Suami orang berada tapi isteri pula orang miskin. Tak sangka suami sanggup cakap isteri murah dan sekali ini soalan isteri buat suami terdiam

Kisah Rumah Tangga

Puas si isteri mengajaknya berubah, tetapi suami enggan peduli dan hanyat dengan dunianya sendiri. Dalam masa sama seringkali berfoya-foya di luar meskipun tahu isterinya mengandung anak sulung. Kerana bagi si suami, isterinya tetap akan setia dan tidak akan berani tinggalkan dia.

Bila kantoi punyai hubungan dengan perempuan lain, si suami beri alasan dia sekadar menggatal, bukannya sampai nak berkahwin dengan perempuan itu. Isterinya kecewa, hanya mendiamkan diri dan dalam masa sama makan hati. 

SALAM min. Tolong hidekan profile ye. Nama saya Amir, ada isteri namanya Zulaikha. Saya berkahwin dengan Zulaikha sudah lima tahun. Anak baru seorang. Apa yang saya ceritakan ini saya harap ia dapat menjadi pengajaran buat golongan suami seperti saya di luar sana. InsyaAllah. Zulaikha berasal dari keluarga susah. Ibubapanya sudah berpisah dan dia seorang yang tak berapa tahu sangat ajaran agama sebelum berkahwin dengan saya. Saya berkenalan dengan dia sebagai kawan pada mulanya.

Oleh kerana saya ini baru ditinggalkan kekasih hati pada ketika itu, saya terdesak dan terus mengajak dia untuk berkahwin. Saya tidak menyangka dia akan bersetuju dan dia kenakan hantaran pada saya hanya RM5,000 sahaja.

Masa itu saya kata dalam hati, “Murahnya engkau ni”. Memang masa kami bertunang, kami jarang bersama, jarang berjumpa tetapi setiap hari aku SMS dia. Dia akan beritahu dia pergi lepak dengan kawan-kawan dia. Bila aku jumpa dia, dia memang tak pernah tidak pernah bermesej dengan lelaki lain kecuali aku.

Memang betullah perempuan ini fitrah dia seorang yang setia. Berbeza dengan aku yang berasal dari keluarga kaya, ibubapa orang yang dikenali. Adik beradik aku dua orang sahaja. Apa yang aku minta, ibubapa akan tunaikan.

Jadi, aku pun tak nak sambung belajar. Apa kerja yang mereka bagi pun aku tak nak pergi. Tetapi bila umur dah meningkat masuk 30-an, aku dah bekerja dan sekarang aku seorang penjawat awam yang gajinya hanya RM1,500 sebulan (basic). 

Berlainan dengan isteri aku. Walaupun dia begitu, dia rajin bekerja sampai sekarang dia dah menjadi seorang boss dan gaji dia lebih besar dari aku. Padahal dia lebih muda lima tahun dari aku. Selepas kami berdua berkahwin, aku menetap di rumah orang tua aku.

Alasannya aku tak ada duit nak menyewa rumah. Walaupun hakikatnya aku ada duit. Aku suruh bini aku bertahan untuk setahun dua sahaja sampai aku ada duit. Walau kadang-kadang dia kata dia boleh gunakan duit dia.

Tapi biasalah kita suami mesti ada ego. Jadi, aku cakap tak payah. 
Hampir dua tahun berkahwin masih tak pindah keluarga. Isteri aku terus jadi marah dan dia tidak mahu duduk di rumah itu lagi sebab setiap kali kitorang bergduh, ibubapa aku akan masuk campur dan menyalahkan Zulaikha.

Aku memang takkan pertahankan Zulaikha sebab aku tak nak ibubapa aku tak bagi aku duit lagi selepas ini. Kitorang selalu bergduh sampai aku pun dah pandai menjerit pada dia. Aku banyak kali mengungkit dia dan keluarga dia memang tak ada agama, tak tahu hormat orang.

Padahal selepas kahwin, boleh nampak dia yang banyak sembahyang daripada aku. Bila dia minta aku mengajar dia mengaji, aku selalu tolak dan beri alasan penat. Sampailah lima tahun ini. Akhirnya dia mengandung dan masih lagi duduk di rumah ibubapa aku.

