Selalu balik lewat malam dengan lelaki. Pelik malam tu tiba tiba ada muncul merah dekat dada makcik. Bila tanya rupa rupanya malam tu ada sesuatu yang menegjutkan jadi kat makcik.

Kisah Rumah Tangga

Salam semua, terima kasih jika cerita aku disiarkan. Sebelum aku mula cerita ni, korang mesti tahu shir tu apa kan? Ni kisah makcik aku. Ok first, aku describe latar belakang makcik aku dulu. Makcik aku ni adik kepada mak aku, means makcik aku ni anak keempat dan anak bongsu dalam adik beradik diorang. Buat pengetahuan korang, makcik aku ni dia tinggal dekat Raub, Pahang. Makcik aku ni umur dia dalam lingkungan lewat 40-an macamtu.

Ok cerita dia mula macam ni, mak aku ni memang rapat lah dengan makcik aku, diorang selalu sembang dalam phone sebab kitorang duduk KL so memang jarang berjumpa lah. Satu hari ni makcik aku whatsapp mak aku, dia kata dada dia sakit lepastu macam merah merah. Mak aku suruh dia pergi klinik buat x-ray sebab makcik aku kata dia rasa sakit tu dari dalam. Mak aku takut tulang dia je problem sebab makcik aku pernah kejadian teruk sebelum ni.

Lepas 2 hari macamtu, makcik aku bagitahu mak aku dia dah pergi x-ry tapi doktor cakap takda apa apa pun sebenarnya means x-ry tak dapat detect apa apa. Bila tanya kenapa dada merah pun, doc kata tak pasti kenapa. Tapi masa tu memang semua husnudzon lagi tak ada lah nak fikir benda benda miistik macam s1hir ke apa.

Dalam 2 minggu lepas, makcik aku datang rumah aku, katanya nak pergi mengurut sebab ayah aku ada kenal kawan yang pandai mengurut. Mak aku kata makcik aku sakit sangat kaki sampai takboleh berjalan so dia decide nak pergi mengurut. Dia kesian anak anak dia masak sendiri. Makcik aku ada 3 orang anak perempuan dan semua anak dia sekolah lagi, sorang form 3, sorang darjah 6, sorang darjah 2.

Tapi anak dorang tak ikut masa ni. Diorang semua gerak beranang dalam pukul 10 macamtu lepastu balik dalam pukul 1 lebih. So petang tu family aku dengan makcik aku dengan laki dia lepak lah dekat depan rumah makan makan buah. Petang haritu tak hujan, panas panas bahang walaupun dah bukak kipas. Yang peliknya makcik aku terketar-ketar sejuk memang badan dia berlapik selimut lah masa tu.

Tapi takda apa apa yang pelik jadi pun, semua okay, makcik aku pun dah boleh berjalan macam biasa lepastu cuma badan dia makin kurus lepastu muka lemah je. Mak aku ada tengok merah kat d4da makcik aku tu, bentuk dia macam sayap burung tau. Seminggu lepas tu, makcik aku ni call mak aku cakap yang sebenarnya dia terkena sihir. Masa ni kitorang tak terkejut sangat pun sebab macam dah boleh agak. Cerita dia macamni, makcik aku, rumah dorang macam kampung kampung hutan macamtu.

Cuma rumah dia teres dalam kampung jauh dari pekan. So mak aku cerita yang makcik aku dengan laki dia ni memang suka keluar lewat malam nak cari makan, means pergi warung warung macam tulah. Satu hari ni diorang pergi satu kedai ni macam pedalaman sikit. Actually shir tu nak hantar dekat kedai tu, nak bagi kedai tu tak laku tapi terkena makcik aku sebab dia lemah semangat.

Yang lagi teruknya, nak buang shir tu kena jumpa dengan siapa yang hantar benda tu sebab dia je yang boleh buang tapi orang yang hantar shir tu dah pergi menghadap illahi. Orang yang hantar ni dia pergi jumpa b0moh orang asli. Aku taktahu shir orang asli macam mana, biasa dengar shir orang siam je. Katanya dia hantar shir burung.

