Satu keluarga 16 positif Covid19. Seorang wanita ini ceritakan detik ahli keluarganya terkena virus tersebut sehinggakan salah seorang dalam keluarganya pergi buat selamanya

Kehidupan

Setiap individu yang disahkan positif C0vid-19, sudah pasti mempunyai kisah tersendiri bagaimana mereka boleh terkena jangkitan wabak tersebut dan cara mereka melwan virusitu.Di Facebook, seorang wanita yang dikenali sebagai Myra Jijie, berkongsi kisah bagaimana dia dan ahli keluarga yang lain menjadi individu yang terkena wabak tersebut. Lebih menyedihkan, mereka turut kehilangan insan yang mereka sayangi.

Satu keluarga p0sitif

Covid f1ghter satu family 16 orang p0sitif. 1 sudah hembuskan nafas terakhir (mak). Kluster permatang. Maaf banyak gambar di hospital Mira dah padam. Assalamualaikum semua,hari ni genap 20 hari Mira di hospital sebab covid. Mira dah janji dengan semua nak cerita semua kan. Ya, Mira tepati hari ni. Harap boleh ambil iktibar dan pengajaran. Maaf jika penulisan Mira kacau bilau. Mira cuba.

22/10/2020, Mak masuk icu sebab kaki mak bngkak teruk, overload fluid doktor kata. 23/10/2020, katanya mak kena kuarantin sebab ada kes. Tak pasti buat swab test result neg4tif. 24/10/2020, mak dah pindah wad biasa, boleh melawat mak dah. Mak mengadu penat,muka mak bngkak habis. 26/10/2020, Birthday mak, aku sambut beli bouquet, beli rantai emas dekat mak sebab kali terakhir mak datang Ipoh, mak cakap mak teringin nak rantai emas. Sedih sangat mak tak sempat pun pakai. Malam tu mak nak fries mcd. Mak makan sikit ja. Mak kata teringin, tapi mak makan 2 3 fries saja.

27/10/2020, mak masuk icu balik sebab pernafasan mak tak okay. Mak dekat icu tapi mak nak mee sotong pula. Abang beli mee sotong, kak ipar suapkan mak. Kami kena gilir-gilir naik sebab pelawat hanya 2 jam boleh jumpa 2 orang sekali. Kami anak-anak kena jumpa doktor mak, sakit mak kami terpaksa rahsiakan. 29/10/2020, mak dah intubate, atas keizinan kami semua, sempat aku cium mak sebelum intubate, minta ampun dengan mak. Belai-belai mak. Rupanya itu kali terakhir dapat sayang mak. Cium mak.

Keadaan mak makin teruk

30/10/2020, mak dah k0ma. Keadaan mak dah teruk. Doktor minta kami sekeluarga redha jika sesuatu terjadi dengan mak. Balik tu semua dalam keadaan letih. Masa ni aku dengan abang lagi sorang dah ada simptom batuk dan demam. 31/10/2020, abang aku pagi-pagi dah call bagitahu mak positid covid untuk swab test ke-2. Hanya Allah saja tahu perasaan aku, meraung menangis, aku tahu dengan keadaan mak yang kritik4l. Harapan mak nak baik sangat-sangat tipis. Mak kena transfer ke icu hospital Penang. Makanya tercetus la kluster permatang dari mak aku. Sebenarnya kami pun tak tahu datang dari mana, sesungguhnya soalan ini tak mampu aku jawab sebab C0vid tu kata tak nampak. Kalau nampak senang aku bagitahu datang dari siapa.

Kak ipar aku orang 1st swab memandangkan dia memang kerja hospital jadi dia paling pantas swab sebab memang dia tengah kerja time tu, kami pula kena swab 2/11. Kak ipar dapat result hari yang sama juga sebab contact rapat. Jadi positif dan ambulan pun datang ambil. Time ni orang kata dia pencetus. Kesian dia. Dia pun tak tahu apa-apa. Kami pun tak tahu dari siapa kami dapat. Covid ni merata ada dalam komuniti kita sekarang asbab mak aku positif semua buat cerita bukan-bukan. Tak apa la, kami redha dengan ujian ini buat kami.