Sekarang dia banyak berdiam diri. Sebenarnya kitorang selalu bergduh dan puncanya daripada aku yang selalu menggatal dengan perempuan lain. Banyak kali aku kantoi dengan dia tetapi aku tak nak mengaku salah pun. Aku cuma cakap pada dia yang aku hanya menggatal saja,

bukan sampai nak kahwin pun dengan perempuan itu. Hahaha! Bodoh kan aku? Kalau korang nak tahu, sejak dia berkahwin dengan aku, dia terus memakai tudung menutup aurat. Sebelum kahwin dia memang seorang yang menjolok mata.

Tetapi selepas kahwin, penampilannya berubah. Dia lain daripada apa yang aku kenal dulu. Dia selalu cakap dengan aku, “Abang nak masuk syurga tak? Kalau nak, abang bahagiakan sayang dan setia dengan sayang. InsyaAllah abang pun bahagia.”

Banyak kali dia cakap macam tu tetapi aku buat bodoh saja sebab bagi aku dia memang dah sayangkan aku dan memang takkan berani tinggalkan aku. Tapi aku silap dan tak sangka, akhirnya dia tinggalkan aku juga. Besar kuasa Allah yang aku tak tahu.

Pada hari dia melahirkan anak aku, 2 Januari 2019, dia telah pergi selepas melahirkan puteri kami, Aaisya. Masa doktor beritahu yang dia sudah tiada, jantung aku tiba-tiba terhenti, pitam, rasa dunia gelap. Mak aku tak habis-habis suruh aku azankan puteri kami.

Tapi aku tak boleh bergerak. Ya Allah, cakap dengan aku ini hanya mimpi, kenapa aku rasa begini. kenapa beratnya dugaan ini. Bila doktor suruh aku uruskan pengbmn dan bolehlah tengok muka isteri. Ya Allah, aku tak sanggup.

Aku jalan perlahan-lahan, air mata tak berhenti. Dari jauh aku nampak wajah dia yang cantik, bersih dan kepenatan. Aku hanya mampu cakap di telinganya, “Abang redhakan Zulaikha pergi. Abang halalkan makan minum Zulaikha.

Abang ampunkan semua dosa Zulaikha pada abang..” Aku tak mampu berkata apa-apa lagi kecuali mendiamkan diri kerana terlalu sedih. 
Zulaikha seorang isteri yang baik, bidadari syurga aku. Sekarang dah tiga bulan arwh sudah tiada dan aku membesarkan Aaisya dan dialah menjadi pengubat rindu aku pada Zulaikha.

Setiap masa aku merindukan dia, rindukan cara dia melayani aku seperti raja, rindu pada masakannya. Walaupun dia balik kerja jam 9 malam, dia tak pernah tak masak untuk aku. Dia lakukan semua tanggungjawab dia dengan sempurna.

Bodohnya aku selama lima tahun, aku sibuk melayan keinginan menggatal dengan perempuan lain. Aku tak menghargai dia. Sekarang dia dah tak ada, setiap saat aku terbayangkan wajah dia. Setiap doa abang ada namamu Zulaikha.

Zulaikha ada satu buku kewangan yang mana dia seorang yang sangat disiplin. Dalam buku itu banyak pengiraan gaji-gaji dia ke mana setiap bulan dan aku terkejut, separuh gaji dia hanyalah untuk bersedekah semata-mata pada ibubapa dia, adik beradik dia.

Sedangkan itu semua tanggungjawab aku. Sampai aku bagi dia nafkah RM100 atau RM50 pun dia tak pernah menyoal. Malah mendoakan rezeki aku. Makan minum pakai aku semua dia belikan sebab bila dia minta dari aku, aku cakap tak ada duit.

Dia hanya mengangguk dan esoknya dah ada dah dia beli sendiri. Hujung bulan bila dia tak ada duit, dia akan minta dari aku tapi aku mesti akan tanya mana duit gaji dia semua dan marah kenapa dia tak simpan. Padahal semua tanggungjawab aku dia yang buat. Ya Allah.

