Ain Edruce dengan suami

Artis

PELAKON dan pengacara, Ain Edruce menyatakan jika bukan disebabkan pandemik Covid-19, dia dan suami, Amirul Hafiz Mustaffa, 27, pasti sudah terbang ke Switzerland bagi meraikan ulang tahun pertama perkahwinan mereka.Menurut Ain atau nama sebenarnya, Nurulain Edruce, 29, walaupun sudah pernah berkunjung ke negara tersebut namun dia ingin merasai sendiri pengalaman bermain salji bersama suami tercinta di sana.

“Kalau bukan disebabkan Covid-19, mungkin Ain dan suami sudah berada di Switzerland main salji.. tahun lalu kami bulan madu di Dubai, jadi tahun ini saya nak pula rasa sambut ulang tahun pertama di negara sejuk bermain salji dengan suami.”Tapi tak mengapalah, mungkin impian itu boleh dibawa ke tahun hadapan bersama kehadiran anak sulung kami nanti, mesti lagi meriah,” katanya kepada mStar.

Ain Edruce nak anak pandai main piano.

Susulan kekangan untuk melancong ke luar negara, Ain tetap membelikan hadiah istimewa buat suaminya iaitu sebuah piano berharga RM20,000 seperti yang dikongsikan di saluran Youtube miliknya.Pada mulanya, pengacara itu mengakui buntu untuk mencari hadiah bersesuaian namun akhirnya mendapat idea membeli piano.

“Selepas buat carian di internet, baharu saya dapat idea nak beli piano untuk Amirul walaupun saya tahu dia tak tahu main piano.”Saya tidak pergi pun kedai tengok keadaan piano yang nak dibeli, sebaliknya terus bank in duit dan hari yang sama juga penjual itu hantar barang. Semua saya set up ketika Amirul sedang bekerja dan bila dia balik dari kerja terus saya buat kejutan itu.

“Saya memang suka prank suami sebab suka tengok riak muka dia yang priceless tak tahu apa-apa mengenai kejutan yang diberikan isterinya ini. Pelaburan ini pun cukup bagus sebab nanti anak saya pun boleh belajar main piano,” katanya yang mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Seni Muzik Komposisi dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Ain turut menambah perkongsiannya itu bukan bermaksud dia ingin menunjuk-nunjuk sebaliknya sekadar ingin meraikan hari bahagia itu dengan peminat.Ain bakal melahirkan anak sulung pada Mei depan.

“Setakat ini saya tidak dapat apa-apa respons negatif, sebaliknya semua cakap terhibur dengan reaksi muka terkejut suami saya dalam video itu. Saya pun hanya nak berkongsi kegembiraan meraikan ulang tahun pertama dengan peminat.”Orang baru bercinta sebulan pun ada yang bagi hadiah, inikan pula saya yang dah setahun berkahwin… pastinya saya teruja nak tunjukkan hadiah itu buat suami,” katanya.

Ain mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Amirul Hafiz pada 13 Disember tahun lalu dan kini sedang hamil empat bulan.Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!Tags/Kata Kunci:

Video Menari Ain Edruce Raih Perhatian Bila Ada Warganet Berpendapat Ain Sedang Hamil. Ini Komen Ain Susulan Komen Tersebut Mula Menjadi Bualan Orang Ramai

Baru-baru ini, selepas memuat naik video menari di dapur hingga menampakkan ‘baby bump’ di perut, pelakon dan pengacara Ain Edruce, 29, didkwa hamil oleh segelintir pengikutnya di Instagram.Bagaimanapun, pengacara program Immortal Songs itu ketika dihubungi enggan mengesahkan sama ada dia hamil atau tidak.

“Saya taknak komen apa-apa lagi. Namun, saya ucapkan terima kasih kepada semua yang  sudah mendoakan baik- baik buat saya dan suami. Sampai masanya, saya akan berkongsi. Sekarang fokus saya masih lagi pada kerja. Alhamdulillah, rezeki saya makin bertambah selepas berumah tangga,” katanya kepada Harian Metro.

Ain berkata, semua pasangan yang berkahwin pasti selalu berdoa semoga dikurniakan cahaya mata. Begitu juga, dia dan suami turut mengimpikan memiliki anak.Ditanya mengenai kritikan daripada segelintir warganet terhadap video tarian berkenaan, Ain berkata, dia tak ambil tahu dengan komen-komen berbaur negatif.

