Selalu alami masalah kereta sehingga menghabiskan ribuan ringgit. Akhirnya lelaki ini dedah kisah sebuah kedai bengkel yang tidak diketahui ramai

Info

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Nak dijadikan cerita, saya pengguna kereta BMW yang mempunyai masalah pada RPM ( rotation per minute). Pada masa itu, skala bacaannya menunjukkan pada skala 3 hingga 4 yang terbukti memang mempunyai masalah pada bacaan tersebut. Seperti yang diketahui, bacaan yang sepatutnya adalah pada skala 1 dan 2.

Selepas itu, saya membuat keputusan untuk pergi ke sebuah kedai bengkel kereta untuk “check” permasalahan yang berlaku pada kereta saya. Lalu, pekerja terbabit syorkan saya untuk menukar “shift pedal sensor”, “thorottle body” dan juga beberapa “sensor” yang lain. Selepas 3 hari daripada itu, masalah yang sama berlaku sekali lagi. Padahal, saya telah menghabiskan sebanyak RM 3k-4k hanya untuk menukar “sensor” yang disyorkan pada saya yang kononnya masalah kereta saya akan pulih.

Pada suatu hari, apabila saya cuba untuk mengadu masalah ini pada salah seorang kawan saya. Dia mencadangkan saya untuk pergi ke sebuah bengkel yang bernama FC Car Care Tyre & Service di Bukit Rahman Putra.

Pada keesokan harinya, saya pergi membawa kereta saya ke bengkel yang telah disyorkan itu dan selepas 5 hingga 10 minit masalah itu selesai dan saya amat terkejut kerana pekerja itu boleh menyiapkan dengan cepat sekali. Lalu, saya bertanya kepada pekerja tersebut apa permasalahan yang berlaku dan pekerja tersebut memberitahu bahawa dia membasuh “speed sensor” pada kereta saya dengan minyak diesel kerana mendapati banyak gris yang ada pada kereta saya itu.

Yang lebih mengejutkan saya, caj yang dikenakan di bengkel itu hanyalah jauh lebih rendah dan amat berpatutan walhal saya telah menghabiskan wang sebanyak RM 3k-4k di bengkel sebelum ini dengan menukar “sensor” yang tidak ada kena mengena sekalipun.Saya mengesorkan pemilik kereta BMW dan continental ke kedai ni. Waze je : FC Car Care Tyre & Service. InsyaAllah sampai la tu. 🙂