Bila aku tengok buku ini baru aku tahu ke mana duit dia pergi selama ini. 
“Zulaikha, maafkanlah abang. Abang gagal membimbing Zulaikha. Abang sia-siakan kesetiaan Zulaikha. Sekarang tiada yang dapat menggantikan Zulaikha. Abang hanya mahu bersama Zulaikha semula untuk tebus segala dosa-dosa abang.

Tunggulah abang. Abang akau jaga anak kita macam yang Zulaikha nak. 
“Zulaikha nak abang jadikan anak kita polis kan? Sebab Zulaikha selalu kata nak Aaisya jadi polis sebab itu cita-cita Zulaikha kan sayang? Abang selalu doakan Zulaikha.

Terima kasih ajarkan abang erti cinta dan rindu walaupun abang ni suami yang jahat. Tapi Zulaikha tak pernah tinggalkan abang. Syurgalah buat isterinya Zulaikha, bidadari syurgaku.” Kepada suami-suami di luar sana, aku tahu kita lelaki ini keinginan menggatalnya adakalanya tidak terkawal. Tapi percayalah kata aku, jagalah solat, ingat isteri dan wajah isteri selalu. InsyaAllah kita akan dapat kawal dan bahagia.Sumber: Kisah Rumah Tangga

Isteri Sampai 4 Kali Jumpa Doktor. Sampai Satu Masa Suami Sanggup Pergi Masjid. Tanpa Pengetahuan Suami Isteri Ikut Dan Ini Yang Dia Nampak

Lepas solat di masjid laki terus pergi satu rumah dan dalam diam isteri ikut tanpa pengetahuan suami. Mengejutkan bila tiba tiba isteri nampak ada perempuan tengah urut bahu suami.Assalamualaikum. Hai salam semua.. Ramadhan kali ni memberi aku erti dan seribu makna hubungan aku dan suami. Nama aku Yani. Aku berasal dari negeri Kedah. Orang utara terkenal lagu dgn pantai merdeka, ya situ lah kampung suami aku.

Aku pula berasal dari Petaling Jaya. Kami berkahwin atas dasar suka sama suka. Suami berasal dari kampung, aku memang budak bandar sejati. Aku memang dibesarkan dalam keadaan selesa. Tak terlalu kaya, tapi bukan orang susah. Berbeza dengan suami yang memang bukan orang senang.

Nak dipendekkan cerita, kami ni memang berbeza serba serbi, bagaikan bumi dengan pluto. Dulu suami nak hanya tahu makan nasi je, makan mcD tu kira da mahal sgt bg dia. Tapi itu dulu… Setelah berkahwin dengan dia, kami berpindah di kawasan Cheras Kl atas faktor kerja utama kami dikawasan Kl.

Dia bekerja pembantu pegawai perubatan di hospital kerajaan. Mana kala aku pula bekerja sebagai manager rangkaian telekomunikasi tebesar di Malaysia. Waktu sekarang adalah 4.42 ptg. Kepala aku ligat berpusing lagi memikirkan macam-macam. Nak buat luahan pasal suami, orang cakap buka aib.

Tapi kalau cerita kat member, memang betul-betul buka aib dah tu. Tujuan aku murni je, dengan harapan perempuan luar sana dapat cari kekuatan jika ada masalah rumahtangga. Bermula perkenalan kami sungguh indah, semua serba serbi di penuhi dengan janji dan kasih sayang orang bercinta.

Alhamdullilah perkenalan kami selama 3 tahun membuahkan hasil sehingga kami sah diijab kabulkan sebagai suami isteri. Saat paling indah bila kali 3 suami lafaz baru kami sah sebagai pasangan suami isteri. Suami memang cepat gabra (nervous, kalau utara cakap gabra).

Ayah aku yg akad nikah kami time tu sebab aku sorang je anak perempuan dalam keluarga. Aku lebih manja dengan ayah berbanding ibu. Syukur sepanjang perkahwinan suami mengamalkan sikap tolak ansur dan menghormati orang tua.

Kalau balik cuti tu, dia lah yang akan sapu sampah di halaman rumah orang tua aku. Memang sejuk je mata kalau pandang sikap suami. Pandai ambil hati orang tua. Untuk pengetahuan semua, aku dan suami dah berkahwin lebih kurang 2 tahun plus. Takde anak.

