Sedia maklum ramai berebut nak keluarkan duit KWSP. Sekali pesara ini beritahu punca dia tidak setuju dengan pengeluaran tersebut

Berita

KEPADA rakan-rakan sepencaruman, Isu pengeluaran duit caruman KWSP hangat dibincangkan dalam beberapa minggu ini. Semestinya, ramai ahli politik dan rakyat yang mahu supaya semua orang dibenarkan mengeluarkan duit caruman masing-masing. Saya faham ramai yang hidup susah sekarang. Cuma saya harap saya dapat ceritakan perspektif yang sedikit berbeza.

Saya adalah seorang pesara. Selepas lebih 40 tahun bekerja, hidup saya sekarang tenang-tenang sahaja. Saya tidak berniaga atau mencari kerja sampingan – hanya fokus baca akhbar, tonton televisyen dan layan anak cucu, seperti pesara-pesara yang lain.

Saya hidup selesa, tak susah tetapi tidak lah mewah. Bila saya bersara beberapa tahun dahulu, saya dan isteri buat keputusan untuk biarkan duit caruman saya dalam KWSP. Harapan kami agar duit caruman saya dapat bertambah-tambah dengan faedah yang konsisten dan selamat, daripada kami keluarkan dan letak dalam bank dengan faedah yang sangat rendah.

Pendek kata, saya dan isteri hidup dengan duit caruman dan faedah-faedah pelaburan caruman itu sahaja.Saya sedar saya antara yang bertuah. Ramai rakyat Malaysia yang hidup susah sewaktu Covid-19 ini. Ada yang hilang kerja, ada yang dipotong gaji dan macam-macam lagi. Saudara-mara saya pun antara yang terkesan teruk dan saya cuba bantu setakat yang boleh.

Saya sangat bersetuju bahawa mereka ini yang dilanda kesempitan hidup perlu dibantu sehabis baik. Ada juga geng YB (Yang Bersara) saya yang bising-bising kenapa banyak sangat kerajaan bantu golongan-golongan sebegini, hampir langsung tak ada untuk golongan pesara.

Saya OK sahaja. Malah saya harap, jika mampu, kerajaan bantu lagi mereka-mereka ini yang hidup kesusahan. Cuma satu saja yang saya minta – fikir-fikirkan juga duit KWSP kami yang bersara ini.Bagi saya, dan kemungkinan besar untuk majoriti pesara yang lain, duit yang kami carum dalam KWSP ini lah duit kami hidup dalam persaraan ini.

Mungkin saya hidup selesa dengan duit KWSP itu, tetapi ada juga pesara yang duit persaraan mereka hanya cukup-cukup untuk hidup sahaja.Nasib baik faedah tahunan stabil, sekurang-kurangnya baki caruman mereka dapat bertambah apabila kos sara hidup meningkat setiap tahun.

Jangan salah anggap. Saya amat faham bila akaun dua (Akaun Pra-Persaraan) dibenarkan untuk pengeluaran. Saya amat faham bila akaun satu (Akaun Persaraan) dibenarkan pengeluaran untuk golongan yang hilang kerja. Sewaktu pengeluaran akaun satu diluaskan lagi tempoh hari kepada hampir dua juta orang, walaupun saya tak berpuas hati, tetapi saya faham.Tetapi cukup-cukup lah itu. Fikir-fikirkan juga untuk pesara seperti kami. Kami mencarum bertahun-tahun untuk hari tua. Faedah pelaburan itu lah satu-satunya sumber pendapatan kami sekarang.Beri Kesan Kepada Pencarum Lain Walapun Duit Sendiri

Saya tengok Facebook, ramai yang kata ‘Kalau saya keluarkan caruman saya, tak bagi kesan kepada orang lain pun?’Maaf saudara, tetapi ia beri kesan besar kepada saya dan pencarum lain. Jika ramai yang keluarkan caruman persaraan, duit untuk KWSP labur pun berkurangan. Bila duit pelaburan KWSP berkurangan, risiko pelaburan pun naik mendadak sebab KWSP tidak dapat memperluaskan portfolio pelaburan.