Macam mana makcik aku tahu dia terkena shir? Ayah laki dia ni kenal ada sorang ni, tapi dia macam bmoh juga so diorang pergi berubat dengan dia. Masa ni mak aku marah makcik aku sebab jumpa bmoh. Bukan apa, ada ke patut dia minta pengeras RM600 dengan ayam apa yang susah cari tu dengan ada satu nama pokok ni nama pelik. Laki dia pun setuju je masa tu sebab kesiankan makcik aku ni. So diorang pun pergi lah berubat dekat situ.

Mak aku cakap makcik aku dah macam okay sikit lepas berubat tu. Tapi lepas je 3 hari, ingat tak merah merah kat dada makcik aku tu? dia jadi bengkak besar lepastu warna hitam kulit bengkak tu macam terkupas macam terbkar. Dia pergi klinik, dktor suruh pergi hspital lepastu terus wrded nak kena buat opration buang nnah dalam bengkak tu.

Aku ikut mak aku pergi jenguk makcik aku 2 hari lepas. Anyway benda ni tengah berlaku tau. Kami jenguk dia sebelum dia masuk bilik operasi. Jadi sempat lah tengok bengkak tu. Memang betul betul crpy. Besar sangat sampai terkena breast dia sikit. Opration dada makcik aku tu petang, kami tunggu dalam 2 jam lebih sampai habis operasi, kami naik atas semula.

Masa ni memang family belah mak aku ramai kerumun keliling katil dia. Aku dengar suara makcik aku slow je cakap dekat mak aku “long, skit sangat long” masa ni memang anak anak dia, mak aku, pakcik aku semua menangis kesian tengok makcik aku. Lepastu dktor datang cerita yang masa dorang dah belh d4da makcik aku ni, nnah terpancut pancut keluar, dia kata senang kerja tak payah tekan pun. Doc takjahit pun dda makcik aku sebab dia nak tengok dulu apa ada kat dalam.

Doc ada jugak cakap d4da makcik aku macam berlubanng lubangg taktahu sebab apa. Tapi semalam katanya dah jahit balik dah. Masa kami tengah sedih kerumun katil makcik aku ni, datang sorang perempuan tua pergi kat kakak ipar aku. Masa ni kakak ipar aku duduk luar sorang sorang. Perempuan tu tanya kakak ipar aku apa yang jadi, skit apa, macam macam lah dia tanya. Kakak ipar aku jawab je.

Lepastu kakak ipar aku tanya dia “makcik asal mana? skit apa ni?” dia jawab “saya asal dari kampung orang asli, jaga anak baru lepas bersalin” lepastu dia pandang kat tempat makcik aku tu lama dan terus blah. Aku taktahu apa kena mengena dia dengan kisah makcik aku ni. Mungkin ada kaitan?

Semalam mak aku dapat call dari laki makcik aku, dia kata makcik aku kena buat operasi lagi sekali sebab tiba-tiba banyak nnah dalam dada dia. Pagi tadi pukul 1 baru keluar bilik operasi dari petang laki dia tunggu. Tolong doakan makcik aku weh semua. Ni kisah anak dia pulak, anak dia yang kedua tu form 1 tahun depan, baru baru ni result upsr keluar, dia dapat 6A. Anak anak makcik aku memang pandai walaupun duduk kampung.

Masa dekat hospital tu aku tanya lah anak dia tu “kak ngah nanti form 1, sekolah mana?” dia jawab slow je “taktahu lah kak wawa” aku masa ni macam “eh macam mana boleh taktahu, tak apply mrsm ke sbp ke?” dia diam je pastu dia tinggalkan aku sorang sorang kat ruang menunggu tu. Kesian aku.

Okay tak, sebenarnya balik tu mak aku cerita yang anak kedua dia tu nak masuk mrsm tapi makcik aku ni takbagi. Alasannya sebab makcik aku skit, takda siapa nak melawat dia. Mak dia bagi apply sekolah sains sebelah rumah je. Sekolah tu sbp jugak cuma dia memang teringin nak masuk mrsm.