1/11/2020, abang aku no 3 pergi swab test sebab simpt0m dia semakin teruk. Kami pula KKM minta swab test 2/11, untuk mereka prepare kami keluarga besar untuk swab test. Abang aku pun positif malam tu juga ambulance datang ambil. 2/11, satu family aku ke Kulim untuk swab test. Simptom aku paling teruk. Batuk,demam on off, muntah, sakit dada macam kena tumbuk, nafas tak lepas, aku tak tunggu result dah, Malam tu juga aku serah diri dekat hospital Kulim sebab aku tak boleh bernafas dalam beberapa jam. Hospital Kulim transfer aku ke hospital Sultanag Bahiyah Alor Star.

Mak tinggalkan kami

3/11/2020 hingga 5/11/2020, suhu aku 39, 0xygen aku tak cantik. Kena tambah darh sebab hb jadi 7. Kena pakai gas. Malam tu juga aku kena transfer icu HSB baru, oxygen aku drop teruk. Malam tu juga doktor buat penerangan nak intubate aku. Dia minta nombor suami aku untuk inform semua in detail. Aku dah menangis merayu dekat doktor. Tak nak kena intubate macam mak, aku masih boleh lawn. Aku nak cuba lwan. 6/11/2020, abang aku pula ke icu, sama situasi macam aku, oxygen drop. Sesungguhnya Covid ni sangat jahat. Macam-macam dia serng aku dan abang aku. Sementara itu family aku sikit demi skit kena hantar ke HSB lama sebab positif. Baby 4 bulan anak kakak aku pun positif. 8/11/2020, 9.13 pagi,mak dah tinggalkan kami untuk selamanya. Mak dah lwan 8 hari, mak dah tak mampu.

Mak dah penat. Paling sedih buat keluarga aku, kami sorang pun tak boleh tengok mak. Semua dekat hospital sebab covid. Tinggal suami dengan anak-anak buah tiga orang sahaja yang negatif. Tapi tak boleh keluar sebab kuarantin. Kami pakai wakil buat pengecaman jnzh mak. Tempat persemadian pun tak boleh tengok. Semoga mak tenang di sana. Al-Fatihah. Dan aku di icu selama 2 minggu,berprang dengan sakit. Kena isolate sorang-sorang dalam bilik, sedangkan orang lain dekat icu duduk luar katil banyak-banyak. Boleh kata keadaan aku sangat tak okat. Penat dua minggu itu Allah sahaja yang tahu. 16/11/2020, Alhamdulillah akhirnya aku recover dan dah kena transfer ke hsb lama. Wad biasa sekarang dalam proses recover, dapat duduk sebelah suami. Dia positif swab test ke-2 hari ke 14. Anak-anak buah 3 orang tu power. Sampai sekarang negatif. Imm-une paling power.

21/11/2020, hari ke 20 doktor cakap kalau 21 hari aku boleh balik. Mudah-mudahan Amin. Satu sahaja nak pesan buat orang di luar sana, bila ada teman atau saudara kena C0vid, seharusnya kita beri sokongan emosi. Bukan kita tambah cerita, buat fitnh yang tak betul pasal orang p0sitif. Nak tahu dengan sikit sahaja cerita tambah ini boleh membuatkan em0si pes4kit d0wn. Sebab itu pesakit Covid jika ada family yang turut positif mereka beri kebenara duduk satu bilik. Alhamdulillah family aku sekarang semua dah neg4tif. Abang aku,nkak ipar discaj esok. Aku dan suami maybe Ahad ni. Lain-lain semua awal lagi dah disch4rge. C0vid ni tak ada ubat pun bagi yang tak ada simptom. Bagi yang dok icu, ada ubat yang aku dapat tapi tak boleh bagi information. Aku harap semua patuh SOP.

