Seakan memberi bayangan seolah bakal menamatkan zaman solo. Perkongsian yang dibuat Natasha Hudson raih tumpuan ramai susulan tarikh 14 Oktober dan penampakan sebentuk cincin

Artis

Seakan memberi bayangan seolah bakal menamatkan zaman solo selepas berpisah kali keempat pada tahun lalu,baru baru ini Natasha Hudsun membuat satu perkongsian..Menerusi Instagram (IG) miliknya, Natasha, 38, seakan menggambarkan akan ada momen indah yang lebih baik bakal berlaku.”Apa yang akan datang lebih baik daripada yang ada di sini sekarang. Hargai apa yang anda miliki, jadi seorang yang jujur, setia, penyayang dan ia akan kekal. 

“Jadilah orang yang baik. Semua kecantikan terletak di dalam diri anda,” tulisnya.Lebih mengukuhkan lagi, pemilik nama Natasha Liana Hudson berkongsi satu tarikh iaitu pada 14 Oktober 2020. Entri tersebut turut memuat naik separuh foto pasangan lelaki dan perempuan yang menampakkan sebentuk cincin.

Rata-rata pengikut IG sudah mula menitipkan ucapan tahniah dan juga mendoakan agar segala urusan dipermudahkan.”@mcfarul: Tahniah babe! Lelaki itu seorang yang bertuah.”@hajarmohamadali: Tahniah awak.”@eanlee__: Tahniah Tasha dan pasangan!”@ummuaiynul: Semoga dipermudahkan semuanya.

“@faisalmary: Tahniah. Semoga kekal sampai Jannah..Amin,” antara komen-komen yang ditinggalkan.Sementara itu, Gempak sudah menghubungi Natasha namun, nombor telefon yang dihubungi sudah tidak digunakan lagi.Gempak juga sudah menghubungi Natasha melalui DM, namun masih menanti jawaban dan pencerahan daripadanya.

Sebelum ini, Natasha pernah berkahwin dengan Mohd Faiz Mohd Raih pada 2006 dan Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007.Sepanjang perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Naeema Kalila dan Faatimah.Pada Oktober 2018 , Natasha mengakui telah bercerai dengan bekas suaminya, Carleed Khaza yang dinikahi pada April 2012 buat kali ketiga.Sekali lagi jodoh tidak panjang, menerusi perkahwinan keempat Natasha mendedahkan dia sudah berpisah dengan Noor Nashriq Sekarnor pada tahun lalu-ctto

Nampak Macam Sakit. Tania Hudson Dedahkan Dia Ada Sakit Merbahaya Ini Walaupun Pernah Menjalani Operasi Laser Dan Dia Harap Semua Doakan Untuk Kesihatan Dirinya

Pelakon Tania Hudson, 35, mendedahkan sakit Arteriovenous Malformation (AVM) iaitu pengumpulan saluran darh secara tidak normal dalam otak kembali datang. Menurut Tania, keputusan tepat akan diketahui pada hari Isnin selepas dia melakukan Angiogram.Angiogram adalah imbasan sinar-x untuk memperlihatkan salur darh dengan menggunakan bahan kontras.“Bagi yang tanya saya ada AVM di otak. Pada tahun 2009 saya kena str0k dan ia pecah jadi saya menjalani operasi laser.

“AVM adalah segumpal darh dan ia boleh pecah bila-bila masa seperti b00m dalam otak. “Ini menyebabkan saya sakit akhir-akhir ini dan kemungkinan besar AVM tak kecut sepenuhnya atau berlaku pendarhan.“Pada hari Isnin selepas Angiogram baru saya tau. Doa kan ya,” tulisnya di Instagram Stories.

Tegas pelakon filem Abang Long Fadil 2, dia ingin bersendirian tanpa diganggu untuk menempuhi kesakitn yang dirasai. Dalam pada itu, adik kepada aktres Natasha Hudson ini menyatakan dia tidak memerlukan individu yang hanya muncul pada waktu sekarang.