“Saya selesa hanya dikelilingi aura positif. Jadi, benda-benda yang negatif seperti komen ditulis dengan bahasa kurang manis, memang saya tak layan. Saya tak mahu rasa tertekan. Siapa tak sedih apabila membaca komen-komen yang negatif. Jadi, tidak mahu fikiran saya terganggu dan sakit hati, maka abaikan saja. Biarkanlah mereka dengan komen-komen itu,” katanya.

Menurut Ain, dalam situasi sekarang wajar untuknya menjaga kesihatan diri berikutan kes jangkitan Covid-19 ketika ini semakin meningkat. Lebih baik dia utamakan norma baharu dalam kehidupan.”Ikut SOP (Prosedur Operasi Standard) ditetapkan walau di mana saja berada, jangan rentas daerah dan negeri serta duduk di rumah saja sekiranya tidak ada urusan kerja yang penting di luar. Jangan lupa pakai selalu pelitup muka, jaga penjarakkan fizikal dan kerap mencuci tangan dengan sabun seperti disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya. Ain yang juga popular dengan sitkom Jenaka Kampung Kalut (JKK) di TV3 berkahwin dengan Amirul Hafiz pada 13 Disember tahun lalu selepas enam bulan mereka bertunang.

Undang Pelbagai Reaksi Warganet. Ain Edruce Selamba Sahaja Berkumur Lepastu Teguk Air Sehinggakan Warganet Anggap Ain Edruce Pengotor Dan Ini Respon Ain Sendiri

Selamba sahaja pelakon dan pengacara Ain Edruce minum air yang dikumurnya sehinggakan mengundang pelbagai reaksi warganet di media sosial. Segelintir daripadanya menyifatkan tindakan spontan Ain yang sedang makan bersama suaminya itu kelakar dan menghiburkan. “Svmpahlah lawak si Ain ni,” tulis salah seorang pengguna di Twitter yang berkongsi video terbabit.

Malahan, ada yang terhibur melihat reaksi suami Ain, Amirul Hafiz Mustaffa yang terkesima dengan tindakan isterinya itu.”Aku nak sangat jumpa jodoh aku macam Amirul. Sebab perangai pun boleh hauk juga macam Ain ni,” komen salah seorang pengguna.”Lawak lagi reaksi si Amirul. Apa eh Ain ni,” tambah pengguna lain pula.

Bagaimanapun, aksi Ain itu ada sahaja kurang disenangi oleh beberapa pengguna media sosial dan menganggap caranya itu kotor dan kurang ajar.”Tak lawak langsung. Nampak kurang ajar adalah,” tulis seorang pengguna.”Geli kot buat macam tu,” sahut pengguna lain.”Apa yang lawaknya. Macam turn off jer, kenapa tak lvdah balik dalam gelas tu?” tambah pengguna lain pula.

“Saya rasa ini tak ada adab. Kalau kelakar saya gelak juga,” komen pengguna lainnya.”Kenapa sejak akhir-akhir ini aku kecewa betul dengan sense of humor rakyat Malaysia,” tambah seorang pengguna lain.Mengulas mengenai video berkenaan kata Ain itu caranya bersama pasangan untuk menzahirkan sisi romantis diri sendiri tanpa berselindung.

“Definisi sweet kitorang,” kata Ain.Video terbabit dirakamkan Ain bersama Amirul ketika mengulas mengenai situasi pelakon Amerul Affendi yang berdepan dilema kurang pengikut di Instagram yang menjadi punca ditolak berlakon di stesen televisyen tempatan-gmpk

Sekadar Kongsi Momen Manis Bersama Suami. Gara Gara Satu Gambar Ain Edruce Dan Suami Terus Terima Kritikan Warganet

Pada permulaanya, niat pelakon dan pengacara, Ain Edruce memuat naik foto suami menciuuum pipi di Instagram sekadar berkongsi momen manis dan mengabadikan kenangan sempena hari jadinya, baru-baru ini.Namun, tanpa diduga, foto yang memaparkan kemesraan mereka menjadi bualan orang ramai di laman Twitter.

Ain atau nama sebenarnya, Nurulain Edruce terkejut membaca komen warganet yang mengkritiknya. Ini kerana kebanyakan warganet menyangka lelaki yang mengucup pipi adalah kekasihnya. “Saya ada muat naik gambar suami menciuum pipi ketika meraikan ulang tahun, baru-baru ini. Saya menulis kapsyen ‘I have the best boyfriend ever’ pada gambar berkenaan.