Sekian karangan dari pes4kit covid. Terima kasih buat smua staff nurse/doktor icu Hospital Sultanah Bahiyah yang menjaga aku dengan baik sekali, mandikan aku, urut aku, sikat rambut aku, ikat rambut aku. Ya Allah baik sangat. Alhamdulillah mereka semua ikhlas buat kerja. Aku harap aku mmpu tolong mereka dengan bagi awareness dekat semua. Family is everything bila jadi macam ni. Kami saling menyayangi, beri sokongan dan mungkin kasih sayang mak buat kami adik beradik jadi rapat macam ni. Al-fatihah mak, Rogayah bt md desa. Sehingga hari ni masih belum tengok ku-bur mak. Rindu yang tak terucap.Sumber: Myra Jijie

Pastikan kita jaga kita’ – Dr Noor Hisham mahu semua pihak patuhi SOP

AWAL pagi Ahad, biasanya ramai orang masih lena dibuai mimpi, mungkin ada juga yang berjoging, berbasikal atau bersarapan bersama keluarga dan rakan.
Namun, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengisi pagi Ahadnya dengan memuat naik status Twitter menasihatkan rakyat supaya rakyat terus bersatu mem3rangi C0VID-19.
Beliau yang memang dikenali sebagai orang yang tidak mudah berputus asa mem3rangi C0VID-19 memuat naik status ini:
“Pep3rangan dengan C0VID-19 hanya boleh dimenangi dengan kesepaduan SEMUA PIHAK, tidak kira latar belakang, pangkat, darjat, profesion dan sebagainya, mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

“Untuk kita berjaya. Pastikan kita jaga kita, keluarga kita, masyarakat kita dan Negara kita,” ciapnya.

Pernah Disahkan Positif COVID19 Bagi Kluster Utama. Mengejutkan Sekali Ahli Keluarganya Tidak Dihiraukan Oleh Penduduk Setempat Dan Ada Yang Sanggup Mengatakan Dia Membuang Gelang Kuarantin

Shakirin yang merupakan salah seorang bekas pesakit COVID19 meluahkan rasa sedih dan kecewa apabila seluruh keluarganya dipulaukn penduduk setempat selepas sahaj dia disahkan dijangkiti wabak tersebut. Menurut Harian Metro,bapa yang berusia 26 tahun itu adalah antara pesakit daripada Kluster Utama yang dijangkiti hasil ujian calitan pada 11 Oktober yang lepas.

Sepanjang saya berada di wad, perkara paling menyedihkan apabila anak dan isteri di rumah dipulaukan masyarakat seolah-olah penjnyh.”Sedangkan hanya saya seorang saja positif Covid-19 dan mereka negatif serta tidak dimasukkan di hospital.”

Menurutnya, dia turut dikatakan membuang gelang tangan kuarantin serta keluarganya termasuk emak dan ayah serta keluarga pengasuh turut terkena tmpiasnya.Paling menyedihkan apabila isteri mahu membeli bekalan susu dan lampin pakai buang yang habis, tetapi tidak dibenarkan kerana orang sekeliling takut dia menjadi punca.”

Saya cuba menggunakan khidmat penghantar, tetapi mereka menolak kerana tidak berani ambil risiko.”Apa yang berlaku menambah tekanan ketika saya di wad kerana setiap masa memikirkan anak dan isteri di rumah, memandangkan saya ketua keluarga tetapi tidak dapat membantu ketika mereka ditinggalkan.”

Lebih membimbangkan apabila paras darh tinggi emak naik kerana tertekan selepas mendengar orang sekeliling bercakap mengenai kami sekeluarga.”Shakirin yang mempunyai dua anak berusia 10 bulan dan 2 tahun itu mendapat keputusan pada 13 Oktober lepas dan dibawa ambulans pada malam hari yang sama untuk dimasukkan ke wad di Hospital Kusta, Sungai Buloh.

Selepas dikuarantin di wad selama 5 hari, Shakirin dibenarkan pulang pada Sabtu lepas. Kongsinya lagi, dia tidak mengalami gejala teruk dan menyangka sakit sendi serta rasa nak pitm dirasainya sekadar demam biasa namun rupanya tanda dijangkiti Covid-19.

“Saya dapat tahu keputusan apabila dihubungi doktor dua hari selepas menjalani ujian calitan dan rasa macam tidak percaya dan perkara pertama dibuat adalah menghantar anak ke rumah pengasuh kerana isteri bekerja ketika itu.”

“Kira-kira 9 malam, ambulans datang ke rumah dan membawa saya ke hospital manakala isteri, Shasha Ridzuan, 26, dan dua anak kami yang turut menjalani ujian calitan didapati negatif Covid-19.”“Namun, masalah berlaku apabila anak dan isteri saya menerima layanan dingin daripada segelintir penduduk setempat hanya kerana saya dijangkiti Covid-19 manakala alamat rumah kami turut disebarkan individu tidak bertanggungjawab.”