“Saya benar-benar ingin ditinggalkn sendirian sekarang. Jangan tanya saya banyak soalan. Jangan telefon atau mesej saya. “Saya berada dalam kesakitan dan tidak mempunyai mood untuk bercakap. Saya mempunyai Bipolaar dan saya juga harus mengatasi masalah otak saya.

“Semasa saya sihat dan ketika sangat memerlukan seseorang dan berada dalam kesakitn dengan perkara yang dilalui saya memerlukan sokongan moral namun tidak ada yang mahu berada di sini untuk saya dan menilai seperti saya psik0.

“Sekarang ketika saya sakit baru nak cari-cari saya. Saya telah melaluinya sendirian dan cukup kuat untuk menangani semua ini sendiri.“Yang saya perlukan hanyalah orang ikhlas, ada untuk saya sebelum semua ini berlaku selebihnya saya tidak perlukan. Terima kasih,” tulisnya lagi.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber : GEMPAK/ Berita Harian

Jagalah rumah tangga sendiri! – Tania Hudson

KUALA LUMPUR: Pelakon, Tania Hudson, mempertahankan kakaknya yang didatangi bertubi-tubi oleh warganet apabila gambar sekitar majlis pernikahan kali keempat Natasha dengan seorang usahawan dari Kelantan, Noor Nashriq Sekarnor, tersebar.

Bintang KL Special Force itu turut menyelr pihak yang mempersoalkan pemakaian purdah dan perkahwinan terdahulu Natasha.Bagi Tania, 33, warganet tidak layak untuk menghakimi seseorang tanpa mengetahui kisah sebenar.“Kepada makcik dan pakcik bawang, orang berpurdah atau tidak, (anda) tak perlu menjaga tepi kain orang. Cermin dan ubah diri sendiri kerana apa yang penting adalah hati dan peribadi seseorang itu.

“Jangan masuk campur mengenai perpisahan atau perkahwinan, sebaliknya jagalah rumah tangga sendiri. Saya pasti, perkahwinan anda juga tidak sempurna. Malah, agama mendidik kita untuk membantu orang ke jalan yang benar dan bukan menjatuhkan orang sahaja.

“Kita perlu menilai diri sendiri kerana tiada sesiapa yang sempurna di dunia ini. Media sosial bukanlah tempat untuk mengaibkan dan mencari keburukan orang. Jangan gunakan ia untuk melukakan hati sesiapa, sebaliknya gunakan ia dengan sebaiknya. Selamat berhujung minggu,” luah Tania.

Malah, Tania asikap segelintir pihak yang meletakkan hukum dengan begitu mudah, seumpama mereka begitu mengenali Natasha dan bekas suaminya.“Tidak tahu pula ada yang tidur sekatil dengan kakak dan bekas suaminya sehingga lebih mengetahui hal sebenar. Anda bercakap seolah-olah lebih tahu berbanding individu itu sendiri. Mungkin anda boleh terus bercakap di belakang kami dan memberikan pahala percuma daripada memberikan mesej secara peribadi kepada saya.

“Kasihan melihat anda yang kebosanan sehingga banyak masa terluang untuk menjaga tepi kain orang. Carilah sesuatu yang berfaedah untuk dibuat. Banyakkan berzikir,” tulisnya lagi.Terdahulu, Tania memuat naik beberapa gambar pada majlis pernikahan Natasha di Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian di Instagram Story, selain mengucapkan tahniah kepada kakak kesayangannya.

Sebelum ini, Natasha atau Natasha Liana Hudson 36, yang pernah mengenakan imej berpurdah, mengakui sudah berpisah dengan bekas suami, Carleed Khaza atau Khalid Kamal. Mereka berkahwin pada April 2012.Sepanjang enam tahun berkahwin, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Naeema Kalila, 5, dan Faatimah, 3 tahun.

