Sanggup sorok gelang pink semata nak pergi beli belah. Tindakan wanita ini cetus rasa risau di kalangan orang ramai sehinggakan mereka terpaksa pulang sambil diiringi kereta peronda polis

Berita

Baru baru ini tular di media sosial seorang wanita di Melaka, memakai gelang tangan merah jambu mengunjungi sebuah pasar raya.Tindakan wanita tersebut mencetus panik di kalangan orang ramai yang mula mempersoalkan tentang sikap tidak bertanggung jawabnya itu.

Apatah lagi dia yang sepatutnya menjalani kuarantin sehingga Khamis ini sanggup menyorokkan gelang yang dipakai di tangan kanannya bagi mengelak status kesihatan diketahui.Susulan itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad, mengesahkan wanita tersebut tidak mengikuti arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).Afzanizar berkata, gerak-geri wanita yang juga pekerja sebuah kilang di Batu Berendam itu disedari beberapa orang awam sebelum melaporkan kepada pengawal keselamatan pasar raya berkenaan.

Selepas disoal pengawal keselamatan dia mengakui mengunjungi pasar raya tersebut bersama saudara lelakinya untuk membeli-belah barangan keperluan sambutan Deepavali.”Pengawal keselamatan itu mengarahkan wanita terbabit keluar dari premis dan memintanya menunggu di hadapan pejabat pegawal keselamatan sebelum menghubungi Balai Polis Batu Berendam.

“Sementara menunggu ketibaan polis, pengawal keselamatan itu menyoal siasat wanita terbabit dan mendapati dia datang ke pasar raya berkenaan bersama seorang saudara lelakinya sebelum dia diarah memanggil saudaranya itu,” katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro.Tambah Afzanizar, setibanya polis di lokasi kejadian, wanita berkenaan bersama lelaki itu diarah pulang ke rumah untuk menyambung kuarantin sambil diiringi kereta peronda polis bagi memastikan mereka sampai ke rumah.Katanya, siasatan mendapati wanita itu adalah Orang Di Bawah Pengawasan (PUS) dan tempoh kuarantin berakhir pada 12 November ini.

“Tiada tangkapan dibuat, bagaimanapun wanita itu sudah dimaklumkan untuk menyerah diri ke balai polis selepas tamat tempoh kuarantin serta menunjukkan keputusan ujian Covid-19 ke atasnya negatif.”Siasatan ke atas wanita itu dilakukan mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan serta Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya.

Lelaki Berusia 52 Tahun Bergelang Merah Jambu Selamba Makan Di Restoran. Ini Tindakan Yang Dikenakan Kepada Individu Terbabit Dan Terbongkar Punca Dia Boleh Didapati Tidak Mematuhi Syarat Kuarantin

Seorang lelaki yang memakai ‘gelang merah jambu’ ditahan selepas disyaki tidak mematuhi syarat kuarantin Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) COVID-19 dengan makan di sebuah restoran di Bandar Tasik Puteri, Rawang malam tadi.Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe berkata lelaki berusia 52 tahun itu ditahan di hadapan restoran itu kira-kira pukul 7.30 malam setelah menerima aduan daripada orang awam.

“Semakan mendapati lelaki berkenaan diarahkan menjalani kuarantin di rumah bermula semalam hingga 16 Okt depan selepas ujian saringan COVID-19 di klia2 (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2) dan keputusan (ujian saringan) masih belum diterima,” katanya ketika dihubungi hari ini.Beliau berkata lelaki itu akan dirman esok bagi membantu siasatan kes yang dijalankan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan iaitu sebarang perbuatan yang dilakukan menyebabkan merebaknya sakit yang membahayakan kepada nyawa.

Selain itu, katanya siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 22(b) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Pnyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan 11 Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Pnyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 8) 2020.“Orang ramai dinasihatkan agar mematuhi perintah menjalani kuarantin yang telah diberikan oleh Kementerian Kesihatan bagi memastikan keselamatan mereka, keluarga serta orang lain. Perbuatan ini juga boleh menggusarkan masyarakat sekitar, “ katanya. Terdahulu, tular di media sosial gambar menunjukkan sepasukan anggota polis menjalankan pemeriksaan ke atas seorang lelaki di hadapan sebuah restoran di Bandar Tasik Puteri.Sumber: BERNAMA

Lelaki Perancis Selamba Bergelang Merah Jambu Di Langkawi. Ini Tindakan Yang Dikenakan Oleh Individu Terbabit Setelah Dia Disiasat Oleh Pihak Bertanggungjawab

Lelaki warga Perancis itu bebas daripada gejala COVID-19 dan negatif ujian saringan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.PUTRAJAYA: Lelaki warga Perancis yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) pada 20 Ogos lalu telah dimasukkan ke stesen kuarantin Langkawi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, siasatan mendapati lelaki berkenaan bebas daripada gejala COVID-19 selain ujian saringan yang dilakukannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mendapati hasilnya negatif.