Bagaimanapun, dia bersyukur ramai yang memberikannya kata semangat dan ada juga yang turut menghulurkan bantuan. Salah seorangnya adalah pengurus restoran yang menghantar makanan kepada keluarganya sepanjang dia berada di wad.

Bersyukur Tak Ditempatkan Di Unit Rawatan Rapi. Terkedu Ashraf Muslim Luahkan Sesuatu Mengenai Sikap Masyarakat Sekarang Ketika Penularan Covid 19.

PENINGKATAN jumlah kes Covid-19 sehingga mencecah tiga angka mengundang kebimbangan dan keresahan seluruh rakyat Malaysia. Pernah dijangkiti wabak itu, pelakon dan pengacara Ashraf Muslim berkata, pengalaman yang dilalui membuatkan dirinya sentiasa berhati-hati selain sering memberi peringatan di media sosial.

Malah Ashraf atau nama sebenarnya Muhd Ashraf Muslim, 39, juga meluahkan rasa syukur ketika itu dirinya tidak mengalami jangkitan yang teruk sehingga ditempatkan di Unit Rawatan Rapi. “Saya dah pernah lalui dan rasa macam mana kepayahan dan tertekan. Cuma tidak sakit sehingga ditempatkan di Unit Rawatan Rapi… itu yang saya bersyukur. Bagi saya, semua orang kena tunjuk contoh.

“Kadang-kadang kita segan nak salam jadi orang laga tangan. Kena tunjuk dan biar orang faham dan disampaikan pada orang lain. Nasihat saya… kena berhati-hati. Sebab kita tak tahu siapa yang terkena jangkitan. “Walaupun kita dah berjaga-jaga, tapi tetap kita tak tahu.

Sebelum ini, di IG pun saya ada cakap, siapa yang balik dari Sabah sebelum 27 September perlu kuarantin, tapi ramai tak buat,” kata Ashraf kepada mStar. Ashraf dipercayai dijangkiti virus tersebut setelah pulang dari menjalani penggambaran drama di Scotland pada 31 Mac lalu dan dimasukkan ke hospital pada 12 April lalu.- MSTAR

Gelombang kali ini besar dan terlalu cepat berbanding sebelum ini. Ashraf Muslim yang merupakan seorang pelakon berkata biarpun dia disahkan negatif Covid-19 sehari sebelum Ramadan namun pelakon itu memilih untuk tinggal lebih lama kerana ingin mengerjakan ibadah bersama-sama pesakit lain.

Pada 7 Mei lalu, Ashraf dibenarkan pulang selepas hampir sebulan dikuarantin dan mendapat rawatan di Hospital Sungai Buloh. Dalam pada itu, pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa ini berasa bimbang melihat segelintir masyarakat yang mempunyai sikap sambil lewa sehingga menyebabkan peningkatan kes secara mendadak sejak akhir-akhir ini.

“Risau bila melihat segelintir kita ada yang mengambil secara lewa. Sebelum ini, angka semakin berkurangan dan ada yang mengambil kesempatan. “Dulu masa awal-awal dulu orang nak sanitasi tangan setiap masa, nak jaga jarak, jarang keluar ,tapi sekarang ,apabila sudah lupa, sambil lewa, akibatnya sekarang kes naik mendadak,

“Rasa-rasanya gelombang kali ini besar dan terlalu cepat berbanding sebelum ini. Bagi saya, ianya sudah menjadi sesuatu yang bahaya sangat untuk mereka yang tak kena. “Apabila jadi macam ini semua kelam-kabut. Sepatutnya dari peringkat awal sudah kena berjaga-jaga,” ujarnya.

Pernah Disahkan Positif COVID19. Ashraf Muslim Dan Puteri Aishah Bongkarkan Perasaan Mereka Dan Cerita Keadaan Sebenar Yang Berlaku Ke Atas Diri Mereka

“Adakah saya akan pergi buat selamanya?” Siapa saja yang tak cuak kalau tiba-tiba doktor mengesahkan dijangkiti COVID-19! Sudah tentu akan risau dan takut. Macam tu lah perasaan beberapa individu yang pernah dijangkiti wabak pandemik ini.