Masa ni sedih sikit lah, sebab dia mengadu dekat atuk dia tapi atuk dia jawab “siapa nak hantar awak ambik awak balik nanti, takpelah kak ngah, munkin takda rezeki dekat mrsm, sekolah mana mana pun sama je, asal niat tu nak tuntut ilmu” Pengajaran dia dekat sini jangan keluar rumah malam malam, berhati hati kalau nak makan dekat mana mana, jangan main shir, jangan jumpa bmoh, ingat Allah. Aku ada gambar bengkak makcik aku sebelum dengan selepas operasi, nak tengok? Carilah aku siapaa he he he. Minta maaf jika cerita tak sampai.

SUMBEr – seleksimedia.

Mula Mula Kahwin Isteri Sopan Je Tapi Bila Dah 15 Tahun Kahwin Isteri Terus Berubah. Terkedu Isteri Tiba Tiba Bongkarkan Suami Boleh Tahan 3 Minit Je Bila Dengan Isteri.

Aku rasa terpanggil utk menulis slps terbaca kajian sebuah universiti yg menunjukkan semakin ramai isteri di Malaysia yg mengasari suaminya.. Aku sendiri ada pengalaman melihat seorang rakan yg asalnya sgt lemah-lembut & sentiasa tersenyum manis tetapi slps 15 tahun berkahwin .. aku mendengar sendiri dia marah suaminya di dlm kereta.

Pernah juga dia membaling nasi yang dibeli ke muka suaminya. Mengapa jadi begitu?? Rakan aku lulusan sekolah agama. Dia orang terpelajar. Menutup aurat sepenuhnya. Antara pelajar trbaik di sekolah kami. Tetapi dia berubah 100% dari segi sikap dan tingkah laku terutama terhadap suaminya.

Pada mulanya aku nasihatkan dia agar jgn menjadi isteri drhka, dia memandang aku dgn sinis dan berkata “ko ambik laki aku.. ko jaga 4 bulan. 4 bulan je.. silap aribulan, mulut ko lebih jahat dari mulut aku.” Aku terkejut mendengar kata-katanya..

Aku mengambil masa berbulan-bulan mencari peluang utk slow talk dgn kawan aku tu.. apa yg menyebabkan dia berubah. Rakan seasrama yang paling lembut orangnya menjadi sgt jahat dengan suami sendiri. Akhir suatu hari aku berpeluang bertemu dia di hujung minggu. Hanya kami berdua. Itu yg aku pinta kpd suami aku..

satu hujung minggu bersama kawan baik aku tu tanpa anak dan suami spt kebiasaannya. Aku sayang kwn aku.. aku tidak mahu dia menjadi isteri drhka. Aku mahu dia masuk syurga bersama keluarganya. Biarlah aku namakan kawan aku Mira. Khatam al Quran dan pandai mengaji. Orangnya mmg cantik. Ramai yg ingat dia masih anak dara.

Mungkin kerana sikapnya yg sentiasa sopan dan menghormaati org lain menyebabkan kecantikannya lebih terserlah. Makcik cleaner kat asrama pun sayang kat dia. Bukan aku memuji berlebihan, tapi itulah Mira yang aku kenal kerana dduk sama2 di asrama sekolah agama dari ting 1 hingga ting. 6. Kemudian kami masuk universiti yg sama. Universiti mana tu, tak payahlah aku highlight.. korang dh boleh agak kan..

Aku pujuk Mira cerita apa masalahnya. Pd mulanya Mira bercerita dgn perasaan marah sblm akhirnya dia menangis semahu2nya di bahu aku. Wajahnya menggambarkan kekecewaan yg amaat sgt. Kata Mira.. dia benci apabila semua org memuji suaminya “baik”. Mira kata suaminya suka melayari video tak senonoh.

Suaminya suka melihat perempuan mencolok mata tapi memaksa dia menutup aurat sepenuhnya dan tidak benarkn dia berckp dgn lelaki lain walaupun saudara -mara atau rakan sekerja. Kawan2 perempuan pun dilarang dari berjumpa. Itulah yg berlaku bertahun-tahun.

Suaminya peramah dgn semua org tetapi di dlm rumah, suaminya jarang bercakap dgn Mira dan anak2. Kata Mira lagi “Suami aku bawa benda buruk dlm rumahtangga aku, malaikat rahmat tidak akan masuk ke dalam rumah aku, video tak senonoh sgt byk.” Setiap kali mereka brbalah.