Susulan keputusan itu, beliau berkata, lelaki tersebut dibenarkan meneruskan perjalanan dengan menaiki penerbangan domestik ke Langkawi.Beliau berkata, lelaki itu yang termasuk dalam program Malaysia My Second Home (MM2H) pada awalnya diberi kelonggaran menjalani kuarantin di rumahnya.

Bagaimanapun, dia telah dihantar ke stesen kuarantin Langkawi pada pukul 7.30 malam hari yang sama.“Mulai 24 Julai 2020, kerajaan telah mewajibkan semula semua pengembara yang tiba di Malaysia untuk menjalani kuarantin selama 14 hari di stesen kuarantin, maka syarat mengenai kuarantin di rumah bagi MM2H adalah terbatal.

“Oleh itu, setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, pengembara ini telah ditahn oleh Pasukan Gerakan Am kerana memakai gelang merah jambu yang memberi indikasi statusnya sebagai person under investigation (PUS) dan berada di kawasan awam,” kata Dr Noor Hisham lagi.

Dalam masa sama, Dr Noor Hisham merakamkan penghargaan di atas kerjasama dan keprihatinan agensi-agenis lain dan rakyat dalam mengawal dan mencegah penularan COVID-19.“Kementerian akan sentiasa memastikan kesiapsiagaan dan respon terhadap pandemik COVID-19 ini dilaksanakan selari dengan keputusan semasa kerajaan,” kata Dr Noor Hisham lagi.-bh

Geng Gelang Pink. Ketua Polis Dedahkan Punca Tiga Anggota Tentera Ini Dikenakan Tindakan Susulan Aktiviti Mereka Yang Tidak Sewajarnya Mereka Lakukan

SIBU, 18 Ogos  — Tiga anggota tentera dari kem tentera di sini ditahan kerana didapati tidak mengikuti perintah kuarantin di rumah yang dikenakan terhadap mereka sebagai sebahagian daripada peraturan prosedur operasi standard (SOP) dalam mengawal penularan COVID-19.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata ketiga-tiga mereka yang berumur antara 23 dan 28 tahun, masing-masing berasal dari Kelantan, Melaka dan Johor, didapati tidak mematuhi perintah itu semasa beradai di Jalan Channel pada pukul 3.00 petang semalam.

“Orang awam yang melihat ketiga-tiga mereka di dalam sebuah kereta Proton Saga berwarna putih, masing-masing memakai gelang tangan (tanda perlu kuarantin) di Jalan Channel. Kehadiran mereka di kawasan awam kemudiannya dilaporkan ke ibu pejabat polis di sini, yang kemudiannya menghantar satu pasukan petugas untuk mengesan mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya semasa diperiksa, anggota tentera yang dipercayai baru kembali ke Sibu itu didapati memakai gelang tangan berwarna putih yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, dan siasatan lanjut mendapati mereka telah diarah menjalani kuarantin di berek, namun sebaliknya tidak dipatuhi mereka. Beliau berkata anggota tentera itu dibebaskan dengan jaminan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Kesksaan dan Seksyen 22(b) Akta 342 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. — BERNAMA

Episod Gelang Pink Masih Ada Sambungan. Suami Isteri Buat Alasan Kononnya Hidap Alahan Kulit Dan Ini Kebenaran Di Sebalik Kejadian Yang Berlaku

Sejak usaha membawa pulang rakyat Malaysia dari luar negara dipergiatkan gara-gara pandemik COVID-19, timbul pula isu yang tidak enak mengenai kedegilan pemakai ‘gelang pink’. Untuk pengetahuan ramai, sebenarnya wristband atau tag khas berkenaan diberikan oleh pihak KKM kepada semua individu yang tiba dari luar negara selepas selesai buat saringan kesihatan. Kaedah dentifikasi ini sangat penting supaya status mereka yang dalam kuarantin ini diketahui masayarakat dan tidak boleh disembunyikan.

Sepasang suami isteri dari Kampung Kuala Sanglang ditahn cuba sembunyikan ‘gelang pink

Selain itu, mereka juga ‘diharamkan’ sama sekali daripada mencabut sepanjang tempoh kuarantin dan hanya pihak kesihatan saja yang boleh mengendalikan alat penanda tersebut. Namun semalam, tindakan sepasang suami isteri yang nekad menyembunyikan gelang pink berkenaan telah berjaya digagalkan oleh pihak polis dalam sekatan jalan raya di Jalan Simpang Empat-Kuala Sanglang.