Tak terkecuali dua rakan artis kita iaitu Ashraf Muslim dan Puteri Aishah yang turut dijangkiti dan berkongsikan pengalaman mereka semasa dijangkiti virus ini pada April lalu. Alhamdulilah sekarang dah sembuh sepenuhnya. Walaupun dah sembuh, tapi pengalaman yang mereka lalui takkan dapat dilupakan. Puteri Aishah pernah berkongsi pengalaman dia semasa dirawat di Hospital Sungai Buloh. Doktor dan nurse yang melayan sangat baik.

Macam tu juga dengan Ashraf Muslim yang dirawat di hospital sama. Layanan yang doktor dan nurse berikan sangat baik dan dia bersyukur wabak itu hilang selepas dirawat di sana. Malah dia rasa sayu nak tinggalkan rakan-rakan yang ada di sana yang dianggap macam keluarga dah.

Komitmen Doktor & Nurse A++

Kalau kita nak tengok komitmen yang frontliner bagi pada kita sejak COVID-19 ni terjadi, memang tak terungkap dengan kata-kata. Semangat mereka dan tanggungjawab yang mereka bagi pada pesakit COVID-19 tak pernahnya kurang walau sikit pun.

Bayangkan, kita pakai topeng muka pun rimas, ni kan pula mereka yang terpaksa memakai peralatan perlindungan diri (PPE) untuk tempoh lama. Mau berbekas gais. Anda tengok sendiri berapa lapis yang mereka perlu pakai.

Satu lagi, mereka pun menggadaiikan nyawa dengan tugas berbaahaya itu. Dalam pada mereka dok uruskan pesakit COVID-19 tu tak mustahil kalau mereka tak mudah dijangkiti. Sebab tu mereka kena sentiasa dalam mod berwaspada dan hati-hati.

Macam Puteri Aishah pernah cakap, dia rasa insaf bila tengok mereka ni depan mata. Jadi, kita patut patuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dikuat kuasa kerajaan hingga Disember ni okay. Kasihanilah petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus membendung pandemik ini. Kita jangan pula dok tambah bilangan pesakit tu.

Sebenarnya ramai pesakit yang dijangkiti dengan COVID-19. Ada yang sudah tiada dan ada yang sembuh sepenuhnya. Bagi mereka yang pernah dijangkiti dan sembuh, tak mudah juga nak kembali pada kehidupan normal. Ada jer yang pandang serong pada mereka. Ye lah, takut dijangkiti sedangkan mereka dah pulih sepenuhnya. Jadi, kalau anda ada teman-teman rapat dengan bekas pesakit COVID-19 ni jangan pandang serong pada mereka, tapi bagi semangat untuk mereka ni teruskan hidup macam biasa okay.

Ashraf Muslim Buat Satu Perkongsian Mengenai Anaknya Dan Ternyata Ucapan Tersebut Mengundang Sebak Di Kalangan Warganet

Pelakon Ashraf Muslim ada memuat naik beberapa keping foto dan rakaman video di akaun Instagram miliknya.Menerusi entri berkenaan, Ashraf berkongsi momen ketika menyambut ulang tahun kelahiran permata hati yang diraikan baru-baru ini.

Pelakon drama bersiri Dia Menantu Rahsia itu juga memberi pesanan buat anak tersayang.“My hero! Adam dan Anas.. ingat pesan ayah selalu.. nanti bila ayah takde jaga mama, ibu, kakak Sarah dan adik Safiyyah baik-baik..“dan jadi anak lelaki yg berakhlak yang mulia dan beriman yer. Allah selalu sayang kita semua. @ashrafslegacy,” tulisnya.

Untuk rekod, Ashraf telah mendirikan rumah tangga bersama Noor Dayana Lokman pada tahun 2011 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Anas AshrafDua tahun kemudian, Ashraf mendirikan rumah tangga dengan Wan Sakinah Wan Subari sebagai isteri kedua dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata bernama Sarah Ashraf, Adam Ashraf dan Safiyyah Ashraf. Foto : Instagram Ashraf Muslim