Suaminya akn mmbalas dgn melayani perempuan lain chatting sehingga lewat pagi. Sengaja.. seolah-olah ingin “padan muka” kwn aku tu. Ramai perempuan mencolok mata dlm hp suaminya dan kdg2 ank-anknya terlihat foto itu ketika ank-ank Mira main game menggunakan hp bapanya yg sdg tidur. Oh yaa.. suami Mira kaki tidur..

di rumah dia akan tidur sepanjang siang tetapi suka berjaga malam melayari internet atau keluar dgn kwn2. Katanya lagi suaminya bukan kuat bersama.. main pun setakat 2, 3 minit, mungkin Allah sudah tarik nikmat bersama isteri kerana terlalu asyik menonton video dan gambar tak senonoh bertahun2.

Itu belum lagi group whatsapp yg dihuni rakan lelaki sefelda suami. “tak senonoh 24 jam, bahkan ada kalanya rakan suami Mira upload video mereka melakukan hubungan dgn isteri masing2” katanya. Ini menyebabkan Mira sgt trauma. Dia sentiasa bimbang suaminya akn melakukan perkara sama kerana suaminya suka rakam ketika mereka melakukan hubungan suami isteri, selalunya tanpa pengetahuan Mira.

Ini kerana Mira akan delete jika tau ada rakaman ketika mereka melakukan hub. suami isteri. Suami apakah yg sentiasa membuat isteri sendiri rasa tidak selamat dlm rumahtangga selama 15 tahun ?? Akibat sering tidur lewat. Suaminya tidak solat subuh. Selama perkahwinan mereka, Mira la yg menguruskan persekolahan ank2 setiap pagi. Sehingga suatu hari suaminya diberhentikan kerja kerana kerap lewat dan ponteng.

Ingatkan suami Mira insaf. Rupa-rupanya semakin teruk. Bercinta sakan melalui whatsapp pula dgn seorg student bernama Ida dari Trengganu hingga tahap berani naik tgn ke badan Mira. Mira pernah dikasari dan ditolak sehingga jatuh.

Dari situlah mulanya Mira bertegas suaminya. Mira benci sebenci pd suami slps Ida menghubungi Mira mengaku mereka bercinta dan minta izin utk kawen dan berkongsi kasih. Mira kecewa. Dlm keadaan hanya dduk goyang kaki di rumah, suaminya sempat bercinta melalui whatsapp hari2. Sedikitpun tidak hargai susah payah Mira bekerja mencukupkan belanja rumah.. memasak sblm pergi bekerja pagi2 dan mengemas rumah slps balik kerja.

Mira minta tinggal berasingan selama 4 bln atau jika suaminya ingin juga berkahwin dgn Ida maka Mira mahu dilepaskan. Tetapi suaminya tidak mahu lepaskannya sbb Mira yg menanggung semua perbelanjaan selama ini. Suaminya tidak mahu melepaskan sedang Mira sudah benar2 merana.

Tambah masalah apabila seluruh ahli keluarga suami menghina Mira dan keluarga Mira sendiri memarahinya apabila Mira bercerita masalahnya kpd ahli keluarga dgn harapan menggunung, mereka akan membantunya. Mira dimarahi dan dihna kerana tidak boleh bersabar dgn suami yg dianggap baik di depan mata mereka.

15 tahun bersabar, bukanlah jangka masa yg pendek. 15 thn Mira TIDAK PERNAH mmbuka mulut ttg keburukan suaminya. 15 thn dia simpan seorg diri. Kini Mira tidak boleh lagi berada dekat dgn suaminya.. perkataan kesat dihamburkan kpd suaminya setiap hari. Aku sendiri pernah dengar semasa aku tumpang kereta mereka.

Masa tu aku berkursus di tempat Mira dan minta tolong Mira hntar aku ke airport slps aku habis kursus. Suaminya hanya mendiamkan diri setiap kali Mira marah sbb tahu dia tersilap melukai hati isterinya bertahun2 sehingga menjadi luka yg sgt dlm.. yg pd pandangan aku tidak mungkin akan sembuh kembali. Kawan aku sudah berubah.