Dua2 bekerja bidang professional. Income isi rumah 6k+ dan duduk dibandar. Da alang tak de rezki anak lagi, kami di murahkan rezeki dari segi harta di mana suami mampu pakai kereta honda civic, manakala aku menggunakan vellfire.

Opss sebelum terlupa td kan aku ada mention suami sebagai pembantu perubatan manakala aku manager di syarikat telekomunikasi. So, korang da boleh expect tangga gaji aku jauh lebih tinggi dari suami. So, point aku disini. Nnt aku ceritakn dibawah.

Sepanjang perkahwinan yg singkat ini, aku banyak berkrban duit aku untuk bermacam-macam event. Contohnya waktu masuk rumah, waktu suami nak belikan hadiah dekat mak mentua aku, waktu nak travel ke luar negara. Sampaikan duit yang sepatutnya jadi duit hantaran aku, aku halalkan untuk suami aku amik dan bayar untuk kenduri belah suami.

Sebab kami mula bekerja lepas degree dan ada masa dalam masa setahun je sebelum majlis kahwin. Suami pulak memang start savings daripada zero, jadi aku takde expectations utk duit hantaran tu. Maybe disebabkan hal ini, Allah murahkan rezeki aku bab bab duit.

Memang betul hati aku lapang bab-bab duit dengan suami ni. Sampaikan satu masa, gaji aku plus gaji dia pastu split dua dalam segala komitmen kami. Betul betul memahami habis dah lah aku ni haha. Bila aku terlalu murah rezki dgn suami, semua urusan aku di permudahkan dengan kenaikan pangkat dan gaji yg mudah.

Selama 2 tahun perkahwinan ini juga da lebih kurang 4 kali kami pergi ke specialist unutk uji kadar kesuburan kami sebab masih belum dikurniakan cahaya mata. Alhamdullilah, ke empat empat result menunkukkan kami dalam keadaan normal. Cuma rezeki sahaja belum ada untuk menimang cahaya mata.

So, hidup kami lebih kepada enjoy berdua. Kami lebih suka shopping, beli gadjet, tapi itu semua guna duit. Ya, aku yang tanggung suami. Tapi terjadinya satu kejadian yg memberi kesan cukup mendalam untuk mengajar aku macam-macam.

Sewaktu aku sibuk bekerja outstation, aku tngkap suami aku bermesej dengan ex dia zaman sekolah. Memang aku mengmuk bagaikan nak runtuh rumah walaupun cuma mesej aje. Dalam mesej tu bersayang bagai. Memang suami ada mention dekat ex gf dia yg aku ni mandul, tak boleh berikan dia zuriat.

Dia kritik aku dalam mesej mengatakan aku lebih penting kerjaya dari dia. Hanya tahu cari duit sehingga masa bersama dgn dia tiada. Tapi itu semua TIPU. Suami aku FTNAH aku.. Suami: Dia tak de class punya isteri la yanggggg, asyik cari duit je, B diabaikan.. Kalau yangg jadi isteri ke dua B, benda ni semua takkan terjadi kan..

Ex GF: Ayang akan layan B sepenuh jiwa raga kalau B ambil ayang sbgai wife. Ayanggg akan layan B 24 jam non stop.. I LOVE U B… Hati isteri mana yang tak hncur tengok perbualan whastapp suami dgn ex gf dia mcm tu. Semua kehendak suami aku turutkan dengan keihlasan hati aku tanpa paksa. Tak sangka ini yang suami balas.

Aku baca whatsapp suami aku time dia tertinggal hp di rumah sewaktu nk keluar kerja pagi kebetulan aku cuti pd hari tu. Aku menangis sepuas puasnya lepas baca mesej macam tu. Aku tunggu kepulangan suami lpas habis waktu kerja. Aku nk penjelasan dia!! Apa semua ni!!

Memang angin puting beliung petang tu, kami berbalah besar petang tu, dan yang paling best suami mengaku depan aku dia yg hantar semua cmtu dekat ex GF dia sbab apa? Sebab rasa syang dia dekat ex Gf masih ada. Dia juga ada bagi hint dekat aku kalau 3 tahun lagi kami tak dikurniakan anak, dia nak ambil ex gf dia tu sebagai isteri nmbor 2.