Bagi alasan hidap alahan kulit…walhal sanggup ikut jalan tikus untuk beli barang

Menurut Ketua Polis Daerah Kangar, individu yang berusia 54 dan 65 tahun terbabit ditahan ketika menaiki motosikal dalam perjalanan pulang ke rumah kira-kira jam 3.30 petang. Gara-gara memberikan alasan hidap alahan pada kulit, mereka diberkas kerana gagal memberi alasan munasabah apabila melalui ‘jalan tikus’ sekali gus keluar dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersasar (TEMCO) iaitu Kampung Kuala Sanglang. Bagaimanapun, mereka kemudiannya telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Sumber: Astro Awani

Masih Berlarutan Kes Gelang Pink. Kali Ini Kisah Seorang Gadis Selamba Sahaja Pakai Gelang Pink Tapi Bila Disoal Siasat Rupanya Ini Kisah Disebaliknya

IPOH: Gelang merah jambu dipakai seorang individu dikesan di sebuah kedai makan di sini, bukan untuk pesakit di bawah pengawasan (PUS) COVID-19, sebaliknya gelang pengenalan masuk ke sebuah taman tema. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, berkata, pengesahan itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan berkaitan penafian itu daripada peniaga restoran yang dikunjungi individu terbabit hari ini.

“Pengadu (peniaga) menerima gambar yang tular melalui WhatsApp mengatakan seorang pelanggan wanita memakai gelang merah jambu yang dikhaskan untuk individu dikuarantin berkaitan COVID-19, datang dan makan di restoran miliknya. “Selepas meneliti kamera litar tertutup (CCTV) restoran didapati pelanggan berkenaan bukan memakai gelang merah jambu berkenaan, tetapi gelang ‘tag’ masuk ke sebuah taman tema di sini,” katanya.

A Asmadi berkata, pengadu membuat laporan jam 5 petang hari ini untuk menafikan gambar yang tular itu dan meminta polis mengambil tindakan sewajarnya kerana perkara ini mengakibatkan imej restoran pengadu terjejas. Terdahulu, Jabatan Kesihatan Negeri Perak memaklumkan pihaknya sedang mengenal pasti individu yang memakai gelang untuk PUS COVID-19 yang didkwa berlegar di sekitar sebuah kedai makan di sini.Laporan polis juga dibuat dan siasatan lanjut mengenainya turut dijalankan JKN Perak-bh

Tular Gambar Pasangan Pakai Gelang Pink. Hasil Siasatan Rupanya Gelang Pink Tu Bukan Gelang Pengesanan Covid 19. Akhirnya Tuan Badan Tampil Bongkarkan Sesuatu

Gambar pasangan kekasih tersebut tular selepas didkwa memakai gelang berwarna merah jambu pengesanan Covid-19 di kawasan parkir Bukit Bendera. GEORGETOWN – Dua individu memakai gelang tangan berwarna merah jambu yang didapati berada di kawasan parkir kenderaan di Bukit Bendera, Air Itam di sini disahkan negatif (koronavirus) Covid-19.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, kedua-dua yang merupakan pasangan kekasih itu telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut selepas polis menerima laporan daripada seorang wanita.

Beliau berkata, wanita tersebut ternampak pasangan tersebut berjalan di parkir kenderaan pusat peranginan itu pada jam 3.25 petang, 2 Ogos lalu. Menurutnya, hasil siasatan mendapati pasangan itu memakai gelang tangan berwarna merah jambu yang dikhaskan kepada pengunjung sebuah kedai haiwan peliharaan di New World Park di sini.

“Hasil keterangan pasangan itu, mereka ke sebuah kedai haiwan peliharaan, Corgi & The Gang Pet Cafe pada jam 12.30 tengah hari, 2 Ogos sebelum ke Bukit Bendera. “Mereka dipakaikan gelang berwarna merah jambu yang bertulis ‘Husky And The Gang’ untuk memasuki premis tersebut.

“Oleh kerana mereka ingin kembali ke kedai tersebut pada sebelah malam, mereka tidak mennggalkan gelang itu kerana premis itu membenarkan pengunjung yang telah datang ke premis untuk masuk semula dengan syarat memakai gelang berkenaan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian tadi.

Menurutnya, semakan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mendapati nama mereka tiada dalam senarai pesakit dalam pemantauan (PUS) di daerah Seberang Perai Utara (SPU). Soffian berkata, kedua-duanya yang tinggal di Butterworth itu mengaku merupakan individu yang tular di media sosial.