“Tak sangka ramai warganet mengkritik dengan mengatakan saya tak tahu soal halal dan haram apabila berkongsi gambar mesra dengan teman lelaki. “Saya pelik apabila membaca komen. Adakah mereka tidak tahu lelaki berkenaan adalah suami saya? Apabila ada warganet menjelaskan, ada pula yang mengkritik tak perlu tunjuk kebahagiaan dalam laman sosial.

“Setahu saya, selama ini saya tidaklah kerap muat naik gambar bersama suami. Sesekali nak ‘belanja’ gambar mesra dengan suami pun boleh jadi isu,” luah pelakon sitcom Jenaka Kampung Kalut (JKK) ini. Tidak mahu terus melukai perasaan sendiri, pengacara tinggi lampai itu mengambil pendekatan untuk tidak membaca komen.

“Selalunya, kalau apa sahaja yang saya muat naik menjadi tular dan orang sudah mula memperkatakannya, saya tak akan layan. Saya elak baca komen. Buat apa nak baca benda yang boleh melukakan hati,” tegas wanita berusia 29 tahun itu.

Bercerita kehidupannya selepas bergelar isteri, Ain berkata, dia teruja apabila dapat melakukan kerja rumah seperti wanita lain yang berumah tangga. “Saya sibuk kerana terbabit banyak program seperti penggambaran drama dan pengacaraan, sejak bulan lalu. Selepas berkahwin, saya mahu fokus kepada dunia pengacaraan kerana tidak mahu berpisah lama dengan suami.

“Rasa rindu pula kalau asyik berjauhan. Apabila berada di rumah, dapat saya belajar serba sedikit menguruskan rumah tangga seperti membasuh dan cuci pinggan. Apa yang melucukan, apabila melihat saya kerap berada di rumah, suami jadi pelik dan bertanya apakah saya tidak bekerja?

“Malah, suami suruh saya pergi bekerja. Terkejut juga apabila dia memberikan reaksi begitu. Kita beriya-iya mahu menjadi isteri mithali, tetapi sudahnya suami suruh pergi kerja,” katanya.Pengacara program realiti, Immortal Songs itu berkata, dia reda kerana suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa bukanlah insan romantis.

“Sejak zaman bercinta lagi, suami bukanlah seorang lelaki yang romantik. Jangan harap nak dengar dia lafazkan kata-kata puitis. Dia hanya akan bercakap perkara yang logik sahaja.”Ada kala sebagai wanita, saya hendak juga bermanja macam dalam drama Korea yang sering ditonton. Cuma, suami buat kejutan dengan memberikan saya sejambak bunga sempena ulang tahun kelahiran, baru-baru ini. “Apapun, saya bersyukur walaupun suami kurang daripada segi itu, tetapi Amirul adalah lelaki yang sangat bertanggungjawab dan suka memasak. Sukar hendak cari lelaki sepertinya,” katanya.-bh

Baru Aktif Dengan Perlumbaan Kereta Bersama Toyota. Ain Edruce Terus Terang Bila Ada Saudara Mara Persoalkan Tentang Anak Dan Ini Jawapan Padu Dari Ain Sendiri

KUALA LUMPUR – Tidak sampai tempoh setahun berumah tangga, pelakon dan pengacara Ain Edruce mengakui sering diasak persoalan mengenai cahaya mata oleh keluarga terdekat.Pemilik nama Nurulain Edrucce, 29, itu berkata, dia dan suaminya yang merupakan seorang ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa, 27, bagaimana tidak pernah berasa tertekan setiap kali diajukan dengan soalan cepumas tersebut.

“Pada awalnya saya terfikir juga, memang normal ke orang baru kahwin terus ditanya pasal anak, sebab boleh tertekan juga kalau soalan sama ditanya berulang kali.“Tetapi jawapan saya mudah. Saya jawab, insya-Allah dan minta mereka doakan agar rezeki untuk menimang cahaya mata termakbul,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar Immortal Songs baru-baru ini.

Pelakon sitkom Jenaka Kampung Kalut (JKK) itu memberitahu, dia juga tidak pernah menetap sebarang tempoh untuk menimang cahaya mata dan sentiasa bersedia untuk mendapat zuriat pada bila-bila masa.“Saya dan suami tak buat perancangan pun bila ingin timang cahaya mata tetapi kalau ada rezeki dalam masa terdekat, kami terima.