Dia patah hati sehinggakan terkeluar dari mulutnya “andai suami aku sujud di kaki aku sekalipun, aku takkan maafkan dia. Aku haramkan semua duit gaji aku menanggung suami selama ini. Aku tuntut nafkah aku yg tidak pernah diberi dari mula kawen, jika tidak dpt dari suami aku.. aku tuntut dari bapa mertua aku walaupun di akhirat nanti.”

Buat Mira.. andai kau terbaca coretan aku ini. Aku hanya mahu kau tahu. Aku sentiasa ada utk kau. Allah sentiasa ada bersama kau. Aku tidak mahu memaksa kau kembali seperti dahulu.. aku mahu kau bertenang. Apa shj keputusan kau, aku yakin keluarga kau akan tetap bersama kau walaupun kau akan mencipta sejarah sbg org pertama yg berpisah dlm family kau.

Buat suami Mira.. kau sdg kehilangan seorg isteri yg penyayang kpd anak2 kau. Kau telah hilang seorg isteri yg taat kpd kau. Aku pinta jika kau baca coretan ini, ikutlah permintaan Mira. Dia mahu kau keluar hanya dlm tempoh 4 bulan shj. Tinggal berasingan supaya dia boleh bertenang. Tapi kau tak mahu. Kau tetap berdegil dgn muka selamba b0doh kau duduk di rumah itu seolah-olah tiada apa yg berlaku.

Kau sedang menambah luka dihatinya dgn berkeras tidak mahu bercerai tetapi tidak mahu juga berasingan buat sementara waktu. Mira tinggi ilmu agamanya tetapi dia juga manusia biasa. Berilah dia peluang utk bertenang atau aku bimbang dia akan menjadi gila kerana sikap kau. Paling aku takuti, bila dia berkata, suatu hari nanti dia akan bunuuh kau ketika kau sdg tidur.

Buat Ida dari Trengganu. Aku tidak tahu apa yg kau katakan saat kau ingin berkongsi kasih dgn Mira. Tapi ketahuilah, kau kini menjadi penyebab Mira mula bersikap kasar dan biadab. Mira mula menunjukkan sikap isteri derhaka slps kau berjumpa dgnnya.

Andainya rumahtangga mereka runtuh. Walaupun bukan 100% salah kau tapi aku harap kau bersedia utk berkahwin dgn lelaki yg gian benda luucah dan pandai berlakon spt lelaki beriman di hdpn semua org.

Keburukan yg hanya isteri yg tidur sebantal shj yg tahu. Buat keluarga Mira . . slps 15 thn baru kalian dgr cerita suami Mira.. luangkanlah masa. Dekati Mira dan bantulah dia. Dia sdg merana. Dlm hatinya penuh luka. Jiwanya kini sgt lemah. Dia perlu seseorg yg tidak terus-menerus menyalahkannya. Dia perlu seseorg yg dpt membantu dia buat keputusan yg tepat.

Buat lelaki2 di luar sana termasuk suami aku.. Tundukkanlah pandangan. Sahabat2 Nabi lebih rela berjalan di blkg singa dari berjln di blkg perempuan. Andainya kalian sengaja menggunakan perempuan lain utk “padankan muka” isteri dan menyakiti hati isteri atas kesalahan isteri kononnya.

sedarlah anda sedang “menempah neraka utk isteri” yang anda nikahi dgn akad dan sumpah sbg suami yg sepatutnya melindungi isterinya dari keburukan2 di luar. Ingatlah syaitan sntiasa berusaha memisahkan suami isteri setiap saat. Jgn sbg suami, kalianlah yg membawa syaitan-syaitan itu masuk ke dlm rumahtangga.

Aku berlindung dgn nama Allah agar aku tidak diduga spt Mira.. semoga Allah membantu Mira. Semoga dia kembali tenang.. aku sayang kau Mira.. aku tak mahu kau jadi isteri derhaka.. aku juga tidak mahu kau merana. Buatlah keputusan yg tepat. Keputusan yg dpt menenangkan jiwa kau dan mengembalikan senyuman di wajah kau. Aku benar-benar sayangkan kau.