“Mereka yang berusia 21 dan 22 tahun itu mengaku tidak pernah ke luar negara. Kedua-duanya berada di kaunter tiket furnikular Bukit Bendera pada jam 3 petang pada hari sama selama sejam untuk menunggu giliran membeli tiket.

“Oleh kerana menunggu terlalu lama, mereka membatalkan hasrat untuk naik ke Bukit Bendera, lalu pergi ke Pasaraya Queensbay di Bayan Baru,” katanya. Katanya, kedua-duanya yang bekerja sebagai operator kilang dan pembantu kedai itu tidak mempunyai rekod lampau.

Terdahulu, tular gambar wanita dan lelaki memakai gelang berwarna merah jambu pengesanan Covid-19 berada di tempat kawasan parkir kenderaan dipercayai berhampiran sebuah rumah ibadat di Bukit Bendera di sini. Paparan yang dimuat naik pengguna Facebook itu mengatakan telah terserempak dengan pasangan yang memakai gelang tangan merah jambu itu semasa berselisih di tangga keluar dari pusat pelancongan berkenaan.SUmber:sinarharian

Terdahulu Tular Aksi Instafamous Ini Memakai Gelang Pink Ke Restoran. Ini Respon Chazynash Susulan Dikritik Teruk Atas Perbuatannya Itu

Personaliti media sosial, Chazynash tidak kisah dengan kritikan diterima selepas tular video lakonan memakai gelang pink di tempat awam.Menurut Chazynash, dia tetap akan terus berkarya walaupun tidak disukai oleh segelintir pihak.”Jadi kepada pengunjung-pengunjung baru, selamat datang ke Instagram saya. Jangan segan-segan ‘follow’ saya. 

“Tak suka video saya, nak kritik, kritik lah. Apa jadi pun, saya tetap akan terus berkarya. Terima kasih kepada semua yang sokong, alhamdulillah syukur.”Nak cakap pasai isu sensitiviti, ampa pi 7E tolong la pakai sentiasa ‘mask’. Masuk kedai runcit walaupun sat ja, tolong la ‘scan’ mysejahtera. “Ampa pi cucuk duit kat bank, tolong jaga jarak 1 meter. KITA JAGA KITA! Baru betul. Sekian,” tulisnya di Instagram (IG).

Entri yang hampir mendapat 25,000 liked (tanda suka) itu turut memuat naik foto bersama pelakon dan pelawak Zizan Razak.
Video menimbulkan kontroversi itu turut mendapat perhatian daripada Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Memetik laporan Astro Awani, Ismail Sabri berkata individu berkenaan membuat kesalahan kerana mempunyai niat untuk menpu orang ramai.Justeru, beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan selanjutnya terhadap individu yang tidak bertanggungjawab itu.Terdahulu tular aksi instafamous itu yang memakai gelang pink di sebuah restoran hingga mencetuskan panik dalam kalangan warganet.-gmpk

Instafamous Anggap Gurauan Pakai Gelang Pink Di Temapt Umum. Ismail Sabri Tampil Beri Penjelasan Dan Tindakan Susulan Perbuatan Individu Terbabit

MANA-mana individu yang mempersendakan gelang pink yang diketahui umum hanya untuk mereka yang menjalani kuarantin adalah dianggap sebagai satu kesalhan kerana menpu orang ramai.Perkara itu ditegskan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada sidang media petang Selasa.

“Kalau dia tu betul-betul dikuarantin, keluar dengan pakai gelang tentu saja dia akan dikenakan tindakan.“Kalau dia tidak dikenakan kuarantin, tapi pakai gelang, dia juga men1pu menggunakan bahan atau peralatan daripada Kementerian Kesihatan untuk tindakan tertentu bertujuan tertentu dan tujuan dia adalah menpu orang ramai. Dia pun salah melakukan perkara tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai terdapat individu-individu termasuk influencer yang mempersendakan gelang merah jambu atau tag kuarantin, dengan tujuan untuk membuat guravan atau pr4nk kepada orang awam.Video Chazynash memakai gelang merah jambu di sebuah restoran mencetuskan kontr0versi.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan berhubung perkara tersebut.“Terserah kepada polis untuk ambil tindakan.“Saya harap kita perlu bertanggungjawab. Jangan kita menjadikan ini sebagai bahan mainan atau ketawa. Ini melibatkan isu nyawa, isu yang besar.

“Jadi, jangan menganggap ini perkara yang boleh dibuat lawak, dimain-mainkan kerana kesannya adalah amat besar,” katanya.Sehubungan itu, beliau memberi peringatan kepada semua pihak supaya melihat pandem1k Cov1d-19 sebagai perkara yang serius dan bukannya sesuatu yang boleh dijadikan bahan gur4uan.