“Malah, sekarang pun saya aktif dengan perlumbaan kereta bersama Toyota GAZOO Racing, jadi risau juga kalau disahkan mengandung, takut akan membahayakan bayi dalam kandungan pula,” ujarnya.Terdahulu, Ain selamat bergelar isteri kepada Amirul pada 13 Disember tahun lalu selepas enam bulan bertunang. – K! ONLINE

Santai Sahaja Ain Ederuce Buat Home Tour . Ternyata Video Yang Dikongsi Berkenaan Rumahnya Meraih Pujian Warganet Bila Ain Tonjolkan Satu Sikap Dia Ini

Demi menunaikan permintaan peminat, Ain Edruce dilihat ada melakukan sesi sesi ‘home tour’ di kediamannya.Secara eksklusif, video tersebut dimuat naik Ain menerusi saluran YouTube miliknya.Apa yang menarik, Ain atau nama penuhnya Nurulain Edruce antara lain turut bercerita perihal setiap perincian sudut dekorasi di rumah yang didiami.Malah, hos program Hero Remaja 2020 ini turut memaklumkan ada dekorasi tersebut merupakan idea perkongsian bersama suami, Amirul Hafiz.

Bintang berusia 29 tahun ini juga sempat berkongsi tips dan nasihat kepada peminat jika ingin melakukan dekorasi di rumah.“HOUSE TUA.. HOUSE TWA… HOUSE TUEWA… HOUSE TOUR,” tulisnya ringkas.Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat teruja melihat kediamannya yang indah selain memuji sikap Ain yang sempoi dan merendah diri meski mendiami kediaman yang baik.Terdahulu, Ain yang turut aktif dalam dunia komersial ini telah mendirikan rumah tangga bersama Amirul pada 13 Disember lalu.

Video: YouTube Ain Edruce

Baru Aktif Dengan Perlumbaan Kereta Bersama Toyota. Ain Edruce Terus Terang Bila Ada Saudara Mara Persoalkan Tentang Anak Dan Ini Jawapan Padu Dari Ain Sendiri

KUALA LUMPUR – Tidak sampai tempoh setahun berumah tangga, pelakon dan pengacara Ain Edruce mengakui sering diasak persoalan mengenai cahaya mata oleh keluarga terdekat.Pemilik nama Nurulain Edrucce, 29, itu berkata, dia dan suaminya yang merupakan seorang ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa, 27, bagaimana tidak pernah berasa tertekan setiap kali diajukan dengan soalan cepumas tersebut.

“Pada awalnya saya terfikir juga, memang normal ke orang baru kahwin terus ditanya pasal anak, sebab boleh tertekan juga kalau soalan sama ditanya berulang kali.“Tetapi jawapan saya mudah. Saya jawab, insya-Allah dan minta mereka doakan agar rezeki untuk menimang cahaya mata termakbul,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar Immortal Songs baru-baru ini.

Pelakon sitkom Jenaka Kampung Kalut (JKK) itu memberitahu, dia juga tidak pernah menetap sebarang tempoh untuk menimang cahaya mata dan sentiasa bersedia untuk mendapat zuriat pada bila-bila masa.“Saya dan suami tak buat perancangan pun bila ingin timang cahaya mata tetapi kalau ada rezeki dalam masa terdekat, kami terima.

“Malah, sekarang pun saya aktif dengan perlumbaan kereta bersama Toyota GAZOO Racing, jadi risau juga kalau disahkan mengandung, takut akan membahayakan bayi dalam kandungan pula,” ujarnya.Terdahulu, Ain selamat bergelar isteri kepada Amirul pada 13 Disember tahun lalu selepas enam bulan bertunang. – K! ONLINE

Suami Pandai Memasak. Warganet Mula Mempersoalkan Kehebatan Ain Di Dapur. Jawapan Akhir Ain Edruce Ini Akhirnya Membuat Warganet Terdiam

AIN bersama suaminya, Amirul. PENGACARA dan pelakon Ain Edruce, 28, mengaku dia tidak malu belajar memasak daripada suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa, 27. Ain yang baharu tujuh bulan mendirikan rumah tangga dengan Amirul berkata suaminya tahu dia tidak mahir dengan kerja dapur terutama memasak seperti wanita lain. “Sebelum bernikah lagi, Amirul memang tahu saya tak pandai sangat memasak. Namun, ia bukan isu kerana saya boleh belajar. “Alhamdulillah, selama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu, saya guna peluang tak kerja dan duduk di rumah dengan belajar memasak bersama Amirul,” katanya kepada Harian Metro. Ain berkata suaminya yang juga ahli perniagaan sudi berkongsi resipi dan mengajarnya sehingga boleh memasak hidangan menu untuk mereka berdua. “Soal memasak ini, antara nak belajar dengan tidak sahaja. Saya gembira belajar memasak daripada suami berkaitan menu kegemarannya.

