Selagi ada masa berdua diawal perkahwinan jangan sia siakan peluang untuk lakukan beberapa perkara ni dengan pasangan.

GAMBAR SEKADAR HIASAN

Selepas berkahwin dan terus mendapat anak sememangnya rezeki yang tidak terduga. Ini kerana, ada orang sememang merancang untuk tambah dalam ahli dalam keluarga kecil mereka. Di mana, dia mahu stabil dahulu barulah memiliki anak. Ada juga yang tak merancang tetapi agak lambat diberi rezeki anak.

Setiap orang mempunyai pilihan dan rezeki yang berbeza. Akan tetapi, selepas berkahwin dan anda banyak masa berdua lagi, jangan lupa untuk melakukan beberapa perkara ini. Mana tidaknya, ketika berdua ini tanggungjawab

masih kurang lagi malah masa untuk antara satu sama lain pun masih banyak. Jadi jangan bazirkan apa yang ada. Buat mereka yang masih menunggu atau merancang untuk memiliki anak boleh lakukan 5 perkara ini seperti yang disarakan oleh Hello Doktor.

1. Rancang kewangan anda

Perancangan kewangan adalah merupakan perkara utama yang perlu dilaksanakan sebelum anda membuat keputusan untuk mendapatkan anak. Bak kata pepatah “Mereka yang gagal merancang merancang untuk gagal”,

pastikan anda mengambil kira segala kos keperluan bayi seperti kos lampin, peralatan, baju dan lain-lain. Mula menyimpan duit sedikit demi sedikit. Cara yang paling mudah adalah dengan meletakkan objektif spesifik jumlah wang simpanan setiap minggu/ bulan.

Di Malaysia, terdapat pelbagai inisiatif kerajaan yang dibuat khas untuk membantu rakyat tempatan. Pelan wang simpanan sejak kecil seperti ADAM50 dan TAWAS (oleh kerajaan negeri Selangor) boleh memberikan manfaat

jangka masa panjang buat anak-anak anda. Kaji berkenaan dengan bantuan kerajaan yang boleh dipohon bagi memudahkan anda dalam merancang kewangan anda. Pastikan masa depan anak anda terjamin dan tidak terbatas disebabkan masalah kewangan.

2. Percutian ke tempat menarik

Sokongan moral daripada pasangan adalah merupakan aset berharga sepanjang tempoh kehamilan kelak. Dalam menguatkan jalinan kasih sayang di antara suami dan isteri, pergilah bercuti ke mana-mana negara atau

lokasi pelancongan tempatan bagi menenangkan fikiran masing-masing. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang mengambil cuti pendek dapat meningkatkan kestabilan emosi dan mengawal tahap tekanan perasaan dengan lebih baik. Kebaikan fisiologikal ini kekal selama 30-45 hari selepas tamat tempoh percutian.

Penting untuk anda mengekalkan tekanan emosi pada paras yang rendah jika anda ingin mencuba untuk mendapatkan anak kerana hormon stres, kortisol, boleh mengurangkan rembesan hormon estrogen, seterusnya menyukarkan proses untuk suami isteri mendapatkan anak. Tiada stres, kurang kortisol, maka akan meningkatlah kebarangkalian anda untuk mengandung. Agaknya sebab itulah banyak babymoon, ye?

3. Kurangkan minuman berkafein

Jika anda merupakan peminum kopi tegar, ini adalah perubahan yang sukar buat anda. Walau bagaimanapun, perubahan ini penting untuk memastikan kesihatan bakal ibu dan fetus berada pada tahap optimum ketika fasa kehamilan kelak.

Kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan minuman berkafein bagi wanita mengandung perlu dihadkan kepada 200 mg sehari. Jika melebihi had yang ditetapkan, anda berisiko untuk mengalami dan bayi lahir pramatang. Panduan pengambilan kafein sehari oleh wanita mengandung secara objektifnya adalah 1 cawan espresso atau 3 cawan kopi segera atau 4 cawan air teh.

Mereka yang kebiasaannya minum kopi pada kepekatan yang tinggi akan melalui fasa withdrawal. Fasa ini kebiasaannya dapat dikenal pasti pada simptom seperti mudah marah, pening kepala dan sembelit. Jika anda melalui simptom ini, usah risau kerana kebiasaannya ia akan beransur pulih dalam masa seminggu dua. Jika ia berlarutan dan mengganggu kualiti hidup anda, sila berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan fizikal dan rawatan susulan.

4. Pergilah menonton wayang, teater atau konsert siaran langsung

Jika anda berkemampuan. Ini merupakan salah satu perkara yang hanya boleh dinikmati secara penuh sebelum tempoh kehamilan. Ini kerana apabila wanita mula berbadan dua (atau tiga) frekuensi keinginan mereka untuk membuang

air kecil akan meningkat, kesan daripada fetus yang sedang membesar menekan pundi kencing ibu. Pergerakan si ibu akan terbatas dan mereka akan cepat penat jadi jika anda merancang untuk menikmati apa jua persembahan siaran langsung, lakukannya sebelum anda mula mengandung.

About ApamPink 103 Articles
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog yang bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah-ertikan, kami tidak akan bertanggungjawab. JIKA ANDA SUKAKAN SALAH SATU ARTIKEL, JANGAN LUPA SHARE...