Sebelum itu, Natasha pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Faiz Mohd Raih pada 2006, namun rumah tangga mereka hanya bertahan selama empat bulan.Pelakon filem Chermin itu kemudian melangsungkan perkahwinan dengan Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007. Bagaimanapun rumah tangga mereka hanya bertahan selama dua tahun. Hasil perkongsian hidup, Natasha dan Shahrin dikurniakan cahaya mata perempuan, Neesa Helena, 10.-bh

Rumah Tania Hudson Ada “Penunggu”

KUALA LUMPUR: “Dia akan tunggu di hadapan rumah saya empat hingga lima kali setiap hari, tak kira siang atau malam,” kata pelakon dan model, Tania Nadira Hudson, 26, yang juga adik pelakon popular, Natasha Hudson. TANIA…bincang dengan ahli keluarga lelaki terbabit. Dia mengakui, tindakan lelaki berusia 20-an itu menimbulkan perasaan takut.Bimbangkan keselamatan diri, Tania membuat laporan di Balai Polis Subang Jaya.Peminat fanatik itu mula ‘menggnggu’ kehidupan Tania sejak tiga minggu lalu selepas terserempk di sebuah bengkel kereta.

“Dia beritahu dia peminat dan sentiasa mengikuti perkembangan saya melalui laman sosial dan saya melayaninya sebagai peminat sama seperti orang lain. Namun, selepas itu dia muncul di hadapan rumah saya.
“Pada hari pertama, dia membawa buah-buahan dan memberikannya kepada saya. Terkejut dan hiba juga pada mulanya apabila dia menghargai saya sehingga sanggup datang ke rumah,” katanya ketika dihubungi, semalam-eiklaneka

Tania Hudson Didatangi Peminat, Nasihat Bertaubat Daripada Ada Unsur Negatif

Menerusi akaun Instagram pelakon itu, taniahudsonofficial, dia menerima pelbagai komen daripada peminat antaranya meminta dia tidak mengambil jejaka yang menjadi rebutn itu, peminat bersimpati terhadap gosip yang melandanya termasuk ada yang menyatakan Tania lebih cantik daripada Neelofa.Segelintir peminat Tania pula mengelarkan peminat Neelofa dan Fattah yang diberi ‘hashtag’ #lofattah bersikap terlalu taksvb dengan kedua pelakon itu untuk kembali menjalinkan hubungan cinta.

Bagaimanapun, Tania tidak hanya berdiam diri selepas dia menafikan mempunyai hubungan istimewa dengan Fattah. Dia juga menjawab komen peminat di statusnya itu dengan menyatakan mahu sikap seperti budak-budak dalam kalangan peminat dihentikan sambil menegur peminat lebih beradab dan berakhlak terhadap kehidupan orang lain.Tambahnya, dia menasihatkan peminat lebih takutkan pada Tuhan sahaja tanpa menjadikan selebriti sebagai idola seperti Tuhan. Dia mahu peminat memperbaiki amalan dan ibadah masing-masing serta bertaubat daripada mengamalkan sikap negatif.-rojakdaily

Natasha Hudson berpisah kali keempat – “Saya perlu selamatkan diri daripada kesngsaraan”

PELAKON Natasha Hudson mengesahkan sudah berpisah dengan ahli perniagaan, Noor Nashiq  Sekarnor dengan talak satu baru-baru ini.Walaupun enggan mendedahkan punca perpisahan, Natasha, 36, berkata, rumah tangga yang dibina Disember tahun lalu itu dipenuhi dengan pen1puan dan permainan metal.

“Ya, saya sudah berpisah dengan talak satu dan sepanjang melalui perkahwinan ini dipenuhi dengan penpuan dan permainan mntal.”Jadi, saya tinggalkan dia. Ia memerlukan keberanian untuk saya lakukannya. Saya perlu menyelamatkan diri daripada kesngsaraan dan pengrbanan.Sebelum ini, Natasha memberi bayangan rumah tangganya dengan Noor Nashiq sudah berakhir di Instagram.