“Saya bukan isteri sempurna, tetapi di antara kami berusaha untuk saling melengkapi. Alhamdulillah, saya sedia memperbaiki kekurangan diri,” katanya. Menurut Ain lagi, dia dan suami kini semakin menyesuaikan diri dengan kehidupan berumah tangga. Apapun, ujarnya dia bersyukur suaminya rajin dan sangat memahami. Ujar Ain, suaminya cekap mengurus diri sendiri. Malah, Amirul juga menyokong dia sepenuhnya dalam kerjaya. Katanya dia sangat bersyukur. Megulas soal cahaya mata, Ain berkata dia dan suami menyerahkan pada ketentuan Allah. Jelasnya, urusan zuriat adalah rezeki Allah yang tidak dirancang Kembali aktif mengacara, Ain kini sibuk menyiapkan rakaman program terbaharu, Immortal Song untuk TV3. Selain, dia juga akan ke set penggambaran sitkom Jenaka Kampung Kalut (JKK) musim baru-hmetro

Ramai Persoal Transformasi Ketara Ain Edruce, Ini Jawapan Tuan Punya Badan!

Hos dan pelakon, Ain Edruce memberi penjelasan tentang perubahan fizikal ketara dalam foto transformasinya yang dikongsi baru-baru ini. Menurut Ain, sejak foto itu dikongsi, ramai yang mempersoalkan tentang transformasi dirinya itu. “Ramai tanya gambar transformasi tu berbeza sangat, contoh soalan : macam mana muka boleh kurus? Macam mana boleh putih?” tulis Ain di Twitter. Ain juga menjelaskan transformasi ketara dirinya itu adalah disebabkan senaman yang dilakukan secara berterusan. “Jawapan dia, WORK OUT. WORK OUT. WORK OUT,” tulisnya lagi. Perkongsian Ain itu kemudiannya mendapat perhatian dari wargamaya. Rata-rata warganet turut bersetuju dengan pendapat Ain dan percaya senaman berterusan mampu mencantikkan bentuk badan dan kulit wajah. Terdahulu, Ain ada berkongsi foto menunjukkan perbezaan dirinya dahulu dan sekarang bagi menyahut cabaran #untiltomorrow yang sedang menjadi tren di media sosial. Foto itu tular selepas mendapat lebih 100,000 tanda suka dan menerima pelbagai komen.-gmpk

Kahwin enam bulan, Ain Edruce dkwa isteri mithali (VIDEO)

KUALA LUMPUR, 23 Jun — Enam bulan melayari bahtera perkahwinan, pelakon Ain Edruce kini mengakui bergelar isteri mithali. Ain, 27, berkata Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga membuka ruang untuk mengenali suami Amirul Hafiz Mustaffa dengan lebih dekat. “Seperti semua tahu Ain baru kahwin, jadi bulan puasa lepas, saya sudah pandai masak dan jaga suami. Saya sudah menjadi isteri mithali. “Kalau ikut saya, banyak juga yang masak tidak jadi. Mereka yang mahu berikan resepi pun tidak mengapalah asyik tidak jadi saja tetapi saya bersyukur kerana mendapat suami yang pandai masak. “Jadi Amirul banyak ajar saya masak. Dia masak di dapur saya ikut. Tidak kiralah setakat cuci pinggan tetapi saya tengok macam mana dia masak,” katanya. Pelakon Jawatankuasa Kampung Kalut disatukan dengan Amirul, 26, yang juga seorang ahli perniagaan pada 13 Disember lepas-projrkmm

Warganet Mahu T4mpar Ain Edruce Kerana ‘Camelia’