Berani sungguh dia ckap depan aku camtu, mmg hati aku macam dicarik2 dituang air panas yg mendidih. Korang bayangkan dari dia susah sampai dia ada harta sekarang, semua ats rasa ihsan dan sayang aku dekat dia. Berhempas pulas aku kerja ini balsan dia kt aku.

Aku nak berpisah, tu je dalam fikiran aku. Tapi suami minta maaf dan minta peluang kedua. After much thinking & solat, aku beri peluang kedua tapi bersyarat. Aku tak nak tanggung dia dah, tanggungjawab dia yg bab rumah & makan minum tu dia tanggung.

Lepas buat mcm tu, memang gaji dia tinggal sikit je utk savings sikit dan belanja. Baru dia mengerti kemampuan dia tanpa aku support dia. Aku pun cakap camni… Aku: clearly abang memang tak mampu utk beristeri dua mahupun bercinta dgn balance gaji banyak ni. Kalau nak jugak buat hal, pegi la. Semoga Allah sempitkan rezeki abg sebagai balasan.

Korang tahu apa suami aku buat?? Dia hanya mampu tersenyum je, aku rasa dia teringat masa aku terbalikkan rumah macam puting beliung semasa dia ditngkap dia kantoi tu. Mungkin dia tengah menyesal. Kahkahkah padan muka. Setelah kejadian tu, aku positif je la walaupun ada masa hati bagai dicarik2.

Hati suami aku, Allah pegang. Aku usaha la macam mana pun, tapi kalau aku tak jaga hubungan aku dgn Allah, habis lah semua nya. Aku reflect balik mana2 kekurangan dalam ibadah aku disamping bersikap jaga-jaga. Itu je effort aku utk jaga hati suami agar sentiasa tetap dengan aku.

Ye lah, apa lah sangat aku boleh buat. Zaman yg serba mudah ni, memang mudah sangat2 nak suka dgn orang lain. Kau main wechat yg tu pun boleh menduakan. Nak kata aku ni tak layan laki, rasa mcm dah terlebih layan. Dlm masa terdekat ni kami nak pi honeymoon kat luar negara, aku dahulu kan duit aku utk segalanya.

Tp bulan2 lepas ni aku claim balik la hak aku secara ansuran. Hahah. Apa kau igt sesenang je aku nak belanja dia? Ish kalau nak cerita bab duit ni, memang tak boleh kira berapa bnyk aku bantu dia. Aku bukan kedekut dan berkira, tapi bila kau bermurah hati, lepas tu suami buat hal…memang kau akan ungkit semuanya weh.

Da masuk 10 ramadhan terakhir ni, tiap tiap malam aku bermohon agar diberi kekuatan agr jodoh kami panjang. Dua minggu lepas kami balik ke kpg suami. 3 malam tu lpas terawih dia asyik pulang lewat je. Aku syak dia pergi kat ex gf dia lepas solat.

Tapi aku buang perasaan itu, aku fikir dia hanya pergi jumpa kawan2 lama dia minum lepas terawih. Tapi dia SILAP. Aku lebih pendai dan berhati2 walaupun alasan bnyk diberikan dia balik lewat mlam tu. Malam ke dua lepas suami cakap nk p solat terawih time kami balik kampung suami hari tu,

aku iyakan lpas dia ckap nk pergi surau berdekatan nk tunaikan terawih. Dekat kampung suami tu, hanya ada 1 surau je kt situ, so aku tahu kedudukan surau dekat mana dan senang aku nk buat spot check lpas dia balik terwaih, kemana dia pergi.

Aku siap2 basuh pinggan lepas berbuka tu, cepat2 aku ambil telekung dan solat maghrib. Habis solat maghrib aku ajak adik ipar aku berumur 18 tahun ke surau untuk terawih juga. Tapi suami aku tak tahu. Hihi.. Dalam hati aku cakap ” ko siap aku nk tgk betul ke tak ko pergi surau ni ”

Aku pergi naik moto adik skuter ke surau. Aku tengok kereta suami ada kt parking. OK! Setel dia mmg betul ke surau. Dia tak t1pu aku. Lepas menunaikan terawih 21 rakaat malam tu, aku sengaja tarik tngan adik supaya keluar lewat skit dari surau. Saja sembang dgn macik2 situ jap.