Bila risiko pelaburan naik, faedah tahunan kepada pencarum akan turun mendadak. Ada juga di antara kami pesara yang melabur dalam pasaran saham – itu pun sudah pasti terjejas sepertimana yang kita lihat sehari selepas pengumuman i-Sinar.

Maaflah jika saya nampak macam pentingkan diri. Saya juga ada keluarga. Bagi pencarum yang betul-betul perlu, seperti yang hilang kerja, saya faham bila pengecualian ini diberi. Tetapi bila banyak lagi yang minta berikan pengecualian kepada semua pencarum, termasuk bagi mereka yang masih ada pekerjaan, yang terima banyak lagi bantuan-bantuan seperti Bantuan Prihatin, Subsidi Upah dan macam-macam lagi – itu sama sekali saya tak boleh setuju.

Saya faham ramai yang hidup dalam kesusahan. Dan saya bersetuju dengan apa-apa cara pun di mana kerajaan dapat meringankan beban anda. Kami golongan pesara mungkin tidak lah hidup susah seperti anda.Tetapi kami telah bekerja dan mencarum berpuluh-puluh tahun dengan satu harapan sahaja – untuk menikmati akhir-akhir hayat kami bersama anak dan cucu dengan duit caruman dan faedah yang kami sepatutnya ada. Maka saya merayu satu sahaja, jangan hancurkan impian kami juga.Sumber : Sinar Harian

Pakar Ekonomi Suruh Fikir Masak2 Sebelum Keluarkn Akaun 1 KWSP

Keputusan kerajaan membenarkan pengeluaran akaun 1 KWSP kepada golongan terjejas sememangnya paling dinantikan.Bagaimanapun ramai juga yang berpendapat sekiranya individu tersebut tidak tergolong dalam kategori yang terdesak supaya tidak mengeluarkan wang tersebut agar dapat dimanfaatkan sepenuhnya ketika bersara.

Sementara itu, pakar ekonomi berpendapat pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui skim i-Sinar dalam Akaun 1 lebih memanfaatkan pencarum dari pada kalangan M40 berbanding B40.Meskipun ia tidak menjadi kesalahan untuk membuat pengeluaran tersebut, Prof Barjoyai Bardai dari Universiti Tun Abdul Razak berkata ia bukanlah langkah yang terbaik.

Golongan M40 lebih dapat manfaat

” Yang dapat faedahnya M40 bukan B40 sebab kumpulan B40 tak ada apa-apa yang dia boleh buat,” katanya merujuk kepada data KWSP dari wawancara bersama menteri kewangan di TV3 bahawa 42 peratus pencarum hanya mempunyai baki purata simpanan bawah RM5,000 di akaun 1 mereka.

” Jadi kumpulan M40 yang mungkin mempunyai simpanan yang agak besar.” Jadi mereka boleh keluarkan sampai RM60,000. Tapi kebanyakan dalam kumpulan M40 pun akhirnya apabila bersara hanya mempunyai RM240,000 secara purata.” Itu pun tak cukup sebenarnya untuk bersara dengan baik kerana kalau mereka nak bersara dengan RM5,000 sebulan mereka sebenarnya perlu ada baki KWSP sebanyak RM1 juta,” kata Barjoyai ketika dihubungi Malaysiakini.

Pada 16 Nov, KWSP memaklumkan pencarum dengan baki RM90,000 ke bawah dalam Akaun 1 akan mempunyai akses kepada amaun sehingga RM9,000 dengan pengeluaran pertama sehingga RM4,000.Manakala bagi pencarum dengan baki RM90,000 ke atas dalam Akaun 1 pula, jumlah maksimum yang boleh dikeluarkan adalah RM60,000 dengan pengeluaran pertama sehingga RM10,000.

Sebelum nak keluarkan, fikir dulu masak-masak

Barjoyai turut memberi gambaran bahawa nilai RM5,000 akan datang kemungkinan bersamaan dengan nilai RM2,000 hari ini, di mana pencarum sepatutnya memikirkan masak-masak sebelum memohon untuk pengeluaran.Dia membuat perhitungan tersebut berdasarkan usia persaraan 60 tahun sehingga seseorang itu 75 tahun, iaitu purata jangka hayat rakyat Malaysia.