Terdahulu, dilaporkan seorang personaliti media sosial mencetvskan kontr0versi apabila memuat naik video menunjukkan dia memakai ‘gelang pink’ ketika makan di restoran.Instafamous berkenaan yang lebih dikenali sebagai Chazynash kemudian tampil membuat permohonan maaf bahawa video tersebut hanyalah lakonan dan bukannya pr4nk di tempat awam.Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!Sumber: MSTAR

Tular Tentang Lelaki Bergelang Pink Dikatakan Punca Balai Polis Sentul Tutup. Rupa Rupanya Ini Identiti Sebenar Tentang Lelaki Itu.

Gempar tengah hari tadi berita mengenai seorang lelaki yang dipercayai memakai gelang kuarantin telah hadir ke Balai Polis Sentul untuk membuat aduan. Selepas kejadian tersebut, operasi di Balai Polis Sentul ditangguhkan sementara atas saranan pasukan kesihatan. Notis arahan penutupan balai polis itu juga telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga ke suatu masa yang akan diberitahu kelak.Sumber: Facebook

Walau bagaimanapun, kemas kini terbaharu daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL) melaporkan bahawa lelaki berusia 81 tahun itu bukan pesakit Covid-19. Namun, dia pernah dimasukkan ke wad dan mendapatkan rawatan di hospital tersebut.Balai Polis Sentul kembali beroperasi petang ini. Selepas laporan itu diterima, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy Chinniah memaklumkan bahawa Balai Polis Sentul akan beroperasi seperti biasa bermula 4 petang hari ini selepas proses sanitasi kedua.

Terkini kkm sahkan kluster Tawar dah masuk generasi ke 3. Sampai ada sekolah di Kulim diarahkan tutup lepas cikgu dan murid disahkan positif covid 19. Mengejutkan rupa rupanya ini punca.

Nampaknya penularan wabak COVID 19 di Kedah semakin memburuk selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengarahkan sebuah sekolah di Kulim, Kedah ditutup selepas ia dikaitkan dengan penularan jangkitan COVID 19 daripada Kluster Tawar.

Menurut Berita Harian, infografik KKM mendedahkan 4 kes baharu di Kulim semalam membabitkan seorang guru dan 3 murid (Kes 9,204 hingga 9,207) dan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun (Kes 9,163) dijangkiti COVID 19.  Difahamkan juga, mereka ini ialah ahli keluarga kepada kes indeks 9,113.

Dengan ini juga, Kluster Tawar juga telah memasuki generasi ketiga. Uish laju sungguh wabak ni merebak!  Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pihaknya juga sudah menjalankan aktiviti nyah cemar dan sanitasi terhadap sekolah berkenaan bagi membendung penularan COVID-19 di kawasan berkenaan.

“Kita sudah menutup sekolah berkenaan dan menjalankan saringan COVID-19 ke atas semua muridnya. Kami sudah mengambil segala pendekatan untuk membendung wabak ini. “Saya harap dalam tempoh satu atau dua minggu lagi, kita berjaya membendung penularan di kawasan berkenaan,” katanya dalam sidang media semalam. Dalam apa jua keadaan, ingat… patuhi SOP dan jangan lupa pakai mask ye! Harap kluster ni tak merebak dengan lebih teruk lagi. 

Jangan takut. Terkini Who dedahkan covid 19 tidak boleh tersebar melalui makanan. Rupa rupanya ini punca yang ramai tak tahu.

Menurut Medical Xpress, setakat ini tiada sebarang bukti bahawa jangkitan itu boleh disebarkan menerusi makanan. Pengarah Kecemasan WHO, Michael Ryan berkata — orang ramai sudah terlalu takut dengan pandemik tersebut, justeru mereka tidak perlu ditakutkan lagi dengan kebimbangan berlakunya gelombang penularan baharu melalui makanan.

Sebelum ini media melaporkan, pihak berkuasa China menemukan COVID-19 pada sampel makanan sejuk beku dalam rutin pemeriksaan harian mereka. Susulan penemuan itu, ujian saringan dijalankan ke atas setiap petugas yang bersentuhan dengan produk berkenaan — namun semua hasil ujian didapati negatif.

Ketua Teknikal COVID-19 WHO, Maria Van Kerkhove pula berkata — pihaknya sedia maklum mengenai rutin pemeriksaan yang dilakukan China dan kemungkinan untuk COVID-19 dikesan dalam ratusan pemeriksaan sampel itu adalah sangat rendah.