Sambil mata aku jeling je suami da start kereta bru aku akan keluar. Aku: Adik tahu tak rumah ex GF abg nama anak macik Sabariah, Hanan ? Adik: Ooooh.. kak hanan.. Tahu kak, awat tu? Akak nk p sana ka? Aku: Haah, jom kita p jalan tgk rumah dia.. Saja ja akak nk tgk rumah dia.. boleh tak? Adik: Boleh je.. Joooommmm..

Aku apa lagi bonceng la naik moto adik.. Seram juga naik ngn adik aku ni, terhuyung hayang, hahah. Yela jalan gelap lampu jalan pon tak de. Jangan tetiba muncul pocong da la.. memang lari 100m aku.. Lebih kurang 5 minit camtu kami sampai betul rumah Hanan tu, siap ada pelita keliling rumah..

Adik aku berhenti kan motosikal sambil tunjuk arah ” tu la rumah kak hanan kak “. Aku perhati sekliling rumah mana tao ada kereta suami aku. Korang tahu apa aku nampak?? Jawapan nya YA! YA! itu kereta suami aku HONDA CIVIC HITAM!!..

Time tu hati aku bederai, jantung aku berdegup laju sangat, tak terkata dengan mulut lagi. Aku diam seribu bahasa time adik tunjuk arah rumah Hanan tu. Dalam hati aku cuma cakap ” Apa yang dia buat kt rumah Hanan ni malam2 ” tiba2…

Adik: Eh, tu bukan kereta abg ke kak? Apa dia buat kat sini ha? pelik sangat aih!! Aku: Emmm.. Ntah la adik, akak pon tak tahu.. Jom kita gempaq dia mau dak? Adik: Akak btoi ka ni nk p? Adik on je.. Adik parking moto dia sebelah kereta suami aku.. lalu aku bagi salam ” Assalamualaikummmmmmmmm ”

Seorang makcik mungkin mak Hanan yg muncul depan pintu rumah.. Mak Hanan: Waalaikumsalam.. Eh hg ka Som, mai la masuk, abg hg pon ada kt dalam ni.. Adik aku nama Som panggian orang kampung. Mulut aku tak habis2 istighfar dan selawat supaya aku tak nak tgk benda yg tak sepatutnya aku tgk terjadi malam tu.

Kami masuk rumah mak Hanan, first sekali korang tau apa aku tengok? Yes! Btol apa sangkaan aku, suami tgh makan di meja dekat dapur, dapur rumah dia straight ja nampak dari ruang tamu. Terkejut aku lihat suami tgh makan tapi dekat belakang dia ada perempuan lain macam tengah picit bahu dia.

Bederau jantung aku, meremang bulu roma aku tgk kejadian tu malam penuh emosi bg aku. Suami masih tak perasan kedatangan kami, sedang khusyuk makan la kononnya tu. Mak dia panggil ” Mai la dapoq, kita minum kt sini ” Suami paling je muka, terkejut beruk dia tengok aku depan mata dia.. Rupanya yg tgh picit bahu suami aku tu HANAN!!

HANAN!! HANAN!!.. Aku tersenyum bangga lihat kelakuan mereka, suami da macam tersedak tak dapat air terkejut tgk kami tercegat depan dia. Aku: Astaghfirullah hal azim abannnggggg…. Astaghfirullah hal azim… Abng lapar ke tu?? Suami: Ermmm.. err.. errr..

Hanan cepat2 pergi sinki basuh tangan konon nya, cepat2 lap tangan nk salam dengan aku. Aku terima salam dia dengan senyuman manis. Hanan: Assalamualaikum.. saya Hanan.. Aku: Waalaikumsalam.. Yani ( aku perkenalkan diri ).. suami saya lapar ke tu?? Awak tahu kan suami dia suami saya..

Hanan: Maaf kak, ye saya tahu.. tapi… Tiba2 mak Hanan menyampuk.. Mak Hanan: Awat pasaipa ni? Dia ni memang kalau lapaq balik rumah mak makan. Da lama dia tak balik kampung jenguk bini dia Hanan, dia cakap sibuk reja kt KL nuuu..