” Jadi maknanya, kumpulan pencarum ini perlu memikirkan perkara ini sebelum membuat ambilan (pengeluaran),” katanya.Dia juga berkata, walaupun pencarum akan menggantikan jumlah pengeluaran tersebut pada masa akan datang, mereka sebenarnya masih akan hilang (jumlah caruman) kerana kesan pengganda ataupun dipanggil ‘compounding effect’.

Oleh itu katanya, setiap keluarga sebenarnya perlu memikirkan pendapatan selepas pencen ataupun pendapatan selepas bersara melalui “simpanan paksa” yang lain.” Tapi KWSP adalah yang paling mudah dan berkesan..sebab itu ia perlu sebenarnya untuk memastikan yang dia (pencarum) memanfaatkan KWSP dalam proses mewujudkan satu jumlah pelaburan yang cukup untuk menampung hari tua mereka,” katanya.

Diminta mengulas mengenai jumlah simpanan yang sedikit disebabkan gaji yang rendah, katanya orang ramai dinasihatkan supaya menambah kemahiran lain sebagai alternatif menambah pendapatan.Katanya, dianggarkan dalam masa lima tahun, pasaran buruh akan turut berubah sehingga 7 peratus tenaga kerja sedia ada tidak diperlukan lagi.

Harga saham turun

Sementara itu, Hoo Kee ping dari Institut Strategik Kingsley melihat keputusan KWSP itu merugikan kerana memberi implikasi kepada harga saham.” Implikasinya kena faham harga saham akan turun, ini dah merugikan KWSP sebab nilai turun sekaligus.. memang tidak sihat,” katanya.

Namun, Hoo mencadangkan alternatif lain supaya kerajaan menawarkan bantuan pinjaman kewangan kepada individu atau sektor yang benar-benar memerlukan, seperti pinjaman jangka pendek.” Yang terjejas paling teruk adalah pelancongan – 20,0000 pemandu pelancong, dan pemilik bas-bas pelancongan,” katanya yang mencadangkan supaya terdapat perbincangan secara kelompok bersama mereka.

” Bas pelancong saya rasa patut ditolong sebab bukan salah mereka (tiada pendapatan kerana bukan tak pandai jaga bisnes tapi cuma (terjejas teruk dengan) PKP.” Jadi sektor ni perlu perhatian kerajaan untuk membincangkan dengan bank secara ‘blanket guarantee’,” katanya.

Baru Je Umumkan Kwsp Akaun 1 Boleh Keluarkan. Sekali Ramai Yang Sangka Duit Tu Perlu Bayar Balik. Akhirnya Pihak Kwsp Tampil Berikan Penjelasan.

Baru je umumkan kwsp akaun 1 boleh keluarkan. Sekali ramai yang sangka duit tu perlu bayar balik. Akhirnya pihak kwsp tampil berikan penjelasan.

Pengumuman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membenarkan pengeluaran akaun 1 kepada 3 golongan paling terjejas telah dipuji ramai. Bagaimanapun terdapat salah faham tentang berita tersebut apabila ada pihak mengatakan duit yang dikeluarkan itu perlu dibayar semula kepada KWSP.

Menjawab isu tersebut, KWSP hari ini menafikan maklumat yang tular menerusi media sosial bahawa “ahli perlu membayar balik kemudahan pendahuluan i-Sinar daripada KWSP.” Sebaliknya menurut KWSP, amaun yang didahulukan daripada Akaun 1 itu akan diganti semula dengan caruman ahli pada masa depan.

” Penggantian semula ini akan dilakukan dengan 100 peratus caruman baharu akan dimasukkan terlebih dahulu ke Akaun 1. Setelah jumlah amaun yang diakses daripada i-Sinar diganti semula sepenuhnya, kadar pembahagian caruman akan kembali seperti biasa iaitu 70 peratus bagi Akaun 1 dan 30 peratus untuk Akaun 2.

” Amaun penggantian semula ini akan hanya diterima daripada caruman ahli pada masa depan dan bukannya secara bayaran tunai daripada ahli yang menggunakan kemudahan i-Sinar,” jelas KWSP dalam kenyataan di sini. KWSP turut mengingatkan mereka yang berkenaan bahawa istilah yang tepat dalam konteks itu ialah “penggantian semula.”