Dalam masa yang sama rata-rata daripada mereka turut memuji lakonan Ain biarpun berasa g3ram dengan sikapnya di dalam drama itu. Masih segar diingatan kami mengenai rantaian drama Nur yang berjaya mencetvskan fenomena nya tersendiri. Malah ada penonton yang turut beremosi melihatkan beberapa adegan yang dilakonkan oleh pelakon-pelakon di dalam drama tersebut. Drama Camelia Mula Beri Impak Kini, drama terbaharu berjudul Camelia juga tidak kurang hebatnya memberi impak sehingga membuatkan penonton beremosi menonton watak yang dilakonkan oleh Ain Edruce di dalam drama itu menerusi slot Drama Sangat, TV3. Dalam drama itu, Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce,29 memegang watak sebagai Marina yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik. Lakonan Ain Edruce Yang Menjadi  Baru sahaja memulakan ‘debut’ nya, namun lakonan menjadi daripada Ain membuatkan penonton begitu beremosi sehingga ada daripada mereka ingin men4mpar pelakon itu gara-gara ‘Marina’. Dalam masa yang sama rata-rata daripada mereka turut memuji lakonan Ain biarpun berasa g3ram dengan sikapnya di dalam drama itu. Selain Ain, drama Camelia turut dibarisi pelakon-pelakon popular seperti Saharul Ridzwan, Datin Diana Danielle, Hafidz Roshdi, Lisdawati , Zarina Zainuddin dan ramai lagi.-gmpk

Tak Sangka JODOH Di Media S0sial & Lebih Muda

Kalau dah jodoh takkan ke mana. Tanggal 22 Jun 2019 menjadi detik bermakna buat Ain Edruce apabila dia selamat bergelar tunang kepada jejaka pilihan, Amirul Hafiz. Terbuka berkongsi wajah bakal suami sejak awal lagi… Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce disifatkan seorang selebriti yang mudah didekati dan terkenal dengan sikap ‘g1la-g1la’. Enggan menjalin ikatan pertunangan terlalu lama dan sedar akan dugaan sebaik bergelar tunangan orang, wanita cantik berusia 28 tahun ini tanpa berselindung menjelaskan telah melangsungkan perkahwinan bersama Amirul pada 13 Disember lepas. Di sebalik kemeriahan dan majlis pertunangan serba indah yang diadakan di kediaman keluarga Ain di Sentul, pelakon yang pada mulanya agak skeptikal apabila ada dalam kalangan rakan-rakan yang bertemu pasangan di alam maya dan lebih muda daripada mereka ini sama sekali tidak menyangka turut melalui perkara sama. “Sampai sekarang saya masih tak percaya bagaimana boleh berjumpa dengan seseorang yang saya cinta di laman sosial. Sebelum ini jika kawan yang bertemu pasangan di media sosial, saya akan menasihati mereka. Begitu juga jika pasangan itu lebih muda daripada usia mereka. Bagaimanapun, semua itu terjadi kepada saya apabila dapat Amirul yang lebih muda daripada saya. Saya tak rasa gemuruh untuk melangkah ke gerbang perkahwinan sebaliknya lebih teruja. Saya pun sudah berusia 28 tahun, jadi memang masa yang sesuai untuk menamatkan zaman solo. Doakan semoga semuanya berjalan dengan lancer dan dipermudahkan segala urusan,” ujar Ain.

Anggun mengenakan persalinan rona pastel ilham Wanpa, Ain turut menerima sebentuk cincin dan sembilan dulang hantaran berbalas 11. Dianggarkan seramai 200 tetamu hadir memeriahkan majlis. Menurut Ain, dia mula mengenali Amirul tahun lalu apabila tunangnya itu menghantar mesej peribadi di media sosial miliknya sebelum hubungan mereka jadi semakin serius. Ikut perancangan, Ain pernah memaklumkan akan berkahwin pada Februari depan namun ketika majlis pertunangan lalu… kedua-dua keluarga sepakat untuk mempercepat tarikh perkahwinan. “Saya rasa tiada sebab untuk saya melambat-lambatkan benda yang baik dan mahu melakukannya tahun depan. Lagipun, apa yang saya buat ini elok, jadi saya nak ia dilakukan tahun ini. Tambahan pula orang cakap bertunang ini banyak dugaan jadi hasil perbincangan kedua-dua pihak kami sepakat memilih 13 Disember. Malah keluarga juga berharap kami dapat disatukan secepat mungkin selepas majlis pertunangan ini.

Sumber: Harian Metro -Kredit foto: Instagram Ain Edruce