Suami aku terdiam seribu bahasa lepas Mak Hanan cakap camtu. Muka mereka berdua tertunduk bawah lantai. Langkah Hanan time seperti mengundur ke belakang sikit seperti nk pergi dekat suami.. Adik ipar aku Som pula nyampuk.. Adik: Ha??? Masa bila abg kahwin dgn Kak Hanan?? Kami sekeluarga tak tahu pon makcik.

Mak Hanan: Haiishh da lama da aih.. Da 3 tahun da aih.. Tapi depa kahwin time mak ngn ayah hg p haji dulu. Depa kahwin senyap2.. Tak kan hg tak tau.. Tapi tula mmg tak buat kenduri pon, abg hg cakap budget takdak.. Pakcik hg la jadi saksi depa..

Aku terduduk atas lantai simen rumah tu, aku perhati suami, tergamak kau tipu aku kan. Tergamak kau tipu aku hidup2 kan. Apa bala aku terima malam ni. Kaki aku longlai. Jiwa aku macam kosong lepas mak dia cakap macam tu. Air mata tak dapat aku tahan lagi, menitis juga membasahi lantai sambil mulut aku hanya terkeluar istighfar sahaja.

Aku betul macam di panah petir malam tu. Tak mampu aku nak tanggung semua ni. Bebanan yang sangat berat. Suami aku bangun dari kerusi datang ke arah aku sambil pegang lengan aku seperti nk pimpin aku bangun. Aku tepis tangan dia. Aku menutup muka tak tahan sebak dengar ayat mak hanan.

Suami: Dengar dulu cakap abg yangggg… dengar dulu.. abg jelaskan semua nnt.. Aku diam, tepis tangan suami yg cuba nk angkat aku. Aku tarik nafas dalam2 hembussss.. aku bangun sendiri sambil ckap.. Aku: Dah jom adik kita balik rumah.. Jom adik..

Sepatah pon aku tak nk dgr penjelasan suami, korang bayang kan 3 tahun dah berkahwin? sedangkan usia perkahwinan aku baru menjangkaui 2 tahun.. Korang rasa apa? Dia dah kahwin dengan Hanan sebelum dia menikahi aku!! Sebelum dia menikahi aku dia dah kahwin!!

Patut bila aku tnya dulu, duit hantaran memang tak pernah cukup. Aku siap bantu lagi duit hantaran. Aku bantu suami untuk dirikan masjid dengan aku. Apa semua ni?!! Dasar penipu! Patut gaji manjang je tak cukup. Ada agenda disebalik semua alasan dia selama ni.

Aku keluar dari rumah puaka tu tanpa salam mak Hanan, aku pegang tangan adik aku erat2 pergi ke motosikal sambil menangis. Suami: Arghhh.. tunggu sayanggg.. tungguu.. abg akan jelaskan semua ni.. tunggu. Aku endahkan percakapan suami pergi ke mtosikal.

Adik start moto dengan terketar2 mungkin terkejut dengar berita ni dari mulut mak Hanan.. Adik pulas laju mtosikal pergi ke rumah. Seperti ketakutan malam tu. Malapetaka apakah malam ni? Allah itu Maha Adil, Dia tunjuk kebenaran selama aku berkahwin 2 tahun ini.

Mungkin inilah hikmah kami masih belum mempunyai cahaya mata. Segala dolak dalik suami ini terjawab tapi masih tergantung dengan alasan yang akan diberi oleh dia. Aku tak mampu terima kenyataan! Aku tak mampu terima semua ini.

Kepada pembaca sekalian yang mengikuti cerita aku ni, sekali lagi aku nak minta maaf, maafkan aku, maafkan aku, maafkan aku sebab aku tak sanggup nak sambung untuk kali ni. Aku tak punyai kekuatan untuk menulis sehingga habis apa yang terjadi.

Air mata aku masih berjujuran jatuh saat ni terkenang peristiwa malam tu, doakan aku supaya aku kuat, supaya aku tabah menghadapi dugaan ini, supaya aku diberi kekuatan untuk sambung episod cerita ini. InsyaAllah. Via himpunan media kini

sumber : krt