” Penggunaan ayat-ayat tidak betul seperti ‘pembayaran balik’, ‘bayar semula’, ‘bayar kemudian’ dan yang seumpama menyebabkan kekeliruan kepada ramai pihak,” demikian menurut kenyataan itu. Semalam, KWSP mengumumkan perincian dan bagi kemudahan i-Sinar yang akan memberi manfaat kepada dua juta ahlinya yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau ketiadaan pendapatan melibatkan anggaran dana berjumlah RM14 bilion.

” Ahli layak boleh membuat permohonan bermula Disember 2020. Amaun akan dikreditkan dalam akaun bank ahli pada hujung bulan selepas permohonan dibuat. Pengkreditan pertama akan bermula pada Januari 2021. Jumlah pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam bulan bermula pada tarikh pertama pengkreditan,” katanya.

Menurutnya, ahli layak boleh mengakses 10 peratus daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, namun tertakluk kepada baki minimum RM100. a) Ahli yang mempunyai baki RM90,000 dan ke bawah (Akaun 1), akan mempunyai akses kepada amaun sehingga RM9,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM4,000.

b) Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM90,000 (Akaun 1), akan mempunyai akses 10%. Walau bagaimanapun, amaun maksimum yang boleh didahulukan adalah RM60,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000. ”Maklumat lebih lanjut serta butiran terperinci mengenai kelayakan i-Sinar serta terma dan syarat akan dimaklumkan dalam masa terdekat,” katanya.

Sumber via AsiaKini

Baru Je Kwsp Umum Boleh Keluarkan Duit Akaun 1. Sekali Tiba Tiba Najib Bagi Cadangan Lain Pulak. Tak Sangka Ini Cadangan Yang Najib Bagi.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tunku Alizakri Alias, berkata bagi ahli yang mempunyai simpanan dalam Akaun 1 di bawah 90,000, mereka boleh memohon pendahuluan hingga 9,000. Sementara itu, ahli yang mempunyai simpanan persaraan dalam Akaun 1 melebihi 90,000, pendahuluan yang diberikan adalah hingga 60,000.

Katanya, permohonan boleh dibuat bermula Disember 2020. Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pula berkata, kerajaan sedar bahawa KWSP merupakan simpanan hari tua ahli, maka terdapat keperluan untuk mengimbangi antara bantuan untuk menghadapi cabaran masa kini dengan kepentingan persaraan untuk masa depan.

“Kerajaan yakin bahawa pendekatan yang diambil dapat mengimbangi keperluan ini. “KWSP memberi jaminan bahawa usaha akan diteruskan untuk memenuhi mandat kepada ahlinya iaitu mengukuhkan jaringan perlindvngan s0sial melalui pelaburan dan pembangunan secara lebih strateglk,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Najib masih memuat naik posting memberi cadangan untuk penambahbaikan pengeluaran KwSP. Berikut ulasan terbaru Najib di favebook milik beliau. “Terima kasih kepada KWSP kerana mewujudkan skim i-Sinar untuk membenarkan pencarum mengeluarkan duit dari akaun 1.

Namun, syarat kelayakan untuk skim ini hanya untuk mereka yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau sudah tiada sumber pendapatan. Sebab itu KWSP menganggarkan hanya 2 juta ahli sahaja akan menerima manfaat dari skim i-Sinar dengan jumlah pengeluaran sebanyak RM14 bilion.

Ini berbeza dengan anggaran saya di mana 4.7 juta ahli akan mengeluarkan jumlah sehingga maksima RM47 bilion. (Namun bukan semua ahli akan mengeluarkan RM10,000). KWSP perlu faham bahawa kita tidak boleh sasar kepada mereka yang hilang kerja sahaja (unemployed) tetapi golongan paling besar ialah mereka yang pendapatan bulanan mereka berkurang akibat gaji dipotong, elaun dipotong, service points/komisyen berkurang serta jumlah hari bekerja atau OT dipotong (underemployed).

Ramai tak boleh hidup dengan bergantung kepada gaji basic sahaja. Dengan ini, saya minta KWSP memperluaskan skim i-Sinar kepada golongan yang pendapatannya telah turun mendadak akibat Covid dengan membuka skim i-Sinar kepada sesiapa yang mengaku pendapatan bulanan mereka telah turun 20% atau lebih akibat Covid.