“Mungkin saya jenis tak nak cerita semua kisah silam atau sedih mengenai perkahwinan saya secara umum tapi ini adalah pengalaman yang paling teruk,” katanya kepada mStar. Menerusi laporan mStar pada Sabtu lalu, Natasha menerusi Instagram memberi bayangan mengenai status rumah tangganya dengan usahawan dari Kelantan itu sudah berakhir.

Malah, pelakon itu juga bertindak memadam foto perkahwinan bersama bekas suaminya di laman sosial.Dalam pada itu, Natasha memberitahu dia hanya ingin membahagiakan diri sendiri dan fokus kepada kehidupan masa hadapan.”Ini adalah titik permulaan baru untuk saya sayang diri sendiri yang sebelum ini tak pernah lakukan. Saya selalu gembirakan orang, sekarang saya ingin fokus pada diri dan pandang ke hadapan.

“Sekarang ini, saya nak gembira. Zaman kanak-kanak saya sudah dipenuhi dengan banyak parut luka tapi Allah sekali lagi menguji saya untuk jadi lebih kuat, bijak dan sedar setiap tindakan serta keputusan saya dalam hidup,” ujarnya.Sementara itu, Natasha berkata, kegagalan rumah tangga itu membuatkan dia lebih memilih pasangan hidup pada masa akan datang.

Dia memerlukan seorang pasangan yang sentiasa menyokong dan menyayangi serta menerima anak-anaknya.”Saya tidak perlu orang yang lemah, saya bukan budak kecil dan saya juga manusia yang mempunyai hati. Saya perlukan pasangan yang boleh menjadi penyokong terbesar untuk saya capai impian.

“Pasangan itu juga perlu menyayangi dan menerima anak-anak saya dan dia juga perlu kuat dan berkuasa seperti saya yang tidak akan cipta drama dalam kehidupan,” katanya.Natasha mahu pasangannya menyayangi dan menerima anak-anaknya.Natasha dan Noor Nashriq mendirikan rumah tangga pada 7 Disember tahun lalu dan ia merupakan perkahwinan kali keempat buatnya.

Pada Oktober tahun lalu, Natasha atau Natasha Liana Hudson mengakui dia sudah berpisah dengan bekas suami, Carleed Khaza atau Khalid Kamal yang dinikahinya pada April 2012.Sepanjang enam tahun berkahwin, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Naeema Kalila dan Faatimah.

Sebelum itu, Natasha pernah berkahwin dengan Mohd. Faiz Mohd. Raih pada 2006 namun rumah tangga mereka hanya bertahan selama empat bulan.Aktres itu kemudiannya melangsungkan perkahwinan dengan Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007 namun perkahwinan itu bertahan selama dua tahun.Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Neesa Helena.-mstar

Buang foto bersama suami, perkahwinan keempat Natasha Hudson msnah? – “Saya sudah lakukannya dan sangat gembira sekarang!”

warganet mula membuat spekulasi mengenai status rumah tangga Natasha dan suaminya apabila pelakon itu membuang foto mereka bersama di laman sosial.STATUS rumah tangga Natasha Hudson dan suami, Noor Nashriq Sekarnor mula menjadi tanda tanya apabila pelakon itu sudah memadam foto-foto bersama lelaki itu di laman sosialnya.

Natasha, 36, menerusi Instagram memberi bayangan mengenai rumah tangganya dengan ahli perniagaan dari Kelantan itu sudah berakhir.Menerusi Instastory pada Sabtu, Natasha menjawab pertanyaan daripada rakan wanitanya mengenai cara untuk berhadapan dengan masalah melibatkan suami berlaku curang.

Natasha seakan memberi bayangan mengenai status rumah tangganya.“Saya terima banyak soalan mengenai perkara ini daripada rakan. Soalannya, bagaimana jika suami saya sudah tidak mencintai saya, berlaku menduakan, mend3ra mntal saya dan perkahwinan ini sudah rntuh.

“Jawapan saya, lari, keluar dari situasi itu dan tinggalkan (sebab saya sudah lakukannya) dan saya sangat gembira sekarang. Jangan bazirkan masa yang sangat bermakna, tenaga untuk sesuatu yang tidak berbaloi masa anda.”Senang. Teruskan hidup dan jangan hidup dengan kritikan orang sebab mereka tidak tahu apa yang terjadi di sebalik pintu tertutup. Ini adalah kehidupan anda bukan mereka,” tulisnya.

Bagaimanapun sehingga kini, Natasha masih tidak memberi sebarang kenyataan atau mengesahkan status sebenar rumah tangganya.Dalam pada itu, Natasha pernah memuat naik status di Instagramnya memberitahu dia enggan menjalani kehidupan dalam keadaan bersedih.

“Saya percaya ini adalah masa yang tepat. Saya tidak dilahirkan untuk dapatkan sesuatu yang kekal seperti yang saya mahu. Mungkin bukan sekarang. Saya bukan awak.”Mungkin nanti dengan orang yang tepat atau di kehidupan lain. Saya tiada masa untuk bersedih. Saya hanya ada masa untuk kongsi kegembiraan kepada orang di keliling saya.

“Sesiapa yang kenal saya tahu yang saya seorang penuh dengan emosi, penghibur, sukakan cabaran dan saya sentiasa mahukan kebahagian. Saya hanya berdoa yang terbaik untuk diri saya dan anda,” katanya.Natasha dan Noor Nashriq mendirikan rumah tangga pada 7 Disember tahun lalu dan ia merupakan perkahwinan kali keempat buatnya.

Natasha mempunyai tiga orang anak perempuan.Pada Oktober tahun lalu, Natasha atau Natasha Liana Hudson mengakui dia sudah berpisah dengan bekas suami, Carleed Khaza atau Khalid Kamal yang dinikahinya pada April 2012.Sepanjang enam tahun berkahwin, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Naeema Kalila dan Faatimah.

Sebelum itu, Natasha pernah berkahwin dengan Mohd. Faiz Mohd. Raih pada 2006 namun rumah tangga mereka hanya bertahan selama empat bulan.Aktres itu kemudiannya melangsungkan perkahwinan dengan Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007 namun perkahwinan itu bertahan selama dua tahun.Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Neesa Helena.-mstar

“Siapa anda untuk menilai pemakaian yang saya pakai?” – Natasha Hudson dapat kebenaran suami buka purdah

PELAKON Natasha Hudson menjelaskan dia membuka niqab atau purdah selepas mendapat keizinan suaminya iaitu Noor Nashriq Sekarnor.Natasha, 36, yang berkahwin dengan ahli perniagaan dari Kelantan pada 8 Disember 2018 itu meminta waragnet tidak membuat penilaian terhadapnya berdasarkan pemakaian tersebut.

“Masyarakat menghakimi saya melalui niqab atau tidak. Saya akan memakainya bila saya rasa perlu.”Apa yang saya buat ini adalah atas keizinan suami bukannya keizinan anda. Jadi fikirlah, bukan anda yang berdepan dengan kesannya,” ujarnya.Penjelasan Natasha tentang keputusannya membuka niqab.Pada pagi Khamis, Natasha memuat naik foto dan memberitahu dia tidak lagi menggunakan niqab selepas berkahwin.

Pelakon drama Puisi Indah Si Pari-Pari itu, mula memakai niqab sekitar tahun 2016.Dalam pada itu, tambah Natasha, tiada siapa yang berhak menilai seseorang melalui pakaian kecuali tuhan.Dia juga meminta orang ramai tidak mengajarnya tentang agama, berikutan dia juga mempunyai sumber rujukan dalam hal itu.”Semua orang harab bertenang, perjalanan kehidupan anda dengan saya berbeza.”Siapa anda untuk menilai pemakaian yang saya pakai? Biar kerja tuhan. Jangan ajar saya tentang agama kerana saya juga ada rujukan,” ujarnya.-mstar