Pendapatan bulanan mereka turun tetapi komitmen dan tanggungan bulanan mereka tetap tinggi. Golongan underemployed ini perlu diambil kira juga. Jangan dicicirkan. KWSP tidak boleh terlalu bersyarat sebab kita tidak mahu skim i-Sinar menjadi skim i-Die bagi golongan yang tidak layak hanya sebab mereka tidak hilang kerja walaupun sudah amat terdesak setelah pendapatan mereka turun akibat Covid.

Biarkan lebih banyak dana mengalir ke kitaran wang ekonomi tempatan sebab bajet tahun 2021 hanya 2.5% lebih tinggi berbanding bajet tahun 2019 yang tiada krisis Covid. Jangan sampai ramai yang sengaja berhenti kerja atau sengaja dibuang kerja sebab mereka mahu layak untuk memohon skim i-Sinar.

(Bagi mereka yang tiada KWSP, kita masih memohon kerajaan untuk memberi lanjutan moratorium pinjaman secara automatik dan secara pukal sehingga 30 Jun 2021. Lanjutan moratorium ini adalah antara dua syarat BN untuk sokong bajet 2021)

sumber: Najib Razal

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Akhirnya Akaun 1 Kwsp Dah Boleh Keluarkan. Rupa Rupanya Ini Syarat Yang Semua Wajib Tahu Dan Bila Duit Tu Akan Dikreditkan Dalam Akaun Rakyat.

Pengumuman terbaru pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pastinya bakal memberi sinar baru kepada individu yang terjejas akibat pndemik COVlD-19. Meskipun fokus hanya kepada yang benar-benar terjejas, pastinya itu adalah keputusan terbaik dan memberi keputusan ‘win win’ kepada rakyat dan kerajaan.

Dalam kenyataan terbaru, KWSP memperluaskan skop i-Sinar merangkumi ahli kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan. KWSP dalam kenyataan hari ini, memaklumkan i-Sinar akan memberi manfaat kepada 2 juta ahli yang layak dan dianggarkan sejumlah RM14 bilion tersedia untuk ahli layak.

Bila duit akan dikreditkan dalam akaun ahli?

“Ahli layak boleh membuat permohonan bermula Disember 2020. Amaun akan dikreditkan dalam akaun bank ahli pada hujung bulan selepas permohonan dibuat. “Pengkreditan pertama akan bermula pada Januari 2021. Jumlah pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam bulan bermula pada tarikh pertama pengkreditan,” katanya.

Menurutnya, ahli layak boleh mengakses 10 peratus daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, namun tertakluk kepada baki minimum RM100. a) Ahli yang mempunyai baki RM90,000 dan ke bawah (Akaun 1), akan mempunyai akses kepada amaun sehingga RM9,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM4,000.

b) Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM90,000 (Akaun 1), akan mempunyai akses 10%. Walau bagaimanapun, amaun maksimum yang boleh didahulukan adalah RM60,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000.

Menurut kenyataan itu, ahli memilih untuk memohon kemudahan i-Sinar perlu menggantikan amaun didahulukan. Katanya, caruman baharu akan dikreditkan 100 peratus ke dalam Akaun 1 sehingga amaun pendahuluan diterima digantikan semula.

“Selepas itu, caruman akan kembali ke kadar pecahan asal iaitu 70 peratus bagi Akaun 1 dan 30 peratus bagi Akaun 2. “Ahli digalakkan untuk mendapatkan nasihat kewangan melalui Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP atau

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi menentukan amaun diperlukan untuk permohonan di bawah i-Sinar serta memastikan kelangsungan hidup semasa krisis. “Maklumat lebih lanjut serta butiran terperinci mengenai kelayakan i-Sinar serta terma dan syarat akan dimaklumkan dalam masa terdekat,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran simpanan KWSP daripada Akaun 1 secara bersasar menerusi Belanjawan 2021. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dipetik berkata,

kebenaran secara bersasar itu akan membolehkan ahli KWSP mengeluarkan RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 untuk 12 bulan. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Apam Pink Media

Sumber: Asiakini

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.